11 Tempat Menarik Di Pulau Redang Untuk Percutian Anda
Adakah anda gemar untuk menjadikan pulau sebagai tempat percutian anda? Mengapakah pulau yang menjadi pilihan anda? Pasti anda akan berkata bahawa pulau akan memberikan suasana yang berlainan daripada kawasan percutian di luar bandar malah anda pasti ingin lari dari kesibukan kota serta pencemaran alam sekitar kan?
Bercuti di pulau bakal membuatkan jiwa anda tenang dan damai. Anda juga boleh menikmati pelbagai keindahan alam semulajadi dan permandangan yang amat menakjubkan. Di samping dapat melihat suasana matahari terbenam, laut yang jernih dan biru serta menikmati udara yang segar.
Pulau yang sering menjadi tarikan di Malaysia adalah Pulau Redang yang terletak di Kuala Nerus, Terengganu. Anda pasti seronok bercuti di sini jika dibandingkan dengan percutian di tempat-tempat lain. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot laju ataupun feri daripada jeti yang berada di Kuala Terengganu. Jom kita ketahui tempat-tempat menarik di Pulau Redang ini.
1. Jeti Shahbandar
Jika anda seorang yang mabuk laut, saya sarankan supaya anda membawa ubat-ubatan yang sepatutnya dan jangan lupa untuk sediakan beg plastik dikhuatiri jika anda muntah. Sebaik sahaja anda tiba berdekatan Pulau Redang, anda perlu berpindah ke bot atau feri yang akan membawa anda ke tempat penginapan anda di Pulau Redang pula.
2. Jeti Merang
Untuk pengetahuan anda, selain Jeti Merang di Terengganu ini, terdapat satu lagi jeti lain yang seakan-akan nama Jeti Merang, iaitu Jeti Marang yang akan membawa anda ke pulau yang lain pula. Jangan pula anda terkeliru dengan Jeti Marang, nanti anda dibawa ke tempat lain pula. Kan susah kalau tersilap naik bot di jeti!
3. Coral Redang Island Resort
Coral Redang Island Resort ini merupakan tempat penginapan yang terletak di kawasan Pasir Panjang dan terdapat 40 buah chalet ditawarkan untuk pengunjung. Kualiti kemudahan dan servis yang diberikan juga adalah berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Antara kemudahan yang ditawarkan ialah Airy, bilik-bilik berperabot ringkas dengan gaya moden, kemudahan teh dan kuali serta balkoni atau beranda yang cantik.
Bilik keluarga di Coral Redang Island Resort ini boleh memuatkan sehingga 6 orang. Terdapat juga bar snek, lounge terbuka, dan kolam renang luaran dengan bar, pusat menyelam dan kedai serbaneka. Penyewaan peralatan sukan air juga boleh didapati disini.
4. Taaras Beach and Spa Resort
Pada musim monsun, Taaras Beach and Spa Resort akan ditutup untuk sementara waktu dan akan kembali beroperasi selepas musim tersebut kerana bimbang tentang keselamatan para pengungjung. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Resort ini menyediakan 5 bilik tidur private villa yang sangat selesa, menakjubkan dan sesuai untuk seisi keluarga yang besar.
5. Redang Beach Resort
Restoran di resort ini menyajikan hidangan ala ala carte, Cina dan Barat. Menariknya, terdapat sebuah kopitiam yang menghidangkan menu kopi dan teh yang paling enak dan lazat di syurga tropika ini. Untuk peminat skuba pula, sama ada anda ingin menyelam ataupun mencari kursus penyelaman, pusat menyelam di sini dapat memenuhi semua keperluan anda. Jadi apa tunggu lagi, inilah tempat menarik di Pulau Redang boleh anda kunjungi.
6. Laguna Redang Resort
- Kemudahan Resort, Bilik, Suite
Resort menawan yang lengkap dengan 222 bilik dan suite yang luas ini direka bentuk dari senibina tradisional Melayu yang moden di tengah-tengah persekitaran pulau tropika justeru menjadikannya salah satu pusat peranginan paling menarik di Pulau Redang. Terdapat sebuah restoran yang akan memenuhi citarasa anda iaitu Restoran Sang Suria Buffet.
- Kemudahan Restoran Dan Makanan
Khas untuk anda yang mencari makanan ala carte pula, anda boleh mendapatkannya di Restoran Sri Serai Ala Carte manakala bagi yang ingin mencuba hidangan tempatan boleh mencuba ‘roti canai’ terkenal di Warong Food Court yang sememangnya sangat sedap. Resort ini juga mempunyai tiga bar untuk tetamu berehat dan menghilangkan dahaga mereka dari aktiviti seharian mereka di pulau ini.
- Kemudahan Kolam Renang, Jakuzi, Kedai Hadiah
Anda boleh bersenang-senang di sekitar kolam renang dan jakuzi sambil menikmati taman-taman indah di sekitar resort ini. Cenderahati dan hadiah di Gift Shop Tea Inn yang digunakan di dalam set penggambaran untuk filem Hong Kong yang bertajuk Summer Holiday turut boleh anda dapatkan di sini.
7. Pantai Pasir Panjang
Walaupun pantai ini dibanjiri oleh ombak nyaman dan keindahan alam, namun ia menjadi pilihan ramai dimana sepanjang hari kebanyakan pelancong berada di aktiviti snorkel atau lawatan menyelam. Untuk pengetahuan anda, bahagian selatan pantai lebih meriah daripada bahagian utara.
8. Pantai Teluk Dalam
Anda boleh berenang, berendam dan bermain aktiviti air di sini kerana pantainya bersih, cantik dan selesa. Menariknya, kedua-dua pantai ini diasingkan oleh satu singkapan batuan tetapi tetap disambungkan oleh sebatang jalan yang dibina di atas sebuah bukit. Teluk Dalam ini adalah tempat menarik di Pulau Redang yang sesuai untuk anda dan keluarga menikmati panorama indah.
9. Pantai Teluk Kalong
Tambahan pula, anda boleh bergambar dan membuat koleksi gambar pemandangan laut yang sangat indah. Jom ke pantai Teluk Kalong, pasti anda akan teruja dengan keindahannya.
10. Pulau Mat Kepit
Suasananya amat menarik dan menyeronokkan apatah lagi tidak semua orang dapat melihatnya, mungkin anda bertuah! Musim penyu bertelur adalah sekitar bulan Mac hingga September, jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat menarik di Pulau Redang ini. Anda boleh mendapatkan penginapan chalet di sekitar Pulau Mat Kepit ini.
11. Pasir Mat Simpan
Kemudahan kawasan untuk snorkeling terdiri daripada lokasi yang cetek, sederhana dan dalam yang mengikut kesesuaian para pengunjung yang datang. Mungkin anda lebih selesa dan sesuai snorkeling di kawasan yang sederhana atau cetek berbanding dalam, semuanya boleh anda tentukan di sini.
Rujukan