10 Air Terjun Di Kelantan Menarik Dikunjungi
Kelantan yang merupakan salah sebuah negeri yang agak luas ini tidak terkecuali memiliki tempat menarik yang indah sesuai dikunjungi ramai. Khas untuk bercuti, ramai yang suka bercuti di kawasan mandi-manda seperti air terjun dan taman tema.
Namun menariknya, terdapat beberapa air terjun di Kelantan yang menjadi pilihan ramai pengunjung tempatan. Mungkin anda juga pernah ke sini? Jom lihat satu demi satu air terjun yang terdapat di Kelantan.
1. Air Terjun Jelawang
Air Terjun Jelawang adalah salah satu air terjun di Kelantan yang sangat terkenal. Ia memiliki beberapa tingkat air terjun memandangkan ia adalah kawasan berbukit.
Dikatakan bahawa air terjun ini merupakan air terjum yang paling tinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Anda boleh menikmati kedinginan dan keindahan lama semulajadi di sini. Terdapat juga jambatan gantung membolehkan anda lalu serta bergambar di sana.
2. Air Terjun Jeram Linang
Air terjun ini amat sejuk dan dingin, selari dengan tempatnya yang begitu segar. Terdapat banyak kemudahan di sini seperti tandas, surau, kawasan khemah dan lain-lain lagi, sesuailah untuk berkelah atau bercuti di sini.
Untuk pengetahuan anda, Air terjun di Kelantan ini telah adalah air terjun yang paling awal ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Kelantan. Jika cuaca cantik dan tak hujan, datanglah ke sini kerana batu-batunya tidak terlalu licin tetapi selamat buat anda sekeluarga.
3. Air Terjun Jeram Pasu
Jeram Pasu terletak dalam sekitar 16 km dari Bandar Pasir Puteh, Kelantan. Ia memiliki ruang yang besar untuk anda bermandi-manda dan bersuka ria. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti restoran, gerai, tandas awam, kolam mandian dan ruang rehat.
Selain berseronok di kolam mandi, anda boleh bermain gelongsor-gelongsor yang disediakan. Pasti meriah percutian air terjun di Kelantan ini.
4. Lata Beringin
Lata Beringin merupakan salah satu air terjun di Kelantan penuh flora dan fauna. Selain mandi di air terjun Lata Beringin ini, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking, berfotografi, memancing, berkelah dan lain-lain lagi.
Ketinggian air terjun ini kira-kira 120 meter dan ia adalah air terjun yang paling tinggi di Kelantan.
5. Lata Rek, Kuala Krai
Lata Rek adalah air terjun di Kelantan yang sesuai untuk anak-anak bermandi-manda. Airnya cetek dan bersih dimana ketinggiannya adalah 20 meter dan 100 meter panjang. Bukan sahaja indah, tetapi sangat mudah apabila bercuti di sini kerana kemudahan yang sangat bagus disediakan.
6. Lata Hujan
Air terjun di Kelantan ini sangat jernih dan dingin, pastinya membuatkan anda puas bermandi-manda di sini. Lokasi Air Terjun Lata Hujan Tanah Merah ini adalah di Hutan Simpan Ulu Kusial.
Sebagai tempat rekreasi dan berkelah, ia sangat digemari oleh pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Jangan risau jika ingin duduk lama di sini, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tandas, musalla dan banyak lagi.
7. Jeram Mengaji
Jeram Mengaji ini juga dikenali sebagai Jeram Mak Nenek. Ia telah dibuka pada tahun 2005 dan masih mengambil masa untuk pembangunannya. Ia hanya 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh.
Kawasan ini agak pedalaman, jadi tak ramai yang tahu. Apa kata anda ke sini bersama keluarga untuk melakukan aktiviti keluarga. Pasti meriah jika bermandi-manda, berkelah dan berekreasi di sini. Ia sangat tenang dan airnya sejuk sekali.
8. Taman Negara Kuala Koh
Air terjun di Kelantan yang sangat meriah ini adalah Taman Negara Kuala Koh. Bukan sahaja air terjun, tetapi terdapat pelbagai tarikan di sini seperti jambatang gantung, air terjun untuk mandian, keindahan flora dan fauna serta banyak lagi.
Anda boleh melakukan aktiviti yang pelbagai seperti berkayak, mandi-manda, memancing, mengambil foto, berakit dan banyak lagi. Taman negara Kuala Koh ini juga memiliki hutan hujan tropika yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.
9. Lata Bijih
Lata Bijih tidak kurang hebatnya kerana tempat mandi ini sangat menyeronokkan, sejuk dan sesuai untuk anak-anak. Dahulunya, nama air terjun di Kelantan ini adalah Air Terjun Telaga Bijih.
Selain air terjun, anda juga boleh mandi di kolam mandi yang disediakan kerana Lata Bijih ini bukan sahaja mempunyai air terjun. Kolam yang disediakan sesuai untuk anak-anak kecil juga.
10. Lata Janggut, Jeli
Air terjun di Kelantan ini menjadi tarikan bagi pelancong asing. Banyak aktiviti air yang boleh dilakukan di sini untuk menghiburkan diri. Datanglah ke sini pada masa yang sesuai iaitu bulan April sehingga September bagi mengelakkan musim tengkujuh.
Suasananya cukup tenang dan damai, bolehlah anda berehat dan menikmati udara segar. Sekali sekala, lupakan tentang dunia kota dan kerja setelah berhempas pulas berusaha. Minda dan tubuh juga perlukan rehat yang sempurna. Mujur air terjun di Kelantan ini sangat menenangkan.
Itulah dia 10 air terjun di Kelantan yang boleh anda kunjungi untuk percutian santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jom baca juga hotel terengganu tepi pantai yang best, tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui dan negara murah untuk melancong.
Rujukan:
- Tempat Menarik di Air Terjun Jelawang Kelantan. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kelantan/#43_Air_Terjun_Jelawang
- Alam semulajadi air terjun. http://tourism.kelantan.my/index.php/en/pelancongan/alam-semulajadi/
- Lokasi Percutian Kelantan. https://lokasipercutian.com/air-terjun