20+ Tempat Menarik Di Dunia Mengagumkan [TERKINI]
Dunia ini diciptakan tuhan dengan pelbagai tempat yang tidak terkira indahnya, untunglah jika anda telah melihat banyak tempat menarik di dunia yang cantik. Selalunya kita sering melihat tempat yang menarik di dalam filem-filem fantasi. Tahukah anda, sebenarnya di dunia ini sememangnya terdapat tempat-tempat cantik yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi.
Tempat yang cantik lagi menarik di dunia adalah anugerah alam yang dijaga rapi bagi mengekalkan keindahannya. Jom kami kongsikan 20 tempat menarik di dunia yang wujud malah boleh anda kunjungi. Pastikan tempat-tempat ini termasuk di dalam senarai percutian anda yang top dan terkini.
1. Glass Beach, California
Glass Beach ataupun pantai kaca terletak di Kota Fort Bregg. Tempat menarik di dunia ini dikenali sebagai Pantai Kaca kerana pasirnya berbentuk kaca berwarna-warni. Pada asalnya pantai ini merupakan tempat pembuangan sampah The Dumps.Kaca di sini mengalami proses selama bertahun-tahun sehingga menjadi pasir yang halus. Ketika terkena cahaya matahari, pantai ini sungguh indah berwarna -warni. Justeru, ia adalah salah satu tempat menarik di dunia yang cantik dan unik. Sesekali ke California, anda wajib singgah di sini.
2. Air Terjun, Iguazu
Air Terjun tercantik ini terletak di Parana, Brazil. Air terjun ini memiliki mitosnya tersendiri yang dipercayai oleh masyarakat di sini. Menurut kepercayaan mereka, tuhan ingin berkahwin dengan seorang gadis bernama Naipi. Naipi menolak permintaan itu lalu berlari dengan kekasihnya Taroba. Disebabkan tuhan terlalu marah, dia membelah laut Iguazu menjadi air terjun.Air terjun Iguazu, Brazil ini adalah tempat menarik di dunia yang turut merupakan air terjun terbesar di dunia. Sungguh beruntung bagi anda yang dapat menjejakkan kaki ke sini. Ia amat menyegarkan dan mendamaikan.
3. Glowworm Cave
Tempat menarik di dunia yang seakan berkerlipan ini adalah Gua Glowworm. Tahukah anda, Gua Glowworm terletak di New Zealand. Jika anda masuk ke dalam gua ini, anda akan melihat cahaya di langit-langit gua membentuk seakan bintang.Sebenarnya cahaya ini dihasilkan oleh serangga yang dapat mengeluarkan cahaya dalam kegelapan yakni Arachnocampa luminosa iaitu sejenis spesis cacing kecil. Selain itu, di dalam gua ini juga terdapat formasi batu kapur lime stone. Itulah yang menjadikan gua ini amat cantik.
4. Venice, Italy
Venice yang merupakan bandar air terapung berkeluasan 412 kilometer persegi ini terletak di Itali. Kota ini sungguh unik dan jarang ditemukan di dunia. Antara keunikan bandar ini adalah tidak ada kenderaan bermotor, tidak ada kesesakan lalu lintas dan seni bina disini berkonsepkan Gothic, Byzantine serta Reniassance.Kota ini sendiri adalah karya seni yang menyimpan pelbagai sejarah berabad lamanya. Anda boleh bersama pasangan berbulan madu di sini, keluarga melancong atau datang bersama kawan-kawan.
5. Simpson Desert, Australia
Cantik tidak semestinya flora dan fauna berwarna-warni kerana tempat yang tandus juga boleh menjadi indah. Simpson yang terletak di Australia ini merupakan padang pasir yang terbesar di dunia. Tempat menarik di dunia ini mempunyai vegetasi dan bervariasi dari 3 hingga 30 meter. Gurun yang indah ini juga dihiasi dengan sedikit tumbuhan serta rumput yang menghijau di sekitarnya.
6. Crystalline Turquoise Lake, China
Crystalline Turquoise Lake ini terletak di dalam cakupan wilayah Taman Negara Jiuzhaigou, China. Air tasik ini sungguh jernih dan bersih. Pada tahun 1992, UNESCO telah menjadikan tempat ini sebagai Tapak Warisan Dunia manakala pada tahun 1997 pula ia dijadikan sebagai cagar Biosfera dunia.Sesuai dengan namaya, permukaan air tasik ini akan kelihatan berwarna Turquoise. Ia juga dikenali sebagai Tasik Lima Bunga. Namun, konsep air tasik seakan kristal ini menjadikannya sebagai salah satu tempat menarik di dunia.
7. Bern, Swiss
Tempat menarik di dunia seterusnya adalah Bern. Bern yang merupakan ibu kota bagi Switzerland ini adalah salah satu bahagian di Eropah yang sangat menakjubkan. Bandar Bern ini sebenarnya diambil namanya sempena seekor beruang yang terdapat di Eropah.Kebanyakan seni bina bangunan di kota ini berasal dari tahun 1100 hingga 1700. Antara tempat menarik di Bern adalah Bern Historical Meseum, Zentral Paul Klee, Bern Minster dan lain-lain lagi. Katedral Bern yang bertemakan Gothic sering menjadi tumpuan pengunjung.
8. Tasik Pliktvice, Crotia
Tasik Pliktvice yang berada di Taman Nasional tertua Eropah Tenggara ini terletak di Crotia. Tasik yang berkeluasan 300 meter per segi ini turut menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979. Ia dikelilingi 3 gunung utama iaitu Gunung Mala Kapela, Dinaric Alps dan Medveda.Selain melihat kehijauan dan air terjun tempat menarik di dunia ini, anda berpeluang menjamu mata dan menjadikan emosi begitu menenangkan.
9. Valleys of Ten Peaks, Kanada
Tempat menarik di dunia, Valleys Of Ten Peaks ini terletak di Alberta, Kanada. Ia sebenarnya adalah sebuah lembah yang dikelilingi oleh 10 puncak yang mengagumkan. Puncak yang paling tinggi di sini diberi nama Gunung Deltaform dengan ketinggian 11.234 kaki manakala puncak terpendek adalah Gunung Perren dengan ketinggian 10.010 kaki. Udara di sini sangat menyegarkan disamping pemandangan alamnya amat indah.
10. Igloo Village, Finland
Salah satu tempat yang indah bertemakan ais dan kesejukan adalah Igloo Village yang terletak di Saariselka, Finland. Sebenarnya ia adalah hotel yang dibina bercirikan kehidupan di kutub.Hotel yang dibina berbentuk igloo ini menawarkan kepada anda pelbagai kemudahan. Jangan salah faham kerana bangunannya dibina dengan kaca dan kayu, namun seperti bentuk igloo.
11. Antelope Canyon, Amerika Syarikat
Antelope Canyon adalah sebuah lembah yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat. Lembah ini terdiri dari batu-batuan dan pasir halus. Destinasi unik yang merupakan tempat menarik di dunia ini sering menjadi tumpuan pelancong pada bulan April hingga Oktober. Tempat ini baru sahaja dibuka kepada pengunjung pada tahun 1977 kerana sebelum ini dikawal oleh kaum Navajo.
12. Tomita Farm, Jepun
Tomita Fram yang merupakan kebun bagi bunga lavender dan pengeluar minyak pati lanvender asli ini terletak di Hokkaido, Jepun. Bunga Lavender sememangnya dibudayakan di Jepun sejak berabad yang lalu. Setiap bunga ditanam mengikut susunan warna menjadikan kebun bunga ini berwarna-warni dan pastinya ia akan menambat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini terutamanya kaum hawa.
13. Salar De Uyuni, Bolivia
Salar De Uyuni yang terletak di Bolivia bahagian tenggara ini merupakan dataran garam terluas di dunia. Dataran garam atau dataran cermin ini berkeluasan 10,582 kilometer. Lebih kurang 11 bilion tan garam berada di tempat ini menjadikan seolah-olah anda berada di hadapan cermin gergasi.Tempat menarik di dunia ini menjadi kegilaan ramai terutamanya fotografer. Selain itu, anda boleh menemukan pelbagai jenis burung di sini.
14. Mount Romaira, Venezuela
Gunung Romaira yang merupakan gunung tertinggi di negara ini terletak di Tepui, Venezuela. Gunung indah ini sangat menkjubkan kerana apabila kita melihat dari atas ia kelihatan seolah-olah meja di yang berada di awan. Pada tahun 1992 Arthur Conan Doyle iaitu seorang penulis telah menulis novel bertajuk The Lost World dan sejak itu gunung ini menjadi terkenal. Hal ini kerana novel itu mengaitkan tentang gunung ini.
15. Homebush Bay, Australia
Homebush Bay terletak di Sydney, Australia dan merupakan salah satu tarikan pelancong ke negara ini. Ia sebenarnya adalah sebuah tempat yang menjadi rumah kepada sisa-sisa bangkai kapal. Bangkai-bangkai kapal ini merupakan kapal yang digunakan tentara ketika berlangsungnya perang dunia ke 2.Kapal yang berada di sini kebanyakannya masih utuh dan ditumbuhi tumbuhan telah menjadikannya semakin unik. Sebahagian kapal masih berfungsi dan boleh digunakan. Akhirnya, ia menjadi salah satu tempat menarik di dunia yang mendapat tumpuan seluruh dunia.
16. Fairy Pools, Scotland
Fairy Pools ataupun kolam pari-pari ini terletak di Cuillins Hills, Scotland. Ia merupakan kolam dengan air yang berwarna biru kehijauan. Di sekelilingnya pula terdapat batuan tersusun cantik dan beberapa air terjun sekaligus menampak keindahan kolam ini.Airnya juga jernih dan sejuk. Menurut mitos, tempat ini pada zaman dahulu dijadikan sebagai tempat pemandian bagi pari-pari. Tempat menarik di dunia ini mirip seperti dunia magis di dalam filem.
17. Blue Lagoon Galapagos Island
Tengok sahaja tempat menarik di dunia ini, pastu anda cukup teruja. Ramai yang tak tahu bahawa Blue Lagoon Galapagos Island terletak di negara Ecuador. Jika anda melihat dari atas daerah ini, anda akan melihat pulau ini seperti bentuk mata berwarna biru. Aktiviti sering dilakukan pengunjung di sini ialah berenang dan snorkeling.Beberapa haiwan yang jarang untuk ditemui boleh anda lihat di sini. Misalnya anjing laut, flamengo, singa laut dan banyak lagi. Haiwan-haiwan ini jinak dan tidak berasa terancam dengan kehadiran manusia.
18. Aogashima Volcano, Jepun
Aogashima merupakan sebahagian daripada Kepulauan Izu tepatnya terletak 300 meter daripada Tokyo, Jepun. Pulau ini sangat unik seperti bentuk geografinya yang seakan puding terbalik di atas piring. Walaupun gunung berapinya masih aktif hingga ke hari ini, namun keindahan kawasan ini tidak dapat disangkal lagi. Kehidupan di pulau ini agak jauh daripada kehidupan bandar sekaligus memberikan ketenangan kepada pengunjung.
19. La Montana Magica, Chile
La Montana Magica yang turut tersenarai sebagai tempat menarik di dunia ini adalah sebuah hotel yang terletak di Chile. Apa yang membezakan hotel ini dengan yang lain adalah reka bentuknya seperti gunung berapi. Ia juga direka supaya magma yang diperbuat daripada air mengalir dari puncaknya. Hotel yang terletak di tengah-tengah hutan 20,000 hektar persegi ini di bawah jagaan UNESCO.
20. Machu Picchu, Peru
Tempat yang terletak di Peru ini adalah sebuah runtuhan suku kaum Inca. Ia terletak di kawasan pergunungan pada ketinggian 2.350 dari permukaan aras laut. Daerah ini dibangunkan dengan seni bina kuno dan terdapat 3 bangunan utama berserta tembok berbatu. Semestinya Machu Picchu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Reka bentuknya yang unik menjadikannya sebagai salah satu tempat menarik di dunia.Demikianlah 20 tempat yang menarik di dunia walaupun sebenarnya masih banyak tempat yang indah bertebaran di muka bumi ini. Berkunjung ke tempat-tempat yang telah disebutkan tadi tidak akan lengkap tanpa merakam saat-saat indah itu. Jom baca juga tempat menarik di Hua Hin, tempat menarik di Danau Toba dan tempat menarik di Eropah Timur.