12 Tempat Menarik Di Cambodia Kesukaan Ramai 2019
Cambodia atau dalam bahasa melayunya adalah Kemboja merupakan sebuah negara yang luas serta mempunyai penduduk yang ke-69 paling ramai di dunia. Negara jiran bagi Thailand, Laos dan Vietnam ini amat maju dengan sektor ekonomi, politik dan kebudayaannya.
Jom lihat 12 tempat menarik di Cambodia yang menjadi kesukaan ramai ini.
#1 Istana Raja Dan Silver Pagoda
Untuk pengetahuan anda, lantai Silver Pagoda ini mempunyai lapisan lebih dari 5,000 ubin berbahan perak dan setiap daripadanya memiliki ubin seberat 1 kg. Lokasi Silver Pagoda terletak di sisi sebelah selatan istana. Silver Pagoda atau lebih dikenali dengan nama Wat Preah Keo ini juga dihiasi dengan Patung Buddha yang dihasilkan daripada emas dan berlian.
Anda boleh berkunjung ke sini seawal 8 pagi untuk bersiar-siar dan melawat. Aktiviti santai seperti melawat istana ini membolehkan anda sekaligus mencuci mata melihat orang-orang di sini. Pada 11 pagi sehingga 2 petang, kompleks istana ini ditutup kerana mereka mempunyai acara dan menerima tetamu kenegaraan dan raja-raja. Anda boleh datang semula pada 2 petang.
#2 Thmey Market
Barang-barang keperluan juga boleh anda dapatkan disini. Antaranya adalah pakaian, souvenir, batu mulia, sayur, buah dan lain-lain lagi. Pasti anda jarang mendengar tentang batu mulia kan? Sebenarnya, ia adalah lambang anjalan kerajaan Cambodia. Bolehlah anda lihat sendiri batu mulia yang dimaksudkan ini.
#3 Tuol Sleng Genocide Museum dan Killing Field
Setelah disiksa, mereka akan diuruskan di tempar pembantaian pula iaitu di Killing Field. Bunyinya sungguh menakutkan apatah lagi jika anda sendiri melihatnya. Hampir 8000 tengkorak serseryangta kubur terdapat disini. Walaupun begitu, tempat menarik di Cambodia ini menjadi kesukaan ramai pelancong kerana ia amat advance dan anda dapat melihat semuanya dengan mata kepala sendiri.
#4 Sihanoukville
Selain Sihanoukville, banyak lagi pantai kesukaan pelancong seperti Sokha Beach, Otres Beach, Independent Beach, Serendipity Beach dan Long Beach. Kesemua pantai ini berbeza dari segi suasana dan pemandangannya namun cuaca disini baik dan stabil.
#5 Angkor Wat
Angkor Wat terletak di Kota Siem Riep dengan jarak 350km dari Phonm Pennh. Ramai pengunjung tidak menyedari bahawa ia telah dibina sejak abad ke 12 lagi. Memang lama sangat kan? Sehingga sekarang anda boleh melawat Angkor Wat yang merupakan kuil terbesar di Cambodia.
Selain dari Angkor wat, terdapat banyak kuil-kuil lain dalam kawasan Angkor Wat turut dapat anda kunjungi iaitu Bayon, Angkor Thom, Ta Phrom dan juga Banteay Srey. Banyak keunikan kuil yang berbeza boleh anda lihat disini, Kuil Ta Phrom pasti membuatkan anda terpegun kerana ia dikelilingi oleh pohon-pohon besar serta pernah dijadikan set lakonan untukfilem Tom Raider.
#6 Koh Kong
Dari segi pemandangan dan keindahan alam, pasti anda akan teruja melihat hutan paya bakau yang pernah diiktiraf sebagai paya bakau tercantik di Asia Tenggara kini berada di depan mata anda. Dengan kehijauan alam dan tumbuh-tumbuhan, di sini juga terletaknya Pusat Perlindungan Hidupan Liar Peam rasop. Anda boleh melihat semua haiwan-haiwan dalam habitatnya yang sebenar di sini. Memang menjadi rutin, kawasan hutan paya bakau ini dijadikan tempat lawatan eko untuk semua pihak.
#7 Preah Vihear
Sudah pastilah kawasan Preah Vihear ini amat cantik dan indah kerana anda boleh melihat pemandangan ketika matahari terbit dan terbenam disini. Tambahan pula, suasana kuil ini berada di kawasan pergunungan menjadikan ia terasa dingin dan boleh melihat keadaan kawasan berdekatan dengan mudah.
#9 Central Market
Antara barang niaga yang dijual di sini adalah barang perhiasan, jam tangan, kasut, pakaian, makanan, beg dan lain-lain lagi. Anda boleh borong habis-habisan disini kerana harga barang yang dijual di sini lebih murah jika dibandingkan dengan pasar Siem Reap dan pasar-pasar lain. Semua peniaga menjual dengan harga berpatutan dan sederhana di sini. Patutlah ramai pelancong tempatan dan luar negara suka ke sini. Di samping itu, suasana sekitar pasar ini amat bersih dan tenang walaupun ia amat meriah.
Anda juga boleh menikmati makanan ringan dan makanan berat sambil bersiar-siar dan membeli-belah disini. Memang nikmat makan cendol, cincau dan minum jus-jus yang murah dan segar ini. Paling membuatkan anda gembira, kebersihan makanan, minuman dan peniaga serta kedai tempat menarik di Cambodia ini amat dititikberatkan dan memang terbaik.
#10 National Museum of Cambodia
Apa yang menarik disini, keadaan dalam dan luar muzium ini memang membuatkan anda teruja kerana jarang untuk kita lihat muzium luar negara kan. Seni bina bangunan dan reka bentuk muzium ini menarik dan boleh dijadikan sebuah tempat lawatan untuk pelajar dan seluruh masyarakat.
#11 Ratanakiri
Selain hiking dan menginap, anda boleh melihat air zamrud dari Danau Kawah Yeak Lom. Ia pula merupakan tempat berenang bagi anda yang ingin mandi-manda dalam air dingin lagi tenang pada siang hari. Bukan itu sahaja, masih ada air terjun menarik untuk anda berendam seperti air terjun Chaa Ong dan Ka Tie.
#12 Kratie
Di sini juga anda dapat melihat bangunan kolonial Perancis yang terletak berhampiran Sungai Mekong. Cuaca di sini selalunya amat baik untuk anda beriadah dan bersiar-siar. Tak sangka Cambodia ini mempunyai tempat yang tenang dan cantik sebegini. Luangkan masa anda untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan udara segar di Kratie. Jangan lupa tunggu untuk menyaksikan matahari terbenam
Rujukan: