tempat menarik di yala
|

10 Tempat Menarik Di Yala Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Siapa tak kenal bandar Yala? Ia cukup dikenali ramai terutamanya mereka yang selalu ke Thailand. Secara umumnya, Yala adalah sebuah bandar di Daerah Mueang Yala, yang terletak di selatan Thailand. Ia terletak kira-kira 137 kilometer di tenggara Hat Yai. Yala juga terletak kira-kira 1,100 km di selatan Bangkok.

Bandar yang berkeluasan 19 kilometer per segi ini mempunyai pelbagai tempat yang menarik. Di samping itu, penduduknya juga amat ramah dan mesra. Jika anda berkunjung ke sini, pasti anda ingin datang lagi pada lawatan seterusnya.

Jom kami senaraikan beberapa tempat menarik di Yala yang pasti menyeronokkan anda buat semua lapisan umur. Tidak kira tua atau muda, semuanya boleh berkunjung ke sini. 

1.  Masjid Yala

tempat menarik di yala
Imej via [inspirock]
Masjid ini juga dikenali dengan nama ‘Masjid Raototunyanna’ yang merupakan tempat ibadat bagi masyarakat muslim di sini. Di masjid ini biasanya dijadikan juga sebagai tempat belajar agama, tempat beribadah serta bermacam lagi aktiviti keagamaan yang dilakukan oleh penduduk setempat disini yang beragama muslim. 

Tempat menarik di Yala ini dibuka sepanjang hari dan amat meriah pada hari perayaan dan hari-hari tertentu bagi masyarakat  muslim di sini. Menariknya di sini adalah, anda boleh melihat keindahan seni bina masjid ini yang sememangnya amat mengagumkan.

Untuk berkunjung ke sini, anda boleh datang dengan menaiki basikal, motorsikal, kereta, bas dan juga kereta api yang menjadi pengangkutan utama masyarakat. Tiada sebarang caj juga yang dikenakan untuk masuk ke masjid ini. Ianya percuma!

Kemudahan awam yang disediakan di masjid ini adalah tandas awam, sistem internet, telefon awam serta banyak lagi boleh anda gunakan.  Jadi, rugi jika anda datang ke Yala tanpa melawat masjid yang indah ini.

Selain itu, berhampiran masjid ini terdapat juga gerai ataupun kedai yang menjual makanan yang halal, buah-buahan, sayur-sayuran, barang kemas, minyak wangi dan sebagainya.

2.  Kuil Khuhaphimuk

tempat menarik di yala
Imej via [m-culture]
Juga dikenali sebagai Wat Na Tham, kuil ini merupakan salah satu daripada tiga tempat paling dihormati di selatan thai. Kuil ini juga merupakan salah satu lambang ataupun mercu tanda bagi kepentingan budaya Buddhisme di kawasan tersebut sejak zaman pemerintahan Srivijaya lagi. Kuil ini terletak di Tambon Na Tham, kira-kira 8 kilometer dari pusat bandar, Yala. 

Di bawah jalan menuju ke kuil ini terdapat satu patung yang besar yang posisinya berbaring yang dipanggil ‘Chao Khao’ oleh penduduk setempat yang kononnya melindungi pintu masuk ke kuil ini. Di dalam gua tersebut, terdapat ruang besar yang telah diubah menjadi kawasan agama Buddha. Bumbungnya pula terbuka luas membolehkan cahaya matahari masuk menerangi ruang yang suci bagi masyarakat buddha tersebut. 

Patung Buddha yang berbaring dianggarkan telah dibuat dalam era buddha sekitar tahun 1300, iaitu semasa pemerintahan Periyar Srivijaya. Panjang patung itu dianggarkan sepanjang 81 kaki dan satu inci. Jadi bagi anda yang menggemari sejarah Thailand ataupun sejarah agama Buddha, bolehlah datang ke kuil ini apabila datang ke Yala.

3.  Mueang Yala Pillar Shrine

tempat menarik di yala
Imej via [smarttravelapp]
Mueang Yala Pillar Shrine adalah sebuah tempat menarik di Yala yang mempunyai tiang bulat yang diameter berukuran 105 sentimeter.  Tiangnya diletakkan di atas dasar bulat serta mempunyai ukiran seni bina lukisan Thai. Di kawasan pusat itu, terdapat ukiran pahlawan purba yang memegang perisai dan pedang. Ia dipercayai semangat salah seorang panglima semasa zaman pemerintahan Phra Chao Taksin Maharat.

Bahagian atas tiang terukir empat gambaran wajah Phra Phrom. Raja telah menganugerahkan tiang tersebut pada 18 Mei 1962 untuk tontonan orang ramai dan sejak daripada itu, tempat ini menjadi pusat tumpuan bagi masyarakat di sini. Selepas melawat tempat ini, jangan lupa untuk berjalan-jalan di kawasan Bangunan Chattramuk, yang dibina sebagai taman yang menyenangkan dan indah. Anda juga boleh melihat kolam besar dengan banyak ikan, tiada masalah untuk memberinya makan jika anda mahu. 

Selain itu, setiap 24 Mei hingga 4 Jun setiap tahun terdapat acara festival yang menarik selama 7 hari 7 malam di sini.  Pada acara tersebut, terdapat pelbagai gerai yang akan menjual pelbagai barangan termasuk kraf tangan.   Sekiranya anda ingin merasai acara yang menarik, bolehlah datang pada tarikh tersebut.

4.  Air Terjun Sukthalai

tempat menarik di yala
Imej via [saifudin-mtb]
Air Terjun Sukthalai ataupun dikenali juga sebagai air terjun Kuelong ini terletak di Nikomsangtonengpattanapaktai di Khao Pok Yoh, kira-kira 40 kilometer dari bandar Yala. Air terjun ini ditemui pada tahun 1964 dan terdapat lata 5 tingkat. Duli Yang Teramat Mulia Putri Srinagarindra telah memberikan nama air terjun ini sebagai “Air Terjun Sukthalai”. 

Tempat menarik di Yala ini adalah air terjun yang sarat dengan pemandangan indah serta mempunyai kolam renang yang sesuai untuk berenang dan bersantai bersama keluarga. Untuk kesini, anda boleh menaiki pengangkutan awam untuk ke sini. Tapak ini di buka pada pukul 9 pagi sehingga 3 petang untuk lawatan pengunjung dan ditutup pada hari sabtu hingga hari isnin.

5.  Tasik Than To

tempat menarik di yala
Imej via [vina]
Than To Lake yang merupakan tempat menarik di Yala ini adalah sebuah tasik yang terletak di atas empangan Bang Lang.  Tasik ini adalah hasil pembinaan empangan yang sentiasa membawa banjir ke atas kawasan di sekitarnya.

Menariknya, tasik 2 kilometer lebar dan 6 kilometer ini terdiri daripada banyak pulau, jadi ianya memberikan pemandangan yang sangat indah. 

Terdapat satu pulau yang terkenal di tengah-tengah tasik ini dan ianya dinamakan Koh Hua Lan.  Koh Hua Lan meliputi kawasan seluas 1 kilometer persegi. Pelancong boleh menikmati pemandangan dan melakukan pelbagai aktiviti seperti berkanu, berkayak di Tasik Than To ini. Bagi anda yang ingin melawat Yala, tasik ini adalah destinasi wajib harus anda tujui.

6.  Bandar Betong

tempat menarik di yala
Imej via [abangboyc]
Betong adalah sebuah daerah bertamadun besar di bahagian selatan Thailand, yang terkenal dengan pelawat dari negara kita khususnya. Perkataan Betong adalah daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud buluh. Untuk pengetahuan anda, Pekan Betong dikelilingi oleh gunung-ganang dengan iklim yang sejuk, hujan dan mempunyai kabus pada waktu pagi sehingga ianya di panggil sebagai ‘Bandar Berkabus dengan Bunga yang Cantik’. 

Jalan ke Betong dari Than To yang terletak di sepanjang lereng bukit, ia menawarkan pemandangan panorama hutan tasik dan ladang getah yang sangat menakjubkan.  Untuk menuju ke bandar ini, anda harus menaiki bas atau teksi dari stesen kereta api Yala selama setengah jam.

Waktu teksi atau bas yang berada di stesen kereta api Yala adalah pada jam 6 pagi sehingga 5 petang, jadi anda tak perlu risau mengenai pengangkutan awam untuk ke bandar Betong. Datanglah ke sini untuk merasai sendiri suasananya!

7.  Taman Perbandaran Betong

tempat menarik di yala
Imej via [beauty]
Tempat menarik di Yala ini biasanya dikenali sebagai Suan Sut Siam yang meliputi kawasan seluas 120 kilometer persegi di bukit di tengah Betong. Di taman Perbandaran Betong ini, anda akan melihat pemandangan yang sangat indah dan terdiri daripada taman-taman bunga, stadium, kolam renang dan taman permainan kanak-kanak.

Taman Perbandaran Betong adalah ideal untuk bersantai dan bersenam bagi seisi keluarga yang datang ke sini. Ia juga adalah tempat rekreasi yang menjimatkan bagi anda.

8.  Terowong Piyamit

tempat menarik di yala
Imej via [orangperak]
Tahukah anda, Terowong Piyamit ini dibina oleh sekumpulan pengganas Komunis Malaya (PKM)? Ya, mereka melarikan diri daripada Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 1960 dan hanya mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan terowong ini pada tahun 1976.

Mereka menggunakan terowong ini sebagai tempat perlindungan serbuan udara dan tempat menyimpan makanan. Terowong Piyamit yang dikategorikan sebagai tempat menarik di Yala ini terletak di atas bukit yang dikelilingi dengan hutan yang tebal. 

Di dalam terowong ini terdapat ruang sepanjang 1 kilometer dan mempunyai 9 pintu keluar. Namun, pada masa ini hanya terdapat 6 pintu keluar. Sekarang terowong ini digunakan sebagai tempat pameran sejarahnya serta cara hidup di dalam hutan.

9.  Kolam Air Panas Betong

tempat menarik di yala
Imej via [tripadvisor]
Kolam Air Panas Betong adalah salah satu fenomena semulajadi di Betong yang dimana terdapat air panas yang keluar daripada tanah. Tempat menarik di Yala ini juga menyediakan perkhidmatan mandian mineral yang dipercayai bahawa musim panas boleh menyembuhkan sakit otot dan alahan pada kulit.

Di bahagian kolam ini juga terdapat airnya yang sangat panas dan jika telur diletakkan di dalamnya, ianya akan masak. Untuk ke sini, anda perlu ke Kampung Ban Charo Parai yang terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Betong. Jadi, bagi anda yang ingin merasai kolam air panas di Yala dan bandar Betong, bolehlah berkunjung ke sini. Anda dan keluarga pasti terhibur sepanjang meluangkan masa di sini.

10.  Air Terjun La-ong Rung

tempat menarik di yala
Imej via [aroundyala]
Air Terjun La-ong Rung atau Air Terjun Pelangi adalah air terjun yang mempunyai lembah yang menghasilkan wap air dan pemandangan yang sangat indah. Semasa musim hujan, air terjun ini akan menghasilkan kesan pelangi dan kerana itulah ianya dikenali dengan nama ‘air terjun pelangi’.

Pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar di sekitar air terjun dan melihat keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini. Mereka juga ditemani dengan air terjunnya yang sangat indah.  Air Terjun La-ong Rung terletak di sempadan antara Daerah Than To dan Daerah Betong, yang kira-kira 90 kilometer di jalan Yala-Betong dari Daerah Mueang.

Tapak ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Bagi anda yang ingin lihat air terjun paling indah di Yala, anda boleh datang ke tempat menarik di Yala ini.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai tempat yang sememangnya menarik untuk anda lawati di Yala ini. Suasananya yang indah serta udaranya amat segar adalah salah satu ketenangan yang boleh anda dapatkan. Di samping itu, Yala juga mempunyai masyarakat yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu.  Pasti ia akan lebih menyenangkan anda untuk berkomunikasi. Jom kita ke Yala!

Jemput baca juga tempat menarik di Yangon, tempat menarik di Wales, tempat menarik di Xinjiang dan tempat menarik di Xiamen China.  Semoga bermanfaat.

Rujukan

  1. thailand.sawadee
  2. hebestthaitour
  3. tripadvisor

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *