15 Tempat Menarik di Kuala Kubu Bharu Sesuai Untuk Percutian Dan Persinggahan Anda
Negeri Selangor terbahagi kepada sembilan daerah dan salah satunya adalah Kuala Selangor. Tarikan terbaru di daerah Kuala Selangor yang semakin dikenali kerana alam semulajadinya adalah Kuala Kubu Bharu.
1. Air Terjun Sungai Chilling
Sungai Chilling ini di pelihara oleh Jabatan Perikanan Negeri dan diwartakan sebagai taman alam semulajadi serta perlindungan ikan kelah di dalam usaha memelihara spesis ikan tersebut.
Anda dilarang membawa peralatan untuk menangkap ikan atau memancing di sini. Perjalanan dimulakan dengan menyeberangi lintasan sungai pertama melalui jambatan gantung dan seterusnya menyusuri trek yang di sediakan hinggalah ke Air Terjun Sungai Chilling.
2. Sungai Inki Kalumpang
Aktiviti kekeluargaan seperti hari keluarga dan perkelahan secara berkumpulan ataupun individu amat sesuai dijalankan disini. Resort ini menyediakan 45 chalet mengikut jenis bajet anda.
3. Lata Makau Kuala Kubu Bharu
Selain keluarga dan kawan-kawan, peminat hikers juga pasti akan meminati tempat ini. Satu kepuasan dan hilang penat apabila sampai di Lata Makau yang cantik ini. Pasti anda tak sabar lagi untuk berendam dalam air jernih dan sejuk ini.
Air Terjun Lata Makau yang ini terletak di Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu Selangor ini merupakan perkampungan orang asli moden. Anda akan melalui dua jambatan gantung ketika datang ke sini.
4. Sungai Bernam Teratak River
Resort ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tempat berkhemah dan asrama. Selain itu, kemudahan lain seperti dewan,surau dan lain-lain boleh digunakan secara bersama. Penginapan yang disediakan juga agak selesa dan sesuai mengikut bajet.
Aktiviti lain yang boleh di lakukan adalah aktiviti perkhemahan, aktiviti memanah, Motor Atv dan Flying Fork serta jambatan gantung yang merentasi sungai. Aktiviti luar pula adalah seperti jungle trackking, water rafting, paintball, nightwalk dan bermacam lagi.
5. Kolam Air Panas Hulu Tamu
Badan pasti terasa segar selepas berendam dalam kolam air panas ini. Dengan kolam yang luas dan kehijauan alam semula jadi di sekelilingnya, amat tenang untuk anda luangkan masa di sini.
Dengan penambahan pondok konkrit dan gazebo, secara langsung memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Terdapat juga kemudahan chalet yang ditawarkan sekiranya anda ingin berehat dan bermalam di tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini.
6. Kolam Air Panas Kerling
Ruang tempat letak kereta yang luas dan kemudahan lengkap memberi keselesaan kepada pengunjung berehat sambil bersantai bersama keluarga selepas menikmati terapi semulajadi di kolam air panas ini.
Pengunjung yang datang boleh mandi atau berendam dan menikmati wap air panas hingga berpeluh secara semula jadi. Bersebelahan dengan kolam air panas, terdapat kolam air cetek sesuai untuk anak-anak.
7. Air Terjun Semangkuk
Apa kata sekali-sekala anda berkelah dan berehat sambil menikmati pemandangan tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini. Kawasan mandi-manda di sini lebih kurang keadaannya seperti sungai yang lain, ada tempat berbatu cetek yang sesuai untuk anak-anak kecil dan ada juga tempat lapang terbuka sesuai untuk belia muda-mudi berenang.
8. Bukit Kutu
Terdapat beberapa kesan peninggalan monumen daripada sebuah banglo lama di sini antaranya seperti bekas cerobong asap serta 2 buah perigi lama. Para pendaki harus melalui trek sebelum menyeberangi 2 jambatan sehinggalah menjumpai simpang yang boleh memulakan pendakian.
Aktiviti seperti perkhemahan dan bermalam berbumbungkan langit yang terbentang luas sambil menikmati alam semulajadi sangatlah menyeronokkan.
9. Taman Millenium
Anda dapat melihat sebuah taman indah beserta sebuah mini stadium serta kelengkapan riadah kelas pertama. Memang tidak dapat di nafikan, landskap dan keindahan alam sememangnya memukau terutama pada waktu pagi.
Suasana yang aman damai serta tiupan angin yang menyegarkan ini harus anda rasai. Justeru, Taman millenium ini tersenarai dalam tempat menarik di Kuala Kubu Bharu yang harus anda kunjungi.
10. Empangan Kuala Kubu Bharu
Banjir itu telah menyebabkan robohnya Empangan Kuala Kubu lalu menenggelamkan seluruh pekan tersebut. Sungai selangor menjadi deras dan kuat yang menyebabkan empangan itu roboh.
Tahukah anda, empangan ini boleh dijadikan lubuk pemancing tegar dalam melakukan aktiviti memancing. Trip memancing sambil bersantai dan bermalam di empangan tersebut boleh dijadikan kenangan manis kerana ia memberikan kelainan terutama suasana dan keseronokan anda.
11. Bandar Kubu Bharu
Anda boleh bersiar-siar di Bandar Kuala Kubu Bharu untuk melihat-lihat deretan kedai yang boleh anda singgah dan menikmati pemandangan. Nak singgah makan di restoran pun boleh ditemui di sini.
12. Perkampungan Orang Asli
Apa kata anda terokai kampung orang asli ini sambil mempelajari gaya kehidupan mereka sekaligus merakam kenangan indah anda di sini.
13. The Stick, Kuala Kubu Bharu
Anda boleh bermandi-manda di Sungai Meranti yang berdekatan resort sepanjang berada di sini. Menaiki titi gantung juga amat menyeronokkan dan mencabar kerana anda akan berada di atas jeram dan sungai. Anda boleh memilih tujuh jenis penginapan yang ditawarkan di sini.
Antara penginapan di sini adalah Opera House, Bamboo Chalet,Serengeti Tent, Riverside Tendok, Bench Tendok, First Tendok dan Reading Rock Tendok.
14. Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu
Pelbagai maklumat boleh anda dapati di sini. Seolah-olah seperti muzium, namun galeri ini khas mendedahkan tentang kawasan Kuala Kubu Bharu sahaja. Menariknya! Pilihan untuk berkunjung ke tempat menarik di Kuala Kubu Bharu ini memang sesuatu yang menyeronokkan.
15. Dataran Kuala Kubu Bharu
Kebanggaan penduduk Kuala Kubu Bharu jelas terserlah dengan kecantikan dan kebersihan kawasan dataran ini dijaga rapi dan baik sekali. Udara di sini juga nyaman sesuai untuk anda bersantai seketika.
Usai berkunjung ke Kuala Kubu Bharu dan memerlukan tempat menarik untuk anda lawati, jom baca tempat menarik di Kuala Besut dan tempat menarik di Sungai Lembing pula.
Rujukan: