|

Spesifikasi Xiaomi Watch 2 Pro (Berbaloi atau Tidak?)

Xiaomi Watch 2 Pro merupakan jam tangan pintar Wear OS yang kedua keluaran Xiaomi selepas Xiaomi Mi Watch. Jam tangan pintar ini telah dilancarkan pada September 2023 dan mula penjualannya di Malaysia pada November 2023.

Tengok dari segi reka bentuk luarannya, jam tangan ini kelihatan klasik tetapi eksklusif. Sesuai untuk mereka yang mencari smartwatch yang minimalis dan tampak bergaya jika dipakai.

Dengar cerita, banyak kelebihan yang telah dinaik taraf berbanding edisi sebelum ini. Nak tahu betul atau tidak, jom kita teroka spesifikasi Xiaomi Watch 2 Pro.

Spesifikasi Xiaomi Watch 2 Pro

Xiaomi Watch 2 Pro dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon W5+ Gen 1 yang boleh dikatakan cipset yang sangat bagus untuk sebuah jam tangan pintar beroperasi dengan baik dan lancar.

Kapasiti storan juga besar untuk sebuah jam tangan pintar iaitu 32GB ROM dipadankan dengan 2GB RAM. Wear OS 3.5 merupakan sistem operasi yang digunakan terhadap jam tangan ini dan berasaskan Android 11.

Jam seberat 54.5 gram ini sangat selesa untuk dipakai kerana tidak terlalu berat. Dengan saiz 1.43 inci, Xiaomi Watch 2 Pro hadir dengan paparan AMOLED dengan kadar kecerahan mencecah 600 nits. Tidak terlalu cerah namun berada di tahap yang memuaskan. Resolusinya adalah 466×466 pixel.

Kapasiti bateri yang dibekalkan hanya 495 mAh yang mampu bertahan selama 55 hingga 65 jam sahaja. Menggunakan pengecasan magnetik, pengecasan mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja dari 0% hingga 100%, seperti yang diiklankan oleh Xiaomi. Pengecasan yang agak pantas untuk sebuah jam tangan pintar.

Selain itu, smartwatch ini turut menyokong penggunaan Bluetooth, WiFi dan GPS. Terdapat tujuh jenis sensor ditawarkan kepada pelanggan seperti Giroskop, kompas elektronik dan barometer. Xiaomi mengetengahkan sensor yang pelbagai dan sangat baik untuk kegunaan rekod kesihatan dan menyokong lebih 150 mod sukan. Paling penting, peranti ini kalis air 5ATM, memudahkan anda untuk terus melakukan sukan air.

Reka Bentuk Xiaomi Watch 2 Pro

Dari segi luaran, anda dapat melihat dua tombol kecil berada atau butang yang berada di sisi peranti ini. Masing-masing mempunyai fungsi pantas untuk membuka aplikasi terpilih kegemaran anda dan membuka senarai aplikasi yang lain.

Jika dapat dilihat pada belakang jam tangan ini, terdapat lapisan kaca yang berfungsi sebagai lapisan sensor.

Tali jam diperbuat daripada Fluororubber atau kulit, menjadikan pemakai lebih selesa untuk memakai dalam tempoh masa yang panjang. Terdapat empat pilihan warna tali jam yang menarik iaitu coklat, oren, hijau dan hitam oren. Menyerlah bukan?

Berbaloi atau Tidak?

Jadi berbaloikah untuk anda miliki? Bagi kami, ianya sangat berbaloi kerana mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Spesifikasi dari cipset, kapasiti bateri, prestasi dan reka bentuknya antara yang terbaik dan menarik perhatian kami.

Tunggu apa lagi? Jika berminat lekas tempah Xiaomi Watch 2 Pro sekarang di ejen yang boleh dipercayai dan berdekatan dengan anda. Kunjungi laman Xiaomi untuk melihat pelbagai tawaran menarik!

Similar Posts