[TERBAIK] 15+ Tempat Bersejarah Di Kedah Dan Keseronokan Patriotisme Anak Muda
Seperti yang kita sedia maklum, kota bersejarah seringkali dikaitkan dengan beberapa buah negeri di Malaysia seperti negeri Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya. Akan tetapi, jangan anda semua terkejut pula kerana di negeri Kedah sendiri juga terdapat beberapa tempat bersejarah yang menarik!
Nak tahu tempat bersejarah di Kedah yang boleh anda lawati dan kunjungi? Pastinya anda boleh meluangkan masa di sini secara individu, berkumpulan, bersama rombongan dan lain-lain lagi. Jom lihat 15 tempat bersejarah di Kedah!
1. Kota Siputeh
Kota Siputeh ini telah dibina pada 1282M oleh Raja Muda Kedah iaitu Tunku Ahmad Ibni Sultan Muzzil Shah. Kota ini dibina bertujuan sebagai benteng pertahanan bahagian utara negeri Kedah daripada ancaman Acheh dan Siam.Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Kota Siputeh dijadikan pusat pemerintahan bermula dari tahun 1323M. Anda boleh melawat kawasan ini bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menambah pengetahuan diri dan bergambar.
2. Balai Besar
Balai besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan memaparkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang menakjubkan. Ia dibina menggunakan kayu cenggal emas. Pada tahun 1735, balai besar ini dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II.Balai besar ini berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan upacara rasmi raja-raja dan kerajaan. Formal mahupun tidak formal, anda boleh berkunjung ke tempat bersejarah di Kedah ini!
3. Muzium Diraja Kedah
Muzium Diraja Kedah ini telah diberikan pelbagai jenis nama seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. Tempat bersejarah di Kedah ini pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Kedah sebelum ini.Istana ini siap dibina pada tahun 1735 iaitu ketika pembukaan Alor Setar sebagai pembukaan pusat pentadbiran negeri Kedah oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II.
Tahukah anda, tentera Jepun pernah menduduki istana ini dan dijadikan sebagai ibu pejabat beberapa pertubuhan ketika perang dunia kedu dahulu? Pasti anda tidak mahu ketinggalan melawat bangunan ni!
4. Balai Nobat
Ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, tempat bersejarah di Kedah ini telah diperbaharui dengan menggunakan bahan seperti logam dan batu. Reka bentuknya dikekalkan mengikut bahan sebelumnya iaitu kayu.Bangunan ini mempunyai tiga tingkat dan kubah diatasnya melambangkan unsur keislaman seperti pada binaan masjid. Kini, balai ini dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat muzik nobat diraja yang hanya dimainkan ketika upacara diraja.
5. Balai Seni Negeri
Balai ini dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai mahkamah tinggi sebelum dijadikan pejabat untuk beberapa buah jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah.Senibina bangunan ini dipengaruhi oleh senibina Roman iaitu pada bangunan Temple of Fortune Rivals. Balai Seni ini juga telah menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khususnya anak tempatan.
Anda boleh melihat segala koleksi seni di tempat bersejarah di Kedah ini. Ia amat sesuai untuk tatapan generasi mudah bagi mengamati seni dan sejarah negeri Kedah.
6. Masjid Zahir
Masjid ini juga dikenali sebagai masjid Zahrah. Masjid Zahir ini merupakan mercu tanda yang terkenal di negeri Kedah. Ciri tempat bersejarah di Kedah ini adalah ia merupakan satu kubah utama dan lima kubah kecil yang berwarna hitam.Ia melambangkan rukun islam. Masjid ini dibina pada tahun 1912 dan merupakan masjid yang tertua di negeri Kedah. Masjid ini merupakan contoh bangunan yang menggunakan konsep Melayu-Islam.
7. Rumah Seri Banai dan Rumah Toksu
Rumah ini merupakan warisan senibina Kedah yang sudah berusia lebih 100 tahun dan menjadi lambang keunikan serta keaslian senibina tradisional Melayu. Tempat ini terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri.Rumah Seri Banai dan rumah Toksu kini menjadi tempat untuk para pelajar institusi tinggi bagi membuat penyelidikan dalam jurusan senibina dan dokumentari sejarah Melayu. Tempat bersejarah di Kedah ini berkonsepkan tradisional dan tenang.
8. Muzium Padi Kedah
Senibina muzium ini sangat unik dan cantik dan menyebabkan ia menjadi tarikan pengunjung menuju ke sana. Muzium Padi ini bertempat di tengah-tengah jelapang padi dan berada di sebalik Gunung Keriang.Muzium ini menceritakan tentang sejarah beras dan padi di Kedah dan serata dunia. Senibinanya amat cantik sesuai dengan namanya, Muzium Padi Beras. Uniknya tempat bersejarah di Kedah ini.
9. Muzium Kota Kuala Kedah
Kota ini dibina dengan menggunakan tanah liat, buluh dan kayu bakau dengan bantuan pihak Portugis. Dahulu tempat bersejarah di kedah ini merupakan kubu pertahanan negeri Kedah dan sekarang sedang dibaikpulih bagi meneruskan kesinambungannya.Terdapat juga rumah api dan tapak istana. Kota ini pernah musnah akibat oleh serangan daripada Armada Acheh untuk menghalau Portugis. Wau, menariknya.
10. Istana Anak Bukit
Istana Anak Bukit terletak di kawasan anak bukit yang sedikit tinggi di atas sebuah pulau kecil yang dibentuk daripada Sungai Anak Bukit dan Sungai Kuala Cegar. Ia merupakan salah satu mercu tanda kesultanan negeri Kedah yang melambangkan Kesultanan Negeri Kedah.Tempat bersejarah di Kedah ini merupakan kediaman rasmi iaitu ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almahrum Sultan Badlishah. Sempena perayaan ulang tahun ke-50 semasa pemerintahan Sultan Kedah 2008, Istana Anak Bukit juga telah menjalani pengubahsuaian sebanyak RM70 juta. Ubah suai ini berlangsung pada Februari 2009.
Anda boleh berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan bangunan ini dan melihat pameran yang diadakan di sini. Sambil melawat sambil menambah ilmu di dada.
11. Makam Mahsuri
Kota Mahsuri merupakan tempat Mahsuri binti Pandak yang dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12 km dari Kuah. Cerita rakyat telah menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut dibina. Menarik kan?
12. Menara Alor Setar
Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat dari atas menara ini.Terdapat juga Balai Cerap untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.Landskap yang indah turut menjadi tumpuan kepada sesiapa yang mengunjungi menara Alor Setar ini. Apa kata anda singgah di tempat bersejarah di Kedah ini, dapatlah anda bergambar di sini.
13. Tasik Dayang Bunting
Dipercayai bahawa sesiapa yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat, mereka hanya perlu meminum atau mandi dengan menggunakan air di tasik ini. Menariknya, jika pulau ini dilihat daripada udara ia akan terlihat seolah-olah seorang wanita yang mengandung yang sedang terbaring tidur.Mengikut cerita hikayat dahulu kala, seorang puteri kayangan telah berkahwin dengan putera raja dan dikurniakan seorang bayi. Akan tetapi sebelum bayi itu dilahirkan ianya sudah mangkat. Kerana terlalu sedih dengan pemergiannya bayi tersebut, bayi itu telah disemadikan di tasik itu.
14. Gunung Mat Cincang
Menurut hikayat dongeng dahulu, terdapat dua gergasi yang tinggal disitu iaitu Mat Cincang dan Mat Raya. Semuanya berlaku disebabkan anak lelaki Mat Cincang telah pun curang dengan anak perempuan Mat Raya. Ekoran itu, tali persahabatan diantara mereka sekeluarga terputus akibat perbuatan biadap anak lelaki Mat Cicang.Gunung ini menjadi saksi kisah itu. Menarik bukan? Jom ke tempat bersejarah di Kedah ini!
15. Dataran Helang
Patung helang ini mempunyai ketinggian kira-kira 12 meter.Patung ini terletak bersebelahan dengan pelantar Jeti Kuah. Menurut cerita anak tempatan Lang bermaksud singkatan daripada helang. Kawi pula bermaksud perang merah. Jika anda ingin merasai suasana yang romantik seperti pasangan kekasih sebenar, anda disyorkan untuk datang ke tempat bersejarah di Kedah ini.
16. Beras Terbakar
Beras Terbakar adalah sebuah tempat bersejarah di Kedah yang dikatakan mempunyai beras terbakar suatu masa dahulu. Ia terletak berdekatan dengan Padang Matsirat, Langkawi.Anda boleh melihat pameran sejarah yang berkaitan di sini di samping dapat membeli-belah atau berkunjung ke gerai kecil-kecilan di sini.
Keseronokan Patriotisme Di Tempat Bersejarah Di Kedah
Ada yang berpendapat bahawa semangat patriotisme adalah semulajadi dalam diri. Sebenarnya tidak! Semangat patriotisme boleh dipupuk dengan mudah dalam kalangan anak muda. Zaman sekarang, ramai yang tidak meminati sejarah lagi tambahan pula membaca buku dan sebagainya.Cukuplah sekadar berkunjung ke tempat menarik dan tempat bersejarah di Negara kita. Bukan sahaja negeri sendiri, tetapi seluruh negeri di Malaysia juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Apa kata kali ini anda berkunjung ke tempat bersejarah di Kedah pula?
Keseoronokan demi keseronokan bakal anda lalui. Tak percaya? Selain dari mempunyai semangat patriotik, anda dapat meluangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan serta mendapat beberapa manfaat yang sukar didapati di tempat lain. Jom lihat keseronokan bakal anda rasai di sini.- Berpengalaman datang sendiri tempat bersejarah yang diperkatakan ramai
- Berpeluang melihat sendiri dan bergambar bersama tempat bersejarah
- Boleh meluahkan pengalaman dan perasaan sepanjang berada di tempat bersejarah
- Dapat merasai makanan negeri dan bandar bersejarah yang anda lawati
- Dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan
- Dapat menimba ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam
- Dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda
- Merasai kegembiraan berjalan-jalan di tempat bersejarah dalam negara sendiri
Itulah dia tempat bersejarah di Kedah Darul Aman yang indah lagi menyeronokkan serta tips tingkatkan patriotisme dalam kalangan anak muda. Banyak info dan maklumat dapat anda pelajari di sini, bukan? Jom lihat pula tempat bersejarah di Sarawak, tempat menarik di Gombak dan tempat sambut birthday di Shah Alam.
Rujukan