8 Tempat Menarik Tanjung Piai (Menarik Untuk Bercuti)
Antara tempat menarik Tanjung Piai ialah keunikan jetinya yang dapat menghubungkan 3 negara iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia. Hal ini kerana, anda dapat melihat 3 benua di atas jeti ini. Disebabkan hal ini, ramai yang datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman mereka. Ramai pengunjung yang datang ke sini untuk melihat galeri maklumat dan tapak perkemahan unik yang terdapat di sini.
Taman Negara Tanjung Piai (Johor) telah ditubuhkan pada tahun 1997. Pada tahun 2003, Taman Negara Tanjung Piai telah diiktiraf oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tapak Ramsar, atau Tanah Lembap Kepentingan Antarabangsa. Tanjung Piai merupakan taman negara yang terkecil tetapi paling banyak dikunjungi di antara lima taman negara di Johor.
Tugu Mercu Tanda Taman Negara Tanjung Piai
Salah satu tempat menarik di Tanjung Piai ialah Mercu Tanda yang terdapat di Taman Negara. Mercu tanda ini diperbuat dari konkrit. Mercu tanda ini terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke Taman Negara. Mercu ini berukuran 20 meter tinggi dan 10 meter lebar. Menariknya mengenai mercu tanda ini, ia telah dibina oleh kerajaan negeri Johor sejak tahun 2001.
Tugu yang berwarna kelabu ini menggambarkan tentang kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpur yang terdapat di penghujung Benua Asia. Corak pada mercu tanda ini juga sangat cantik. Antara corak yang terdapat di atas mercu ini ialah dua pelepah pokok piai raya yang menggambarkan sejarah nama Tanjung Piai.
Boardwalk
Sekiranya anda seorang yang sukakan alam semula jadi, boardwalk di sini pastinya dapat memukau anda. Rasai sendiri pengalaman berjalan di atas jambatan yang dikelilingi tumbuhan menghijau. Kawasan di sini menghubungkan bahagian-bahagian taman yang berlainan.
Menariknya mengenai boardwalk di sini, anda boleh menikmati keindahan hutan bakau tanpa perlu melalui kawasan yang berlecak dan kotor. Di laluan tersebut juga, anda mungkin akan berjumpa dengan monyet. Jadi, tidak digalakkan untuk anda membawa makanan ringan anda semasa memasuki kawasan ini.
Papan laluan sepanjang 1200 meter itu juga boleh membawa anda menuju ke jeti. Diingatkan untuk datang lebih awak kerana kawasan tersebut kebiasaannya akan sesak dengan pengunjung. Semasa air laut naik, jalan di sini juga akan ditelenggami. Jangan lupa untuk rancang perjalanan anda sendiri sekiranya anda berminat untuk datang ke sini.
Menara Pemerhatian
Tempat menarik Tanjung Piai yang lain adalah dapat melihat perspektif laluan dari tempat yang tinggi. Pemandangan hutan yang menakjubkan dapat dilihat dari Menara pemerhati pastinya membuatkan anda terpegun.
Ramai pengunjung yang datang ke sini akan naik ke Menara pemerhati bagi menangkap gambar dan berselfie. Di sini juga, pengunjung dikelilingi oleh alam semula jadi dan boleh melihat paras hutan dari lantai lumpur bakau hingga ke kanopi serta rumah kepada pelbagai spesies burung. Memang sangat menarik!
Tapak perkhemahan
Bagi penggemar camping, anda juga dapat merasai suasana bercamping di sini. Pengunjung yang datang ke Taman Negara Tanjung Piai boleh memilih untuk tinggal di perkhemahan yang terdapat di tapak perkhemahan taman untuk pengalaman yang benar-benar unik. Menariknya di sini, tapak perkemahan terdiri daripada platform kayu yang ditinggikan.
Jangan risau mengenai batas aurat anda, bagi mereka yang perempuan. Hal ini kerana, tapak perkhemahan ini mempunyai lebih kurang 30 khemah bertingkat yang dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian untuk lelaki dan satu lagi bahagian untuk perempuan. Kesemua bahagian ini dapat memuatkan lebih kurang 120 tetamu pada satu-satu masa.
JNPC juga menawarkan jadual perjalanan perkhemahan penuh. Hal ini termasuklah dengan pelbagai aktiviti yang menarik ditawarkan seperti berjalan-jalan di laluan yang dipenuhi tumbuhan semula jadi, aktiviti sukarelawan dan aktiviti nightwalk.
Jeti & The Southern Most Tip
Jeti ini merupakan jeti yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong yang datang ke sini. Sekiranya anda berjalan terus ke sini, anda akan dapat melihat sudut pandangan dari 3 kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, anda dapat melihat Malaysia, Singapura dan Indonesia. Jeti ini juga merupakan monumen dunia yang menandakan kepentingan Tanjung Piai.
Selain itu, menariknya mengenai jeti ini, ia terletak berhadapan dengan pulau Indonesia bernama Pulau Kerimon dan Singapura di sebelah kiri. Hal ini pastinya akan memberikan memori yang menarik untuk anda kerana pandangan 3 kerajaan ini hanya dapat dilihat dari sini sahaja.
Tapak semaian pokok bakauÂ
Jika anda membawa anak-anak anda datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk datang ke tapak semai pokok bakau. Tapak ini dikenali sebagai tapak untuk memelihara dan memulih pokok paya bakau dan hidupan fauna yang terdapat di kawasan tersebut. Ini juga merupakan salah satu tempat menarik Tanjung Piai
Selain itu, anak-anak pokok bakau akan ditanam di tapak semaian sehingga cukup tinggi untuk digunakan di tempat penanaman semula. Sekiranya anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti ini, sangt digalakkan. Tapak ini diwujudkan kerana pokok bakau yang ada pernah musnah dan rosak menyebabkan banyak pokok bakau yang mati.
Walaupun begitu, terdapat banyak lagi aktiviti yang dapat anda lakukan di kawasan ini. Antaranya ialah Pendidikan mengenai alam semula jadi. Hal ini merangkumi lawatan berpandu, Pembersihan Bakau, Penanaman Pokok Bakau, Kem Motivasi, Nightwalk dan banyak lagi.
Harga Tiket: Dewasa: RM5
     Pelajar (bawah 18 tahun): RM3
     Warga Emas (50 tahun ke atas): RM3
     Kanak-kanak (6 tahun ke bawah): Masuk percuma
Tanjung Piai Resort Pontian Johor
Sekiranya anda merancang untuk bercuti ke sini, anda mungkin akan suka dengan tempat penginapan yang ditawarkan di sini. Penginapan ini berjarak 20 minit berjalan kaki dari taman Tanjung Piai. Nama penginapan tersebut ialah Tanjung Piai Resort. Resort ini dibina berdekatan dengan taman piai untuk memudahkan para pelancong untuk datang ke taman pada bila-bila masa.
Selain itu, ramai yang menjadikan resort ini sebagai tempat penginapan pilihan mereka setiap kali datang ke sini. Hal ini kerana, mereka mahu melawat taman dengan masa yang maksimum. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti wifi, aircond, kipas dan banyak lagi. Makanan laut yang disediakan di sini juga dikatakan sangat sedap dan terdapat juga manu BBQ di sini.
Penghujung Benua AsiaÂ
Tempat Menarik Tanjung Piai yang lain ialah Penghujung Benua Asia. Lokasi unik ini ditandai dengan satu tugu berbentuk bumi yang diperbuat daripada besi. Disini anda boleh mengambil gambar dengan tugu ini berlatar belakang pemandangan kapal laut adalah menjadi satu kemestian untuk pelancong yang datang ke sini.
Kesimpulan
Ia sememangnya tempat yang bagus untuk meluangkan masa sehari, memerhatikan biodiversiti, menikmati pemandangan dan mengagumi hubungan rumit antara manusia dan alam semula jadi. Taman ini mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelawat termasuk rangkaian laluan laluan sepanjang 1.2 km, kompleks pelawat yang menempatkan galeri maklumat, serta tapak perkhemahan bertingkat yang unik di dalam hutan bakau.
Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri tarikan yang terdapat di Tanjung Piai ini. Kawasan ini merupakan kawasan taman negara terbesar dengan 526 hekar. Kawasan bakau ini diseliputi oleh kawasan tanah yang lembut dan berlumpur. Terdapat hampir 30 spesies tumbuhan dan 12 spesies burung yang sangat menarik.Â
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti: