12 Tempat Makan Menarik Dan Sedap Di Kota Bharu Kelantan
Kalau berkunjung ke negeri Kelantan, memang rugi sekiranya anda tidak singgah ke tempat makan menarik yang ada di Kelantan. Memang ramai akui, di negeri Kelantan banyak tempat makan menarik, best dan sedap.
Jadi, pada sesiapa yang berkunjung atau pulang beraya di Kelantan, ammboi senaraikan 12 tempat makan menarik dan sedap di sekitar Kota Bharu Kelantan.
Antaranya adalah Kedai Kopitiam Kita, Warung Pak Mat Pulau Pisang, Lido Corner, Nasi Ulam Cikgu, KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh, Kedai Nasi Kukus Abe Mie dan banyak lagi.
Info lanjut, lokasi dan panduan mengenai kedai-kedai makan berkenaan anda boleh baca selanjutnya dibawah:
1 – Kedai Kopitiam Kita
Kedai Kopitiam Kita adalah kedai makan yang mesti ammboi kunjungi kalau pulang ke Kelantan. Di sini, anda boleh temui pelbagai hidangan sarapan pagi seperti nasi berlauk yang pelbagai lauk dan banyak lagi.
Paling istimewa di Kedai Kopitiam Kita sudah tentu roti titab iaitu roti bakar yang dihidangkan bersama kaya dan telur separuh masak. Rugi kalau tak cuba!
- Info Kedai Kopitiam Kita
- Alamat / lokasi: 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.
- Waktu: 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja
- Tel: 019-9810888
2 – Warung Pak Mat Pulau Pisang
Warung Pak Mat Pulau Pisang juga merupakan lokasi kedai makan menarik yang wajib dikunjungi di Kelantan. Apa yang istimewa? Sudah tentu Sup Kepala Ikan. Harganya memang mahal sedikit.
Apapun anda juga boleh makan sup ikan iaitu bahagian lain ikan dengan harga yang lebih murah. Selain itu, anda mesti cuba Teh Tarik Madu! Warung Pak Mat Pulau Pisang ni senang jer nak cari. Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.
- Info Warung Pak Mat Pulau Pisang
- Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Telefon: 013-919 8131
3 – Lido Corner
Lokasinya memang mudah dicari. Lido Corner atau juga dikenali Nasi Sup Tepi Sungai Kota Kharu terletak bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Kedai makannya nampak biasa.
Menunya juga nampak biasa. Tetapi sekali anda cuba pasti anda akan berkunjung lagi ke sana. Berkonsepkan layan diri, Lido Corner menyediakan hanya 1 menu utama iaitu nasi sup daging dengan pilihan sampingan 3 jenis lauk iaitu daging bakar, ayam bakar dan kari ikan.
- Info Lido Corner
- Alamat/lokasi: Jalan Post Office Lama bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.
- Waktu: Setiap hari kecuali hari Jumaat (12.30 tengahari – 5.30 petang).
4 – Nasi Ulam Cikgu
Menyediakan hidangan nasi putih serta lauk pauk seperti ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu.Berkonsepkan layan diri, anda pasti berpuas hati dengan menu yang disediakan dengan harga yang berbaloi.
- Info Nasi Ulam Cikgu
- Alamat/lokasi: Terletak di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah
- Waktu: Setiap hari kecuali Jumaat (11.00 pagi – 5.00 petang).
5 – KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Nak makan ikan bakar anda mesti berkunjung ke KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh. Selain ikan bakar, pelbagai menu lain turut disediakan. Sudah tentu turut ada pelbagai ulam-ulaman, sambal beserta budu.
- Info KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
- Alamat/lokasi: Terletak di Wakaf Che Yeh. Berhadapan dengan CIMB Bank.
- Waktu: Setiap hari 4.30 petang – 1.30 pagi.
6 – Kedai Nasi Kukus Abe Mie
Menyediakan hidangan nasi kukus yang berlaukkan ayam goreng berempah. Lauk yang lain juga ada.
- Info Kedai Nasi Kukus Abe Mie
- Alamat/lokasi : Restoran Abe Mie, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
7 – Nasi Kak Wok Lundang
Menu yang dihidangkan adalah nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah dan juga rasa gulainya ditambah sambalnya yang sedap.
- Info Nasi Kak Wok Lundang
- Alamat/lokasi : Jalan Masjid Lundang, Kota Bahru (belakang KBMC) , terletak lebih kurang 200 meter dari simpang lorong selepas KBMC.
- Waktu: Setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.
8 – Nasi Kukus Suriani
Menyediakan hidangan nasi kukus dengan pelbagai jenis lauk pauk pada harga yang berpatutan.
- Info Nasi Kukus Suriani
- Alamat/lokasi: terletak hanya di sebelah Stadium Muhammad IV di jalan menuju Hospital Raja Perempuan Zainab II.
9 – Maggi Tiram Pok Weil Bachok
Jika anda menuju ke Bachok, boleh lah singgah di sini kerana ia terletak di luar kawasan bandar Kota Bharu. Antara kedai makan yang trending sekarang di Kelantan. Menu yang popular adalah mee segera yang dimasak bersama tiram. Juga terdapat menu lain seperti tiram segar yang dimakan bersama sos istimewa, telur dadar tiram dan nasi goreng.
- Info Maggi Tiram Pok Weil, Bachok
- Alamat/lokasi: terletak di Tawang (menghala ke Bachok)
- Waktu: Selasa hingga Khamis (11.00 pagi -12.00 tengah malam) Jumaat (3.00 ptg – 12.00 tgh mlm) (Isnin tutup)
10 – Alemy Meggi Ketam Cherang Ruku
Menunya simple sahaja, hanyalah maggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah. Jika anda melalui jalan pantai menuju ke Tok bali boleh lah singgah di sini.
- Info Alemy Meggi Ketam, Cherang Ruku
- Alamat/lokasi: Bangunan MDPP,Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan
- Waktu: Setiap hari 5.00 petang – 2.00 pagi
- Tel: 012-9524657 / 019-9584657
11 – Maggi Ketam Relax Cafe Pasir Pekan
Kali ini kita keluar sedikit dari bandar Kota Bharu namun ianya tidaklah sejauh mana. Lebih kurang 15 km sahaja daripada bandar Kota Bharu. Kalau daripada Kota Bharu, ia terletak di Pekan Pasir Pekan jalan menghala ke Pasir Mas.
- Info Maggi Ketam Relax Cafe Pasir Pekan
- Alamat/lokasi: Pasir Pekan. Jalan menghala ke Pasir Mas.
12 – KB Burger Bakar Kota Bharu
KB Burger Bakar Kota Bharu ni terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan. Boleh dikatakan lokasinya memang senang dijumpai. Burger bakar yang menarik dan sedap boleh anda nikmati di sini.
- Info KB Burger Bakar Kota Bharu
- Alamat/lokasi: Berdepan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan dan Kota Bharu.
Macam mana? Dah plan ke untuk berkunjung ke kedai-kedai makan yang menarik sangat di atas? Kena aturkan masa yang sesuai. Kalau boleh pagi tu bersarapan dulu di Kopitam Kita sebab kedai tu buka awal pagi.
Tengahari boleh makan di Warung Pak Mat Pulau Pisang atau Lido Corner dan lain-lain kedai pilihan anda. Pada sebelah malam pula bolehlah berkunjung ke Maggi Ketam Relax Cafe Pasir Pekan atau kedai yang seangkatan dengannya.
Kalau anda dah pernah cuba, bolehlah beri pandangan anda mengenai kedai makan tersebut menerusi ruangan komen dibawah. Boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk rakan-rakan yang lain.
Admin boleh try makan kat warung dim sum hj loh(since 2007)
Masakan panas, western, set, dimsum ade
Harga – amat berbaloi (serendah RM15/orang skali air doh)
Rasa- sedap
Kapasity – 100 seat didalam kedai + 84 seat tepi sungai
Lokasi- sebelah ridel hotel kota bharu,
tepi sungai kelantan
Pelangi mall
Pertanyaan 0199848772 yie
I will be staying at Flora, how to get to your place?