Itinerari Trip 4 Hari 3 Malam Ke Maldives
Maldives adalah antara pulau yang orang ramai pergi kerana air laut yang jernih serta pantai yang cantik. Setaraf dengan Hawaii, pulau ini menarik ramai pelancong dari sekeliling dunia. Pemandangan di sini memang cantik tiada tandingannya. Malah jika ada yang ke sini dikira beruntung kerana ianya salah satu tempat yang agak expensive. Mahal pun bukan apa, sebab nilai mata wang yang berbeza. Kali ini Puan Scha Shazlina Syed Hasan telah sudi kongsikan pengalamannya berserta itinerari ketika bercuti di Maldives.
Currency 1 USD = RM 4.10 / Maldivian Ruffiya 3.9 = RM1
Flight ticket 2 person return:
KLIA2 – MALE – KLIA2.
RM 1,700 (Including meal dan seat).
Hotel 4 Hari 3 Malam:
Kaani Grand Sea View & Breakfast (Service terbaik).
RM 1,090 (Dapat murah daripada biasa dalam Agoda).
Itinerary Maldives 4 hari 3 Malam
Day 1
– Naik Flight KL- MALE (0835am).
– Sampai Airport MALE (0955am) *waktu tempatan sana lambat 3 jam dari Malaysia.
– Sampai sahaja airport, terminal boat or ferry sebelah airport sahaja. Pilih nak naik yang mana, speed boat dlm 40 minit ke Maafushi. Ferry lagi lambat. 20 USD/pax untuk speed boat.
– Beli simcard Dhiraguu (16 USD) *3GB/7days, cukup sahaja sebab kita boleh share dengan husband lagi.
– Check in Kaani Grand Seaview (1400pm)
– Aktiviti Night fishing (25 USD/pax)
– Dinner ikan yang dapat dh termasuk pakej. Kalau tak dapat ikan jangan risau mereka akan bagi makan ikan yang sedia ada.
– Jalan dan beli souvenir (sendiri bajet yg ni)
Day 2
– Sarapan di cafe hotel (0800am)
– Snorkling 5 point sangat best, wajib kalau pergi Maldives. (25 USD/pax) Harga asal 35 USD.All equipment included.
– Lunch at Sandbank (termasuk dalam package).
– Kembali ke pelabuhan (1530pm) and rest dekat bilik.
– Malam ronda-ronda sekitar Maafushi, rezeki dapat kenal org baik-baik dekat sana siap bagi pinjam motor.
– Dinner at Arena Beach Hotel sebab nampak menarik (45 USD/2pax). Makanan memang mahal di sana.
Day 3
Kami pilih pergi Resort Aadaran Club Rnulhi (95 USD/pax) including lunch, cocktail, minuman and speed boat.
– Seperti yang di suggestkan oleh Hotel Kaani. Antara resort yang cantik dan berpatutan. Kami pergi day trip sahaja. Nak stay sana RM3.5k/night. Dekat sana day trip sehari bergambar sampai puas, sanggup walaupun tengah panas. Haha!
-Boleh bawa sepersalinan baju if nak mandi.
Day 4
– Sarapan dekat hotel (0730am).
– Check out and terus naik speed boat ke Airport (20USD/pax).
– Flight MALE – KL (11.10am).
– Check in 2 jam sebelum lebih selamat.
Total dari ticket flight, hotel, makan, minum, aktiviti, ticket lawatan.
RM 4,557 / 2pax
Souvenir sendiri-sendiri bajet, harga boleh tahan sebab semua dalam USD.
Siapa yang nak cut cost, boleh pilih hotel lagi murah. Makan boleh jimat. Ticket flight cari yang murah dan aktiviti dekat sana boleh sahaja jika tak ambil, tapi rugi day trip and snorkling kena pergi. Sebab dekat sana nanti baru dapat budget nak makan mana dengan aktiviti apa anda nak buat. Sampai sana anda confirm rambang mata. Percayalah. Tapi yang penting anda balik Malaysia puas hati apa yang anda spend dekat sana. Day trip resort tu ada yang murah, ada yang mahal. Jadi, pandai-pandai lah.
Lagi satu better anda tukar duit USD lebih, sebab mostly memang guna USD. Ruffiya hanya untuk beli benda kecil-kecil, souvenir. Yang lain keluarkan duit bajet siap-siap tukar USD dekat Malaysia.
Ruffiya tukar bila sampai di airport sana.
*Cantiknya pulau ini kan? Rasa rugi kalau pergi tanpa but apa-apa aktiviti. Sekiranya anda ke sini, rajin-rajinkan lah diri untuk keluar dan menikmati keindahan semula jadi di sini. Snorkeling biasanya memang digemari oleh orang ramai apabila air laut jernih dan corals pun kita boleh lihat kecantikannya. Next trip, Maldives ya! Selamat menjelajah!