Tempat Menarik Di Semenyih Untuk Percutian Anda
Semenyih yang merupakan sebuah daerah dalam negeri Selangor sering disalah anggap oleh penduduk tempatan dan juga penduduk luar negeri. Dengan keadaan bentuk muka buminya yang tidak sekata dan tidak seimbang, ramai yang beranggapan bahawa Semenyih tidak mempunyai kawasan yang strategik untuk dijadikan kawasan perindustrian, perumahan mahupun tempat peranginan.
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu akan kewujudan Semenyih sebagai sebuah daerah yang maju dengan pembangunan infrastruktur, kegiatan ekonomi dan lain-lain lagi malah disini juga terdapat banyak tempat menarik yang sesuai dijadikan sebagai lokasi percutian anda tatkala mengunjungi negeri Selangor.Untuk pengetahuan anda, Semenyih juga terkenal dengan tempat yang sarat dengan sungai seperti sungai tekala, sungai broga, sungai lalang, sungai purun dan banyak lagi tetapi terdapat satu sungai utama yang terpanjang iaitu Sungai Semenyih. Selain itu, terdapat banyak tempat menarik di Semenyih yang boleh anda jadikan sebagai destinasi percutian anda. Mari kita lihat tempat-tempat menarik di Semenyih!
-
Ostrich Wonderland
Bercakap tentang Ostrich Wonderland, pasti anda dapat mengagak bahawa lokasi percutian ini pastinya menyajikan mata anda dengan haiwan-haiwan yang bernama ostrich atau burung unta ini. Ostrich Wonderland adalah sebuah ladang penternakan burung unta yang terletak di Semenyih, ia berdekatan dengan Jalan Sungai Lalang dan Sungai Tekala.
Anda bukan sahaja dapat melihat burung ostrich tetapi dapat bersantai sambil melihat haiwan lain seperti ayam, keldai, monyet, kuda, kambing dan banyak lagi binatang ternakan. Ostrich Wonderland bukanlah seperti zoo dimana anda boleh melihat dari jauh, tetapi Ostrich Wonderland juga merupakan tempat dimana anda sendiri boleh memegang haiwan-haiwan ternakan tersebut. Seronokkan? Pasti anda dan keluarga tidak bosan mengunjungi Ostrich Wonderland.
-
Eco Venture Resort And Recreation
Bagi anda yang ingin mengadakan aktiviti syarikat seperti team building boleh berkunjung ke sini. Eco Venture lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dewan seminar, dewan besar, dewan serbaguna, surau, tandas, kolam renang, cafe, restoran, bilik karaoke dan lain-lain lagi. Uniknya, bilik penginapan yang boleh anda dapatkan disini adalah seperti bilik hotel, villa, seakan asrama atau dorm dan juga container room atau tube room. Menarik bukan?
-
Eco World Majestic Dan Eco Forest
-
Sungai Tekala
Pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang disediakan bagi memudahkan anda bercuti di Sungai Tekala seperti tandas, bilik persalinan, kerusi, pondok, surau dan parking. Anda juga boleh mendapatkan tapak perkhemahan disini untuk berkhemah dan melakukan aktiviti luar.
-
Sungai Lalang Hotspring, Semenyih
Sungai Lalang Hotspring ini dibuka dari 10 pagi sehinggalah 4.30 petang dan bayaran masuk pula adalah serendah RM3 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Kemudahan seperti bilik persalinan dan tandas tak perlu anda risaukan. Anda juga boleh menempah ruangan untuk BBQ sekiranya ingin membuat family gathering dan sebagainya.
-
Lady Bird Organic Farm
LadyBird Organic Farm kerap kali mengadakan tawaran promosi sayur-sayuran untuk pengunjung yang berkunjung ke sini dan juga mereka yang mengikuti mereka di laman sosial. Anda boleh melawat kawasan kebun organik ini bagi melihat keindahan semulajadi berasaskan tanaman dan terdapat ladybird di sekitar kebun ini.
-
Semenyih Dam
Ramai yang menjadikan Semenyih Dam ini sebagai tempat memancing kerana terletak berdekatan dengan jalan raya namun, dengar khabarnya kawasan ini sudah menjadi kawasan larangan memancing sekarang. Tiada masalah untuk anda ke sini, anda boleh menikmati pemandangan yang cantik dan indah dengan air empangan yang luas dan besar. Kadang-kadang anda akan mendengar bunyi ikan melompat-lompat di empangan Semenyih ini.
-
Broga Hill
Kawasan rekreasi ini juga merupakan kawasan pendakian yang menjadi pilihan ramai pelajar universiti yang berhampiran Selangor dan Kuala Lumpur. Anda yang teringin mendaki tu, Broga Hill adalah tempat menarik di Semenyih untuk percutian anda!
-
Kolam Renang La Pelangi, Taman Pelangi, Semenyih
Sekiranya anda tercari-cari tempat mandi atau tempat menarik di Semenyih untuk percutian anda yang membolehkan anda berendam di dalam kolam yang dalam dan selesa sehingga boleh berenang, Kolam Renang La Pelangi yang berlokasi di Taman Pelangi Semenyih pasti tidak menghampakan anda.
Anda boleh mandi di kolam Renang La Pelangi dari awal ia dibuka sehinggalah pada 7 malam. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, sesiapa pun boleh mandi di kolam renang Taman Pelangi ini. Ia amat sesuai untuk percutian anda dan keluarga.
-
SP Setia Ecohill Parc
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah bersenam dan berekreasi mengikut kemahuan anda dimana terdapat sebuah ruangan dan laluan jogging di sini iaitu Fitnes123. Ia merupakan 3 stesen tempat senaman yang akan anda lalui dan gunakan dalam bersenam.
Selain itu, terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak yang menarik dan bermanfaat untuk anak anda gunakan iaitu Wall Holla dan Explorer Dome. Anda akan merasai seolah berada di luar negara kerana permainan outdoor sebegini jarang terdapat di Malaysia, ianya adalah game atau permainan yang educated serta sesuai untuk perkembangan otak kanak-kanak.
11. Dinosour Kingdom, Setia Ecohill, Semenyih
Salah satu tempat menarik di Semenyih yang sesuai untuk percutian anda adalah Dinosour Kingdom, Setia Ecohill. Anda akan bertemu dengan lebih dari 20 ekor animatronic dinosour yang seakan-akan hidup dan berlegar-legar di ruang Setia Ecohill ini. Terdapat permainan yang menarik untuk kanak-kanak untuk anak anda sertai.Antara permainan yang menjadi perhatian ramai anak-anak di Dinosour Kingdom, Setia Ecohill ini adalah Racing Raptor. Anak anda boleh menaiki dinosour pilihan mereka dan memasukkan token, ia akan bergerak setempat seperti permainan di mall atau supermarket yang kekal setempat.
Tempat Permainan Dalam Kawasan Dinosour Kingdom
Anda anda juga boleh menaiki kereta api tong drum yang akan membawa mereka mengelilingi kawasan Dinosour Kingdom. Ramai yang suka menaiki Triceratops Train ini. Fossil Drive pula membolehkan mereka menerima hadiah jika berjaya jumpa huruf yang dikehendaki. Selain itu, anak anda pasti teruja menaiki The Swamp yang merupakan pelampung Dinosour ala-ala bot.5D Cinema membolehkan anak anda melihat view seolah mereka menaiki roller coaster. Pastilah aksinya amat mendebarkan. Begitu juga debarnya mereka ketika bermain Raptor Maze yang seperti treasure hunt sentiasa berlari dari dikejar dinosour. Banyak tempat permainan yang telah dinyatakan, terdapat juga Ice Fossil, Baby Dinosour Trail, Drift Island, Pterosour’s net dan beberapa permainan lagi dalam kawasan ini.
Bagaimana? Seronokkan bercuti di Semenyih. Tidak dinafikan lagi bahawa Semenyih, Selangor adalah salah satu tempat menarik untuk percutian anda pada musim cuti dan juga hari biasa. Usai bercuti di Semenyih, apa kata anda melawat Tempat Menarik di Tasik Kenyir dan Tempat Memancing di Perak pula.