TOP+ 12 Tempat Menarik di Puchong Pilihan Ramai
Puchong adalah sebuah daerah bandar di dalam linkungan metropolitan Kuala Lumpur atau Selangor. Daerah Puchong telah wujud hampir 120 tahun yang lalu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan lombong dan sungai.
1. Taman Saujana Hijau
Taman ini terbahagi kepada 3 zon iaitu Taman Eropah, Garden Oriental dan Taman Inggeris. Untuk masuk ke sini, taman yang terletak berhampiran dengan balai polis Presint 11 ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Uniknya, taman ini direka menggunakan konsep senibina eropah.
Kemudahan seperti gazebo juga disediakan bagi pengunjung untuk lepak-lepak dan bersantai. Sekiranya anda kaki fotografi, tempat ini sangat ideal buat anda bergambar. Salah satu tarikan menarik untuk berfotografi adalah kerana taman ini dikelilingi bunga yang cantik.
2. Farm In The City
Ia menggunakan konsep yang unik dimana tempat ini menggabungkan tiga elemen yakni haiwan, tumbuhan dan alam semula jadi. Farm in The City ini juga menyediakan khidmat tour guide untuk memudahkan lawatan anda sekiranya berkunjung ke sini. Aktiviti wajib anda lakukan di sini ialah memberi makan kepada binatang, bergambar dan semestinya cuci mata melihat haiwan-haiwan unik dan jarang anda temui.
Lokasi ini menempatkan hampir 100 jenis spesis haiwan dan tumbuhan eksotik. Mereka beroperasi setiap hari kecuali selasa bermula jam 9.30 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk di sini berbeza-beza mengikut pakej serendah RM 30 bagi dewasa manakala RM 25 bagi kanak-kanak.
3. Enerz Extreme Park
Antara aktiviti yang menyeronokkan disini adalah seperti melompat di atas trampolin, gut builder, dodge ball, wall climbing dan banyak lagi. Terdapat hampir 12 gelanggang badminton juga yang harus anda cuba.
Tempat menarik di Puchong ini sangat ideal buat semua peringkat umur. Taman ekstrim ini beroperasi pada jam 2 petang sehingga 10 malam. Harga tiket pula berbeza-beza mengikut jenis permainan dan masa.
4. Hutan Simpan Ayer Hitam
Terdapat sungai dan air terjun yang bersih untuk anda berkelah dan bermandi-manda. Anda boleh melihat pelbagai kejadian alam semulajadi seperti 430 spesies tumbuhan bunga, 33 spesies paku pakis, 127 spesies balak dan 99 spesies herba.
Fauna juga boleh anda temui di sini seperti lima daripada 10 spesies mamalia besar di Semenanjung Malaysia, 208 spesies burung, 18 spesies katak, 14 spesies mamalia kecil, 13 spesies kelawar, dua spesies reptilia dan 10 spesies ikan.
Kepelbagaian spesies ini menjadi daya penarik untuk para penyelidik melakukan kajian saintifik terhadap hutan simpan Ayer Hitam yang boleh anda kunjungi ini.
5. Sunway Lagoon Water Park
Sunway Lagoon juga sering dijadikan sebagai tempat bagi acara muzik seperti MTV World Stage dan Arthur day celebration. Sangat banyak aktiviti menyeronokan yang harus anda cuba di sini. Destinasi ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.
Harga tiket pula serendah RM 90 bagi orang dewasa manakala RM 65 bagi kanak-kanak. Anda boleh mendapatkan tawaran harga dan promosi mengikut tarikh dan masa tertentu.
6. Camp 5 Indoor Climbing Wall
Tatkala anda sampai di puncaknya, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang mempesonakan. Jangan risau jika anda tidak ada pengalaman mendaki, anda boleh memilih pakej percubaan ataupun menyertai kelas rock climbing yang disediakan di sini.
Selain berseronok, anda juga dapat berolah raga sekaligus dapat menyihatkan tubuh anda. Camp 5 Indoor ini dibuka setiap hari bermula jam 2 petang hingga 10 malam. Bayaran tiket yang dikenakan pula hanya serendah RM 33 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula RM 16.
7. Galactic Laser Tag
Buat remaja yang berjiwa muda, anda pasti akan teruja. Bayangkan anda bermain perang-perang dan tembak menembak ditambah pula dengan suasana gelap berkabus. Terasa sangat mencabar dan teruja bukan? Permainan ini juga mampu menajamkan fikiran dan menggunakan otak untuk berfikir.
Lokasi tempat menarik di Puchong ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Bagi anda yang telah menjadi ahli, bayaran masuk adalah sekitar RM 33- RM 51 manakala bagi anda yang bukan ahli, tiket masuk adalah RM 38 – RM 58.
8. Min Nature
Bagaimanapun, ia juga banyak memaparkan pameran yang mewakili bahagian lain di dunia. Kebanyakan bangunan dan struktur yang direka menggunakan reka bentuk 3D dan teknologi percetakan 3D. Ia mempunyai bahagian interaktif dan bacaan di mana pelawat boleh berinteraksi dengan model dan juga membaca fakta menarik dan juga sejarah mengenai pameran.
Pengunjung dapat melihat bandar kecil yang direka siap dengan patung manusia menjadikan model bandar mini itu seakan hidup. Kereta api bergerak bersaiz mini juga turut menghiasi kota buatan itu. Tempat ini sangat sesuai buat semua peringkat umur.
Sebelum pulang ke rumah, jangan lupa beli modeling kit buat anak-anak anda. Mereka pasti teruja. Menariknya, Min Nature adalah satu-satunya miniature yang terdapat di Malaysia. Waktu operasinya setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam manakala bayaran pula seharga Rm 28 bagi dewasa dan RM 15 bagi kanak kanak.
9. Muzium Warisan Melayu
Khazanah melayu yang dipamerkan disini adalah seperti manuskrip lama, pakaian, senjata dan peralatan isi rumah orang melayu. Pameran tersebut dibahagikan kepada dua iaitu pameran dalam galeri dan juga pameran di luar galeri secara terbuka.
Dikawasan luar muzium pula terbinanya 4 buah rumah melayu tradisional yang berusia sekitar 100 tahun. Reka bentuk rumah-rumah ini datang dari pelbagai negeri di Malaysia dan telah dibina semula di sini. Setiap rumah mempunyai gaya seni bina yang tersendiri.
Anda boleh menghayati seni binaan tradisional Melayu yang utuh dan unik dari luar dan dalam rumah-rumah tersebut. Muzium ini dibuka pada setiap hari pada jam 10 pagi hingga 5 petang dan bayaran hanya RM 2 untuk setiap orang.
10. Sunway City
Sunway City juga merangkumi kemudahan pendidikan dan penjagaan kesihatan bertaraf dunia. Pasti anda tidak bosan bersiar-siar di dalam Sunway City ini.
11. Bukit Puchong
12. Blue Lagoon Puchong
Blue Lagoon ini berkonsepkan air terjun yang dikelilingi batu hutan dan kawasannya amat dingin sekali. Airnya pula sejuk, seronok jika dapat berendam di sini.
Siapa kata Malaysia tidak mempunyai tempat percutian bertaraf antarabangsa? Tempat menarik di Puchong ini telah membuktikan segala-galanya. Jom baca tempat menarik di Jerantut dan tempat menarik di Yan Kedah pula.
Rujukan