[TERKINI] 15 Tempat Menarik Sambut Birthday Di Shah Alam Meriah, Sesuai Beramai-Ramai
Nak sambut birthday keluarga anda di Shah Alam? Ajaklah jiran dan rakan terdekat, pasti meriah. Memotong kek hari lahir, menyanyi dan bersuka ria, asalkan tidak melanggar batasan agama anda.
1. Pinggan Puteh Seksyen 7
Menu yang disediakan di kafe ini mengenegahkan menu warisan Malaysia seperti Nasi Kenduri, Ayam Balado, Ayam Halia yang diinspirasikan dari masakan Tradisional Cina. Menu seperti pencuci mulut turut disediakan yang berkonsepkan tradisional seperti Kuih abuk-abuk, iaitu kuih tradisional Johor.
Pelbagai majlis keramaian seperti menyambut hari lahir sering dilakukan di sini. Konsep unik dan hiasan dalaman cafe ini adalah trend anak muda zaman sekarang untuk mereka kunjungi.
2. Cake Jalan Tiung
Kafe ini terkenal dengan menu pencuci mulutnya yang dibuat terus dari kafe tersebut. Cake Jalan Tiung ini Terletak di Seksyen 13 Shah Alam dan terdapat satu lagi cawangan di TTDI.
Pelbagai manisan dan menu lain disediakan di kafe ini. Anda boleh menempah kek yang terus dibuat dan memudahkan pelanggan untuk mengatur cara majlis hari jadi seseorang.
3. Fei Dan Ali, Seksyen 19
Tambahan menu yang ingin ditempah juga disediakan. Caj dikenakan mengikut tema yang anda pilih. Kafe ini terletak di Seksyen 9 Shah Alam.
4. Foodsbury Cafe
Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini menyediakan menu menarik ‘wester’ seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Spaghetti Bolognese. Bukan itu sahaja, menu pencuci mulut seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies serta banyak lagi juga disediakan di sini.
Bagi peminat kopi seperti Cappucino, Mocha,Cafe Latte, Hazelnut Latte, anda boleh dapatkannya di sini juga. Oleh itu, Kafe ini sangat bersesuaian kepada pengunjung untuk menganjurkan aktiviti majlis hari jadi ataupun majlis keramaian lain.
5. Twenty & co
Terdapat juga satu bilik khas untuk menganjurkan sebarang majlis bagi mereka yang ingin menyambut majlis hari jadi. Tempat menarik sambut birthday di Shah Alam ini menyediakan hiasan menarik dan unik menjadikan ia sesuai untuk bergambar.
Seperti kafe-kafe yang lain, di kafe ini juga menyediakan menu popular ‘western’ dan menu tradisional melayu samada dari hidangan sarapan pagi, tengahari dan juga malam.
6. Lava Rock Grill And Pasta
Pengunjung boleh menganjurkan keramaian dan juga majlis hari jadi kerana khidmat dekorasi disediakan di restoran ini amat tip top! Menu di Lava Rock Grill And Pasta ini lebih kepada masakan ‘western’ seperti burger, kentang goreng, ‘lamb gril’, pasta, ‘steak’ dan bermacam lagi.
7. Ombak Kitchen
Sangat sesuai dibawa bersama anak kecil kerana ruangnya yang luas dan selesa. Menu yang disediakan di sini lebih kepada hidangan makanan laut tetapi ada juga disediakan makanan ‘western’ yang lain seperti pasta, steak dan sebagainya.
Di restoran ini juga, bahan-bahan rempahnya di import khas dari luar negara khas untuk pelanggan yang datang menikmati menu di restoran ini. Bagi pengunjung yang inginkan majlis keraian seperti majlis hari jadi, lokasi ini sangat sesuai untuk dijadikan pilihan.
8. Moment0 Cafe
Kafe ini menyediakan menu popular seperti Pizza, Chicken Wing, Pasta, Chicken Wrap dan banyak lagi menu menarik. Pencuci mulut seperti Kek dan ‘Cupcake’ merupakan menu popular yang terdapat di sini.
Dekorasinya yang berwarna-warni ini sering dijadikan pilihan utama pengunjung untuk datang terutama bagi yang memiliki anak kecil untuk sambutan hari jadi kerana sesuai dengan temanya. Bukan itu sahaja, perkhidmatan dekorasi turut disediakan bagi pelanggan yang mahu anjurkan majlis di kafe ini.
9. My Story Cafe
Jika dilihat dekorasinya sahaja nampak begitu cantik dan bertemakan ‘english style’. Tidak hairanlah jika ia dijadikan pilihan untuk tempat menyambut hari jadi. Makanan ‘western’ dan makanan tradisional melayu juga disediakan. Bagi penduduk Shah Alam yang inginkan kelainan, anda boleh datang dan mencuba di Kafe ini.
10. Chemistry Cafe
Kelainan konsep kafe ini menjadikan ia sesuai dijadikan tempat untuk menganjurkan majlis sambutan hari jadi. Selain dijadikan tempat untuk bersantai dan menikmati menu, beberapa majlis keraian lain boleh juga diadakan.
Penggemar kopi dan pencuci mulut boleh mencuba di kafe ini. Menu yang disediakan adalah seperti pasta dan beberapa menu western lain.
11. Dewakan Restoran
Di sini menyediakan menu ‘french cuisine’ dan lain dari yang lain. Menu lain juga turut disediakan bagi yang ingin mencuba masakan asia lain. Menu yang diketengahkan lebih kepada ‘fine dining’ iaitu setiap menunya disediakan di dalam susun atur yang menarik dan mewah tetapi masih mengekalkan keaslian bahan yang digunakan.
Dewakan Restoran ini tersenarai di antara 50 restoran terbaik di asia. Oleh itu, tidak hairan restoran ini dijadikan sebagai salah satu pilihan pengunjung untuk datang dan menganjurkan majlis keramaian bersama keluarga dan rakan-rakan.
12. One Serambi Cafe
Dekorasi yang terdapat di kafe ini sangat cantik dan tersusun sesuai untuk menyambut hari jadi di sini. Bukan itu sahaja, majlis peribadi lain boleh dianjurkan di sini.
13. Ruang
Ruang ini turut juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti ‘outdoor area’, kerusi dan meja, PA sistem, Projektor dan Skrin serta papan bertulis untuk kemudahan pelanggan.
Kemudahan lain seperti meja tenis, pentas, bilik sedia, surau, parking san servis katering turut di sediakan. Kemudahan ini di sewa mengikut harga yang ditetapkan. Terdapat 4 cawangan Ruang ini yang sesuai untuk sambut birthday iaitu di SS18 Subang Jaya, MBSA Seksyen 13 Shah Alam dan Menara PKNS Petaling Jaya.
14. Bert’s
Kafe ini mempunyai dua bahagian iaitu dalam dan luar untuk sesiapa yang ingin memilih tempat untuk bersantai. Gabungan perabot yang mempunyai gabungan warna yang berlainan menjadikan kafe ini tampak ceria dan sesuai untuk kanak-kanak.
Menu yang terdapat di kafe ini juga sangat menarik. Tidak terkecuali, kafe ini juga sering menjadi pilihan pelanggan untuk mengadakan acara sambutan hari jadi mahupun acara lain kerana kesesuaian temanya. Tidak hairanlah, Kafe Bert’s ini dijadikan pilihan pengunjung untuk datang.
15. Brew And Bread
Konsepnya seperti ‘industrial’ menjadikan ia trend anak muda masa kini untuk datang dan menganjurkan majlis harijadi, mesyuarat dan lain-lain. Sesuai juga untuk penggemar foto datang dan merakamkan aktiviti ketika bersantai di kafe ini. Oleh itu, jadikan Kafe ini di dalam senarai kafe kegemaran anda untuk sambut birthday.
Jom baca tempat menarik di Tapah, tempat bersejarah di Sarawak dan tempat menarik di Gombak juga.