15 Tempat Menarik di Paris Romantik Dan Sesuai Untuk Percutian
Menurut Top 10 City Destinations 2018 oleh Wouter Geerts, Paris menduduki tempat ke-6 daripada 10 negara yang menjadi tumpuan para pelancong. Sudah pasti tergambar Eiffel Tower dalam fikiran Anda, bukan? Namun tahukah Anda, selain Eiffel Tower, terdapat banyak lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Paris.

1. Lourve Museum
Antaranya ialah seperti beberapa karya tokoh yang terkenal di dunia, ‘Mona Lisa’ karya Leonardo da Vinci dan ‘Dying Slave’ karya Michaelangelo. Berdekatan muzium ini, terdapat sebuah taman yang sangat indah. Ia menjadi tempat istirehat dan bersiar-siar bagi para pengunjung muzium. Anda juga dapat melihat beberapa tugu dan monumen yang masih lagi berdiri kukuh.
2. Cathedrale Notre Dame de Paris
Anda harus memakai pakaian yang sopan untuk menghormati tempat ibadat mereka. Menariknya, terdapat sebuah taman di bahagian belakang gereja ini. Taman ini sangat ramai pada waktu petang dan hujung minggu. Seronoknya, tiada caj yang dikenakan untuk masuk ke bangunan ini dan anda bebas berjalan-jalan di kawasan sekitarnya. Anda juga boleh melawat ke Holy Chapel yang tidak jauh dari sini. Hanya mengambil masa 5 minit untuk berjalan kaki.
3. Palace of Versailles
Sekiranya anda ingin melihat kawasan sekitar istana secara percuma, anda perlu memilih hari Ahad pada minggu pertama untuk melawatnya. Untuk anda yang berumur 18 tahun, masuk adalah percuma. Sebelum melawat ke istana ini, dicadangkan untuk membaca sejarahnya terlebih dahulu supaya dapat menikmati keunikannya. Sejarah istana ini sangat menarik untuk anda terokai.
4. Luxembourg Gardens
Terdapat air pancur yang melengkapkan lagi taman tersebut. Boleh dikatakan, ia adalah satu landskap yang sangat sempurna. Pada mulanya, taman ini adalah untuk istana Luxembourg tetapi sekarang telah dibuka untuk orang ramai. Selain itu, terdapat juga muzium di sekitarnya iaitu Museum Luxembourg.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah seperti menunggang kuda padi, bermain bot mini, pertunjukan teater boneka bertali dan melihat persembahan jalanan.
5. Musee d’Orsay
Muzium ini merupakan muzium yang mengandungi koleksi seni yang terbanyak di dunia. Terdapat pelbagai kategori seni yang ada di sini seperti seni lukisan, rekabentuk dan fotografi yang dipamerkan untuk tontonan para pengunjung. Menarik bukan?
6. Montmartre
Terdapat banyak gerai dan juga pelbagai jenis makanan yang dijual di atas bukit ini. Sambil menikmati makanan yang lazat, anda boleh melihat suasana kota Paris yang indah ini. Menarik, bukan? Oh ya, jangan lupa untuk memakai jaket kerana anda akan merasa kesejukan selama berada di sini.
Selain itu, tempat wajib yang biasa dikunjungi di sini ialah Wall of Love (Le Mur des Je’t’aimes) yang mana “Saya sayang Anda” ditulis sebanyak 311 kali dalam 250 bahasa.
7. Seine River
Anda dapat melihat banyak love locks yang bergantungan di sepanjang jambatan (30 jambatan). Feri akan belayar setiap 30 minit sepanjang April sehingga September tetapi pada bulan Oktober-Mac setiap 1 jam dengan tempoh pelayaran 1 jam. Antara jambatan yang mempunyai ramai pengunjung ialah Pont des Art bridge kerana dikatakan Kourtney Kardashian menggantungkan padlock cintanya dengan suami di sini.
Tempat sebegini semestinya lebih menarik untuk dikunjungi pada waktu malam kerana keindahan kota Paris akan lebih indah pada waktu ini. Bagi Anda yang berminat untuk ke tempat-tempat romantik, tempat ini sangat sesuai buat anda.
8. Porte de Clignancourt Flea Market
Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan sesuai dengan barangannya. Untuk pengetahuan anda, tempat ini seluas 7 hektar dimana terdapat leih kurang 2 ribu penjual yang membuka pasarnya di sini. Selain itu, terdapat barang antik yang terlalu tinggi nilainya iaitu tidak dapat anda temui di pasaran.
Sekiranya anda ingin berbelanja dengan harga yang mampu milik, maka tempat ini perlu menjadi tempat wajib untuk disenaraikan di dalam check list anda.
9. Arc de Triomphe
Arc de Triomphe merupakan salah satu monumen yang popular di Paris. Pada bahagian dalam dan atas gerbang terdapat nama semua jeneral dan perang yang diperjuangkan mereka. Pada bahagian bawah monumen pula terdapat ukiran bagi memperingati ‘Tentera Yang Tidak Bernama’ dalam Perang Dunia Pertama.
10. Champs Elysees Avenue
Jalan menuju ke Champs Elysees Avenue ini, betul-betul selari menghadap gerbang Arc de Triomphe. Tempat ini sangat sesuai bagi Anda yang suka berbelanja barangan mewah. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan yang menarik di sekitar sini dengan menu khas masakan Eropah setelah penat berjalan-jalan.
11. Place de la Concorde
Dataran ini sesuai dilawati pada waktu malam dan suasananya akan lebih romantik di bawah cahaya lampu tersebut. Tahukah anda, dataran ini juga terletak berhampiran dengan Champ Elysess? Anda boleh merancang perjalanan anda dengan sebaiknya ke sini.
Dataran ini dibuka untuk pengunjung 24 jam setiap hari. Anda bebas untuk bergambar di sini dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Terdapat juga kemudahan untuk anda menginap iaitu di hotel yang berdekatan. Begitu juga restoran dan kedai makan.
12. Les Catacombes
Tempat ini hanya boleh memuatkan seramai 200 orang pengunjung sahaja. Untuk mengelakkan ketibaan anda menjadi sia-sia, anda boleh menempah tiket secara online sebelum memulakan perjalanan ke sini, cuma harganya agak mahal berbanding walk in. Anda boleh juga membelinya secara walk in cuma perlu beratur panjang dan menunggu giliran membeli tiket.
Namun begitu, anda tidak disarankan membawa anak-anak kecil dan ibu-ibu yang uzur kerana setelah masuk, anda perlu menuruni hampir 130 anak tangga manakala untuk keluar pula, anda perlu menaiki 83 anak tangga. Tempat ini juga tidak sesuai bagi sesiapa yang mempunyai masalah pernafasan dan juga anxiety disorder.
13. Parc des Buttes Chaumont
Dari sini, anda boleh menikmati pandangan Kota Montmartre yang tersergam indah. Pelbagai spesies burung dan itik eksotik di tasik taman ini menghiasi alam. Jangan risau, tidak ada bayaran tiket masuk untuk ke sini, semuanya percuma saja.
14. Les Grands Magasins de Paris
15. Pont Alexandre
Sepanjang berjalan di jambatan ini, Anda akan dapat melihat keindahan seni jambatan ini dibina dan juga pemandangan-pemandangan yang indah di sebelah kiri dan kanan jambatan. Jambatan ini sesuai untuk behenti bergambar sebentar sambil menikmati keindahan pemandangan di sekitarnya.
One Comment