15 Tempat Menarik di Melbourne, Australia Sesuai Untuk Melancong [Wajib Baca]
Teringin nak melancong ke luar negara, tapi tak tahu dimanakah tempat yang menarik, best dan patut anda kunjungi bukan? Tambah-tambah lagi, anda pasti tercari-cari destinasi pelancongan yang menjimatkan disebabkan oleh faktor mata wang yang berbeza.
Jika di Malaysia penuh dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, apa kata anda melancong ke negara yang mempunyai pelbagai budaya, adat dan masyarakat yang berbeza warna kulit pula.
Mari kita lihat satu persatu destinasi percutian tempat menarik di Melbourne, Australia untuk anda melancong.
#1 Brighton Beach
Anda boleh berenang di tempat menarik di Melbourne ini yang mempunyai latar tanah pasir putih, tidak berlumut serta sangat selesa untuk berendam. Untuk pengetahuan anda, Teluk Port Philip, Brighton Beach ini terletak kira-kira 11km dari Pusat Kota Melbourne dan lokasinya amat strategik untuk anda yang melancong ke sini.
Pasti anda tertanya-tanya kenapa terdapat banyak bilik seperti kotak yang bewarna-warni di pantai ini. Sebenarnya ia adalah bathing box yang kukuh dan telah wujud disitu sejak tahun 1862 lagi. Bathing box ini berperanan khas untuk anda menukar pakaian, menyimpan barang dan juga berteduh daripada sebarang cuaca yang tidak elok. Namun tidak ramai yang dapat memiliki bathing box ini, mungkin ia dikenakan sedikit bayaran untuk memilikinya.
#2 China Town
Cara untuk memastikan anda berada di tempat yang betul di China Town adalah anda boleh mencari sudut pintu merah yang sepenuhnya mempunyai tanglung merah di dalamnya. Mudah kan?
#3 Luna Park, Melbourne
Serius semua permainan dan aktiviti hiburan disini memang first class antara semua taman tema yang pernah anda pergi. Ketinggian roller coaster dan permainan lain yang tinggi amatlah menggerunkan namun keselamatan tetap diutamakan dan anda tidak perlu risau. Jadikan semua aktiviti disini sebagai kenangan anda. Rugi kalau tak bermain taman tema Lupa, Melbourne!
#4 Queen Victoria Market
Anda bukan sahaja boleh mencuba makanan digerai-gerai terdekat, tetapi juga boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual di cafe yang eksklusif dan lazat. Pasar yang bergaya klasik ini penuh dengan gaya seni bina Victoria. Selain pembinaan pasar ini, persembahan seni kebudayaan yang diadakan setiap minggu disini pasti menambat hati anda!
#5 Eureka Tower
Dalam menara ini, anda boleh mengambil foto dari atas dan dalam menara. Terdapat sudut lutsinar yang membolehkan anda berdiri di atas kaca pemandangan luar seolah-olah anda memijak udara. Wau, ini memang tempat menarik di Melbourne kan?
#6 Puffing Billy Railway
Anda boleh menaiki kereta api ini dan turun setelah anda puas, dalam kereta api ini, anda juga boleh menjamu selera. Paling menarik, kereta api ini adalah kereta api Thomas yang sebenar. Seperti yang anda tahu, Thomas adalah branding bagi cerita kartun yang popular di TV, pasti anak anda akan teruja mengenali Thomas di dunia sebenar!
#7 Flagstaff Garden
Ketenangan di taman kota yang tertua ini boleh anda dapatkan dengan berjalan-jalan di taman, makan siang di taman, duduk di rumput bersama kawan-kawan, bergambar dan lain-lain lagi. Tidak hairanlah kenapa ramai pekerja pejabat yang melepak disini ketika waktu lunch dan rehat.
#8 National Gallery of Victoria
Banyak hasil seni yang boleh anda lihat disini, antaranya adalah daripada tokoh dan nama-nama yang terkenal dalam perindustrian seni negara Australia. Anda juga boleh melihat persembahan orkestra yang juga diadakan disini dalam tempoh masa tertentu.
#9 Royal Botanic Garden Victoria
Lebih dari 10,000 bunga dan herba eksotik adalah bernilai untuk digunakan dalam bidang rawatan sebagai ubat tradisional bagi pelbagai penyakit. Anda boleh melihat lebih dari 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia yang dihimpunkan disini. Landskap taman Royal Botanic Garden Victoria ini sangat menarik dan cantik serta dijaga rapi.
#10 Yarra Valley
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ditempat yang terlalu cantik, indah dan nyaman ini adalah bersiar-siar di kebun anggur, mengunjungi muzium dan menikmati hasil seni, menikmati rawatan di Piaf Day Spa dan juga mengunjungi beberapa tempat berdekatan yang juga menjadi tarikan Yarra Valley.
#11 Melbourne Zoo
Untuk pengetahuan anda, Melbourne Zoo yang telah dibuka lebih dari 150 tahun ini mempnyai 320 spesis haiwan iaitu kira-kira 1520 jumlah haiwan semuanya. Melbourne Zoo ini sentiasa berkembang maju kerana terdapat banyak lawatan dari pelancong luar dan dalam negara.
#12 Immigration Museum
Seperti bentuk rumah lama, bangunan ini akan menunjukkan sejarah lama berkaitan immigration ke Melbourne kepada anda. Tiada masalah untuk anda masuk ke sini bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Ia dibuka seawal jam 10 pagi.
#13 Sea Life Melbourne Aquarium
Anda boleh masuk ke sini untuk melihat Aquarium besar yang menempatkan semua hidupan air di laut yang pelbagai warna dan saiz. Pasti anda akan teruja akan tempat menarik di Melbourne yang sesuai dilawati ketika cuaca hujan serta pelbagai spesis haiwan akuatik ini!
#14 Sunny Ridge Strawberry Farm
Setibanya disini, anda boleh memetik strawberry yang segar, manis di ladang strawberry ini dan boleh menikmatinya dengan riang. Ramai pelancong yang sukakan strawberry dan keindahan kehijauan ladang boleh berkunjung ke sini. Ia dibuka pada hujung minggu untuk memudahkan lawatan pelancong tempatan dan luaran.
#15 Albert Park, Melbourne
Untuk pengetahuan anda, Taman Albert, Melbourne ini juga popular sebagai tempat terbaik bagi Formula 1 Grand Prix pada March yang sering diadakan. Dari pusat kota, ia mengambil masa kira-kira 3 km sahaja untuk ke sini.
Rujukan: