Tak Sangka 10 Tempat Menarik Di Switzerland Ini Cantik Seperti Dalam Fantasi!
Selalu kita mendengar tempat-tempat menarik di luar negara yang menjadi idaman setiap orang untuk melancong adalah seperti Negara Korea, Paris, Istanbul, London dan banyak lagi. Tapi tahukah anda Switzerland juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik. Cuba anda bayangkan keindahan semula jadinya, gunung alpine dan lembah-lembah yang mempersona, kampung-kampung seperti di dalam filem fantasi, tasik yang berkilauan, bandar serta bangunan bersejarah dan banyak lagi tarikan. Alunan muzik daripada artis jalanan pasti membuatkan mulut anda ternganga melihatnya! Negara yang seluas 41,285 km dan diduduki 7.5 juta  penduduk ini menggunakan 4 jenis bahasa komunikasi iaitu German, Perancis, Roman dan Itali.
Negara ini sebenarnya  berada di dalam kerangka antara lembah, tasik dan kawasan pergunugan. Kali ini, kami akan mencadangkan beberapa tempat menarik di Switzerland untuk anda lawati. Pastinya tempat-tempat ini mencakupi aspek makanan, membeli belah, tempat bersejarah dan banyak lagi aktiviti lain yang pastinya sesuai untuk lawati. Jangan terkejut, 10 tempat menarik di Switzerland ini cantik seperti dalam fantasi!Â
-
 Swiss National Park, Zernez
Terdapat lebih kurang 21 laluan pendaki yang disediakan agar pengujung melihat keindahan flora dan fauna di samping merasai glasier yang diliputi salji, padang rumput yang luas, air terjun yang tenang dan hutan yang menghijau dengan suburnya. Hampir 5,000 spesis haiwan dan 100 spesis burung yang boleh anda temui disini seperti helang emas, rusa merah ,marmot dan banyak lagi haiwan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Tempat menarik di Switzerland ini juga amat nyaman sekali.
Â
2. The Rhine Falls
Salah satu tarikan pelancong di Switzerland adalah Rhine Falls di Schaffhausen yang merupakan air terjun terbesar di Switzerland dan segenap bumi eropah. Dengan keluasan 150 meter, pelancong dapat melihat keajaiban yang mempersonakan iaitu air terjun ini dari tempat menonton yang disediakan. Sekiranya anda seorang yang berani, anda boleh menyewa dan menaiki kapal merentas sungai ini untuk pergi ke Istana Schloss Laufen dan Schloss Worth.Waktu yang paling ideal untuk datang ke sini adalah sekitar bulan Jun dan Julai kerana pada waktu ini salji gunung akan mencair dan air terjun dalam jumlah yang besar akan memuntahkan ais batu gergasi seukuran 21 meter. Memang rugi kalau tak pergi ke tempat menarik di Switzerland ini. Sepanjang berada di sini, anda akan merasai seolah-olah anda berada di dunia fantasi, Narnia atau fairy tale juga sebenarnya.
Â
3. Bern
Bern merupakan ibukota bagi Switzerland yang terletak di semenanjung Sungai Aare. Anda pasti terpana melihat seni bina bandar ini berkonsepkan zaman abad pertengahan seperti di filem-filem barat. Tempat menarik di Switzerland ini merupakan tapak UNESCO dunia yang terkenal dengan muzium bersejarahnya, galeri seni yang amat menerujakan, tempat makan yang menarik serta arked membeli-belah yang sudah pasti anda perlu lawati. Anda boleh mencuci mata melihat barangan di sini.Arked atau bangunan ala-ala mall yang disediakan dipenuhi dengan butik, bar, kafe dan sebagainya. Galeri seni paling terkenal di sini adalah Zentrum Paul Klee dan Muzium Seni Bern yang menampilkan koleksi-koleksi seni terbesar dunia. Persekitaran sekeliling bandar gah ini sangat indah dimana ia lengkap dengan jalan berbatu-bata, gereja dan bangunan klasik bersejarah, panorama indah seakan berada di abad ke 16. Tidak dilupakan juga persembahan jalanan banyak terdapat disini seperti silap mata, muzik dan keseniaan. Di Bern juga terdapat taman botani dan pasar yang menyediakan pelbagai jualan barangan. Amatlah rugi jika anda tidak datang ke sini alang-alang datang ke Switzerland.
Â
4. Tasik Lugano
Tasik Lugano yang terletak di sempadan antara Switzerland dan Itali ini menjanjikan rasa yang sangat mengasyikkan dan menyeronokkan kepada anda. Persekitaran tasik ini dihiasi dengan sentuhan subtropika dengan taman-taman yang cantik berwarna-warni. Tidak dinafikan lagi, pengaruh kebudayaan Itali meresap di daerah ini sehingga anda dapat melihat villa-villa mewah, bau masakan Itali yang lazat dan mendengar muzik-muzik klasik Itali disini. Ia seolah-olah berada di alam fantasi atau syurga kerana semuanya lengkap, sempurna dan menyeronokkan di sini.Anda boleh melawat tasik ini dengan menyewa bot atau menaiki kapal perang putih dan pastinya jangan lupa bergambar kerana permandangan di sini bagaikan salah satu keajaiban dunia. Di samping itu, terdapat juga muzium dan beberapa tapak warisan di Plazzos neoklasik wajib anda kunjungi di tempat menarik di Switzerland ini. Tahukah anda, kawasan yang cantik dan sering disinggahi para artis dan selebriti yang dikenali orang sebagai Monte Carlo Of Switzerland juga tidak harus anda lepaskan peluang. Bandar di sekitar sini sememangnya menwarkan kepada anda permandangan yang menakjubkan manakala di Bellizona pula, terdapat tiga buah istana megah juga merupakan tapak warisan UNESCO.
Â
5. Zurich
Bandar yang merupakan pusat kebudayaan ini dinobatkan sebagai sebuah bandar terbessar di Switzerland. Ia terletak di hujung barat laut tasik Zurich di seberang sungai Limmat. Kami cadangkan untuk anda berjalan kaki di jalan berbatu bata bagi merasai suasana bandar lama dengan ciri kontemporarinya yang tersendiri ini. Disamping itu, terdapat banyak kedai cenderahati, cafe, restoran dan galeri yang harus anda datang.Mile Long Bahnhofstrasse adalah salah satu tempat berbelanja pelbagai jenama baju, perhiasan , beg dan banyak lagi barang. Apa yang pasti, ia bakal membuatkan anda rambang mata memilihnya. Hampir 50 buah muzium dan 100 galeri seni didirikan disini dan yang paling popular adalah Kunsthaus Zurich iaitu muzium seni halus. Tidak dilupakan juga Zoo Zurich yang menempatkan pelbagai jenis spesis haiwan yang jarang ditemukan didunia ini.
Â
6. Chateau De Chillon, Montreux
Selama berabad-abad lamanya Chillon Castle ini mengilhamkan idea -idea dari tokoh artis dan penulis terkenal. Antara tokoh yang melakarkan karya mengenai harta karun bernilai ini adalah Lord Byron dan Victor Hugo. Tempat menarik di Switzerland ini juga merupakan kubu air tertua yang berumur 400 tahun dan meliputi lebih kurang 25 buah bangunan. Anda boleh sampai ke sini melalui bot, bas atau berjalan kaki dari bandar Montreux.Peninggalan sejarah di sini adalah seperti Great Hall, bilik bawah tanah Gothic, Chapel dan Camera Domini. Selain itu, terdapat juga kubu Count dan Duke Savoy dari abad ke 12. Terasa bagaikan jiwa anda terpelanting ke zaman lampau pada abad pertengahan jika anda berkunjung ke sini.
Â
7. Jungfraujoch: The Top Of Europe
Perjalanan kereta api ke Jungfraujoch yang memukau menawarkan kepada anda percutian yang tenang sehingga anda di bawa sampai ke Gletser yang terpanjang di eropah. Gletser Aletsch Besar bermula di Jungfraujoch. Jalan-jalan yang terkenal disini adalah Panorama Way yang mengunjur ke arah selatan, Gletscherschlucht dan Opfelchuechliwag.Di dasar pergunugan salji bagi tempat menarik di Switzerland ini, terdapat beberapa buah perkampungan seperti Murren,Grindelwald ,Wengen dan Lauterbrunnen. Kampung-kampung ini merupakan salah satu tempat peranginan yang hebat dan menarik untuk anda lawati. Selain itu, anda boleh melihat sebuah gunung yang dikenali sebagai The Big Three iaitu glasier Jungfraujoch, Monch dan Eiger. Untuk pengetahuan anda, tempat penginapan yang terdekat disini juga ada disediakan untuk para pelancong.
Â
8. The Matterhorn
Puncak ikonik yang berbentuk seperti piramid ini adalah salah satu gunung tertinggi di Alps. Dengan ketinggian 4,478 meter, puncak agung ini terletak di sempadan Itali. Memang fantasi sungguh, puncak gunung ini dikatakan sebuah tempat menarik di Switzerland sesuai untuk para pendaki. Setiap musim panas ribuan pendaki datang untuk melakukan aktiviti. Tidak dilupakan juga, di kaki gunung ini terdapat sebuah perkampungan bernama Zermatt. Di sini terdapat resort dan hotel bertaraf lima bintang, restoran dengan pelbagai aneka makanan, sewaan menunggang kereta kuda dan lain-lain lagi kemudahan.Aktiviti biasa dilakukan di tempat menarik di Switzerland ini ketika musim panas adalah berbasikal, berenang, bersukan atau menmanjat dan mendaki di pergunungan. Mendaki pada musim sejuk semestinya menjanjikan kepada anda satu pengembaraan yang dramatik dan lasak yang pastinya anda tidak akan melupakannya.
Â
9. Interlaken
Interlaken merupakan salah satu resort bertaraf antarabangsa yang terkenal di Switzerland. Ia terletak di Lake Thun di sebelah barat manakala Lake Brienz di sebelah timur. Di sekitar Hoheweg terdapat taman bunga, hotel dan kafe selain dikitari dengan permandangan pergunungan yang damai. Aktiviti utama yang sering dilakukan disini adalah berkayak, mengembara, berbasikal dan macam-macam lagi. Disediakan bagi pengunjung sebanyak 45 buah kereta api, lift ski dan juga kereta kabel bagi anda yang ingin keluar kawasan bandar. Pada musim sejuk pula, pemain ski berkumpul beramai-ramai untuk melakukan aktiviti di sepanjang unjuran yang bersalji mahupun disekitar resort. Kami syorkan agar tempat menarik di Switzerland ini di masukkan ke dalam salah satu wishlist anda.Â
10. Lucerne
Ditengah-tengah kawasan Switzerland yang dikelilingi dengan pergunungan dalam cakupan alam semulajadi, terbina sebuah bandar bernama Lucerne. Bayangkanlah panorama jambatan-jambatan yang bersambungan, bebas dari kereta, lukisan-lukisan serta arca seni yang mempunyai nilai sentimental sejarah, air pancut ditengah-tengah bandar dan gereja-geraja tua semuanya disatukan di sini.Tempat menarik di Switzerland ini juga terkenal dengan konsert muzik yang menampilkan para penyanyi dan kumpulan okestra di mana setiap tahun Festival Muzik Antarabangsa sering diadakan di sini. Anda juga dapat melihat Jambatan Chapel yang dibina pada abad ke-14 merupakan mercu tanda di Switzerland. Muzium Pengangkutan Swiss dengan pameran pelbagai jenis kenderaan termasuk pengangkutan udara, lokomotif kereta api dan planetarium tersedia di sini.Â
Aktiviti pendakian juga boleh anda lakukan di Maount Pilatus, Mount Rigi atau Stanserhorn. Saya yakin bandar antik dan asli  ini mampu memberikan pengalaman baru yang mendebarkan kepada anda selain menikmati kecantikannya umpama alam fantasi!
Beberapa tempat menarik di Switzerland yang kami kongsikan kepada anda bolehlah dijadikan paduan atau rujukan jika anda mempunyai hasrat untuk datang ke negara cantik ini. Selain daripada melihat permandangan yang indah, anda juga boleh menimba ilmu dan pengalaman yang baru mengenai sebuah negara yang kukuh mempertahankan tempat-tempat bersejarah dan budaya tradisionalnya ini. Sama juga dengan negara-negara lain yang boleh anda lawati. Jom ketahui tempat menarik di Bukit Tinggi Indonesia dan tempat menarik di Songkhla pula.ÂÂ
Rujukan
Â