tempat menarik di ho chi minh
|

13 Tempat Menarik Di Ho Chi Minh Sangat Indah Dan Penuh Khazanah

Ho Chi Minh atau nama lainnya iaitu Kota Saigon adalah sebuah bandar yang terbesar di Vietnam.  Kota ini menyimpan banyak sejarah bermula dari zaman pemerintahan Dinasti Nguyen dan zaman penjajahan Perancis hinggalah peperangan Vietnam. Walaupun banyak peristiwa-peristiwa pahit yang telah berlaku di sini, bandar ini beserta bangunan-bangunannya mampu membangun dengan maju sehingga kini.

Para pecinta sejarah amat menyukai kota ini kerana kebanyakan tempatnya berkisarkan sejarah yang terjadi pada abad ke 20. Dari seni bina Perancis hinggalah kapal perang Amerika, semuanya boleh dikatakan sebagai tempat menarik di Ho Chi Minh.  Ia sesuai untuk semua peringkat umur dan bidang, semua boleh bercuti di sini.

Anda pasti teruja untuk bercuti di Ho Chi Minh kan? Sememangnya banyak tempat menarik di Ho Chi Minh yang boleh anda lawati. Pasti anda takkan dapat lupakan setiap saat berkunjung ke sini, semuanya amat indah dan menyeronokkan.

 

1.  Bit Exco Tower

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [pinterest]
Bit Exco Financial Tower merupakan menara tertinggi di Vietnam dengan ketinggian 262 meter dan mempunyai sebanyak 68 tingkat. Ia adalah sebuah pejabat ultra moden yang dimiliki oleh syarikat Bitexco Group iaitu sebuah perbadanan multi industri Vietnam.

Di atas menara tempat menarik di Ho Chi Minh ini, terdapat pad pendaratan untuk helikopter. Aktiviti ataupun tumpuan pengunjung menara ini adalah Skydeck yang terletak di tingkat 48. Dari sini, anda dapat melihat 360 darjah pemandangan bandar dan Sungai Saigon.

Pemandangan pada waktu malam dengan cahaya lampu yang menyinari bandar sangat menakjubkan. Selain itu, menara ini juga menyediakan restoran dan kedai cenderamata buat pengunjung.  Bolehlah anda mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang dan mengisi perut di sini.

 

2.  War Remnants Museum

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [theculturetrip]
Muzium peninggalan perang ini dibina bertujuan untuk menerangkan secara terperinci tentang peperangan yang terjadi di antara Vietnam dan Amerika Syarikat selama 30 tahun. Kesemua kereta kebal, pesawat, senjata dan alatan peperangan disimpan dan dijaga di muzium ini dengan rapi.

Dokumen-dokumen, gambar dan pameran terdapat di dalam muzium ini sungguh menyayat hati dan menceritakan bagaimana tentera Amerika yang berusaha menewaskan Vietnam. Di samping itu,  di sini juga terdapat replika penjara dan alat penyeksaan yang digunakan ke atas banduan perang.

Tempat menarik di Ho Chi Minh ini benar-benar dapat membuka mata tentang kesan sekiranya berlaku peperangan serta membuatkan ramai orang insaf.  Perghh, bunyinya amat suspend kan? Apa kata anda berkunjung ke sini memandangkan bakal ke Ho Chi Minh.

 

3.  Chu Chi Tunnels

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [tripadvisor]
Chu Chi Tunnels adalah salah satu tempat menarik di Ho Chi Minh yang merupakan sebuah terowong bawah tanah khas yang dibina oleh tentera Vietnam untuk berjalan tanpa dikesan oleh pihak musuh pada suatu ketika. Jalannya cukup panjang dan kompleks seakan tiada penghujungnya.

Di sinilah tentera-tentera bersembunyi dan menjadi tempat bagi meyalurkan bantuan senjata dan alat perhubungan.  Pengunjung akan ditayangkan dengan filem yang mempunyai informasi tentang terowong ini disamping dibawa berjalan oleh pemandu arah.  Replika dan pemandangan binaan dalam terowong ini dapat membuatkan anda merasa seperti seorang tentera sedang bersembunyi. 

Menarik bukan? Walaupun seakan pertahanan, tetapi inilah tempat menarik perlu anda lawati di Ho Chi Minh.

 

4.  San Art Laboratory

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [justgola]
San Art Laboratory yang berpusat di Saigon ini adalah sebuah inisiatif bebas yang amat unik untuk kawasan Asia Tenggara. Pameran berseni yang merupakan tempat menarik di Ho Chi Minh ini ditubuhkan pada tahun 2012 ini memaparkan seni kontemporari Vietnam.

