tempat makan menarik di kuantan
|

15 Tempat Makan Menarik Di Kuantan Menyelerakan Dan Tradisional

Mencari tempat makan menarik di Kuantan yang best? Kuantan merupakan ibu negeri bagi Pahang yang terkenal dengan keunikannya yang tersendiri. Ia terletak berhampiran muara Sungai Kuantan dan menghadap Laut China Selatan. Kuantan sering menjadi pusat tarikan pelancong untuk datang bercuti.

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [brad.erva]
Hal ini kerana Kuantan dilengkapi dengan tempat peranginan.  Sebagai contoh, taman tema, pantai, pusat membeli-belah dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, Kuantan kaya dengan tempat makan menarik yang menyajikan anda menu lazat khas tradisional Pahang. Mari sama-sama kita teroka 15 tempat makan menarik di Kuantan.

1.  Lili Wadi Restoran

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [tripadvisor]
Tempat makan menarik di Kuantan yang pertama ini adalah Lili Wadi Restoran. Lili Wadi Restoran menawarkan kepada anda juadah-juadah berkonsepkan western untuk dinikmati. Pelbagai masakan barat boleh anda dapatkan di sini seperti Pasta, Lamb Chop, Steambot dan sebagainya.

Disamping itu, terdapat juga pelbagai aneka manisan sebagai pencuci mulut seperti kek, puding, kuih dan sebagainya. Disebabkan lokasi restoran  ini berdekatan Pantai Teluk Cempedak, restoran ini sering menjadi tumpuan pelancong.

  • Alamat: Lorong Selamat 21, Taman Kerjasama, 25050, Kuantan
  • Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am

2.  Restoran Mabiq

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [restoranmabiq]
Restoran Mabiq yang merupakan tempat makan menarik di Kuantan ini menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional penduduk setempat. Restoran Mabiq sememangnya terkenal dengan menu bersifat kenegerian orang Pahang.

Restoran ini mengetengahkan konsep nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk-pauk. Anda harus mencuba makanan terkenal di sini misalnya ikan patin masak tempoyak, pais ikan patin tempoyak, sambal hitam dan banyak lagi juadah menarik. Restoran ini adalah milik Maahad Bahasa dan Ilmu Al Quran. Yang terletak di Tanjung Lumpur.

  • Alamat: 26060 Kuantan, Pahang
  • Waktu Operasi: 11.00 pm – 5.00 pm Setiap hari kecuali jumaat

3.  Mustafa Cendol

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [tripadvisor]
Salah satu tempat makan menarik di Kuantan adalah Mustafa Cendol.  Kedai cendol ini dikatakan istimewa kerana bukan sahaja satu atau dua jenis cendol yang disediakan, bahkan lebih 13 jenis cendol dijual di sini. Macam-macam jenis cendol boleh anda cuba di sini seperti cendol pulut, cendol jagung, cendol kacang dan banyak lagi.

Menurut pemilik kedai ini, Mustafa Cendol telah lama bertapak di Kuantan malah kedai ini telah dikendalikan oleh 3 garis generasi keturunan. Selain cendol, mereka juga menyediakan mee goreng, aiskrim, rojak dan ABC.

  • Alamat: Lot 9744, Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan
  • Waktu Operasi: 11.00 am – 7.00 pm

4.  Terminal Satay Zul

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [Vkeong]
Jika Kuala Lumpur terkenal dengan restoran sataynya di Kajang, di Pahang pula Terminal Satay Zul pula menjadi pilihan penggemar satay. Pilihan satay yang disediakan di sini tidak kalah hebatnya seperti satay ayam, satay daging malah satay yang eksotik seperti satay arnab dan satay rusa turut disediakan di sini.

Bayangkan satay yang baru dibakar dimakan bersama kuah kacang yang panas-panas, sangat sedap.  Kuah kacangnya juga boleh ditambah secara percuma. Disamping itu, menu lain seperti nasi lemak, nasi goreng juga terdapat di sini.

  • Alamat: No. A 2600 (tingkat bawah), Jalan Alor Akar, Pahang
  • Waktu Operasi: 5.30 pm – 12.30 am

5.  Restoran Dallah Nasi Arab

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [tripadvisor]
Sudah bosan dengan masakan melayu ataupun anda ingin mencari kelainan? Cubalah ke Restoran Dallah Nasi Arab untuk mencuba pelbagai makanan dari timur tengah terutama sekali negara Yaman. Pelbagai juadah disediakan yang pastinya membuatkan anda menelan air liur seperti Lamb Kebab, Chicken Kebab, Chicken Akdah dan sebagainya.

Jika anda tidak pernah sama sekali mencuba makanan arab, saya syorkan agar anda mencubanya, percayalah sangat lazat. Selain makanannya yang sedap, konsep reka bentuk kedai yang ala-ala arabic style ini juga tidak kalah hebatnya. Jom singgah di Restoran Dallah Nasi Arab!

  • Alamat: No 19, Ground Floor, ICT Hub, Jalan Putra Square 4, Putra Square, Kuantan
  • Waktu Operasi: 11.00 am – 11.00 pm

6.  Restoran Akob Patin House

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [adiharriman]
Jika ke Pahang tetapi tidak menikmati ikan patin, ibaratnya perjalanan anda tidak lengkap. Sememangnya ikan patin dan negeri Pahang ini berpisah tiada.  Restoran Akob Patin House ini terkenal dengan juadah yang berkonsepkan ikan darat. Memang tak rugi jika anda ke tempat makan menarik di Kuantan ini!

Selain hidangan wajib yang utama, anda juga boleh mencuba pelbagai makanan asli Pahang seperti Gulai Udang Galah Tempoyak, Daging Salai Lemak Cili Api dan sebagainya. Sedap dan mengenyangkan bukan?

  • Alamat: A2, Capitol Square, Lorong Haji Abdul Rahman 1 , Kuantan
  • Waktu Operasi: 8.30 am – 6.00pm setiap hari kecuali ahad

7.  Karratz Cafe

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [inaainaa]
KarRatz cafe merupakan salah satu tempat makan menarik di Kuantan yang direka dengan penuh elegan dan old school. Dekorasi dalam kafe ini sangat menyerlah kerana mereka mengetengahkan konsep hipster. Rata-rata juadah yang disediakan di sini adalah jenis western food. 

Menariknya di sini, menu makanan di sini dinamakan bersempena dengan jenama kereta dan aksesori kereta. Buat orang muda, kafe ini boleh dikatakan sangat ideal untuk anda untuk melepak. Ala-ala hipster dan unik juga sebenarnya.

  • Alamat: No A-15, Ground Floor, Lorong IM 14/32, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
  • Waktu Operasi: 3.00 pm – 12.00 am setiap hari kecuali isnin

8.  Abe Char Kuey Teow Berapi

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [dishocean]
Sekiranya anda pernah mencuba Char Kuey Teow di Pulau Pinang, rasanya anda juga perlu mencuba di Kuantan. Disebabkan kedai ini berhampiran muara Sungai Balok yakni berdekatan dengan perkampungan nelayan, maka tidak hairanlah jika anda dapat menikmati kerang serta udang yang segar bersama Kuey Teow.

Char Kuey Teow panas-panas yang dimakan bersama udang yang masih terasa kemanisan aslinya pasti membuatkan anda seperti di awang-awangan. Kedai ini menggunakan pendekatan konsep yang lebih santai dan terbuka. Rugi jika tidak merasai keenakan makanan tempat makan menarik di Kuantan ini.

  • Alamat: 2, Kampung Balok, 26080 Balok
  • Waktu Operasi: 5.00 pm – 11.00 pm setiap hari kecuali ahad

9.  Restoran Jaman Tory Resepi

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [nazrulakram]
Tempat makan menarik di Kuantan yang berupa restoran ini menampilkan konsep elegan yang mempunyai banyak pilihan ikan sungai yang popular dan boleh anda rasakan sendiri menu ikan tersebut. Makanan yang paling popular dan menjadi sebutan pengujung di sini adalah Patin Bakar Tempoyak.

Namun, terdapat juga banyak menu lain seperti sizzling, ayam kampung ataupun puyuh, western food dan banyak lagi. Tempat untuk menikmati hidangan yang menyelerakan ini juga amat selesa dan berdingin hawa.  Jom datang ke sini bersama rakan-rakan dan keluarga!

  • Alamat: Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
  • Waktu Operasi: 12.00 pm – 1.00 am setiap hari kecuali isnin

10.  Restoran Sara Thai Kitchen

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [tripadvisor]
Anda nak ubah citarasa? Cubalah ke restoran yang menyajikan menu masakan panas ala-ala Thai.  Tempat makan menarik di Kuantan ini bukan sahaja menyediakan makanan thai yang umum kita ketahui seperti Tomyam dan Somtam malah makanan asli thai seperti pulut magga juga turut disediakan. Ruang restoran ini tidaklah terlalu besar namun sangat sesuai untuk datang bersama keluarga atau rakan.

  • Alamat: Jalan Gambut, 25000, Kuantan
  • Waktu Operasi: 1.00 pm – 11.00 pm

11.  Restoran Dapur Mama

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [Offpeak]
Buat penggemar ayam goreng, anda patut datang ke tempat makan menarik di kuantan ini kerana restoran ini amat terkenal dengan nasi kukus dan ayam goreng berempahnya.  Selain itu, restoran ini turut menyediakan masakan kampung yang kebanyakkan berasaskan ikan sungai. Walaupun restoran ini nampak biasa-biasa sahaja namun banyak cawangannya yang dibuka seluruh Malaysia.

  • Alamat: 36, Jln IM 6/7, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan
  • Waktu Operasi: 10.00 am – 10.00 pm

12.  Restoran Bombay Hamid Bros

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [tripadvisor]
Restoran Bombay Hamid Bros yang merupakan tempat makan menarik di Kuantan ini sangat terkenal dalam kalangan pengunjung dengan menu nasi daun pisangnya. Lauk pauk yang terdapat di sini kebanyakannya dipengaruhi dengan citarasa spice of India. Nasi kandar dan pelbagai aneka kari turut dipersembahkan kepada pengunjung di sini. Ia merupakan restoran tertutup dan selesa disamping mengutamakan dekorasi dalamannya dengan konsep moden.

  • Alamat: 71, Jalan Mahkota, 25000, Kuantan
  • Waktu Operasi: 7.00 am – 10.00 pm

13.  Nasi Minyak Eda Yasin

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [linasbackyard]
Selalunya di pantai barat, nasi minyak hanya akan dimakan sewaktu kenduri perkahwinan sahaja, namun lain pula ceritanya di pantai timur kerana nasi minyak adalah makanan harian buat mereka. Salah satu kedai nasi minyak yang terkenal di Pahang adalah Nasi Minyak Eda Yasin. Ia adalah tempat makan menarik di Kuantan wajib anda singgah.

Lauk pauk yang akan disantap bersama nasi minyak adalah ayam goreng, daging gulai, ayam masak merah dan sebagainya. Disamping nasi lemak, mereka turut menyediakan pelbagai juadah lain seperti nasi dagang, pulut kuning dan kuih muih.

  • Alamat: Jalan Tanjung Api, Kampung Tanjung Api, 25050, Kuantan
  • Waktu Operasi: 6.30 am – 2.00 pm

14.  Nasi Ulam D’Pondok

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [rumahbajetsiti]
Selepas anda mengenali kedai ini pastikan tiada lagi ayat “tak tahu nak makan lauk apa?” yang disebut. Hal ini kerana hampir 80 jenis aneka lauk pauk disediakan di Nasi Ulam D’ Pondok. Lauk pauk di sini pasti akan membuat anda rambang mata untuk memilih lauk.

Lokasi tempat makan menarik di Kuantan ini amat strategik iaitu berdekatan dengan penginapan popular di pusat bandar Kuantan menjadikan kedai ini sebagai pilihan ramai pengunjung.

  • Alamat: B-34, Lorong Tun  Ismail 6, Sri Dagangan, Kuantan
  • Waktu Operasi: 7.00 am – 5.00 pm

15.  Mint Restaurant Kuantan

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [tripadvisor]
Buat anda yang menginap berhampiran Pantai Balok, anda harus mencuba juadah di Mint Restaurant Kuantan. Disebabkan lokasinya terletak di tepi pantai, ia akan membuatkan suasana anda menjamu hidangan sangat santai dihembus bayu pantai. Bukan sahaja suasananya yang santai malah makanan berkonsepkan western food juga amat lazat dan patut anda cuba. Bagi pasangan yang ingin berbulan madu dan merasakan suasana romantis, restoran ini sangat sesuai untuk anda.

  • Alamat: Mint Restaurant Kuantan, 26080, Balok
  • Waktu Operasi: 5.00 pm – 12.00 am

tempat makan menarik di kuantan
Imej via [ummunuraini]
Itulah 15 tempat makan menarik di Kuantan yang wajib anda cuba sendiri! Jika anda datang ke Kuantan, jangan lupa untuk singgah di mana-mana kedai yang telah saya kongsikan sebentar tadi. Selain rasanya yang sedap dan lazat, harganya juga sangat berbaloi.

Jom baca tempat menarik di Sibu, tempat menarik di Hong Kong dan tempat menarik di Ranau juga.

Rujukan

  1. Cari Destinasi
  2. Trip Advisor
  3. Saji

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *