20 Tempat Menarik di Eropah Timur. Bangunan Cantik, Seni Bina Menarik [RUGI TAK TENGOK]
Anda mungkin tidak begitu familiar dengan tempat menarik di Eropah Timur, tetapi jangan terkejut kerana semakin banyak destinasi eksotik di seluruh Eropah Timur dari tahun ke tahun. Boleh dikatakan di United Kingdom, Perancis ataupun Itali, terdapat banyak kota yang kaya dengan budaya dan seni bina abad pertengahan malah terpancar kemegahannya sebagai destinasi yang sering menjadi tumpuan para pelancong di seantero dunia.
Eropah Timur juga kaya dengan hasil seni bina yang menawan sekaligus kebanyakannya merupakan tapak warisan UNESCO yang dikenali ramai. Cuma mungkin anda masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Jom kami kongsikan tempat menarik di Eropah Timur yang pasti membuatkan anda tertawan dan terpesona.
1. Bucharest (Romania)
Bucharest, ibu negeri bagi Romania adalah sebuah bandar moden yang dinamik dengan sejarah yang amat sensasi. Digelar “Paris kecil” pada awal 1900-an, Bucharest benar-benar memainkan peranannya dengan adanya kafe, daya tarikan yang dipenuhi dengan pohon-pohon yang mengagumkan dan seni bina moden serta bersejarah yang dramatik.
Tempat yang paling luar biasa di bandar yang meriah ini adalah di Istana Parlimen yang merupakan seni bina yang menakjubkan. Malah, Bucharest yang tak lekang dengan keindahan mempersonakan ini adalah salah sebuah tempat menarik di Eropah Timur.
2. Sibiu (Romania)
Eropah Timur yang luas ini tidak terkecuali mempunyai tempat menarik yang amat digemari ramai iaitu Sibiu. Sibiu adalah sebuah bandar di Transylvania, Romania yang mempunyai keajaiban budayanya yang tersendiri.
Pusat bersejarah ini dibina kepada dua tahap pejalan kaki yang penuh dengan laman bersejarah Sibiu, rumah berwarna-warni dan jalan-jalan batu. Beberapa perkara hebat yang boleh dilakukan di Sibiu ialah mengunjungi Muzium Brukenthal dan menikmati makanan di restoran Crama Sibiu Vechi, tempat yang bagus untuk menikmati pemandangan pusat bersejarah dari puncak Menara yang terdapat di sini.
Seronok berkunjung ke Sibiu sekiranya anda sukakan pemandangan rumah ala-ala English style yang klasik. Bolehlah anda bergambar OOTD di bangunan-bangunan yang terdapat di sini.
3. Bratislava (Slovakia)
Bandar Bratislava merupakan bandar yang sangat menawan serta dipenuhi dengan kehebatan zaman pertengahannya yang tersendiri. Jalan-jalan sempit ini dipenuhi dengan restoran dan bar yang pasti memikat hati anda untuk makan, minum serta menikmati suasana budaya di sini.
Sehingga satu masa, anda akan jatuh cinta dengan bandar ini dan membuatkan anda ingin menjadikan tempat menarik di Eropah Tengah ini sebagai rumah kedua anda. Jika anda berkunjung ke sini, pastikan anda melawat Istana Bratislava dan Memorial Slavin untuk pemandangan bandar yang terbaik.
Kalau nak merasai suasana yang meriah, datanglah pada musim perayaan Krismas. Sememangnya penduduk Bratislava menyambut krismas dengan amat meriah sekali.
4. Nida (Lithuania)
Nida adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikongsi oleh Rusia dan Lithuania. Ia merupakan destinasi pelancongan yang indah serta merupakan peninggalan zaman dahulu yang merupakan perkampungan nelayan. Kini, ramai pelancong yang menjadikan Nida sebagai salah satu destinasi percutian yang akan mereka kunjungi.
Kotej kayu yang berwarna-warni dan bot terang di pelabuhan menambahkan lagi kecantikan semulajadi di sini. Apa yang menariknya adalah pantai kawasan Nida amat indah dan bersih.
5. Skopje (Macedonia)
Tempat menarik di Eropah Timur seterusnya adalah Skopje. Bunyi yang amat pelik, tapi tempatnya agak hebat! Skopje terletak di tengah-tengah ibu kota yang paling menarik di Eropah. Ia adalah gabungan komuniti antara budaya Kristian dan Islam.
Gabungan ini telah melahirkan masyarakat yang bersemangat dengan pelbagai latar belakang. Anda dapat melihat bandar Skopje yang penuh dengan tempat bersejarah malah suasananya amat indah untuk dirasai oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
6. Dubrovnik (Croatia)
Dubrovnik adalah tempat yang paling indah di Croatia yang berada di Eropah Timur. Dengan suasananya yang mengagumkan dek adanya lautan yang sangat cantik, Dubrovnik boleh dikatakan sebagai salah sebuah bandar paling indah di seluruh Eropah Timur. Tempat menarik di Eropah Timur ini juga membolehkan anda mengambil gambar pemandangan berada di atas tebing laut yang tinggi.
Bandar ini juga dianggap sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979, kerana dipenuhi dengan seni bina yang menakjubkan, gereja, muzium dan patung yang mempersonakan. Lawatan anda ke Dubrovnik tidak akan lengkap tanpa menikmati suasana yang menakjubkan di sini.
7. Split (Croatia)
Tahukah anda, Split adalah bandar kedua terbesar di Croatia. Tempat menarik di Eropah Timur ini terletak di pantai timur Adriatik yang berpusat pada Istana Diocletian iaitu monumen Rom yang mengagumkan. Ia juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Istana ini adalah pusat bandar yang dipenuhi dengan orang ramai, restoran, bar dan kedai-kedai. Lawatan berjalan kaki ke istana ini adalah cara terbaik untuk melihat semua aktiviti dan acara yang terdapat dalam kawasan ini. Selain itu, Split mempunyai pemandangan pantai yang menakjubkan pada musim panas yang boleh anda lihat.
8. Pulau Mljet (Croatia)
Dianggap sebagai salah satu Kepulauan Croatia yang paling indah, Mljet adalah sebuah pulau yang paling hijau di Croatia. Pulau ini terletak di hutan Mediterranean yang padat serta dipenuhi dengan kebun-kebun anggur, ladang-ladang dan kampung-kampung kecil. Ia adalah lambang kedamaian bagi para pencinta alam sekitar.
Bahagian utara di pulau ini pula terdapat Taman Negara Mljet. Untuk anda yang mencintai sejarah, jangan lupa melawat ke Polace untuk melihat Istana Roman yang mengagumkan yang masih kekal sejak dari awal hingga abad kelima. Rugi kalau datang ke sini tetapi tidak singgah di tempat menarik di Eropah Timur ini.
9. Orheiul Vechi (Moldova)
Tempat menarik di Eropah Timur berkonsepkan keagamaan dan tempat bersejarah di Moldova adalah Biara Oreil Vechi. Ia merupakan sebuah biara gua yang diukir menjadi tebing batu kapur yang menjadikannya tempat paling menakutkan di Moldova.
Tarikan-tarikan lain di sini termasuklah muzium etnografi di Butataani, serta pemandangan yang indah dari dalam gua di sini. Tidak salah jika anda ingin terokai tempat ini bagi melihat suasananya, sememangnya ia dibuka untuk sesiapa sahaja yang melancong ke sini.
10. Prague (Republik Czech)
Prague merupakan sebuah destinasi yang luas dimana terdapat jalan-jalan batu, seni bina bersejarah dan halaman rahsia yang menawarkan keseronokan kepada setiap orang yang berkunjung ke bandar ajaib ini. Dengan taman-taman yang indah, budaya kafe kosmopolitan dan teater serta muzium yang sangat hebat, terdapat banyak sebab untuk menjadikan Prague destinasi percutian anda yang seterusnya.
Sekiranya anda berada di Prague, anda boleh bersiar-siar di beberapa tempat menarik di Prague iaitu Istana Prague, Muzium Veletrzni Palac dan Letna Beer Garden. Bukan sahaja cantik, bandar ini juga tersusun rapi dan indah.
11. Olomouc (Republik Czech)
Olomouc adalah tempat menarik di Eropah Timur yang indah ditemui di Republik Czech. Olomouc adalah destinasi bersejarah yang indah dan kini mampu menyaingi Prague. Beberapa tempat terbaik di Olomouc yang boleh anda kunjungi adalah Horni Namesti, dataran utama Olomouc, Istana Premysl dan Muzium Archdiocesan.
12. Warsaw (Poland)
Warsaw adalah bandar yang kompleks dan menarik terletak di Eropah Tengah. Ibu kota itu telah dihapuskan dalam Perang Dunia Kedua. Namun, ia telah dibina semula dan menggantikan apa yang telah hilang sejak daripada kejadian itu. Suasana yang indah dan penduduk di sini juga amat ramah.
Hari ini, bandar ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan bersejarah. Terdapat juga pelbagai tempat menarik yang boleh anda lawati bagi para pencinta sejarah. Selain itu, tempat ini juga dipenuhi dengan pelbagai budaya dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini.
13. Krakow (Poland)
Krakow adalah salah satu bandar tertua di Poland. Tempat menarik di Eropah Timur ini mempunyai sejarah yang panjang dan dramatik. Krakow terdiri daripada rumah bersejarah, istana dan gereja-gereja yang menakjubkan boleh anda kunjungi.
Lawatan pejalan kaki adalah cara terbaik untuk anda melihat dan belajar tentang kawasan ini. Lokasi yang menakjubkan di Krakow termasuklah Wawel Royal Castle dan Gereja Adalbert. Ramai pelancong akui bahawa lawatan ke Krakow merupakan pengalaman yang tidak boleh mereka lepaskan.
14. Moscow (Russia)
Tahukah anda, Moscow terkenal dengan seni Rusia yang penting malah Moscow mempunyai beberapa seni persembahan terbaik di dunia. Untuk menghargai keindahan suasana di Moscow, anda mesti melawat Kremlin dan Red Square, Katedral St. Basil dan Muzium Tretyakov yang memegang koleksi seni Rusia yang paling penting di dunia.
15. Riga (Latvia)
Riga, ibu kota Latvia adalah batu asas kosmopolitan Baltik. Ia mempunyai seni bina Art Nouveau yang terbesar dan paling megah di seluruh Eropah. Destinasi percutian yang menarik di Riga adalah Pasar Sentral yang sangat lama dan besar, Pusat Riga Art Nouveau yang menakjubkan dan Istana Riga yang sangat cantik binaannya.
16. Sophia (Bulgaria)
Sophia yang merupakan ibu kota Bulgaria ini dikenali dengan gabungan khas seni bina gaya Eropah dan Komunis. Ramai pelancong yang mengambil kesempatan untuk melawat Sophia sebagai tuan rumah bagi kebanyakan gereja Ortodoks dan bangunan batu Soviet.
Bandar ini menawarkan taman-taman yang luas dan dengan jarak yang dekat dengan gunung yang indah untuk anda lawati. Tempat menarik di Eropah Timur ini termasuklah gereja Nevski, Taman Borisova Gradina serta beberapa restoran yang terkemuka di sini.
17. Tallinn (Estonia)
Pusat bersejarah dua tingkat di Tallinn adalah salah satu daripada bandar-bandar berdinding paling meriah di Eropah. Terdapat kisah dongeng dengan jalan-jalan berbatu dan seni bina abad pertengahan yang bersejarah di sini. Tempat menarik di Eropah Timur ini adalah sesuatu yang menakjubkan untuk anda lawati. Suasana bangunan dan pemandangannya pula ala-ala kisah dongeng kartun yang indah.
18. Pantai Ionia (Albania)
Di sepanjang Pantai Ionia, terdapat gunung-gunung yang ditemani oleh laut yang sangat cantik. Banyak tapak bersejarah wujud di kawasan Albania ini. Runtuhan purba Butrint dan Istana Lekuresit adalah dua tapak utama dalam sejarah di kawasan ini yang dikenali ramai.
Anda dijemput untuk melawat kasawan Vlora bagi menikmati pemandangan bangunan bersejarah dan muzium. Suasana pantainya juga sangat indah. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berkayak.
19. Budapest (Hungary)
Dibahagikan dengan Sungai Danube yang mengalir panjang, ia merupakan tempat menarik di Eropah Timur yang mempunyai dua bandar yang berbeza. Di tebing baratnya adalah bukit yang merupakan tapak bersejarah manakala di tebing Timurnya pula adalah dataran rata yang dipenuhi dengan kafe dan kelab moden. Budapest merupakan salah satu bandar yang agak besar penuh dengan tempat menarik untuk anda lawati.
20. St Petersburg (Rusia)
Ibu kota Rusia yang amat lama iaitu St. Petersburg adalah pusat kebudayaan negara. Salah satu tempat menarik di Eropah Tengah ini ditubuhkan pada tahun 1703 oleh Peter the Great. Ia terkenal dengan bangunan empayar yang mewah. Tempat-tempat lain di sini boleh anda kunjungi termasuklah The Mariinski Theatre yang sesuai untuk balet dan opera kelas dunia. Muzium Negara Rusia juga membolehkan anda menikmati suasana di atas Piece Kandinsky.
Eropah Timur menyajikan pelbagai tempat menarik sesuai untuk anda lawati. Sehari dua memang tak cukup. Sekali datang, duduklah seminggu bagi menerokai tempat menarik di Eropah Timur. Semoga artikel ini dapat membantu anda memilih lokasi percutian di Eropah Timur. Jom baca juga tempat menarik di Edinburgh, tempat menarik di Estonia dan tempat menarik di Austria.
Rujukan: