15 Tempat Makan di Cameron Highlands Sedap, Berkhasiat Dan Pasti Nak Lagi
Siapa yang tidak pernah dengar tentang Cameron Highlands? Ianya sangat terkenal sebagai destinasi utama pelancongan bersama keluarga terutama pada musim cuti sekolah. Cuacanya yang sejuk dan menyegarkan menjadikannya salah satu tempat peranginan yang menarik di Malaysia.
Cameron Highlands juga sangat sesuai untuk pasangan yang ingin berhoneymoon. Anda boleh melihat pemandangan yang menarik sambil bersantap di tempat makan di Cameron Highlands ini. Mari kami kongsikan sedikit tempat-tempat menarik untuk makan di Cameron Highlands.
1. Cameron Bharat Tea Valley
Rasa teh yang enak sudah sinonim dengan Cameron Highlands! Jika anda sedang mencari teh yang sangat sedap dan menarik, di sinilah tempatnya. Selain tempatnya yang strategik, anda boleh layan teh panas mahupun sejuk sambil melihat panorama lembahnya yang sangat memukau dan menakjubkan.
Bagi mereka yang sukakan suasana atau pengalaman bersarapan ala-ala English Moden, bolehla berkunjung ke tempat makan di Cameron Highland ini. Sedikit kelainan akan anda dapati dengan kesemua menu yang terhidang di sini seperti kek dan scone yang sudah tentu jauh bezanya dengan budaya melayu.
2. Al Raudhah Arabian Food
Siapa kata di Cameron Highlands tiada Nasi Arab? Jika anda mengidam nasi arab sesudah sampai ke puncak Cameron, jangan khuatir kerana Al Raudhah Arabian Food ini ada menyediakan nasi arab yang sedap dan enak. Tempat makan di Cameron Highland ini sangat terkenal dengan masakan Kabsahnya.
Masakan arab di sini boleh dikatakan yang paling sedap di Cameron Highlands. Lokasi restoren ini adalah beralamat di Lot 11A, Ground Floor Marigold Square, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
3. Medan Selera Tanah Rata
Tempat makan di Cameron Highland ini sangat ramai terutamanya pada waktu musim cuti sekolah. Medan Selera ini sangat sesuai untuk dibawa bersama keluarga yang suka mencuba pelbagai variasi makanan.
Seperti medan selera yang lain, terdapat pelbagai gerai yang menghidangkan pelbagai aneka pilihan makanan. Dari masakan siam, masakan India, masakan melayu dan masakan barat, semuanya ada di sini. Anda hanya tinggal pilih sahaja, pasti rambang mata dan sukar untuk membuat pilihan. Durian juga ada dijual di sini.
4. Restaurant Taman Abang : Steamboat & Grill Buffet
Tahukah anda, tempat makan di Cameron Highland ini letaknya di Strawberry Farm, Kg Melayu Taman Sedia. Setelah penat berjalan ke ladang strawberry, apa kata anda singgah sejenak dan beristirehat di restoran ini untuk mengisi kekosongan perut anda.Lokasinya terletak benar-benar bersebelahan dengan Cool Point Hotel. Restoran ini sangat sesuai untuk anda lepak dan beristirehat setelah seharian berjalan ke ladang strawberry.
5. Café YZ Farm
Café YZ Farm merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Rata-rata pengunjung tempatan dan juga dari luar memuji kesedapan hidangan di café ini selain servisnya yang bagus. Café ini berada tidak jauh dari ladang strawberi.
Sambil anda memetik dan menikmati buah strawberi, anda juga boleh singgah sebentar ke tempat makan di Cameron Highland ini untuk merasai sendiri hidangannya, beristirehat dan membasahkan tekak.
Selain itu, terdapat juga strawberry milk farm kepunyaan Bumiputera di sini. Untuk setiap menu yang tersedia, anda boleh menikmatinya dengan harga yang berpatutan.
6. Café KHM
Seperti Restoran Taman Abang dan Café YZ Farm, Café KHM ini juga sangat berdekatan dengan ladang strawberi. Pelbagai menu tersedia di tempat makan Cameron Highland ini dan anda boleh memilih pada bila-bila sahaja untuk berkunjung ke sini.
Ia mempunyai beraneka masakan bermula menu sarapan, makan tengah hari mahupun malam. Harganya juga tidak terlalu mahal dimana anda disyorkan untuk berkunjung ke café ini.
7. De Bamboo Tower Steamboat, Grill dan Steam
Percutian anda tidak lengkap jika tidak diisi dengan aktiviti bersantap di tempat makan yang menyelerakan. De Bamboo Restoran ini pasti menghangatkan lagi percutian anda bersama keluarga.
Tempat makan di Cameron Highland ini mempunyai banyak gazebo untuk pengunjung duduk dan makan bersama keluarga. Suasananya yang santai dengan lampu malap di malam hari pasti membangkitkan mood makan anda.
Mereka juga ada menyediakan khidmat food delivery jika anda malas hendak keluar bilik, call sahaja mereka untuk membuat pesanan. Makanan di sini memang menjadi pilihan ramai dan kelazatan makanannya tidak pernah diragui.
8. Anjers Corner Shellout, Sg Ruil
Penggemar shellout pasti suka tempat makan di Cameron Highland ini. Ini adalah antara tempat makan wajib yang harus anda kunjungi. Shellout di sini bukan sahaja enak malah kuantitinya juga agak mengenyangkan.Suasana Cameron yang sejuk pasti membuatkan anda berselera untuk makan makanan laut. Restoran ini dibuka setiap hari bermula pukul 3.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.
9. Café Lorong
Tempat makan di Cameron Highland ini sangat unik dan terdengar sedikit pelik namun disamping namanya yang pelik, café ini memiliki dekorasi tempat makan yang begitu menarik dan kreatif.
Ia amat sesuai bagi kaki selfie atau anda yang suka bergambar kerana latar belakangnya amat cantik untuk di upload di sosial media. Salah satu kelebihan tempat makan di Cameron Highland ini adalah anda boleh menghubungi owner café ini terlebih dahulu untuk memesan makanan lebih awal sebelum anda sampai ke sini.
Sudah pasti anda boleh menikmati makanannya tanpa perlu menunggu lama. Jika anda malas hendak keluar, jangan risau kerana perkhidmatan penghantaran makanan juga turut tersedia oleh restoran Cafe Lorong ini.
10. Nik Ikan Bakar dan Tomyam
Lokasi restoran ini letaknya di perkarangan Masjid Brinchang. Selepas selesai solat ataupun jika anda merasa lapar, terus singgah sahaja ke tempat makan di Cameron Highland ini untuk menikmati ikan bakar dan tomyamnya yang merupakan keistimewaan makanan di sini. Sedapnya makan tomyam panas dalam suasana sejuk di sini.
Tempat makan di Cameron Highland ini memang sangat berdekatan dengan Masjid malah restoran ini sangat mudah dijumpai oleh orang ramai. Ikan bakar dan tomyam di sini baunya sahaja dari jauh sudah menyelerakan, apatah lagi jika anda merasainya sendiri. Dengan harga yang sangat murah, anda pasti berpuas hati apabila berkunjung ke sini.
11. Kedai Nasya
Kedai Nasya ini sangat sesuai jika anda ingin sarapan pagi yang sedap dan lazat ala-ala resipi dari Pantai Timur. Tidak lengkap perjalanan anda ke Cameron Highlands sekiranya anda tidak berkunjung dan makan di sini.
Tempat makan di Cameron Highland ini juga terletaknya di Brinchang. Dikatakan sesiapa yang pernah datang ke sini untuk makan, pasti akan ketagih dan ingin datang lagi ke sini dek kerana kelazatan makanannya yang tak terhingga.
Bagi penggemar masakan ala Pantai Timur, anda pasti merindui untuk makan di sini apabila telah pulang dari Cameron Highlands. Jadi, sementara anda berada di Cameron ini, makanlah sepuas-puasnya untuk mengelakkan anda mengidam apabila telah pulang.
12. Nasi Kukus Cameron Highlands Tanah Rata
Ramai yang menyukai nasi kukus sebagai menu harian mereka. Jangan risau jika anda ke Cameron Highlands dan masih mencari-cari di mana nak makan nasi kukus yang sedap. Restoran Nasi Kukus Cameron Highlands inilah tempat makan di Cameron Highland yang menarik.Ramai yang tidak tahu bahawa di tanah rata yang sejuk ini juga ada terjualnya nasi kukus. Owner Nasi Kukus ini sebenarnya berasal dari Indonesia maka resepi nasi kukus ini sangat asli, rasanya datang dari Indonesia sendiri.
Dengan rasa kuahnya yang pekat dan enak bersama ayamnya yang garing, pasti membuka selera sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
13. Cameron Organic Produce Steamboat Restaurant
Bagi mereka yang sedang berdiet atau seorang yang sangat menitikberatkan soal kesihatan, Restoren Cameron Organik Produk ini semestinya sesuai untuk anda. Kesemua makanannya bersifat organik dan haruslah dicelur sebelum makan, maka tiada elemen minyak yang berlebihan dalam menu anda.
Seronoknya, anda dapat mengekalkan tubuh badan yang langsing sejauh-jauhnya dari minyak jahat dan degil yang boleh merosakkan diet anda. Tempat makan di Cameron Highland ini sebenarnya ala-ala steamboat juga.
Untuk pengetahuan anda, restoran ini dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 10 malam sahaja.
14. Restaurant Bunga Suria
Menu yang terdapat pada tempat makan di Cameron Highland ini adalah berasaskan resepi masakan india dan juga asia. Jika anda teringin merasa makanan india, anda boleh berkunjung ke sini.
Pelbagai lauk pauk, kari yang pekat dan sedikit pedas boleh didapati di sini. Di samping rasanya yang sedap, harganya juga sangat murah malah anda dapat menjimatkan perbelanjaan percutian anda.
Restoran ini terletak di Jalan Camellia 3 dan dibuka setiap hari selama 24 jam. Roti canai dan tosei yang enak dan sangat murah yang pastinya sedap dijamah bersama teh tarik kaw juga terdapat di tempat makan di Cameron Highland ini.
15. Restoren Eng Tick
Tempat makan di Cameron Highland ini banyak menyediakan hidangan menu masakan Cina tetapi jangan khuatir kerana bagi anda yang tidak gemar akan masakan Cina, di sini juga ada pilihan masakan Asia yang lain. Namun begitu, jika dikombinasikan kedua-dua resepi ini, ia pasti enak sekali.
Jika anda mahukan sedikit kelainan dan menjimatkan wang, anda harus makan di sini kerana selain harganya yang murah, anda boleh merasa makanan Cina halal yang sukar didapati di tempat lain. Lokasi tempat makan di Cameron Highland ini terletak di Jalan Angsana 1, Brinchang dan dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 10: 30 malam.
Anda tidak perlu risau atau penat-penat berfikir di mana hendak bersantap sewaktu tiba di sana. Pilih sahaja tempat makan di Cameron Highland yang tersenarai di atas. Memang sangat sesuai dibawa bersama keluarga. Jemput baca tempat menarik di Phuket dan tempat makan best di Klang pula.
Rujukan:
1. food.malaysiamostwanted
2. tripadvisor
3. wisatadunia