10 Air Terjun Di Pahang Yang Popular, Jom Mandi!
Tahukah anda, Pahang negeri yang luas sarat dengan tempat menarik untuk dikunjungi ramai. Terutamanya bagi para pencinta taman rekreasi dan hutan rekreasi pada musim cuti.
Anda boleh berkhemah atau tinggal di chalet dan menikmati keindahan alam semulajadi di sini. Mungkin ini adalah berita baik untuk anda kerana kami akan kongsikan antara air terjun di Pahang khas untuk percutian anda.
1. Air Terjun Chamang
Air Terjun Chamang terletak di daerah Bentong yang berjarak 80 kilometer dari Kuala Lumpur yang merupakan destinasi pilihan bagi air terjun di Pahang untuk aktiviti bersantai.
Kawasan air terjun Chamang sememang besar dan juga bertingkat. Suasana di sini tidak terasa sangat sesak pada hujung minggu dan anda bebas untuk memilih tempat santai yang anda mahukan.
Selain mandi manda, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti berkhemah, berbabeku dan berkelah. Kemudahan yang disediakan di sini pula adalah seperti pondok, ruang ganti pakaian, bangku, dan tandas.
2. Air Terjun Sungai Pandan
Air Terjun Sungai Pandan juga terkenal dengan gelaran Air Terjun Panching oleh penduduk tempatan. Air terjun ini juga antara air terjun di Pahang yang menjadi tumpuan terutamanya pada hujung minggu.
Ia menawarkan pemandangan indah yang dikelilingi oleh batu-batu besar. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah tempat letak kenderaan, ruang solat, ruang ganti pakaian, tandas awam dan gerai makanan ringan.
Air terjun Sungai Pandan ini juga sesuai untuk semua pengunjung dari kanak-kanak hingga warga emas.
3. Air Terjun Lata Jarum
Air Terjun Lata Jarum adalah tempat peranginan yang popular di daerah Raub. Menariknya, anda boleh memilih untuk tinggal di chalet berhampiran air terjun ini.
Air terjun ini merupakan antara air terjun di Pahang yang sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya tidak terlalu laju. Untuk makluman anda, di hutan di sekitar air ini merupakan rumah bagi bunga rafflesia.
Oleh itu, jika anda ingin melihat bunga ini, anda harus melakukan jungle trekking di hutan bersama mereka yang arif.
4. Air Terjun Pelangi
Air terjun Pelangi mendapat namanya dari fenomena pelangi yang sering berlaku di tengah-tengah air terjun ini. Ini menjadikannya antara air terjun di Pahang yang sangat indah dan mempesonakan. Sekiranya anda datang pada waktu tertentu, anda akan dapat melihat pelangi tersebut akan muncul.
Untuk sampai ke sini, anda harus melakukan jungle trekking sejauh 1 kilometer ataupun dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda sejauh 4 kilometer. Mungkin perjalanannya cukup mencabar, tetapi semua rasa letih anda akan hilang setelah melihat air terjun yang indah ini.
5. Air Terjun Lata Meraung
Air Terjun Lata Meraung adalah air terjun yang cukup terkenal di Jerantut kerana keindahannya cukup berbeza dari air terjun di Pahang yang lain.
Keindahannya bukan hanya berlatar belakangkan alam sekitar, tetapi ianya juga terdapat air yang mengalir di antara batu terus jatuh ke kolam semula jadi.
Oleh itu, ianya sering menjadi tempat berkelah yang popular pada hujung minggu serta jaraknya dari bandar Jerantut adalah sekitar 15 minit.
6. Air Terjun Pulau Chekas
Geografi Air Terjun Pulau Chekas cukup menakjubkan kerana terdapat pulau terbentuk di tengah-tengah sungai. Sungainya terbahagi kepada dua, iaitu saluran sungai berbatu yang mengalir dengan cepat dan satu lagi lebih tenang.
Pada hujung minggu, pengunjung akan memenuhi air terjun ini kerana kawasannya yang tenang dan terjaga. Terdapat kolam kecil dengan gelongsor yang sememangnya sesuai untuk anda yang mempunyai anak.
7. Air Terjun Berkelah
Air Terjun Berkelah terletak di Maran dan merupakan salah satu air terjun di Pahang yang paling indah. Namun apa yang pasti, pengunjung tidak boleh meletak kenderaan di sini dan harus berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan pacuan empat roda untuk ke lokasi air terjun ini. Rasa letih anda pasti akan terubat apabila anda melihat keindahan air terjun ini.
8. Air Terjun Niagara Series Crown / Seri Mahkota
Air Terjun Niagara Series Crown terletak di Kuala Rompin, Pahang dan bukannya di Kanada ataupun di Amerika Syarikat. Lokasinya cukup terpencil dan jarang diperkatakan oleh para pencinta air terjun kerana terletak jauh di kawasan Hutan Simpan Endau.
Pengunjung perlu berjalan kaki sekitar 30 minit untuk sampai ke kawasan air terjun ini. Air terjun di sini sangat indah kerana kawasannya landai dan mudah untuk anda beristirehat.
Namun sayang sekali, ia tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil kerana anda mesti menempuh perjalanan jauh untuk sampai ke sini.
9. Air Terjun Teladas
Air Terjun Teladas merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Maran yang dijaga dengan baik oleh kerajaan negeri Pahang. Air Terjun Teladas terletak hanya sejauh 2 kilometer dari bandar Maran. Kawasan ini sering menjadi tumpuan penduduk dek kerana persekitarannya yang amat selesa.
Kemudahan awam yang disediakan adalah seperti bangku, tandas, bilik persalinan dan laluan pejalan kaki. Apa yang menariknya, terdapat juga jambatan gantung yang akan membawa anda ke seberang sungai tanpa perlu menyeberangi air sungai tersebut. Pasti seronok kan?
10. Air Terjun Bukit Bertangga
Air Terjun Bukit Bertangga merupakan tempat perlancongan yang diusahakan oleh FELDA Kumai di Hutan Lipur Bukit Bertangga. Menarik lagi, air terjun ini adalah ianya terdapat dua kawasan air terjun dengan ketinggian 30 meter dan 20 meter.
Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah laluan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan untuk kemudahan para pengunjung. Selain itu, antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti mandi, berkelah dan berkhemah.
Itulah dia antara air terjun di Pahang boleh anda kunjungi. Jom baca juga air terjun di Malaysia, air terjun di Kelantan, air terjun di Johor dan air terjun di Perak.
Rujukan:
1. Senarai air terjun terbaik di negeri Pahang. http://denai.my/senarai-air-terjun-terbaik-di-negeri-pahang/
2. Ini Adalah Senarai 4 Air Terjun Yang Paling Cantik Di Pahang. https://www.kuantanloka.com/ini-adalah-senarai-4-air-terjun-yang-paling-cantik-di-pahang/
3. Senarai air terjun di Pahang. https://www.teamtravel.my/senarai-air-terjun-di-pahang/