Selain dipamerkan tentang karya seni, di tingkat bawah bangunan ini terdapat perpustakaan yang menyimpan pelbagai buku berkaitan dengan seni. Berbaloi untuk anda melawati tempat ini kerana bayaran masuk adalah percuma. Sambil itu, boleh juga anda cuci mata dan mendapatkan pengalaman melihat tempat yang berkonsepkan seni vietnam. 

 

5.  Bin Tay Market

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [dereksaigon]
Bin Tay Market yang dibina pada tahun 1870 ini disokong secara kewangan oleh seorang ahli perniagaan cina yang terkenal bernama Guoyan. Beliau berasal dari Guangdong, China. Pelbagai barangan dijual di Bin Tay Market ini seperti cenderamata, pakaian, pelbagai jenis produk dan macam-macam lagi.

Harga barangan di sini sangat berbaloi, walaupun terdapat papan tanda ‘Harga Tetap’, namun jangan takut untuk tawar-menawar.  Pasar ini antara tempat menarik di Ho Chi Minh yang paling meriah memandangkan kedudukannya di tengah-tengah kota Ho Chi Minh. Selain menjadi tempat bagi pelancong membeli belah, pasar ini juga sering dikunjungi penduduk setempat bagi membeli barangan keperluan mereka.

 

6.  Opera House Saigon

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [travel]
Opera House Saigon adalah salah satu hasil peninggalan Perancis di Vietnam. Ia dibina khas oleh arkitek Perancis bernama Ferret Eugene. Bangunan yang dibina pada tahun 1897 ini menjadi tempat bagi pelbagai pertunjukan seni seperti tarian tradisional Vietnam, opera, konsert muzik, teater dan lain-lain lagi.

Pada asalnya, Opera yang mempunyai 800 tempat duduk ini mula dibuka pada tahun 1955 sebagai hiburan untuk koloni Perancis.  Sebelum datang ke sini, anda boleh melayari  laman web mereka Ho Chi Minh City Ballet Symphony Orchestra and Opera untuk maklumat berkenaan pertunjukan yang diadakan di sini.  

Sambil berjalan-jalan di tempat menarik di Ho Chi Minh ini, anda boleh juga menonton opera.

 

7.  Fito Museum

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [fitomuseum]
FITO Museum atau nama lainnya Museum Of Traditional Viatnamese Medicine ini mempamerkan pelbagai jenis ilmu dan teknik perubatan tradisional Vietnam. Pengunjung akan diberikan pendedahan dan maklumat menerusi tayangan video pendek tentang perkembangan perubatan Vietnam.

Jangan terkejut kerana anda bakal melihat hampir 3,000 koleksi berkenaan perubatan tradisional Vietnam sama ada peralatan, manuskrip, dokumen dan lain-lain lagi di muzium yang tampak kecil ini. Tempat menarik di Ho Chi Minh ini sebenarnya agak luas. Di samping itu, pengunjung juga dapat mencuba pakaian-pakaian doktor tradisional. 

 

8.  Ho Chi Minh Central Post Office

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [atlasobscura]
Pejabat Pos ini dibina pada tahun 1886 dan masih digunakan sebagai pejabat pos hingga ke hari ini. Bangunan megah ini direka oleh Gustave Eiffle iaitu pereka Eiffle Tower di Paris ketika era penjajahan Perancis ke atas Vietnam. Anda boleh ke sini untuk bergambar dan bersiar-siar di sekitar tempat menarik di Ho Chi Minh ini.

Oleh hal demikian, anda akan melihat seni bina bangunan ini dipengaruhi Gothic, Renainsance dan Perancis. Pelbagai gambar, peta dan sebagainya dipamerkan di dalam pejabat pos ini untuk tontonan pengunjung. Selain itu, di dalam bangunan tertua di Vietnam ini juga terdapat kedai yang menjual poskad dan cenderahati. 

 

9.  Phu My Hung

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [vietcetera]
Phu My Hung adalah sebuah bandar terancang yang dibina di District 7 yakni kawasan terancang di selatan Hong Chi Minh. Tarikan utama tempat ini adalah Starlight Bridge iaitu jambatan yang dengan air pancut yang dinyalakan lampu LED berwarna-warni.

Bagi pasangan yang ingin berbulan madu di Ho Chi Minh, anda amat disyorkan untuk datang ke sini merasai suasana romantisnya. Pada awalnya, tempat ini kurang mendapat sambutan, namun selepas usaha daripada Phu My Hung Corporation melalui karya Architectual Masterpiece mereka, tempat ini terus dipenuhi pengunjung.

Pemandangan dan persekitaran tempat menarik di Ho Chi Minh ini cukup bersih dan indah. Disamping bersiar-siar di Starlight Bridge, pengunjung juga gemar pergi membeli belah dan kafe sekitar tempat ini. 

10.  Fine Arts Museum

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [luxurytravelvietnam]
Fine Arts Museum adalah bangunan kolonial sejak tahun 1929 yang sebenarnya adalah sebuah rumah agam milik seorang lelaki dari Saigon.  Bangunan yang direka bentuk dari pengaruh Perancis dan China ini adalah salah satu tempat bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong di Ho Chi Minh.

Pengunjung bakal disajikan dengan hasil seni domestik dan antarabangsa di tingkat satu bangunan ini. Manakala di tingkat 2 pula terdapat arca dan lukisan yang menjadi hasil tangan daripada penggiat seni dari dalam dan luar negara.  Tingkat terakhir menempatkan pelbagai koleksi sejarah dari abad ke 7 hingga abad ke 20. 

 

11.  Water Puppet Show

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [wikimedia]
Water Puppet Show merupakan persembahan boneka air yang telah wujud dan menjadi tradisi sejak abad ke 11 lagi. Bukan sahaja ia merupakan tempat menarik di Ho Chi Minh tetapi persembahan di sini juga unik dan sering menjadi tumpuan para pelancong.

Lokasi yang sering diadakan persembahan ini adalah The Golden Dragon Water Puppetry dan Villa Song Siagon. Persembahan ini memaparkan kekayaan budaya, tradisi dan mitos masyarakat setempat. Walaupun ia dipersembahkan dalam bahasa mereka sendiri, namun pengunjung tetap akan faham alur ceritanya melalui gerakan-gerakan boneka. Kebiasaannya persembahan ini berlangsung selama 50 minit.

 

12.  Chatedral Notre Dame 

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [departures]
Katedral ini dibina pada tahun 1880 oleh koloni Perancis dan ianya dijaga dengan baik serta masih menjadi tempat beribadat umat Kristian pada setiap hari ahad. Ia terletak di sebelah Pejabat Pos Pusat. Pusat ibadat yang mempunyai 2 menara loceng ini dibina dengan ketinggian 58 meter.

Di hadapan bangunan bertemakan seni bina roman ini terdapat patung besar yang dikenal orang sebagai Virgin Mary ataupun Notre Dame. Sememangnya ia adalah tempat beribadat bagi mereka yang bukan beragama Islam, tetapi anda boleh berkunjung ke sini untuk bersiar-siar, bergambar atau melihat maklumat yang dipaparkan. 

 

13.  Suoi Tien Amusement Park

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [atlasobscura]
Jika anda sudah bosan melawat tempat bersejarah, datanglah ke taman tema ini untuk bersuka ria. Suoi Tien Park direka dengan konsep berwarna-warni dan oriental.  Terdapat pelbagai tarikan dan aktiviti bertaraf dunia yang boleh anda cuba di sini. Antaranya yang popular adalah Air Bicycle, Roller Coaster, Mystery Of The Forest dan banyak lagi.

Sebuah patung Buddha gergasi dan beberapa patung haiwan mistik menjadi mercu tanda bagi taman ini.  Kemudian, yang menjadikan taman tema ini lebih menarik adalah terdapat sebuah bangunan yang disejukkan dan di dalamnya terdapat salji buatan yang pastinya menjadikan taman ini lain daripada taman tema yang lain.

tempat menarik di ho chi minh
Imej via [dwidayajournal]
Demikianlah 13 tempat menarik yang boleh anda lawati di Ho Chi Minh.  Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Ho Chi Minh yang tidak sempat untuk kami kongsikan. Biarpun ia terlalu sarat dengan tempat-tempat bersejarah, namun tempat penginapan, restoran, tempat membeli-belah dan banyak lagi yang boleh anda terokai. Walaupun Ho Chi Minh jarang disebut sebagai tempat perlancongan, tetapi percayalah anda pasti tidak akan kecewa datang ke sini.

Jom baca juga tempat menarik di Venice Italy, tempat menarik di Austria dan tempat menarik di Hungary.

Rujukan:

  1. maisinggah
  2. melancong
  3. migrationology

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *