A Moss Faramstay: Jom Glamping Cameron
Cameron Highlands merupakan antara tempat percutian yang terkenal. Tempatnya yang terletak di tempat yang tinggi menjadikan tempat itu sejuk dan nyaman. Kebun strawberry dan ladang teh yang terdapat di sana juga menjadikannya tempat tumpuan ketika bercuti di Cameron Highlands. Pada musim cuti sekolah, Cameron Highlands pastinya akan didatangi dari pelancong luar negara mahupun luar negeri.
Walaupun begitu, bagi mereka yang sukakan percutian berdasarkan alam semulajadi, anda pastinya akan teruja dengan tempat glamping yang terdapat di sini. Dikenali sebagai A Moss Faramstay, tempat glamping ini dipenuhi dengan pelbagai tanaman yang pastinya membuatkan anda teruja. Selain daripada tanaman yang pelbagai, tempat ini juga mempunyai buai kecil yang dapat digunakan bagai mereka yang menginap di sini. Jom baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Rasai sendiri penginapan rare yang terdapat di Cameron Highlands ini. Bagi mereka yang berminat dengan glamping, apa kata anda cuba menginap di A Moss Faramstay. Menariknya berglamping di sini, anda dapat menginap sambil menghadap ke ladang teh. Hal ini kerana, penginapan ini terletak berdekatan dengan Ladang Teh Boh Sg. Palas.
Selain itu, di kawasan ini juga terdapat 2 dome sahaja. Disebabkan itu, jika anda ingin menginap di sini, anda perlu menempah terlebih dahulu kerana tempat penginapannya yang terhad. Dome di sini juga sangat cantik dan berbentuk separa bulat. Anda juga dapat menikmati keindahan langit malam dihiasi dengan ladang the yang luas ketika duduk di dalam dome yang disediakan. Hal ini kerana, terdapat tingkap besar yang membolehkan anda untuk melihat ke luar tanpa perlu keluar sendiri.
Di luar dome juga disediakan kerusi untuk anda menikmati keindahan ladang bersama pasangan mahupun keluarga anda. Kawasan glamping di sana juga dihiasi dengan sangat cantik dan menarik. Di tepi dome, anda dapat melihat beberapa pokok bunga yang cantik di hiasi di sebelah tangga dan sekeliling dome yang terdapat di sana. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri keindahan menginap di A Moss Faramstay.
Satu tent dapat memuatkan seramai 3 hingga 4 orang. Terdapat tiga pilihan tent dimana katil yang disediakan berbeza mengikut luas dan jenis tent yang dipilih. Bagi tent yang memuatkan sebanyak empat orang, katil yang disediakan adalah jenis katil bunk. Manakala bagi tent yang memuatkan tiga orang merupakan katil bersaiz king. Jenis kemudahan juga berbeza mengikut jenis tent yang anda pilih.
Bagi tent yang memuatkan 4 orang, terdapat kemudahan seperti tuala, syampu, sabun, tisu tandas, buah, botol air, tempat BBQ dan banyak lagi. Bagi tent dengan harga budget kedua, anda memiliki kemudahan yang sama seperti tent pertama tetapi tidak disediakan air, buah dan syampu. Manakala bagi tent yang menawarkan harga budget, anda akan diberikan kemudahan bilik air dan katil bersaiz king di dalam bilik tersebut.
Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti jug elektrik, buai gantung, sofa, katil bersaiz king, meja kayu, lampu tidur, pewangi, plug, wifi, tempat letak kenderaan, CCTV dan banyak lagi. Sekiranya anda ingin memasak di sini, terdapat juga pantry yang disediakan untuk anda dapatkan keperluan asas yang anda mahu. Di sini juga terdapat kek dan minuman yang boleh anda beli.
Sekiranya anda berminat dengan pertanian, anda juga dapat belajar mengenai pertanian di sini. Hal ini kerana, terdapat pekerja yang ditugaskan untuk memberi penjelasan mengenai sistem pertanian yang betul kepada anda. Anda juga boleh menempah lawatan untuk pergi ke ladang yang terdapat di sini. Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman bertani di A Moss Faramstay.
Penginapan ini juga sangat terkenal dalam kalangan pelancong. Anda boleh menempah penginapan di A Moss Faramstay secara atas talian. Harga yang ditawarkan bermula dari RM220. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini. Rasai pengalaman glamping di A Moss Faramstay bersama keluarga mahupun rakan anda.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik yang lain seperti: