tempat menarik di okinawa
|

17 Tempat Menarik Di Okinawa Destinasi Percutian Terbaik

Okinawa, namanya juga cukup indah seperti tempatnya.  Daerah Jepun yang agak dikenali ramai pelancong ini terletak di sebelah selatan Jepun yang juga terdiri daripada ratusan gugusan pulau-pulau kecil.

Percutian ke Okinawa akan membuatkan anda teruja dan berat hati untuk pulang. Maklumlah, tempat menarik di Okinawa ini sangat menyeronokkan, tak cukup sehari dua untuk anda berada di sini. Jom lihat tempat menarik di Okinawa destinasi percutian anda.

 

1. Okinawa Churaumi Aquarium

tempat menarik di okinawa
Imej via [japan-guide]
Tempat menarik di Okinawa yang wajib anda kunjungi adalah Okinawa Churaumi Aquarium.  Ia terletak di dasar yang amat luas dan dikelilingi akaurium atau kaca yang membolehkan anda melihat pelbagai hidupan haiwan laut yang unik dan menakjubkan.  Kecantikan dalaman laut biru juga boleh anda terokai.

Pemandangan laut yang dihiasi terumbu karang, ikan besar berwarna-warni, jerung, dolphin, obor-obor dan banyak lagi haiwan laut boleh anda lihat.  Pengalaman berada di Okinawa Churaumi Aquarium ini tidak dapat anda lupakan.  Terdapat juga “Bot Cermin” atau Churaumi Aquzrium yang diperbuat dari gelas yang membolehkan anda menaikinya untuk melihat keindahan dalaman laut.

 

2.  AEON Rycom

tempat menarik di okinawa
Imej via [pinterest]
Awal-awal lagi jika tiba di Okinawa, pasti anda tertanya-tanya di mana tempat untuk anda membeli belah bukan? Terdapat AEON Rycom yang boleh anda singgah untuk mencari pelbagai barangan dan membeli belah.  Barang-barang berjenama, pakaian, makanan dan banyak lagi boleh anda dapatkan di sini.  Anda boleh mencuba makanan jepun yang unik dan amat menyelerakan.

 

3.  Istana Shurijo

tempat menarik di okinawa
Imej via [fooddiversity]
Tempat menarik di Okinawa, Jepun yang boleh anda singgah juga adalah Istana Shurijo.  Ia terletak di atas sebuah bukit di bahagian utara Bandar Naha.  Dari abad ke-15 lagi, selama 500 tahun, istana Shurijo telah menjadi sebuah pusat pentadbiran, pemerintahan, ekonomi, politik dan kebudayaan Kerajaan Lama Ryukyu.

Berkunjung ke sini akan membuatkan anda terkenang semula sejarah silam zaman pemerintahan lama Ryukyu. Selalunya, “Perayaan Tahun Baru (Shinshun no Utage)” akan diadakan di “Taman Shurijo” ini pada 1 Januari sehingga 3 Januari.  Persembahan upacara kerajaan penuh adat istiadat akan dipamerkan, acara-acara lain seperti minum teh, tarian “Ryukyu” dan macam-macam lagi.  Dengar kata, Istana Shurijo ini telah mengalami kebakaran baru-baru ini, namun ia juga telah dipulihkan sepenuhnya.

 

4.  Pantai Akajima

tempat menarik di okinawa
Imej via [mapsofworld]
Pantai Akajima terletak di Okinawa, Jepun merupakan sebuah pantai indah yang amat menakjubkan dimana keadaannya amat bersih, air yang jernih biru, pantai putih dan sangat cantik suasananya.  Tempat menarik di Okinawa ini sesuai dijadikan destinasi percutian anda bersama keluarga ataupun berbulan madu.  Anda juga boleh bermandi manda, bersiar-siar di sekeliling pantai, bermain sukan air dan juga berkelah di sini.

 

5.  International Street Okinawa

tempat menarik di okinawa
Imej via [pinterest]
Pada malam ataupun siang hari, anda boleh bersiar-siar di International Street Okinawa yang terletak berdekatan dengan bandar Naha. Terdapat banyak kedai jualan, kedai makanan dan lain-lain tempat yang boleh anda singgah di sepanjang jalan utama Okinawa ini.

Jika anda berkunjung ke Jalan utama Okinawa ini pada bulan Ogos, anda mungkin berpeluang untuk melihat pesta atau sambutan Perayaan Tarian 10,000 Eisa (Dance Parade).  Tarian Eisa dan tarian tradisional akan dipersembahkan di sepanjang jalan ini.

