Review Realme GT 7 Pro, Telefon Prestasi Tinggi Harga Berpatutan!
“Realme GT 7 Pro ni okey tak kualitinya?”
Ini antara soalan yang kita mungkin tertanya-tanya sebelum buat keputusan memilih telefon pintar untuk kegunaan jangka masa yang panjang.
Sebelum ini, telefon pintar Realme memang terkenal dengan telefon flagship killer yang mampu milik tapi berkuasa tinggi. Kali ini, Realme kembali dengan Realme GT 7 Pro yang menjanjikan prestasi gempak, skrin padu dan kamera power. Betul ke?
Adakah ia merupakan telefon pintar berprestasi tinggi yang berbaloi untuk dimiliki? Jom kita tengok apa yang best dengan model terbaru Realme GT 7 Pro ini.

1. Rekaan Dan Skrin (Premium Dan Elegan)
Sekali tengok designnya, Realme GT 7 Pro tak mengecewakan. Dengan reka bentuk premium, telefon ini nampak mahal dengan kemasan kaca di belakang dan bingkai aluminium yang kukuh. Saiznya juga selesa di tangan dan tak terlalu berat.
Dari segi skrin, Realme GT 7 Pro menggunakan AMOLED 6.8 inci dengan refresh rate 144Hz. Ini bermakna scrolling lebih lancar dan pengalaman gaming jadi lebih best.
Skrin ni juga menyokong HDR10+ dengan kecerahan maksimum 2500 nits, menjadikan paparan lebih terang walaupun di bawah cahaya matahari. Selain itu, Realme turut menambah teknologi LTPO 3.0, yang membolehkan kadar segar semula berubah secara dinamik untuk menjimatkan bateri.
2. Prestasi, Gaming Dan Multitasking Tanpa Lag!
Sekiranya anda kaki gaming atau suka buat kerja berat menggunakan telefon, Realme GT 7 Pro memang pilihan terbaik. Dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3, ia menawarkan prestasi flagship dengan keupayaan AI yang lebih maju.
Dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan 512GB UFS 4.0, anda boleh buka banyak aplikasi sekaligus tanpa risau telefon lag. Sistem penyejukan Vapor Chamber Cooling juga membantu mengekalkan suhu telefon supaya tak cepat panas, terutama bila gaming lama-lama.
Dari segi prestasi gaming, telefon ini menyokong GPU Adreno 750, yang menawarkan grafik lebih lancar dan penggunaan tenaga lebih cekap.
Realme turut menyertakan ciri HyperBoost Gaming Engine, yang mengoptimumkan prestasi dan mengurangkan kadar lag semasa bermain game berat seperti Genshin Impact dan Call of Duty Mobile.

3. Kamera Setanding Telefon Flagship
Realme memang tak main-main dengan kamera kali ni. GT 7 Pro hadir dengan kamera utama 50MP Sony IMX890 yang dilengkapi dengan OIS (Optical Image Stabilization), membolehkan gambar lebih stabil dan tajam, terutama dalam keadaan kurang cahaya.
Selain itu, ada juga kamera ultralebar 50MP dan kamera periskop 64MP dengan zoom optik 3x. Kamera periskop ini membolehkan gambar jarak jauh lebih jelas tanpa kehilangan butiran. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 32MP, cukup baik untuk swafoto dan panggilan video berkualiti tinggi.
Realme juga menambah baik AI Image Processing dalam GT 7 Pro, yang membolehkan pemprosesan gambar lebih pantas dan warna lebih semula jadi. Mod Super Night Mode 2.0 juga membolehkan gambar diambil dalam keadaan gelap dengan lebih terang dan kurang noise.
4. Bateri Dan Pengecasan
Realme GT 7 Pro hadir dengan bateri 5500mAh, cukup besar untuk kegunaan seharian tanpa perlu risau cepat habis.
Lagi best, ia menyokong pengecasan pantas 150W, membolehkan bateri dicas penuh dalam masa hanya 20 minit! Tak sangka kan, memang pantas masa pengecasan.
Tak cukup dengan tu, telefon ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar 50W serta reverse wireless charging dimana anda boleh mengecas aksesori lain seperti earbuds dengan telefon ini.
Bagi ketahanan bateri pula, Realme turut menggunakan teknologi Battery Health Engine, yang membantu memanjangkan jangka hayat bateri hingga 1600 kitaran pengecasan, menjadikan bateri tahan lebih lama berbanding telefon lain dalam kelas yang sama.

5. Sistem Operasi Dan Ciri Menarik
Telefon pintar ini menggunakan Realme UI 5.0 berasaskan Android 14 yang lebih ringan dan pantas. Beberapa ciri menarik yang ada termasuk Always-On Display (AOD), Game Mode untuk gaming yang lebih lancar, dan sistem privasi yang lebih ketat.
Dari segi audio, telefon ni dilengkapi stereo speaker dengan Dolby Atmos, memberikan pengalaman bunyi yang lebih imersif. Bunyi lebih kuat, jelas dan bass lebih mendalam, sesuai untuk menonton filem dan mendengar muzik.
Selain itu, telefon ini juga menyokong 5G, WiFi 7, dan Bluetooth 5.3, menjadikan sambungan internet lebih pantas dan stabil. Ini sangat membantu bagi mereka yang selalu melakukan panggilan video atau bermain game dalam talian.
6. Keselamatan Dan Ciri Biometrik
Bagi aspek keselamatan, Realme GT 7 Pro mempunyai sensor cap jari dalam skrin, yang sangat pantas dan tepat. Selain itu, terdapat juga Face Unlock yang menggunakan kamera hadapan untuk membuka kunci dengan cepat.
Realme turut menyertakan ciri keselamatan tambahan dalam Realme UI 5.0 seperti Private Safe 2.0, yang membolehkan pengguna menyimpan fail peribadi dalam folder khas yang lebih selamat.
Terdapat juga ciri Hidden Apps, yang membolehkan aplikasi tertentu disembunyikan dari paparan utama.
Apa Kekurangan Realme GT 7 Pro?
Kalau anda inginkan telefon flagship berkuasa tinggi dengan harga lebih mampu milik, Realme GT 7 Pro memang patut ada dalam senarai. Skrin mantap, prestasi gaming padu, kamera power dan pengecasan super pantas, semua ciri flagship ada pada telefon ni.
Cuma kekurangan kecil ialah tiada slot microSD dan tiada bicu audio 3.5mm, yang mungkin jadi faktor pertimbangan bagi sesetengah pengguna.
Jadi, adakah telefon ini berbaloi dan sesuai untuk penggunaan harian anda?
Jom baca juga,
Patut Beli Xiaomi 14T? Ini Kelebihan Dan Kekurangannya