15 Tempat Menarik Di Wellington Terbaik Harus Anda Kunjungi
Mencari tempat menarik di Wellington?
Pernah dengar kota Wellington? Ia adalah sebuah kota yang menjadi pilihan ramai pelancong untuk percutian di New Zealand. Selain sarat dengan keindahan alam, ia juga penuh budaya yang menarik untuk anda saksikan. Jom lihat antara tempat menarik di Wellington yang boleh anda singgah.
1. Wellington Cable Car
Anda boleh menaiki cable car beramai-ramai bersama kawan-kawan dan keluarga sambil menikmati keindahan kota Wellington. Cable car akan membawa anda sehingga ke puncak yang lebih tinggi untuk merasai keseronokan. Di tempat menarik di Wellington ini, anda juga boleh melihat pertunjukan lampu dalam terowong yang dilalui oleh kereta kabel tersebut.2. The Beehive
Agak terkenal dengan tapak parlimen New Zealand, bangunan The Beehive mempunyai tarikan yang tersendiri untuk para pelancong. Anda boleh melakukan lawatan di The Beehive yang meliputi rumah parlimen gaya Edward Neoklasik, Taman Mawar dan juga patung Richard John Seddon iaitu individu yang merupakan Perdana Menteri New Zealand pada tahun 1893 dan 1906.3. Katherine Mansfield House
Adakah anda mengenali Katherine Mansfield yang merupakan penulis fiksyen paling terkenal di New Zealand pada tahun 1990-an? Tempat menarik di Wellington ini adalah rumah beliau dilahirkan yang telah dibaiki semula serta dijadikan muzium barang peribadi Mansfield. Anda boleh melihat perabot pada abad ke 19 di sini.4. Pulau Matiu
Khas untuk anda yang ingin merasai suasana pantai yang romantis, indah dan terpencil, Pulau Matiu adalah tempat menarik di Wellington harus anda kunjungi. Dahulunya, pulau ini didiami oleh penduduk Maori. Kini, ia telah dijadikan lokasi perlancongan yang membolehkan anda bercuti, mendaki, berkhemah dan lain-lain lagi aktiviti.5. Wellington Waterfront
Tempat menarik di Wellington ini agak romantik bila berdua dengan pasangan, namun ia juga sangat aman dan indah. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar sini dan bersantai. Kawasan tepi laut ini juga memiliki taman, ruang untuk menyaksikan pemandangan Wellington Harbour, Queen’s Wharf dan Frank Kitts Park.6. Muzium New Zealand (Te Papa Tongarewa)
Muzium yang amat menyeronokkan untuk anda singgah adalah Muzium New Zealand ataupun dikenali dengan nama Te Papa Tongarewa. Antara pameran terbaik di sini adalah Rumah Gempa Bumi, koleksi seni Te Papa, 11 galeri seni seniman New Zealand, pameran Mana Anyua dan banyak lagi.7. Wellington Botanic Gardens
Pasti anda membayangkan bunga-bunga dan pohon-pohon nan indah di sini bukan? Wellington Botanic Garden bukan sahaja kaya dengan taman dan bunga, tetapi juga terdapat katil bunga bermusim yang mempamerkan bunga segar mekar, bunga tropika dan tumbuhan asli. Termasuklah juga 110 katil mawar yang pelbagai jenis yang boleh anda lihat.8. Gallery Wellington
City Gallery Wellington terletak dalam kawasan bangunan perpustakaan bandar lama yang bersejarah. Tempat menarik di Wellington ini kaya dengan pelbagai hasil karya seni seperti seni visual moden, pameran bervariasi iaitu lukisan, kerja multimedia, fotografi, arca dan juga pemasangan seni. Tempat ini juga berfungsi sebagai pusat budaya untuk aktiviti persembahan, program artis serta sesi ceramah.9. Muzium Bandar Raya & Laut Wellington
Tempat menarik di Wellington boleh anda singgah untuk melancong adalah Muzium Bandar Raya dan Laut Wellington. Pastinya anda boleh melihat pameran dan persembahan filem berkaitan sejarah maritim Wellington serta evolusi negara ini. Pameran paling menakjubkan adalah pameran bendana Wahine 1968 yang berkait rapat dengan kuasa alam dan hubungan Wellington ke lautan.10. Zealandia
Zealandia adalah umpama taman pemuliharaan haiwan seperti burung serta spesis haiwan lain yang terancam. Antaranya adalah saddleback dan stitchbird. Ia juga dilengkapi dengan muzium yang memiliki sejarah semulajadi negara Wellington. Tapi, anda harus berjalan kaki agak lama untuk menerokanya kerana kawasan ini terlalu besar luasnya.11. Princess Bay
Pantai yang jernih airnya ini menjadi tarikan para pelancong untuk bersantai. Princess Bay adalah tempat menarik di Wellington yang selalu menjadi port perkelahan penduduk tempatan pada musim panas. Anda juga boleh berendam, bermandi-manda dan berenang di lautan ini.12. Muzium Kotej Colonial
Dahulunya, tempat menarik di Wellington ini merupakan sebuah rumah kediaman William Walis pada tahun 1850-an. Kini, ia telah dijadikan sebuah muzium Kotej Colonial dimana ia mempamerkan pelbagai perabot dan barangan kelengkapan Wallis dan keluarganya. Sudah pasti pelawat boleh melihat sejarah keluarga Wallis dan diluar pula terdapat taman warisan organik harus anda kunjungi.13. Zoo Wellington
Unik sekali mengunjungi Zoo Wellington di New Zealand ini kerana haiwan di sini amat sukar dilihat di negara kita. Zoo yang ditubuhkan pada tahun 1906 ini memiliki haiwan seperti burung kiwi, simpanse, meerkat, reptilia tuatara, kucing besar, beruang matahari Malaya dan banyak lagi haiwan menarik.14. Gunung Victoria
Sekiranya anda sukakan pemandangan yang luas dan mendaki, datanglah ke Gunung Victoria ini! Dari atas puncak, anda boleh melihat segala panorama termasuklah kawasan pelabuhan, Taman Kelburn, Selat Cook dan lain-lain lagi.
Terdapat juga The Memorial Byrd, tugu memperingati penyerbu Amerika iaitu Richard Byrd yang telah membuat penerbangan pertama dari New Zealand ke atas kutub selatan.
15. The Bucket Fountain
The Bucket Fountain ini terletak di Cuba Street Mall, Wellington. Terkena percikan-percikan air pancut di sini sangat menyeronokkan, malah anda boleh bersantai dan bersiar-siar di sekitar sini. Selain itu, anda bakal bergembira melakukan aktiviti yang disediakan di sini sekaligus dapat singgah makan dan membeli-belah.
Berikut adalah tempat menarik di Wellington yang boleh anda singgah pada musim cuti. Jom baca juga tempat menarik di Christchurch, tempat menarik di Pulau Jerejak, tempat menarik di Bosnia dan tempat menarik di Balkan.
Rujukan:
2. tripadvisor
3. nzmalaya