23 Tempat Menarik Di Perlis Negeri Harumanis Yang Perlu Anda Lawati
Mencari tempat menarik di Perlis?
Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Walaupun keluasannya tidaklah besar mana, tetapi banyak tempat menarik yang terdapat di Negeri Mangga Harumanis ini.
Perlis mempunyai budaya dan makanannya yang unik dan tersendiri. Jika anda ke Perlis, jangan lupa untuk singgah ke pasar-pasar di sekitar Perlis untuk melihat sendiri budaya penduduknya serta mencuba pelbagai makanan penduduk tempatan.
1) Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang merupakan muzium yang menyimpan artifak sejarah Negeri Perlis. Tanah tapak muzium ini pernah menempatkan kediaman ketua menteri Raja pada abad ke-19. Pada awal abad ke-20 pula, ia menjadi kediaman rasmi penasihat British. Namun, ketika Perang Dunia Kedua, ia diambil alih oleh Tentera Jepun sehinggalah 1943. Kemudian,Tentera Thai pula mendudukinya.
Selepas Malaysia mendapat kemerdekaan, bangunan ini didiami oleh Ketua Menteri Perlis. Namun pada tahun 1991, bangunan kediaman yang antik itu dirobohkan, kemudiannya tapak tersebut digunakan untuk membina Muzium Kota Kayang. Sekiranya anda ingin mengenali dan mengetahui sejarah Negeri Perlis, bolehlah melawat ke muzium ini kerana terdapat banyak tinggalan sejarah dan juga penerangan tentang sejarah Negeri Perlis.
Lokasi: Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)
Harga Tiket: Percuma
2) Taman Rekreasi Tasik Melati
Jika anda tercari-cari tempat yang ideal untuk bersantai-santai dipetang hari, anda bolehlah ke Taman Rekreasi Tasik Melati. Taman rekreasi ini terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Kangar.
Tempat ini sangat sesuai anda lawati di waktu petang untuk menikmati keindahan tasik yang mendamaikan anda sekeluarga. Tasik ini memiliki lebih daripada 150 buah pulau beting pasir. Selain itu, terdapat jambatan untuk anda merentasi tasik ini, sambil menikmati pemandangan tasik yang indah berlatar belakangkan kehijauan gunung-ganang.
Lokasi: Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar
3) Galeri DiRaja Arau Perlis
Galeri Diraja Arau Perlis bukan mudah untuk sembarangan orang masuk melawat, anda perlu membuat permohonan dulu baru dapat melangkahkan kaki ke dalamnya.
Apabila anda berjaya masuk ke galeri ini, anda akan dapat melihat pameran salasilah serta sejarah keturunan Diraja Perlis, alat kebesaran Diraja, senapang antik, pedang, duit lama, basikal antik, bunga emas dan banyak lagilah.
Tapi yang paling menarik perhatian adalah kain kiswah yang merupakan kelambu kaabah yang diberikan oleh pemerintah Arab Saudi kepada Sultan Perlis pada tahun 1965. Alang-alang anda ke Perlis, apa kata anda buat permohonan untuk melawat ke galeri ini. Bukan semua orang berpeluang untuk melihat khazanah istimewa yang tersimpan di galeri ini.
Lokasi: Galeri Diraja Arau Perlis, 02600 Arau, Perlis
4) Masjid Alwi
Masjid Alwi antara salah satu yang diisytiharkan sebagai Warisan Negara. Masjid ini siap dibina pada tahun 1933 dengan kos hanya RM64,484 pada zaman tersebut.
Masjid putih berkubah hitam ini dibina dengan konsep rekaan Mughal klasik terutamanya pada kubah masjid ini. Nama masjid ini diberi sempena nama Raja Muda Perlis pada ketika itu, Raja Syed Alwi.
Lokasi: Masjid Alwi, Kangar
5) Taman Negeri Perlis
Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, bolehlah anda luangkan masa seharian di Taman Negeri Perlis. Ia berkeluasan 36 kilometer sepanjang sempadan Thailand. Di sinilah terletaknya beberapa buah gua yang merupakan tempat pembentukan batu kapur berusia 500 tahun iaitu Gua Wang Burma dan Gua Kelam.
Anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking disamping meneroka gua batu kapur yang terdapat di sini. Setelah penat meneroka alam, bolehlah singgah bermandi-manda di Air Terjun Lata Kasih yang terdapat di Taman Negara Perlis.
Lokasi: Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari (7.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM2 |Kanak-kanak RM1
6) Gua Kelam
Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang diberikan oleh pelombong-pelombong bijih timah sempena kegelapan gua ini. Mereka terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua.
Gua Kelam menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah, dan laluan anak sungai. Anda berpeluang melihat landasan troli bijih timah yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah.
Selain itu, anda juga berpeluang menyaksikan fenomena semula jadi iaitu sungai bawah tanah yang mengalir di dalam gua ini. Air sungai tersebut mengalir menuju ke Sungai Perlis.
Lokasi: Gua Kelam, Kaki Bukit, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM1 | Kanak-kanak RM0.50
7) Hutan Lipur Bukit Ayer
Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan kawasan rekreasi yang sangat ideal uat anda sekeluarga untuk berkelah dan beristirehat. Air sungainya yang dingin, pemandangan yang cantik dan damai, ditambah dengan panorama hutan tropika serta air terjun yang mengalir ke dalam kolam memberikan anda suasana yang tenang dan segar.
Di hutan lipur ini juga terdapat tapak perkhemahan. Jangan risau tentang kemudahan asas sekiranya anda ingin berkhemah di sini. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di hutan lipur ini seperti taman permainan kanak-kanak, surau, gerai makanan, pondok santai dan tandas.
Lokasi: Taman Rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, Perlis
8) Rimba Herba Perlis
Rimba Herba Perlis terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular & Reptilia. Nama asalnya adalah Taman Herba Perlis. Namun sejak 2006, ia ditukar kepada Rimba Herba Perlis bersesuaian dengan persekitaran ekologinya yang mengekalkan hutan semula jadi.
Rimba Herba Perlis memiliki lebih 1,000 koleksi tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan ubatan. Ia diperolehi secara semula jadi di hutan ini dan dari tempat lain. Selain tumbuhan herba, kawasan ini turut dilengkapi laman orkid, wakaf rehat dan bangku bersesuaian dengan aktiviti pengunjung yang kepenatan selepas seharian mengelilingi rimba berkenaan.
Lokasi: Rimba Herba Perlis, Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00pagi – 5.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM1 | Kanak-kanak & Pelajar RM0.50
9) Taman Ular & Reptilia Perlis
Terdapat lebih 150 ekor ular yang terdiri daripada 34 spesies di Taman Ular & Reptilia Perlis. Di sini, anda akan dapat peluang untuk menyentuh ular-ular tersebut, Jangan risau, ular-ular di sini boleh didekati kerana telah dijinakkan.
Selain daripada ular, terdapat juga haiwan reptilia lain di galeri haiwan. Antaranya burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi. Bayaran masuk ke taman ini tersangatlah murah. Sangat rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan peluang ini. Maklumlah, binatang seperti ini bukan selalu boleh dilihat dan didekati.
Lokasi: Taman Ular Sungai Batu Pahat, 02400 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2 | Kamera RM1 | Video Kamera RM2
10) Taman Anggur Perlis
Taman Anggur ini terletak berdekatan dengan Rimba Herba dan Taman Ular & Reptilia. Taman ini sesuai sebagai tempat lawatan sambil belajar atau dikunjungi bersama ahli keluarga. Taman anggur ini sangat menarik dengan landskapnya. Di sini terdapat tasik-tasik yang mempunyai pulau-pulau kecil serta tumbuhan seperti palma di atasnya. Suasana ini mampu memberi ketenangan kepada pengunjungnya.
Lokasi: Taman Anggur Perlis, Pertanian Bukit Temiang, Kangar
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM3.00 | Kanak-kanak RM1.00
11) Kuala Perlis
Kuala Perlis merupakan salah satu tempat yang serig dikunjungi para pelancong kerana di sini terdapatnya jeti untuk ke Pulau Langkawi, Kedah. Jika anda ingin membawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi, hanya Jeti Kuala Perlis yang menawarkan khidmat sedemikian.
Kuala Perlis hanyalah sebuah pekan kecil. Tidak banyak tempat menarik yang terdpat di sekitar sini. Tetapi, anda boleh dapatkan pelbagai makanan yang best-best di sini terutamanya ‘Laksa Beras Kola’ yang memang terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk setempat.
Selain itu, memandangkan kawasan ini berdekatan dengan jeti, maka, banyak restoren makanan laut dan medan ikan bakar yang terdapat di sini. Antara restoren yang popular di sini adalah Restoren Api-Api dan Koma Laut.
Lokasi: Kuala Perlis, Perlis
12) Masjid Terapung Al-Hussain
Alang-alang anda ke Kuala Perlis, bolehlah singgah ke Masjid Terapung Al-Hussain. Masjid ini merupakan salah satu ikon bagi negeri Perlis. Masjid ini diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail.
Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Masjid ini menggunakan bahan seperti marmar, kuartz, batu granit, pebbles dan coral sahaja dalam pembinaannya. Senibina masjid ini sangat cantik dan unik. Anda pasti akan teruja melihat keindahan masjid ini.
Lokasi: Masjid Terapung Al-Hussain, 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis
13) Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Melihat pada nama tempat ini sahaja, pasi anda sudah tahu apa yang etrdapat di taman ini. Ya, bunga kertas. Selain daripada anda dapat melihat dan mengenali pelbagai jenis bunga kertas, anda juga boleh bergambar di kawasan ini. Latar belakang gambar anda pasti cantik dengan kemeriahan warna-warni bunga kertas.
Taman ini dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri. Nama taman ini diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.
Lokasi: Taman Bunga Kertas, Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis
Harga Tiket: Percuma
14) Hutan Lipur Bukit Kubu
Buat anda yang suka aktiviti outdoor dan sukakan alam semulajadi, Hutan Lipur Bukit Kubu adalah pilihan yang sesuai buat anda sekeluarga. Di hutan lipur ini, anda dapat berekreasi dan menjalankan aktiviti menjelajah gua kerana terdapat 2 buah gua di sini iaitu Gua Ikan dan Gua Harimau.
Suasana di sini sangat nyaman dan segar. Tumbuhan di sini adalah jenis hutan separa daun luruh serta dikelilingi sawah padi. Di bahagian belakang Hutan Lipur Bukit Kubu ini juga terdapat sebuah tasik yang dipanggil Tasik Putri Kayang.
Lokasi: Hutan Lipur Bukit Kubu, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi – 5.00petang)
Harga Tiket: Percuma
15) Tasik Timah Tasoh
Tasik Timah Tasoh merupakan empangan saliran terbesar di Perlis. Di samping itu, ia juga menjadi pusat percutian yang ideal buat mereka yang cintakan alam semulajadi. Tasik ini pada asalnya menjadi pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Kemudiannya kawasan ini dijadikan empangan bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian serta pengairan untuk penanaman sawah padi di sekitar Perlis.
Selain pemandangan tasik yang menarik, tarikan lain yang terdapat di sini adalah dusun buah-buahan yang boleh dinikmati secara percuma semasa musimnya kepada penginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.
Buat anda yang sukakan seni fotografi, jangan lepaskan aktiviti mencerap bintang (star scaping) untuk dapatkan gambar Bima Sakti. Masih ramai yang tidak tahu bahawa kawasan tasik ini merupakan salah satu lokasi strategik di Malaysia untuk mendapatkan gambar Bima Sakti yang terbaik.
Lokasi: Tasik Timah Tasoh, 01000 Kangar
16) Canopy Walk SPF Ayer Keroh
Canopy Walk SPF Ayer Keroh atau dalam bahasa melayunya Titian Silara SPF Ayer Keroh merupakan titian yang berkepanjangan 100 meter dan ketinggiannya dari tanah adalah 17 meter. Titian silara ini telah dibina untuk dijadikan kawasan penyelidikan flora dan fauna terutama sekali tentang pokok jati. Namun dalam masa yang sama ia dibuka untuk untuk kunjungan awam agar masyarakat dapat melihat khazanah alam yang terdapat di negara kita.
Jika anda sekeluarga datang ke sini, anda dapat melihat pokok jati tertua di Semenanjung Malaysia yang telah ditanam sejak tahun sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1953.
Lokasi: FRIM Mata Ayer, Perlis
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.00pm)
Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
17) Taman Rekreasi Bukit Jernih
Taman Rekreasi Bukit Jernih adalah salah satu tempat di Kangar untuk anda sekeluarga bersantai-santai mandi-manda serta berkelah di tepi sungai. Kawasan ini menjadi tarikan penduduk tempatan terutama pada hujung minggu kerana keindahan alam semulajadi dan bunyi air yang mengalir tenang.
Landskap indah yang ditawarkan taman rekreasi ini menjadikan ia kawasan kegemaran ramai orang yang ingin beriadah dan melakukan aktiviti perkhemahan.
Lokasi: Sungai Bukit Jernih, Lorong Bukit, Taman Jernih, 02450 Kangar, Perlis
18) Kampung Ujung Bukit
Kampung Bukit Ujung adalah asalah satu destinasi agro-tourism. Di sini anda boleh membawa keluarga melawat ladang buah-buahan termasuklah buah mangga Harum Manis serta sawah padi yang penuh kehijauan.
Jangan lepaskan peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti penduduk desa dan alami sendiri pengalaman tinggal di kampung.
Anda dan keluarga boleh cuba bercucuk tanam di sawah padi dan menoreh getah. Pasti seronok dapat buat sesuatu yang baru, banyak juga yang dapat dipelajari daripada aktiviti sebegini yang merupakan pengalaman berharga buat anak-anak kecil.
Lokasi: Kampung Ujung Bukit, Kangar
19) Arked Niaga Padang Besar
Padang Besar adalah sebuah pekan yang bersempadan dengan Songkla, Thailand. Dan tempat ini sangat sinonim dengan aktiviti membeli-belah. Padang Besar ibarat syurga membeli-belah terutama buat kaum wanita kerana harga barangan di sini boleh dikatakan murah. Ini kerana lokasinya di kawasan bebas cukai di tengah-tengah sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Pelbagai barangan terdapat di Arked Niaga Padang Besar, antaranya periuk belanga, produk kraftangan, bunga-bungaan yang diimport dari Thailand, buah-buahan, pakaian dan barangan perkahwinan. Malah, pelbagai menu makanan Thailand juga dijual di sini.
Di luar bangunan arked ini juga terdapat gerai-gerai makanan yang menjual pelbagai menu seperti pulut ayam, somtam, tom yam kelapa, laksa, cendil dan macam-macam lagi. Jadi, setelah anda setelah shopping di dalam bangunan arked, bolehlah anda tinjau-tinjau pula gerai makanan yang terdapat di luar bangunan untuk isi perut.
Lokasi: Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 6.00 petang)
20) Ladang Burung Unta Perlis
Ladang Burung Unta ini adalah salah satu tempat menarik yang terdapat di Padang Besar. Jika anda ke Padang Besar untuk membeli0belah, bolehlah luangkan sedikit masa untuk singgah ke Ladang Burung Unta ini untuk mengenali dan melihat burung unta dengan lebih dekat.
Ladang burung unta ini tidaklah terlalu besar. Dan hanya terdapat beberapa ekor burung unta sahaja di sini. Namun, ia sudah cukup untuk membuatkan anak-anak seronok melihat haiwan eksotik ini. Lagipun, tiket masuk ke lading burung unta ini adalah percuma. Malah, kemudahan parkir juga turut tersedia.
Lokasi: Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Percuma
21) Pasar Malam Bintong
Jika anda seorang food hunter, Pasar Malam Bintong adalah salah satu destinasi yang perlu anda terjah sewaktu di Perlis. Pasar Malam Bintong terletak kira-kira 3-4kilometer sahaja dari Bandar Kangar. Pasar malam ini hanya beroperasi pada hari Rabu dan menawarkan pelbagai pilihan menu makanan. Makanan berat sehinggalah makanan ringan dan kudapan ada dijual di sini.
Oleh kerana pasar malam ini agak besar, maka anda bukan sahaja boleh mendapatkan makanan di sini, malah terdapat juga cenderahati serta buah-buahan segar. Selain tempat parkir kereta, tandas dan surau juga turut disediakan di kawasan Pasar Malam Bintong.
Lokasi: Jalan Raja Syed Saffi, Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Rabu (5.00petang – 10.00malam)
22) Pasar Malam Titi Chai
Selain Pasar Malam Bintong, terdapat lagi satu pasar malam yang terdapat di Kangar, iaitu Pasar Malam Titi Chai. Pasar malam ini beroperasi setiap hari Khamis dan Ahad. Pasar Malam Titi Chai juga agak besar dan terdapat pelbagai barangan yang dijual di sini.
Jika anda suka melihat suasana pasar yang meriah, anda boleh datang ke sini pada hari Ahad. Ini kerana gera-gerai yang dibuka pada Hari Ahad lebih banyak berbanding Hari Khamis. Malah pengunjung Pasar Malam ini juga lebih ramai pada Hari Ahad.
Lokasi: Kampung Surau, Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Khamis & Ahad (5.00petang – 10.00malam)
23) Pasar Tani FAMA Kangar
Pasar Tani FAMA terdapat di banyak tempat dalam negeri-negeri lain, tetapi untuk lebih mendekati dan melihat sendiri keunikan budaya dan makanan tempatan, moleklah kiranya anda meluangkan masa anda sewaktu di Perlis untuk singgah di Pasar Tani FAMA di Kangar.
Pasar Tani FAMA di Kangar menempatkan banyak kanopi dan gerai yang menjula pelbagai barangan sepert hasil laut, sayur-mayur dan juga makanan penduduk tempatan. Anda tak perlu risau tentang menu sarapan dan juga makan tengah hari anda pada hujung minggu, ini kerana, anda boleh mendapatkannya di sini. Pilih sahaja menu apa yang menarik selera anda.
Lokasi: Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Sabtu & Ahad (7.30pagi – 12.30tengah hari)
Itulah dia 23 tempat menarik di Perlis yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Selamat bercuti ke Selangor. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik di Baling dan Tempat Menarik di Kulim