10 Tempat Diving Di Malaysia Yang Cantik Untuk Dilawati
Ramai yang meminati aktiviti diving. Terdapat tempat diving di Malaysia yang turut menjadi tumpuan pelancong luar. Pemandangan di dalam pulau yang dihiasi dengan hidupan laut tentunya sangat menarik untuk di lihat. Aktiviti diving merupakan antara aktiviti yang diminati ramai. Anda bukan sahaja dapat melihat hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni, anda juga dapat menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti yang anda sukai.
Aktiviti diving sangat menarik untuk dilakukan. Anda bukan sahaja dapat menikmati masa bercuti, anda juga dapat meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Anda juga dapat mempelajari pelbagai hidupan laut yang menarik dan jarang dijumpai.
Jika anda merupakan seorang yang suka menerokai hidupan laut, anda pastinya akan tertarik dengan pemandangan pulau yang cantik dengan air yang berwarna kebiruan. Di sini merupakan tempat diving di Malaysia yang dapat anda lawati.
Pulau Sipadan
Pulau Sipadan sememangnya menjadi antara pulau yang terkenal dalam kalangan pelancong luar. Tidak dinafikan pulau ini merupakan pulau yang tercantik untuk diterokai para penyelam scuba. Pulau Sipadan juga menawarkan anda pengalaman untuk menyaksikan penyu yang terdapat di pulau tersebut.
Di pulau ini juga anda dapat melihat jerung terumbu, jerung kelabu serta lebih 3000 spesies ikan, bilangan penyu hijau dan penyu sisik yang luar biasa. Di pulau ini juga terdapat beratus-ratus spesies karang dengan pelbagai warna. Pulau Sipadan yang seluas 40 ekar ini terdiri daripada karang hidup yang tumbuh di atas gunung berapi bawah laut usang yang menjulang 600 meter dari dasar laut.
Anda dapat menyelam ke tempat-tempat yang populer di Pulau ini seperti Barracuda Point, Turtle Cave, West Ridge, Hanging Gardens, Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point, Coral Gardens, White Tip Avenue, Mid-reef atau Turtle Patch.
Hidupan marin yang terdapat di kawasan ini jerung, penyu hijau, serta jerung kepala tukul bergigi. Pulau ini sememangnya menjadi tempat yang wajib anda terokai sekiranya anda seorang peminat diving.
Pulau Mabul
Pulau Mabul yang terletak di Sabah merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bujur yang dikelilingi oleh pantai berpasir yang berwarna putih. Pulau Mabul dikelilingi oleh terumbu cerun lembut dan air yang jernih.
Pulau Mabul merupakan sebuah pulau yang mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tempat diving yang terbaik di dunia. Jika anda datang ke pulau Mabul, anda wajib melakukan aktiviti diving yang merupakan aktiviti popular di pulau ini.
Pulau ini juga menjadi tumpuan pengunjung dan penyelam dari seluruh dunia yang tertarik dengan keindahan pulau ini. Pulau ini juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk Muck Diving di dunia. Anda boleh melihat pelbagai spesies makro dan spesies Nudibranch, sotong dan Octopus yang berwarna biru.
Di pulau ini juga disediakan pelbagai jenis tempat penginapan yang pastinya memberikan keselesaan kepada anda sepanjang bercuti di pulau ini. Memang sangat menarik!
Pulau Lankayan
Pulau Lanyakan juga merupakan antara tempat terbaik untuk melakukan aktiviti diving di Malaysia. salah satu tempat menyelam yang paling popular ialah Jaw Fish yang hanya 4 hingga 5 minit dengan menaiki bot.
Sekiranya anda melakukan aktiviti diving, anda akan dapat merasai pengalaman melihat sendiri rahang ikan raksasa kerapu, ikan anemone, fusilier dan nudibranchs. Terdapat juga beberapa hidupan laut yang jarang dijumpai di pulau lain seperti blue ribbon eel, ghost pipefish, juvenile catfish, peacock mantis shrimp, dan penyu.
Pulau ini juga terdapat lebih daripada 30 lokasi untuk menyelam. Terdapat juga 2 bingkai kapal yang terdapat di pulau ini.
Anda juga tidak perlu risau mengenai tempat penginapan kerana pulau ini menyediakan resort mewah. Pulau Lankayan merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang sukakan percutian santai. Anda bukan sahaja dapat menenangkan fikiran dan berehat dengan selesa di resort yang disediakan. Anda juga dapat meneroka hidupan bawah laut yang pastinya sangat menarik.
Pulau Layang-Layang
Pulau Layang-Layang juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Hal ini kerana, pulau ini terjaga dan mempunyai privacy yang ketat berbanding dengan pulau-pulau yang lain. Pulau yang mempunyai warna air yang kebiruan ini pastinya menarik perhatian para penyelam.
Keindahan pulau yang tidak hanya pada luaran, tetapi keindahan pemandangan di dasar laut yang menawarkan pelbagai jenis batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan para penyelam.
Pulau ini menjadi tempat pemeliharaan terumbu karang. Setelah diisytiharkan sebagai Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE) pada 20 September 1979, kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu itu dimajukan sebagai tempat pelancongan pada tahun 1989.
Pulau ini juga mempunyai lebih daripada 10 tapak menyelam. Sekiranya anda peminat skuba, Pulau Layang Layang merupakan pilihan yang menakjubkan untuk dilawati. Jika anda ingin melihat sekumpulan jerung, anda boleh melawat pada bulan April-Mei. Memang berbaloi!
Pulau Mataking
Pulau Mataking merupakan pulau yang kaya dengan keindahan laut dan pemandangan. Jika dilihat dari warna air lautnya yang biru kehijauan pastinya menarik perhatian para pelancong.
Pulau Mataking menawarkan lebih dari 30 tempat untuk anda menyelam. Kesemua tempat menyelam ini mempunyai terumbu karang yang dilindungi. Para penyelam boleh melihat pelbagai hidupan laut seperti penyu hijau besar. Jika anda bernasib baik, anda juga dapat melihat Jerung paus yang dikesan di Pulau Mataking.
Sekiranya anda ke pulau ini, anda boleh pergi ke tempat yang terkenal seperti Taman Permainan Penyu, Hump Head Point, Lobster’s Lair dan Eel Garden. Anda juga boleh spesies karang istimewa seperti brain corals and staghorn coral.
Selain itu, di pulau ini terdapat kapal kargo yang ditenggelamkan bagi tujuan menjadikannya sebagai terumbu tiruan. Di dalam kapal tersebut mempunyai peti surat bawah air yang sedalam 40 kaki. Lebih menarik lagi, peti surat tersebut sebenarnya menerima surat untuk dipos. Penyelam boleh menghantar surat mereka menggunakan beg kalis air khas dan setem getah yang dicipta khas untuk pejabat pos ini.
Pulau Redang
Pulau Redang juga terkenal dengan tempat diving. Sayangnya, kebanyakan tapak diving berada jauh dari pantai. Disebabkan itu, anda perlu menaiki bot untuk ke tempat snorkeling.
Antara tempat diving terkenal di sini ialah Tunnel Point. Jika anda ke sini, terdapat batu bata yang seakan terowong besar yang boleh dilalui anda ketika menyelam. Selain itu, anda juga boleh melihat penyu karah dan penyu hijau. Anda juga boleh melihat sendiri ikan Yu yang lalu di Tanjung Gua Kawah.
Selain itu, terdapat juga tempat yang dikenali sebagai Che Isa. Jika anda menyelam di sini, anda boleh melihat ikan scorpion fish yang suka menyamar mengikut warna sekeliling. Sekiranya anda melakukan aktiviti diving di sini, anda bukan sahaja dapat melihat khazanah laut eksotik, anda juga dapat merasai pengalaman menyelam di tempat yang berbeza. Memang sangat menarik!
Pulau Tenggol
Pulau Tenggol merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Dungun, Terengganu. Walaupun pulau ini sesuai untuk melakukan aktiviti diving, pulau ini kurang popular berbanding pulau yang lain. Jika anda seorang yang sukakan suasana damai dan sunyi, pulau ini tentunya menjadi pilihan yang terbaik buat anda.
Selain itu, di pulau ini juga anda boleh melihat pelbagai jenis ikan serta penyu. Jika anda bernasib baik, anda juga dapat melihat jerung paus yang terdapat di sini. Sekiranya anda ingin melakukan aktiviti diving, anda perlu menempah pemindahan bot melalui pusat menyelam ataupun resort kerana bot tidak banyak seperti di pulau-pulau lain.
Batu karang yang terdapat di pulau ini merupakan antara salah satu karang yang paling sihat. Berbanding pulau-pulau yang lain seperti Tenggol mempunyai salah satu karang yang paling sihat di Malaysia berbanding pulau Perhentian dan Tioman. Pulau Tenggol juga mempunyai arus yang kuat. Sekiranya anda berpengalaman dalam menyelam, pulau ini pastinya sangat menarik untuk anda lawati!
Pulau Perhentian
Siapa yang tidak tahu mengenai pulau terkenal ini. Pulau Perhentian yang dihiasi dengan air jernih, pantai pasir halus dan hidupan marin yang menakjubkan. Pulau ini sangat popular dalam kalangan peminat snirkling, penyelam, keluarga dan mereka yang suka dengan pantai.
Pulau ini menjadi salah satu tempat terbaik untuk mereka yang ingin belajar diving. Kejernihan air pulau ini membolehkan anda untuk melihat hidupan laut dengan lebih jelas. Terumbu karang yang cantik juga menjadikan tempat ini popular bagi mereka yang ingin belajar menyelam. Sekiranya anda belajar diving di sini, anda akan mempunyai seorang pengajar yang berpengalaman dan mesra.
Di pulau ini juga terdapat kira-kira 20 tapak menyelam yang boleh anda pergi. Jika anda ingin merasai pengalaman untuk mengambil gambar di bawah air, anda boleh datang ke Sugar Wreck. Pulau Perhentian juga menawarkan harga yang paling berpatutan untuk belajar selam skuba di Malaysia. Memang sangat berbaloi!
Pulau Tioman
Pulau Tioman dikenali sebagai pulau yang bebas cukai. Pulau ini juga merupakan antara destinasi yang terkenal dalam kalangan pelancong. Pulau yang kaya dengan spesies hidupan laut ini juga diiktiraf sebagai syurga ekologi.
Pulau ini juga kaya dengan terumbu karang dan hidupan marin. Hal ini menjadikan pulau ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti seperti selam skuba dan snorkeling. Pulau Tioman juga merupakan destinasi selam skuba paling popular di Malaysia. Pulau yang dihiasi dengan terumbu karang yang cantik, bangkai kapal dan gua yang menarik pelbagai hidupan marin tropika, termasuk ikan dan penyu.
Kebanyakan pusat menyelam tertumpu di Kampung Tekek dan Pantai Salang. Pusat menyelam ini juga menyediakan pelbagai kursus menyelam dengan penginapan. Jika anda menyelam di sini, anda akan melalui kawasan yang dipenuhi batu-batu granit, gua-gua dan anda juga boleh memasuki dunia yang dipenuhi dengan ikan berwarna-warni, jerung, penyu dan ikan hiu yang terdapat di sini.
Lang Tengah
Kawasan pantai yang dihiasi dengan pemandangan air laut yang jernih serta kebiruaan pasti menarik minat pengunjung untuk bercuti kesini. Tempat ini menjadi tempat yang sesuai bagi mereka yang mahukan privasi, tenang dan aman damai.
Terdapat waktu yang sesuai untuk anda mengunjungi Pulau Lang Tengah. Anda boleh datang ke sini pada bulan Mac hingga Oktober kerana cuacanya yang panas. Anda pastinya tidak akan menyesal dengan aktiviti ini kerana kecantikan pulaunya yang memukau.
Terdapat lebih kurang 12 tapak menyelam di Pulau Lang Tengah. Sekiranya anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat ikan pari dan jerung paus yang lalu di sana pada waktu-waktu tertentu. Jika anda seorang yang meminati aktiviti menyelam, anda boleh mencuba sendiri merasai pengalaman melakukan aktiviti diving pada waktu malam.
Kesimpulan
Keindahan pulau yang dihiasi dengan pasir pantai putih, warna air yang kebiruan serta kehijauan pastinya dapat menarik perhatian anda. Sekiranya anda peminat diving, anda perlu berkunjung ke pulau-pulau ini.
Keindahan alam semula jadi menjadikan pulau ini sebagai salah satu lokasi yang sempurna untuk dilawati. Kejernihan air di pulau-pulau ini juga memudahkan para penyelam scuba untuk menyaksikan kehidupan di bawah laut dan semua keindahannya yang sangat menarik terdapat di pulau-pulau ini.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain seperti: