10 Chalet Tepi Pantai di Selangor Yang Anda Patut Singgah
Mencari chalet tepi pantai di Selangor?
Selangor adalah negeri yang kaya dengan tarikan pelancongan dan ini termasuklah dengan tempat penginapan yang cukup berbagai. Bukan sahaja pemandangan kota dan tasik, malah ada juga yang terletak di tepi pantai.
Susah mencari chalet tepi pantai di Selangor? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 chalet tepi pantai di Selangor untuk anda singgah. Teruskan membaca!
#1 The Kabin
Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
Dari namanya, pasti anda boleh teka reka bentuk tempat penginapan ini. Ianya kelihatan seperti kontena atau kabin yang memang luas interiornya. Sebaik sahaja melangkah ke sini, anda pasti akan kagum dengan reka bentuk dan keluasan kolam renangnya.
Lokasinya cukup strategik kerana ianya terletak bersebelahan dengan Pantai Remis. Harga yang boleh didapati jika anda menginap satu malam di sini ialah serendah RM 130, berbaloi dengan kecantikan dan kemudahan yang disediakan.
#2 Pantai Indah Seaview Resort
Alamat: 5182, Jalan Kapar, Batu 17 Sungai Sembilang, 45800 Jeram, Selangor
Pantai Indah Seaview Resort yang terletak berhadapan pantai ini terletak 45 km dari Kuala Lumpur. Jika anda ingin menginap di tempat penginapan yang bukan sahaja cantik pemandangan laut malah selesa, inilah salah satu tempatnya di Jeram.
Antara kemudahan asas yang disediakan ialah dapur, tv skrin rata, penyaman udara dan kolam renang. Harga untuk satu malam juga berpatutan, sekitar RM 180 sahaja. Kampung Kuantan Firely Park juga terletak berdekatan dengan tempat penginapan ini.
#3 Avani Sepang Goldcoast Resort
Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Resort ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi, pasti ramai pembaca sudah terbiasa mendengar namanya atau melihat gambarnya di media sosial. Avani Sepang Goldcoast Resort yang bertaraf 5 bintang ini sememangnya popular.
Resort terapung ini menawarkan harga penginapan sekitar RM 435 untuk satu malam. Sangat berbaloi dengan pemandangan yang indah serta kelengkapan yang serba serbi cukup. Makanan di sini juga enak-enak belaka.
#4 DORANI BAYU RESORT & SERVICES SDN BHD
Alamat: D Muara Dorani Marine Parks, Jalan Lama Kuala Selangor, 45300, Sungai Besar, Selangor
Ingin menetap di resort yang ‘terapung’ di atas lautan Selat Melaka? Singgah sahaja di Dorani Bayu Resort yang terletak di Sungai Besar ini. Bukan mudah untuk jumpa resort terapung di Selangor, jadi resort ini memang menjadi tarikan ramai.
Harga penginapan untuk satu malam juga berpatutan, sekitar RM 160 sahaja. Chalet ini juga terletak berdekatan dengan restoran yang menyajikan hidangan eksotik iaitu mentarang bakar, alang-alang singgah sahaja di situ.
#5 Chalet Desa Bagan
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor
Mencari tempat penginapan bajet yang bukan sahaja berpatutan harganya, malah terletak berdekatan dengan pantai? Bukan mudah untuk jumpa, namun tidaklah mustahil. Untuk itu, singgah sahaja di Chalet Desa Bagan.
Terletak di Tanjung Sepat, harga yang boleh didapati ialah serendah RM 90 untuk satu malam. Kelengkapan seperti penyaman udara, water heater dan TV memang disediakan di setiap bilik. Yang penting, ianya juga terletak berdekatan dengan pantai.
#6 Prosper Resort
Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor
Terletak di Pantai Morib di Banting, Prosper Resort ini adalah tempat yang sesuai dikunjungi jika anda ingin melepaskan diri daripada kesibukan bandar. Kawasannya yang tertutup membuatkan ramai pengunjung berasa selesa bermalam di sini.
Kebanyakan pengunjung yang pernah berkunjung ke sini selalunya menghadiri majlis perkahwinan atau majlis biasa yang diadakan di dewan resort. Keluasan resort serta kemudahan yang lengkap membuat resort ini sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga.
#7 Bagan Lalang Beach Resort
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Satu lagi chalet tepi pantai di Selangor yang boleh anda kunjungi ialah Bagan Lalang Beach Resort. Terletak berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang, ianya terletak 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur jika anda memandu kereta.
Chalet ini kerap disinggah oleh pengunjung yang ramai. Ianya sesuai untuk aktiviti kem motivasi, seminar dan hari keluarga. Lokasinya yang berdekatan dengan pantai juga satu bonus utama, jadi jangan lupa untuk singgah bermalam di sini.
#8 Sembilang Eco Resort
Alamat: Lot 1615, Jalan Lintang, Off, Jalan Pantai Remis, 45800 Jeram, Selangor
Chalet ini bukan sahaja bersih dan selesa, malah ianya juga tertutup. Jadi, ianya memang sesuai disinggah oleh mereka yang inginkan privasi semasa bercuti. Lokasinya juga berdekatan dengan pantai di sini iaitu Pantai Remis.
Kolam renang luaran dan Wi-Fi percuma merupakan antara kemudahan yang disediakan. Pilihan sarapan selera Asia yang halal juga disediakan setiap pagi di chalet ini. Reka bentuknya juga ala ala rumah kampung, cukup menyamankan.
#9 Camar Laut (LKIM)
Alamat: Pusat Latihan LKIM Camar Laut, Kampung, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek
Camar Laut Resort, juga dikenali sebagai Pusat Latihan LKIM adalah pusat latihan dan resort percutian yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Ianya terletak di Sungai Pelek, berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang.
Mula beroperasi sejak tahun 1991, chalet ini menjadi tumpuan aktiviti percutian, sukan air dan program latihan. Harga untuk satu malam ialah serendah RM 80, memang murah untuk chalet bertaraf 3 bintang.
#10 Kompleks Agrotourism PNK Sepang Resort
Alamat: Kompleks Agrotourism PNK Sepang, Bagan Lalang, 43950, Sungai Pelek,, Selangor, Sg Pelek, 43950 Sepang, Selangor
‘Persekitaran yang bersih dan menenangkan’ – ini merupakan antara ulasan positif yang diterima oleh Kompleks Agrotourism PNK Sepang Resort yang terletak di Sungai Pelek ini. Jelas membuktikan yang chalet ini memang terbaik.
Chalet ini terletak berdekatan dengan pantai yang memang cantik. Walaupun kemudahan lengkap dan berdekatan dengan pantai, harga yang ditawarkan cukup murah. Pemandangan matahari terbenam di sini pasti akan buat anda terpegun.
Kesimpulan
Sudah jumpa chalet tepi pantai di Selangor untuk anda singgah menginap? Atau anda rambang mata dan tertarik kerana semuanya mempunyai pemandangan pantai yang cantik-cantik belaka?
Tidak mengapa, singgah sahaja di chalet yang bersesuaian kerana semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau di media sosial. Selamat melancong!