The Kabin Jeram: Penginapan Unik Di Selangor
The Kabin Jeram adalah penginapan unik untuk mereka yang mencari suasana menginap yang berbeza. Jika belum pernah merasainya dan masih tercari-cari tempat percutian yang dapat memberikan kepuasan kepada anda, maka The Kabin Jeram adalah jawapannya.
The Kabin Jeram di Kuala Selangor antara salah satu tempat percutian yang cukup unik, sesuai dengan namanya iaitu The Kabin. Lokasinya yang strategik terletak bersebelahan dengan Pantai Remis.
Apa yang menjadikan The Kabin Jeram ini unik adalah kerana tempat ini menyediakan penginapan berkonsepkan kontena yang diperbuat daripada kontena perkapalan kitar semula dan ditukar kepada unit penginapan yang cantik, mewah dan selesa.
Buat anda yang bertanya-tanya tentang kemudahan dan juga bagaimana suasana percutian di sana, anda tidak perlu risau kerana dijamin The Kabin Jeram dapat memberikan anda percutian yang memuaskan.
Penginapan
The Kabin Jeram menyediakan beberapa jenis bilik penginapan dengan reka bentuk yang sangat cantik dan menarik. Anda juga boleh memilih jenis-jenis bilik yang disediakan mengikut keinginan dan keselesaan anda.
Bilik penginapan di The Kabin Jeram ini terletak sebuah-sebuah dengan mengikut jarak tertentu dimana ianya memberikan suasana privasi buat setiap penginap.
Setiap jenis bilik penginapan menawarkan harga yang sangat berbaloi, sesuai dengan kemudahan yang terdapat di dalamnya. Suasana dan pemandangan yang luar biasa dari setiap bilik pasti memuaskan hati pengunjung. Pengunjung boleh memilih penginapan dengan pemandangan kolam mahupun taman.
Antara jenis bilik yang menawarkan harga yang paling rendah adalah bilik Durban. Bilik ini hanya dapat memuatkan 2 orang sahaja. Mempunyai 1 katil jenis queen dan harga yang ditawarkan hanyalah RM190.
Meskipun bilik ini menawarkan harga paling rendah, namun anda jangan bersusah hati kerana bilik ini juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan yang paling menyeronokkan anda dapat menikmati pemandangan kolam renang dari bilik tersebut.
Jika anda lebih menyukai pemandangan taman, anda boleh memilih jenis bilik Antwerp, Felixtowe, Hamburg, Shanghai, Singapore, Sharjah atau Busan, Keihin, Kelang, Ho Chi Minh, Colombo atau Melbourne dengan harga antara RM200 – RM360.
Kemudahan
Dari segi kemudahan pula, anda tidak perlu risau dan runsing kerana The Kabin Jeram ini mempunyai pelbagai kemudahan mencukupi, yang disediakan khas untuk para pengunjung.
Antaranya, sudah tentu kolam renang yang cukup besar untuk pengunjung bermandi-manda tidak kiralah dewasa atau kanak-kanak. Selain kolam renang ini berdekatan dengan bilik, ianya juga mempunyai tempat berehat di pinggir kolam yang membolehkan pengunjung menikmati suasana atau mengawasi anak-anak dari tepi kolam.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kafe yang disediakan berhampiran dengan kolam renang. Anda boleh memesan makanan dan menikmati makanan sambil bersantai di tepi kolam renang. Pilihan makanan yang terdapat di kafe The Kabin Jeram ini juga sangat memuaskan.
Kanak-kanak pasti menyukai kemudahan taman permainan mini. Terdapat buaian, jongkang-jongkit, gelongsor dan lain-lain yang pasti membuatkan anak-anak anda sentiasa aktif dan gembira sepanjang berada di sini.
The Kabin adalah lokasi penginapan yang mesra muslim. Mereka menyediakan sebuah surau yang cantik dan berkonsepkan Morocco. Dekorasi dalaman surau memang menawan dan selesa.
Bagi pengunjung yang ingin mengadakan majlis-majlis kecil seperti bengkel dan seminar atau majlis-majlis peribadi seperti sambutan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, The Kabin turut menyediakan kemudahan dewan-dewan khas yang boleh digunakan oleh pengunjung.
Tak cukup dengan itu, parkir disediakan dengan luas dilengkapi dengan sistem keselamatan yang baik iaitu CCTV dan pintu pagar. WiFi percuma turut dibekalkan agar pengunjung sentiasa dapat berinteraksi dengan di media sosial.
Aktiviti Menyeronokkan
Bercuti di The Kabin Jeram ini bukan sahaja dapat merehatkan tubuh dan minda, tetapi pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik dan menyeronokkan.
Bermacam-macam aktiviti yang disediakan oleh The Kabin ini bagi memastikan pengunjung yang datang bercuti dapat merasai pengalaman menyeronokkan dan tidak membosankan hanya dalam satu tempat.
Antara salah satu aktiviti yang cukup disukai ramai adalah The Rides. Jika anda seorang pecinta alam, anda boleh melibatkan diri dengan aktiviti ini sambil menikmati pemandangan sekitar yang indah.
Jika anda menyukai ATV, anda boleh menyewa dengan harga serendah RM30 sahaja. Selain ATV, anda juga boleh menggunakan Skuter Elektrik dengan harga RM25 atau anda boleh menyewa basikal dengan harga hanya RM8 sahaja.
Buat pengunjung yang lebih menyukai aktiviti indoor, anda tidak perlu risau kerana The Kabin turut menyediakan tempat karaoke. Pengunjung yang gemar bernyanyi untuk menghilangkan rasa bosan bolehlah menyewa tempat karaoke ini hanya dengan RM50 satu jam.
The Kabin Jeram ini juga terdapat gelanggang serbaguna yang boleh digunakan oleh para pengunjung untuk bermain futsal, bola tampar, bola keranjang atau badminton. Aktiviti-aktiviti seperti ini sangat sesuai untuk pengunjung yang datang dan ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Pengunjung juga tidak perlu bersusah payah memikirkan tempat atau lokasi untuk mengadakan hari keluarga atau sukaneka kerana gelanggang serbaguna yang disediakan ini cukup luas dan sesuai untuk bermacam aktiviti sukaneka.
Pada sebelah malam pula, aktiviti barbeku menjadi pilihan ramai lebih-lebih lagi sewaktu berkumpul dalam kelompok yang ramai. Bagi aktiviti ini, pihak The Kabin telah menyediakan ruang barbeku yang eksklusif, disewakan dengan berbaloi. Pengunjung juga boleh meminta pihak The Kabin untuk mengaturkan pakej buffet dan barbeku.
Cara Membuat Tempahan
Untuk membuat sebarang tempahan atau menyemak tarikh penginapan yang kosong, anda boleh mengunjungi website The Kabin atau menghantar pesanan Whatsapp di nombor yang tertera:
Website: THE KABIN
Facebook: The Kabin
No Telefon: 017-924 7800
Lokasi: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Kesimpulannya, The Kabin Jeram memang sesuai untuk percutian keluarga tanpa mengira umur kerana kawasan dan kemudahan yang disediakan sangat memadai. Tak perlu keluar mencari tempat lain, kemudahan yang ada pasti membuatkan anda tidak dapat menikmati kesemuanya hanya dalam satu hari.
Memandangkan The Kabin sering dipenuhi dengan pengunjung, lakukan tempahan penginapan dengan segera agar anda turut dapat merasai keriangan di sini pada tarikh yang anda inginkan. Selamat bercuti!
Mencari tempat menarik di Kuala Selangor? Kami cadangkan anda untuk ke tempat di bawah bagi memenuhi percutian menarik di negeri ini. Kesemua tempat ini berdekatan dengan The Kabin.