tempat menarik di busan
|

16 Tempat Menarik di Busan Yang Pati Buatkan Anda Teruja

Korea Selatan sememangnya telah menjadi salah satu negara utama pilihan pelancong Malaysia setiap kali tibanya musim cuti sekolah.

Di antara destinasi utama yang menjadi tumpuan ialah Busan kerana berbanding daerah lain di Korea Selatan, tarikan pelancongan di Busan ternyata lebih menambat hati rakyat Malaysia. Nak tak kalau kami kongsikan tempat menarik di Busan yang pastinya membuatkan anda tak sabar nak bercuti ke sana.

tempat menarik di busan
Sumber: Youtube

1. Yongsudan Park

Menara Yongdusan Park merupakan tempat menarik di Busan yang wajib anda kunjungi. Ia terkenal dengan reka bentuk bangunannya yang unik dan lain dari yang lain. Salah satu daripada tarikan di Yongsudan Park ialah Busan Tower yang mempunyai ketinggian 120 meter.

Busan Tower terletak di atas bukit dan lokasinya yang strategik membolehkan anda melihat pemandangan seluruh Bandar Busan dari sudut 360 darjah. Kalau anda nakkan pemandangan yang menyeluruh, kami cadangkan anda naik ke dek peninjau yang ada di menara tersebut.

Pemandangan pada waktu malam dan semasa matahari sedang terbenam semestinya memukau anda. Jangan lupa untuk bergambar sepuasnya di sini. Pastikan anda bawa baju sejuk kerana selepas pukul 6 petang, suhu di menara ini akan mulai sejuk dengan angin yang mula bertiup kuat. Kalau tak pakai baju sejuk, menggigil anda di atas tu nanti.

Selain Busan Tower, di Yongsudan Park juga terdapat The Busan Citizen Bell iaitu sebuah menara loceng besar di atas bukit yang digunakan untuk perayaan tertentu di Busan. pemandangan dari atas menara jam loceng ini juga sangat memukau. Anda boleh naik ke atas dengan menaiki eskalator yang disediakan, tak perlu berpenat menaiki tangga.

Di Yongsudan Park juga terdapat taman rekreasi Yongdusan  dan deretan kedai membeli belah Gwangbok Fashion Street. Setelah puas melihat pemandangan dari atas Yongsudan Tower & The Busan Citizen Bell, bolehlah anda bersantai ambil angin di taman rekreasi tersebut, sebelum membeli-belah di Gwangbok-dong Fashion Street.

2. Gwangbok-dong Fashion Street

Orang korea sememangnya terkenal dengan fesyen yang trendy dan up to date, terutamanya golongan muda. Oleh itu, Gwangbok-dong Fashion Street yang merupakan pusat fesyen di Busan menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah pakaian.

Di Gwangbok-dong Fashion Street terdapat butik yang menjual pelbagai jenis pakaian yang up to date. Di sini bolehlah anda cari pakaian ala-ala artis kpop pujaan anda. Namun, harga pakaian di sini mungkin agak mahal kerana ia merupakan kawasan butik mewah dengan fesyen terkini.

Tapi jangan sedih, lepas ni kami akan kongsikan kat mana tempatnya untuk anda bershopping dengan harga yang jauh lebih murah.

tempat menarik di busan
Sumber: Visitkorea

3. Huaendae Beach

Pantai Haeundae merupakan pantai paling popular di Korea Selatan terutamanya pada musim panas. Pada waktu siang, anda boleh melihat puluhan ribu manusia berjemur dan bersantai di sepanjang pantai ini menikmati pemandangan dan suhu musim panas.

Pemandangan di pantai ini sangat cantik, dengan pasirnya yang putih dan halus, dan air laut yang membiru.

Di Pantai Haeundae juga terdapat banyak hotel dan restoran. Ada juga restoran halal di sini, cuma anda perlu rajin mencari.

Kalau anda nak bermalam di Pantai Haeundae, terdapat hotel dengan harga berpatutan di sini. Kami cadangkan anda bermalam di sini kerana pada waktu malam, suasana Pantai Haeundae sangat meriah dengan persembahan artis jalanan. Artis jalanan di sini ala-ala artis kpop yang menjadi pujaan seluruh dunia, maka bolehlah anda ambil kesempatan untuk menonton persembahan artis kpop secara percuma.

Menariknya, di Pantai Haeundae juga terdapat satu lapangan untuk sukan sumo. Di sini anda bukan sahaja boleh melihat para pemain berlawan sumo, malah kalau anda nak cuba bersumo, pun boleh.

Cubalah, pastinya pengalaman bersumo di Pantai Haeundae semasa bercuti ke Busan akan menjadi memori manis dalam hidup anda. Jangan lupa untuk bergambar sambil bersumo.

Selain pantainya yang cantik dan peluang untuk bersumo, di Pantai Haeundae juga terdapat Busan Aquarium. Kalau anda bercuti bersama anak kecil, atau anda jenis pencinta binatang terutamanya ikan, bolehlah luangkan masa di Busan Akuarium. Terdapat ribuan spesis ikan dipamerkan dalam tangki besar di sini. Anda pasti terhibur melihat ikan-ikan pelbagai warna, saiz, dan jenis berenang di sekeliling anda.

4. Gwangan Beach

Selain Pantai Haeundaem, Pantai Gwangan juga menjadi tumpuan di Busan kerana pantainya yang cantik.
Apa yang menarik, dari Pantai Gwangan, anda dapat melihat Jambatan Gwangan yang merupakan sebuah jambatan dua tingkat.
Menarik, kan? Kalau anda belum pernah melihat jambatan dua tingkat, jangan lepaskan peluang untuk ke Gwangan Beach. Kami cadangkan anda datang ke sini pada waktu malam kerana pemandangan jambatannya lebih cantik dengan sinaran lampu.

5. Taejongdae

Selain Pantai Haeundaem & Pantai Gwangan, Taejongdae juga terkenal di kalangan pelancong Malaysia yang bercuti ke Busan. Kami cadangkan supaya anda jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini.
Taejongdae merupakan kawasan berbukit dengan pemandangan laut yang mengasyikkan. Ia menjadi tumpuan ramai terutamanya pada waktu matahari terbenam. Keindahannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
tempat menarik di busan
Sumber: Pheurontay

6. Busan International Filem Festival Square

Busan sememaangnya terkenal sebagai pusat perfileman. Di sini terdapat pasar malam yang happening dan gerai makanan yang menjual pelbagai makanan yang lazat. Namun agak sukar untuk mencari makanan halal di sini. Bolehlah anda berjalan-jalan cuci mata dan membeli cenderamata dengan harga yang berpatutan. Kalau anda suka makan buah strawberi, boleh cuba buah strawberi yang segar di sini.

7. Oryukdo Skywalk

Tempat menarik di Busan yang seterusnya ialah Oryukdo Skywalk di mana anda akan merasai pengalaman berjalan di atas jambatan kaca setinggi 100 meter dari atas laut sambil menikmati pemandangan laut yang seluas mata memandang.

Oryukdo Skywalk terletak di Pulau Oryokdu, maka dari atas jambatan kaca ini anda akan dapat melihat pulau-pulau lain di sekitarnya, selain laut yang membiru.

Masuk adalah percuma, namun semasa musim sejuk ianya hanya dibuka sekiranya cuaca mengizinkan. Oleh itu, kalau anda bercuti ke Busan pada musim sejuk, mungkin anda terlepas peluang untuk menikmati pengalaman di sini.

8. Igaedae Coastal Walk

Igadae Coastal Walk merupakan trek jalan kaki di sepanjang persisiran pantai yang terletak di sebelah Oryukdo Skuwalk. Pemandangannya sangat indah dengan bayu laut yang segar. Selepas puas meluangkan masa di Oryukdo Skywalk, jangan lupa untuk berjalan-jalan di sini pula.

9. Gamcheon Cultural Village

Gamcheon Culture Village adalah lokasi wajib dilawati jika anda bercuti ke Busan. Gamcheon Culture Village digelar sebagai “Korean Marchu Pichu” kerana ianya saling tak tumpah seperti Marchu Pichu di Peru. Ia terletak di kaki bukit yang menghadap pelabuhan, menjadikannya sebuah perkampungan dengan pemandangan yang indah.

Menariknya, deretan rumah di sini adalah seperti susunan kiub yang berwarna-warni yang sangat unik. Rumah-rumah di sini dihiasi dengan mural dan hiasan lain yang sangat unik.

tempat menarik di busan
Sumber: Bnbhero

10. Jagalchi Fish Market

Jagalchi Fish Market merupakan salah satu pasar ikan yang terbesar kat Asia. Lokasinya adalah bersebelahan dengan Yongdusan Park. Jika teringin untuk mencuba Ketam Snowcrab atau King Crab yang bersaiz besar yang tak pernah dilihat di Malaysia, anda boleh cuba makan di sini. Selain itu, anda juga boleh cuba makan sotong kurita secara hidup-hidup. Kalau anda penggemar kimchi, boleh shopping kimchi di sini.

11. Gukje Market

Tempat menarik di Busan yang seterusnya ialah Gukje Market. Kalau anda nak shopping pakaian dengan harga yang murah, sinilah tempatnya. Di sini juga sesuai untuk anda membeli cenderamata sebagai kenangan buat orang tersayang di Malaysia.

12. Dalmaji-gil Road

Kebanyakan pelancong Malaysia pergi ke Busan untuk melihat cherry blossom dan sakura yang cantik dengan bau yang sangat harum. Kalau anda nak tengok pokok cherry blossom dan sakura, Dalmaji-gil road adalah tempatnya. Namun pastikan anda datang pada musim yang betul.

Dalamaji-gil road terletak di tebing sebuah bukit dengan pemandangan pantai dan laut yang sangat cantik. Terdapat sebuah taman di sini yang dihiasi dengan pokok sakura dan cherry blossoom. Boleh anda bayangkan betapa cantiknya pemandangan di sini? Oleh itu, kalau anda bercuti ke Busan jangan lepaskan peluang untuk ke Dalmaji-gil Road.

13. Masjid Busan Al-Fatah

Tempat menarik di Busan yang seterusnya ialah Masjid Busan Al-Fatah. Untuk maklumat anda, islam sudah lama bertapak di Korea walau pun cuma 5% daripada penduduk di sini bergama islam. Masjid ini tidak besar, ianya sebuah masjid kecil yang dibina dengan bantuan pihak Turki sebagai lambang kerjasama kedua negara. Sebagai satu-satunya masjid yang ada di Bandar Busan, masjid ini menjadi pusat perkembangan agama Islam di Busan. Di sini ada disediakan kelas agama bagi penduduk muslim di Busan, terutamanya mereka yang baru menganut agama Islam.

tempat menarik di busan
Sumber: Youtube

14. Cappadocia Turkish Kebab Restaurant

Alang-alang anda dah sampai ke Masjid Busan Al-Fatah, kami cadangkan anda untuk singgah makan di Cappadocia Turkish Kebab Restaurant yang terletak di hadapan masjid tersebut. Restoran ini sangat terenal sebagai restoran makanan halal di Busan. Kebabnya sangat sedap, seperti anda sedang berucuti di cappadocia, Turki. Hiasan dalaman restoran ini juga sangat cantik, dengan konsep timur tengah seperti di Turki. Pendek kata, kalau anda makan di Cappadocia Turkish Kebab Restaurant, anda akan terasa seolah-olah sedang bercuti di Turki. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk makan di sini.

15. Lotte Premium Outlet East Busan

Bercuti dan membeli-belah sememangnya sangat sinonim. Kalau anda nak shopping barangan berjenama dengan harga yang berpatutan, kami cadangkan anda pergi ke Lotte Premium Outlet East Busan. Terdapat pelbagai jenama seperti Adidas, Nike, Guess dengan harga berpatutan. Ala-ala Genting Premium Outlet dan Johor Premium Outlet.

16. UN Memorial Cemetery

Tempat menarik di Busan yang terakhir ingin kami kongsikan kepada anda ialah UN Memorial Cemetery iaitu sebuah kawasan perkuburan bersejarah yang terkenal di Busan. Ia merupakan sebuah kawasan bersejarah di mana disinilah kubur bagi tentera United Nations yang terdiri daripada 11 negara yang terkorban semasa tercetusnya Perang Korea di antara Korea Utara dan Korea Selatan pada tahun 1950 sehingga 1953.

Semasa peperangan berlaku, Seoul dan bandar-bandar lain ditawan oleh tentera Korea Utara. Menurut sejarah, Busan telah menjadi kubu terakhir bagi tentera Korea Selatan dan United Nations sebelum mereka berjaya mengumpulkan semula tentera dan membalas serangan Korea Utara.

Selain melihat perkuburan bersejarah, di sini anda juga berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah Perang Korea yang berlangsung dalam tempoh yang pendek namun memberi kesan yang besar kepada seluruh dunia.

tempat menarik di busan
Sumber: Thornewarmemorial

Itulah dia 8 tempat menarik di Busan yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Kemboja, tempat menarik di Dubai, dan tempat menarik di Pahang. Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *