16 Tempat Menarik di Guangzhou Yang Menjadi Tumpuan Pelancong Malaysia
Guangzhou semangnya destinasi perlancongan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Ia menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana suhunya yang sejuk dan hakikat bahawa ia Guangzhou adalah syurga membeli-belah.
Apa sahaja yang anda inginkan, semuanya dijual dengan harga yang sangat murah di sini. Tahukah anda, selain syurga membeli-belah, Guangzhou juga sebenarnya kaya dengan pelbagai tarikan pelancong yang hebat. Jom kami kongsikan 16 tempat menarik di Guangzhou yang pasti buatkan anda tak sabar nak bercuti ke sana.
1. Guangzhou Railway Metro Station
Kalau anda berpeluang untuk bercuti ke Guangzhou, kami cadangkan anda melawat ke Guangzhou Railway Metro Station iaitu stesyen keretapi bawah tanah yang beroperasi di seluruh Guangzhou. Apa yang menarik tentang stesyen keretapi ini?
Landasan keretapi tersebut yang mempunyai 3 sehingga 4 tingkat di bawah tanah melalui setiap jalan raya dan pusat membeli-belah yang ada di bandar tersebut. Hebat kan? Semestinya tak sama seperti stesyen LRT yang ada di Malaysia.
Kami cadangkan anda gunakan keretapi bawah tanah sepanjang berada di Guangzhou kerana ianya jauh lebih murah berbanding tambang teksi. Dan ianya juga lebih mudah kerana laluan keretapi bawah tanah tersebut meliputi seluruh bandar. Sebagai bonus, anda tak perlu mengadap kesesakan lalu lintas yang boleh tahan teruk di Guangzhou.
2. Canton Tower
Tahukah anda, Canton Tower adalah bangunan ke 4 tertinggi di dunia dan merupakan menara tertinggi di negara china. Wow! Oleh itu, semasa anda berada di Guangzhou, jangan lupa untuk singgah ke menara ini.
Apa yang menarik, rekabentuk Menara Canton ciptaan Mark Hemel ini diinpirasikan daripada tulang sendi pinggul wanita dengan pinggang yang ramping yang membentuk ilusi seakan-akan seorang wanita seksi sedang menoleh ke belakang. Tak dapat nak bayangkan macam mana rupa bentuknya? Apa kata anda pergi ke sana untuk melihat dengan mata sendiri.
Dari dek pemerhati Canton Tower, anda berpeluang untuk merasai pengalaman menikmati pemandangan seluruh bandar Guangzhou daripada ketinggian 1968 kaki atau 600 meter.
Kami cadangkan anda datang semasa matahari terbenam untuk melihat Bandar Guangzhou dikala matahari sedang menghilangkan diri dan tunggu sehingga malam untuk melihat keindahan Bandar Guangzhou yang bermandikan cahaya lampu.
Kalau anda menggunakan keretapi bawah tanah, anda boleh berhenti di stesen Canton Tower dan ambil pintu keluar A. Anda akan terus berjumpa menara hebat ini.
3. Masjid Huaisheng, masjid tertua di China
Untuk makluman anda, terdapat dua buah masjid tertua di China, dan salah satu daripadanya terletak di Guangzhou. Masjid lama ini mempunyai senibina lama yang memukau dengan rekabentuk yang menarik. Jangan lupa untuk bergambar di maajis unik ini. Di sekitar Masjid Huaisheng terdapat banyak restoran makanan islam, jadi bolehlah anda menjamu selera di sana. Tak perlu bersusah-payah mencari makanan halal di tempat lain.
Selain itu, berdekatan dengan Masjid Huaisheng juga terdapat banyak hotel dengan harga yang murah. Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bermalam di sini. Jika anda nak datang ke sini dengan menaiki keretapi bawah tanah, anda boleh mengambil laluan no 1 yang warna kuning dan berhenti di stesen Ximenkou. Dari stesen tersebut, anda perlu berjalan kaki ke lebih kurang 10 minit untyj sampai ke masjid ini.
4. Shamian Island
Tempat menarik di Guangzhou yang seterusnya ialah Pulau Shamian yang kaya dengan kesan tinggalan sejarah. Ia merupakan sebuah pulau beting yang dipenuhi dengan pelbagai bangunan bersejarah dari Dinasti Song dan Qing di mana pulau inimenjadi pelabuhan penting untuk perdagangan luar negeri China.
Sebagai sebuah perlabuhan yang penting, sejak tahun 1800 lagi pulau ini dlengkapi dengan kemudahan asas seperti gerej, sekolah, bank, dan bangunan pejabat. Semua bangunan lama dengan senibina eropah dengan gaya gothic, baroque, dan neoklasik yang bersejarah tersebut masih ada di sana dan diperlihara dengan baik untuk tatapan para pelancong yang berkunjung di sini.
5. Sun Yat Sen Memorial Park
Sun Yat Sen Memorial Park adalah satu lagi tempat menarik di Guangzhou yang wajib masuk dalam itinerari perjalanan anda. Ia merupakan bangunan berbentuk oktagon yang menjadi mercu tanda kebanggaan Guangzhou. Ia dibina sempena mengingati kematian Sun Yat Sen pada tahun 1952. Di sini juga terdapat taman yang indah di mana anda boleh berjalan-jalan sambil menyedut udara yang segar.
Apa yang menarik, di sekitar Sun Yat Sen Memorial Park terdapat banyak kedai makanan halal. Di sini juga terdapat banyak hotel dengan harga yang berpatutan. Jika datang dengan keretapi bawah tanah, anda boleh berhenti di stesen Jiahewanggang dan tukar laluan ke laluan 2 yang berwarna biru untuk menuju ke stesen Sun Yat Sen Memorial Park.
6. Beijing Luu
Kami pasti, di antara tujuan utama anda bercuti ke Guangzhou ialah untuk bershopping. Tempat menarik di Guangzhou yang seterunya ialah Beijing Luu yang merupakan syurga membeli-belah untuk anda membeli barangan seperti:
- Jam
- Pakaian
- Kasut
- Barang perhiasan rumah
- Aksesori wanita
- Keperluan harian
- Barangan kulit
- Beg
- Makanan
- Barang kemas
- Buku
7. Guangzhou Cartoon Star City
Kalau anda peminat komik, kami cadangkan supaya anda singgah di Guangzhou Cartoon Start City yang menjual produk yang diimport dari Jepun dan Korea Selatan. Di sini adalah syurga komik yang menjadi tumpuan pelancong dari sekolah dunia. Selain komik, terdapat juga replika watak dari komik dan pakaian cosplay.
8. Nan Fang
Tempat menarik di Guangzhou yang seterusnya ialah pusat membeli-belah yang bernama Nan Fang. Untuk kaki gadget kami cadangkan anda pergi ke sini. Semua jenis gadjet ada. Sedikit tips dari kami, jangan lupa untuk tawar-menawar harga. Anda boleh dapat sehingga 1/3 daripada harga asal.
9. Shangxiajiu Pedestrian Street
Kalau anda sukakan sejarah, kami cadangkan anda singgah di Shangxiajiu Pedestrian Street yang merupakan sebatang jalan yang mempunyai lebih daripada 200 kedai yang mencerminkan kebudayaan Lingnan, Eropah, dan Kantonis. Di sini anda berpeluang untuk mempelajari budaya masyarakat Lingnan dengan lebih dekat. Anda juga boleh membeli cenderamata sebagai kenangan.
10. Western Han Nanyue King’s Tomb Museum
Tempat menarik di Guangzhou yang seterusnya ialah Muzium Makam Raja Nanyue yang terkenal dengan kegemilangan seni bina Dinasti Han dan mempamerkan sejarah Guangzhou pada 2,000 tahun yang lalu. Menurut sejarah, makam ini merupakan milik raja kedua Nanyue Zhao Mo. Ia ditemui pada tahun 1983 dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1988.
Makam istimewa ini berada 20 meter di bawah tanah dan terdiri daripada 750 batu besar dengan mural berwarna-warni yang menghiasi setiap sudut makan tersebut. Di makam ini terdapat sebuah pakaian yang dibuat daripada 2,291 keping jed yang dihubungkan dengan benang sutera. Apa yang menarik, pakaian ini adalah satu-satu seumpamanya di dunia. Anda sangat bertuah kalau dapat melihatnya dengan mata sendiri.
11. Yuexiu Park
Tak lengkap percutian anda di Guangzhou kalau tak melawat Yuexhue Park juga dikenali sebagai jantung Guangzhou dan merupakan bandar tertua di Guandong satu ketika dahulu. Ia erupakan taman yang terbesar di pusat bandar Guangzhou dan lengkap dengan peninggalan budaya dan landskap ekologi.
Taman ini seluas 212.5 ekar dan terdiri daripada tiga tasik buatan dan tujuh bukit. Wow! Luas sunggu kan. Di antara tarikan utamayang ada di sini termasuklah:
- Ukiran Five Rams
- Menara Zhenhai
- Tapak Dinasti Ming City Wall
- Square Cannon
Jika anda menaiki keretapi bawah tanah untuk ke sini, anda boleh berhenti di stesyen Yuexiu Park dan ambil pintu keluar B2. Ambil laluan kiri dan jalan lebih kurang 5 minit sehingga berjumpa masjid.
12. Bright Filial Piety Temple
Bright Filial Piety Temple adalah satu lagi tempat menarik di Guangzhou yang menjadi tumpuan utama pelanconhg yang bercuti di Guangzhou. Ia merupakan kuil Buddha yang tertua di Guangzhou dengan sejarah bertarikh lebih daripada 1,700 tahun yang lalu.
Kuil ini memainkan peranan penting dalam sejarah Buddha di Bandar Guangzhou. Menurut sejarah, di sinilah Huineng iaitu guru keenam daripada ajaran Zen dalam agama Buddha telah dipotong rambutnya dan memulakan hidup sebagai seorang rahib. Rambut beliau ditanam dibawah salah sebuah pagoda yang terdapat di sini.
13. Ancestral Temple of The Chen Family
Tempat menarik di Guangzhou yang seterusnya ialah Kuil Keluarga Moyang Keluarga Chen yang siap dibina pada tahun 1894 dengan wang yang didermakan oleh keluarga Chen tersebut. Kuil ini terdiri daripada 19 bangunan dengan sembilan dewan dan enam halaman dengan gaya seni bina Cina tradisional dan telah dipelihara dengan baik sehingga ke hari ini.
Menariknya, kuil ini telah disenaraikan sebagai peninggalan budaya utama di bawah perlindungan negeri China pada tahun 1988. Di dalam kuil ini terdapat Muzium Seni Rakyat Guangdong yang mempamerkan sejumlah besar hasil karya dari selatan China seperti ukiran kayu dan tembikar.
14. Baiyun Mountain
Baiyun Mountain atau lebih dikenali sebagai Gunung Awan Putih menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana pemandangannya yang cantik dan kaya dengan peninggalan sejarah. Ia dinamakan dengan jolokan Gunung Awan Putih kerana awan putih yang berkumpul di sekelilingnya.
Terdapat 30 puncak di Baiyun Mountain, dan jika anda berdiri di atas salah satu daripada puncak tersebut, anda dapat melihat seluruh bandar Guangzhou dan Sungai Pearl yang cantik.
15. Sacred Heart Cathedral
Sacred Heart Cathedral atau lebih dikenali sebagai the Stone House adalah sebuah gereja Roman Katolik yang merupakan salah satu daripada gereja tertua di Guangzhou. Ia juga dikenali sebagai Notre Dam De Paris Timur. Ia adalah gereja terbesar di Selatan China. Ia terletak di tebing utara Sungai Pearl yang terkenal di Guangzhou. Kalau anda sampai ke Sungai Pearl, jangan lupa untuk luangkan masa melawat gereja ini.
16. Night tour of the Pearl River
Sungai Pearl yang sepanjang 2,000 kilometer atau 1243 batu merupakan sungai ketiga terpanjang di China. Sungai yang panjang ini terdiri daripada empat sistem sungai yang berasingan iaitu Sungai Xi, Sungai Liuxi, Sungai Bei, dan Sungai Dong. Ia menjadi tumpuan pelancong pada waktu malam.
Pernah dengar tentang pelayaran atas kapal pada waktu malam di Victoria Harbor hong Kong? Night tour di Sungai Pearl juga tak kurang menariknya. Di sini, anda akan menaiki sebuah kapal untuk menyusuri Sungai Pearl yang meriah dengan kerlipan lampu neon yang dipasang di sepanjang sungai.
Kalau anda tak berminat untuk menaiki kapal untuk berlayar di sepanjang sungai ini, anda juga boleh memilih untuk berjalan-jalan di sepanjang laluan yang disediakan sambil mengambil angin malam yang menyegarkan ditemani cahaya lampu yang dipantulkan oleh air sungai. Boleh anda bayangkan?
Itulah dia 16 tempat menarik di Guangzhou yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Kemboja, tempat menarik di Dubai, dan tempat menarik di Busan. Manalah tahu anda bercadang ke sana.