8 Tempat Memancing Di Bagan Lalang Wajib Cuba
Bagan Lalang adalah pesisir pantai yang terletak di Daerah Sepang, Selangor. Bagan Lalang merupakan tempat tumpuan bagi aktiviti berkelah, perkhemahan dan juga tempat memancing yang popular pada waktu hujung minggu.
Jom kami kongsikan antara tempat memancing di Bagan Lalang yang boleh dicuba oleh anda.
1. Kelong Nazri Bagan Lalang
Memancing jauh dari jeti daratan, anda boleh memancing di kelong Nazri Bagan Lalang. Tempat memancing di Bagan Lalang ini dibuka setiap hari namun ditutup pada cuti tertentu.
Harga yang ditawarkan adalah RM40 seorang dan sekiranya anda ingin menyewa satu kelong penuh harganya RM400 (Isnin hingga Khamis) dan RM1000 (Jumaat hingga Ahad).
Kemudahan yang disediakan oleh pihak kelong ini adalah dapur dan perkakasan memasak, tandas, bilik, makanan dan juga bekalan air bersih. Di sini, para pemancing selalunya akan memperoleh ikan jenahak, ikan kerapu, ikan gelama, ikan sebelah dan banyak lagi.
2. Ms Family BoatHouse (Rumah Rakit MS Family)
Rumah Rakit MS Family atau Ms Family BoatHouse ini terletak di Jalan Pantai Dedap 9, Bagan Lalang. Tempat memancing di Bagan Lalang ini dibuka setiap hari dan tidak akan beroperasi pada cuti yang tertentu sahaja.
Di sini juga turut disediakan kemudahan seperti air bersih, perkakasan memasak, bilik dan sebagainya. Rumah Rakit MS Family ini juga amat sesuai bagi mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga tersayang sambil memancing.
3. Jeti Persatuan Nelayan
Jeti Persatuan Nelayan yang terletak di Bagan Lalang ini harus menjadi lokasi bagi anda yang inginkan pengalaman memancing sambil menikmati keindahan suasananya yang menenangkan.
Selain itu, harga tambang bot memancing yang disediakan agak murah dan berpatutan. Ikan-ikan juga amat besar juga saiznya. Pasti anda berpuas hati dengan tempat memancing di Bagan Lalang ini.
4. Fishing Buddies Fishing Pond
Dengan bayaran serendah RM50, anda kini dapat memancing di semua kolam sepanjang hari 10 pagi hingga 10 malam di Fishing Buddies Fishing Pond.
Tempat ini amat sesuai bagi anda yang sukakan cabaran memancing yang lebih ekstrem. Ikan di sini lebih besar daripada mana-mana kolam pancing yang lain, namun ia juga sukar ditangkap.
Ikan di sini juga turut dianggarkan seberat 7 kilogram hingga 8 kilogram. Kolam memancing di sini terdiri daripada dua buah kolam yang berbeza. Kolam tersebut dilabelkan dengan label kolam A dan kolam B.
5. Jeti Sirip Biru (Sirip Biru Recreation Club)
Jeti Sirip Biru cukup dikenali dengan pelbagai acara pertandingan memancing yang sentiasa diadakan pada setiap tahun. Di sini, anda boleh memancing di kawasan jeti ataupun dengan menyewa bot pancing yang disediakan. Anda juga boleh melakukan aktiviti memukat di sini. Ia pasti menyeronokkan.
6. Jeti Wak Sempo
Jeti Wak Sempo telah lama terkenal di daerah Sepang pada masa lalu. Setelah arwah meninggal dunia, jeti itu telah ditinggalkan. Jeti Wak Sempo terletak di sebelah kiri pintu masuk ke Pantai Bagan Lalang. Namun, kini jeti itu dibuka semula oleh anaknya bersama dengan rakan-rakannya.
Bagi pemancing yang ingin memburu ikan kelas A seperti kerapu, senangin, jenahak atau bass laut dengan anggaran yang murah, anda bolehlah mengunjungi tempat memancing di Bagan Lalang ini.
Untuk masuk dan memancing di jeti Wak Sempo, anda hanya perlu membayar RM4 untuk satu joran pancing. Anda juga boleh membeli hidup yang dibekalkan di jeti ini juga.
Mitos Jeti Wak Sempo
Sebelum kematian Wak Sempo meninggal, beliau telah menempatkan beberapa buah tukun. Tukun tersebut telah lama berada di dalam air tersebut dan kini ianya menjadi rumah bagi beberapa jenis ikan.
Mungkin ramai yang tidak percaya, bahawa kerapu adalah penghuni utama tukun ini seperti yang diperkatakan oleh para kaki pancing di sini. Ukuran kerapu di sini boleh dianggarkan mencapai berat dalam lingkungan 7 Kilogram.
Para pemancing juga tidak perlu risau untuk menunaikan solat kerana terdapat surau yang disediakan di jeti ini yang hanya jaraknya beberapa meter sahaja dari tempat memancing.
Jika anda merasa lapar atau dahaga, terdapat juga gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan sejuk dan panas. Semasa memancing, keperluan untuk mendapatkan makanan sangat penting kerana memancing memerlukan tenaga yang banyak.
7. Pantai Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang merupakan lokasi utama bagi para pengunjung melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga. Di sini suasananya agak indah dan masih lagi terjaga keindahan alamnya.
Selain memancing, anda juga boleh melakukan aktiviti lain bersama keluarga. Antaranya berkelah, berkhemah, menangkap ketam, dan sebagainya.
Jika anda berasa lapar setelah seharian memancing, anda boleh membeli makanan di gerai berhampiran dengan tempat memancing di Bagan Lalang ini. Harganya pun jauh lebih murah berbanding tempat lain.
8. Hobbit Sekroy
Adakah anda suka akan suasana memancing tenang dengan kos yang rendah? Apa kata anda datang ke Hobbit Sekroy. Tempat memancing di Bagan Lalang ini membolehkan anda merasai pengalaman bercuti sambil memancing yang sangat menyeronokkan.
Harga yang ditawarkan adalah serendah RM200 untuk 6 orang sahaja di dalam rumah rakit ini. Kemudahan yang disediakan di sini adalah beranda, dapur masak, perkakasan memasak, bilik air, tandas, ruang rehat dan sebagainya.
Tahukah anda, rumah rakit ini juga mempunyai menara tinjau yang menyeronokkan. Terdapat juga aktiviti memancing di luar kawasan rumah Hobbit Sekroy ini.
Untuk memancing di luar kawasan rumah rakit ini, anda perlu menyewa bot yang disediakan. Kaedah pemancingan menggunakan atas bot ini dipanggil ‘rawai’ yang sememangnya perlu dicuba oleh sesiapa sahaja yang datang ke sini.
Itulah tempat memancing di Bagan Lalang boleh anda kunjungi. Jom baca juga tempat memancing di Port Dickson, melancong ke negara Islam dan negara paling ramai pelancong.
Rujukan:
- Jeti sirip biru jadi ‘pot’ penting kaki pancing. https://kitareporters.com/santai/GRb45ZJdBL
2. Jeti memancing wak sempo, bagan lalang, sepang. http://jenahakpanggang.blogspot.com/2012/03/jeti-memancing-wak-sempo-bagan-lalang.html
3. Lokasi port pancing sekitar bagan lalang sepang. https://e-majalah2u.blogspot.com/2016/07/lokasi-port-pancing-sekitar-bagan.html