 

6.  Kampung Kijoka

tempat menarik di okinawa
Imej via [openaccess]
Berkunjung ke Kampung Kijoka, anda boleh melihat cara mereka menenun bashofu.  Untuk pengetahuan anda, bashofu adalah tenunan kraf yang menggunakan benang semulajadi yang diperbuat daripada serat tumbuh-tumbuhan.  Tenunan bashofu yang menarik ini dijadikan sebagai sebagai salah satu Important Intangible Cultural Property oleh kerajaan Jepun.

Anda akan melihat cara tenunan ini dilakukan seolah-olah seperti tenunan songket.  Bezanya adalah mereka menggunakan serat tumbuhan untuk tenunan bashofu.  Anda tak mungkin akan dapat melihat aktiviti ini di tempat lain kerana ia hanya diadakan di Okinawa sahaja.   Selain itu, terdapat beberapa jenis hasil kraftangan tradisional lain turut diusahakan oleh masyarakat Okinawa ini.

 

7.  Irabu Bridge

tempat menarik di okinawa
Imej via [japanhoppers]
Salah satu tempat menarik di Okinawa juga adalah Irabu Brigde. Jambatan ini sangat indah dan terpanjang di Jepun dimana ia juga bebas tol. Jambatan cantik ini mengambil masa selama 9 tahun untuk siap dan akhirnya ia dibuka pada tahun 2015 yang lalu.  Mereka yang melalui jambatan ini adalah untuk melalui Pulau Miyako dan juga Pulau Irabu kerana keduanya berhubung dengan jambatan ini.

Sepanjang berada di Irabu Bridge, beberapa hentian boleh anda singgah di atas jambatan ini. Anda juga boleh menikmati keindahan pemandangan lautan biru ini.

 

8.  Najikin Castle Dan Nakagusuku

tempat menarik di okinawa
Imej via [japan-guide]
Najikin Castle dan Nakagusuku adalah sebuah istana yang terdiri daripada dinding batu-batu serta terletak di sekeliling kawasan bukit bukau yang hijau.  Anda boleh masuk ke sini untuk bersiar-siar dan melihat-lihat apa yang terdapat dalam istana ini.  Anggaplah ini satu pengembaraan yang menyeronokkan buat anda. Anda juga berpeluang untuk merehatkan minda di sini.

 

9.  Pulau Okinawa

tempat menarik di okinawa
Imej via [worldbeachguide]
Pulau Okinawa amat terkenal di Jepun memandangkan ia adalah pulau terbesar di kepulauan Ryukyu.  Biarpun Okinawa terbahagi kepada beberapa tempat seperti pulau kecil, pulau utama dan lain lagi, namun Pulau Okinawa adalah pulau utama yang amat dikenali ramai.  Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di Pulau Okinawa yang indah seakan-akan Hawaii ini.

 

10.   Tadake Falls

tempat menarik di okinawa
Imej via [reddit]
Tempat menarik di Okinawa boleh anda kunjungi bersama keluarga pada musim cuti adalha Tadake Falls. Ia merupakan salah satu tempat mandi-manda air terjun yang menyeronokkan. Anda boleh berkelah, mandi, berendam dan menikmati kesegaran udara serta menghayati keindahan panorama alam semulajadi di sini.

 

11.  Fukugawa Falls

tempat menarik di okinawa
Imej via [mapitokinawa]
Fukugawa Falls atau air terjun yang segar ini berada sedikit dalam dimana anda perlu berjalan atau hiking untuk ke sini. Ia terletak di bandar Nago yang berada dalam Okinawa.  Anda boleh bermandi-manda dan menikmati ketenangan memandangkan kawasan ini benar-benar privasi. Namun, ia adalah salah satu tempat menarik di Okinawa.

 

12.  Hiji Waterfalls

tempat menarik di okinawa
Imej via [inspiro]
Tahukah anda, air terjun di Okinawa yang agak mencabar dan mengambil masa anda lebih lama untuk pengembaraan adalah Hiji Waterfalls. Anda boleh berjalan-jalan di jambatan yang merentasi air terjun Hiji.  Tangga yang diperbuat daripada kayu juga digunakan sebagai laluan untuk menaiki bukit berdekatan air terjun Hiji. Bagi kaki hiking, jangan lepaskan peluang untuk mengembara di Hiji Waterfalls ya!

 

13.  Makashi Market

tempat menarik di okinawa
Imej via [flickr]
Jika berkunjung ke Okinawa, jangan lupa ke Makashi Market. Bagi anda yang merupakan kaki makan dan kaki jalan, Makashi Market adalah salah satu tempat menarik untuk anda kunjungi. Selain menghiburkan hati dengan membeli belah barang-barang kraftangan, pakaian dan lain lagi, anda dapat mengenyangkan perut dengan pelbagai aneka makanan yang unik dan menyelerakan di sini.

 

14.  Manzame Cape

tempat menarik di okinawa
Imej via [tripadvisor]
Dari atas tebing, anda boleh melihat pemandangan laut yang biru serta langit yang luas. Tempat menarik di Okinawa ini sering menjadi perhatian ramai terutamanya mereka yang ingin bersesi fotografi, merakam video dan lain-lain lagi. Jika inginkan ketenangan dan ilham, anda juga boleh berkunjung ke sini. Datanglah pada siang hari untuk melihat pemandangan yang indah.

 

15.  Museum Perdamaian Himeyuri

tempat menarik di okinawa
Imej via [tripadvisor]
Selain tempat menarik di Okinawa, tempat bersejarah juga sesuai dijadikan sebagai destinasi percutian pelancong. Salah satu tempat bersejarah adalah Muzium Perdamaian Himeyuri yang banyak memaparkan maklumat dan informasi berkaitan Okinawa dan juga kisah peperangan masa lalu. Anda boleh mengambil masa yang lama untuk berada di sini, luangkan masa bersama keluarga dan juga rakan-rakan pasti menyeronokkan.

 

16.  Okinawa Fruits Land

tempat menarik di okinawa
Imej via [okinawatravelinfo]
Berada di Okinawa Fruits Land ini akan membuatkan anda dan keluarga semakin rapat. Mana tidaknya, di sini anda boleh bersiar-siar bersama sambil menikmati jenis-jenis buah. Selain itu, anda boleh merasai makanan yang ditawarkan di sini. Anak-anak pasti suka berada di Okinawa Fruits Land ini. Ia adalah sebuah tempat menarik di Okinawa yang mesra keluarga.

 

17.  Ryukyu Mura

tempat menarik di okinawa
Imej via [japantravel]
Tahukah anda, Ryukyu Mura adalah sebuah taman tema kecil yang  berkonsepkan sebuah kampung yang dicipta semula dari zaman pemerintahan Ryukyu. Ia adalah tempat menarik untuk pelancong berkumpul dan mengenali budaya tradisional Okinawa. Pelancong yang berkunjung ke sini boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti membuat tembikar, menenun, membuat lukisan patung shisa, bermain gitar sanshin dan lain-lain lagi.

Segala aktiviti tersebut boleh anda lakukan di sekitar kampung taman Ryukyu Mura ini dimana terdapat bengkel, rumah tradisional bumbung merah, kuil dan banyak lagi kawasan Ryukyu Mura. Anda tidak akan kebosanan sepanjang berada di sini kerana terdapat beberapa pertunjukan boleh anda saksikan.

Antara pertunjukan boleh anda lihat adalah tarian, konsert perarakan, upacara bersejarah, drumming Eisa taiko dan banyak lagi. Yang ditunggu-tunggu juga tidak terkecuali, iaitu anda boleh menikmati hidangan makanan yang terkenal di Okinawa serta dapat membeli segala cenderahati tempatan yang dijual di sini. Menarik kan?

 

18.  Kabira Bay

tempat menarik di okinawa
Imej via [matcha-jp]
Tempat menarik di Okinawa yang terletak di Pulau Ishigaki ini sangat indah dengan lautannya yang biru serta pasir putih yang halus.  Kabira Bay menjadi perhatian ramai pelancong yang sukakan pantai dan bersantai.  Selain menikmati percutian dengan melakukan pelbagai aktiviti di pulau ini, anda juga boleh menaiki bot dan mengikuti perjalanan di sepanjang Kabira Bay.

Berdekatan pantai, terdapat banyak chalet, resort dan hotel yang boleh anda tempah untuk bermalam. Jika anda bermalam di sini, bolehlah anda lihat pemandangan pada malam hari yang amat indah dan cantik. Ia amat romantis sekali jika anda datang bersama pasangan ke sini. Suasananya juga amat selesa, tidak terlalu dingin dan panas.

 

19.   Pulau Tokashiki

tempat menarik di okinawa
Imej via [keramaislands]
Berbeza dengan pulau-pulau yang lain, anda boleh menaiki feri di Pulau Tokashiki yang merupakan salah satu tempat menarik di Okinawa ini.  Selain itu, anda boleh snorkeling serta melihat keindahan dalam laut seperti terumbu karang, ikan yang bewarna-warni dan ratusan hidupan laut lagi.  Airnya yang jernih amat disukai ramai yang datang ke sini, pasti mereka akan mandi-manda dan berendam! Pelancong pula suka berjemur di sini dan merehatkan badan.

Okinawa tidak pernah mengecewakan dari segi destinasi perlancongan. Para pelancong sememangnya amat terpegun dengan keindahan tempat menarik di Okinawa ini. Jangan lupa untuk pilih destinasi anda seterusnya! Jom baca juga tempat menarik di Norway, tempat menarik di Okayama dan tempat menarik di Oman.

Rujukan:

  1. thevocket
  2. tempatwisataunik
  3. tripadvisor

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *