20 Tempat Makan Menarik di Terengganu Pilihan Ramai Mengenyangkan Anda
Banyak tempat makan menarik di Terengganu yang boleh anda singgah tatkala mencari kedai makan di sekitar Terengganu ini. Sambil bersiar-siar, singgahlah sebentar di Restoran atau tempat makan menarik di Terengganu yang pasti dapat mengenyangkan anda semua.
1. Restoran Mat Binjai
Makanan kampung pula lengkap dengan ikan masin, budu, cencalok, sambal belacan dan lain-lain lagi. Sudah pasti ulam-ulaman pun boleh anda dapatkan di sini. Untuk pengetahuan anda, Restoran Mat Binjai ini amat terkenal dan pernah masuk TV.
- Alamat : 20000, 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 4:00 p.m
- Facebook :Restoran Mat Binjai (RMB)
2. Pok Rashid Ikan Bakar
Pok Rashid Ikan Bakar sesuai anda datang bersama keluarga dan rakan-rakan kerana ruangnya amat selesa dan luas. Tempat makan menarik di Terengganu ini juga mempunyai menu yang pelbagai dan sangat mengenyangkan.
- Alamat: Kampung Bukit Tunggal, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 5pm – 11pm
- Facebook: Pok Rashid Ikan Bakar
3. Restoran Singgang Budu
Tahukah anda, tempat makan menarik di Terengganu ini juga menyediakan lidah lembu goreng dan laksa singgang. Ini adalah menu istimewa yang sangat unik di sini.
- Alamat : 20300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
- Waktu Operasi : 12:00 tengah hari – 10:00 malam
- Facebook : Restoran Singgang Budu Terengganu
4. Zie’s Corner
Anda boleh merasai keenakan banana pancake, shake strawberri, chicken chop, lam chop, vanilla float dan lain-lain lagi. Jika anda memilih tempat makan menarik di Terengganu ini untuk makan malam, sudah pasti akan ada kenangan makan malam romantik buat anda kerana suasana sini amat romantis.
- Alamat: waterfront, Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 5 am – 1 am
- Facebook: Zie’s Corner
5. Gudang Makang
Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan seperti masakan tradisional, masakan western, masakan panas dan lain-lain lagi. Makanan seafoodnya juga boleh tahan. Netizen juga menggelar tempat makan menarik di Terengganu ini sebagai tempat makan santai hipster.
- Alamat: Manir, Kuala Terengganu 21200
- Waktu Operasi: 5 pm – 12 pm
- Facebook: Gudang Makang
6. Nasi Lemak Womoh
Penangan sambal nasi lemak ini bakal membuatkan anda tidur lena selepas menikmatinya. Lauknya pula adalah ikan tongkol (ikan aya) memang menambah selera ramai. Memang nasi lemak ini dijual di sebuah rumah yang bertangga, oleh itu ia dinamakan nasi lemak bawah rumah.
- Alamat: Jalan Pasir Panjang, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu
- Facebook: Nasi lemak bawah rumah
7. Warung Amilin Selera Kampung
Banyak lauk dan sambal belacan penambah selera turut terdapat di sini. Sekali datang, pasti akan datang lagi dengan membawa kawan-kawan dan keluarga pula.
- Alamat: Kampung Tok Randok, 21800 Ajil, Terengganu
- Facebook: Warung Amilin Selera Kampung
8. Aidilsroti
Antara menu popular di sini adalah Roti Gulung, Roti Kebab, Roti Syawarma, Roti Goyang Gedik, Kambing Bakar, Ayam Bakar, Roti Tisu dan juga Roti Pisang. Namun, pelbagai menu menarik lagi harus anda cuba di sini.
- Alamat: Jambatan Sultan Mahmud, No 3, Medan Selera Bawah, Su, Kuala Hiliran, Jalan Losong Haji Mat Shafie, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 7.30 am – 12.30 pm
- Facebook: Aidilsroti
9. Restoran J&I Ikan Bakar
Menariknya, menu udang galah dan tomyam udang galah juga boleh anda dapatkan di sini. Sudah tentulah ia menjadi pilihan ramai penggemar tomyam. Ikan, udang dan makanan laut segar di ambil khas dari laut kemaman setiap hari.
- Alamat: Lot 18606-2 jln saga kg. mak chili, 24000 Chukai, Terengganu
- Waktu Operasi: 4 pm – 1 am
- Facebook: Restoran J&I Ikan Bakar
10. Nasi Kerabu Warisan Nusantara
- Masa: 7.30 am – 12.30 pm
- Facebook: Nasi Kerabu Warisan Nusantara
11. Bukit Panorama, Terengganu
Lebih menarik lagi, tempat makan menarik di Terengganu ini juga membolehkan anda menyambut hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan lain-lain lagi di sini. Suasananya amat romantik, cantik dan selesa untuk sambutan hari istimewa.
- Alamat: Jalan Cerong Lanjut, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 5pm – 12 pm
- Facebook: Bukit Puncak Panorama
12. Warung Norazila Selera Kampung
Roti canai, nasi lemak, ikan bakar dan lauk-pauk pun boleh anda nikmati di sini. Suasana di warung ini amat santai, berangin dan ramai orang yang datang.
- Alamat: 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 7.30 am – 12.30 am
- Facebook: Warung Norazila Selera Kampung
13. D’Ganu Steamboat Cafe
Sambil-sambil menikmati makanan, anda boleh melihat pemandangan indah serta merasai angin sepoi-sepoi bahasa yang turut singgah di Cafe ini. Patutlah ia digelar 2 in 1 cafe, bukan sahaja steamboat, makanan masakan panas pun ada.
- Alamat: GM1 & GM2, Food Court Pulau Duyung, Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 5 pm – 12 am
- Facebook: D’Ganu Steamboat Cafe
14. D’Muslim Restaurant
Masakan panas terutamanya tomyam dan ayam goreng kunyit amat sedap sekali sehingga ingin bertambah-tambah lagi. Pada waktu malam, tempat makan menarik di Terengganu ini menjadi port lepak dan santai untuk orang-orang muda.
- Alamat: No. 30-A, Simpang Tok Ku, Chabang Tiga,, Cabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 5 pm – 2 am
- Facebook: D’Muslim Restauran
15. Citi Seafood D’Muara Restoran
Ia bukan dimasak secara ala kadar, tetapi ia siap lengkap dengan perhiasan atau aksesori makanan lagi seperti sayur dan buah-buahan. Best juga bawa kawan-kawan penting atau yang anda raikan untuk menjamu selera di sini.
- Alamat: Jalan Lorong Haji Su, Terengganu, 20000 Kuala Terengganu
- Waktu Operasi: 8 am – 1 am
- Facebook: Citi Seafood D’Muara
16. Paradise Deluxe Restaurant
Memang ia boleh dikatakan syurga makanan kerana suasananya juga amat selesa, sejuk dan bergaya eksklusif. Anda boleh berkunjung ke sini sempena menyambut hari ibu dan hari keluarga.
- Alamat: 543, Jln TM Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 11 am – 11 pm
- Facebook: Paradise Deluxe Restaurant
17. Burger Ria Kuala Terengganu
- Alamat: Jalan Sultan Mohamad, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 530 pm – 1230 am
- Facebook: Burger Ria Kuala Terengganu
18. NR Cafe
- Alamat: Lot 24354, Jalan Kubang Badak, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 4.30 pm – 12.30 pm
- Facebook: NR Cafe
19. Restoran Harmoni
- Alamat: Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi:
- Facebook: Restoran Harmoni
20. Restaurant Payang Serai
- Alamat: Lot Pt1141 Waterfront, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
- Waktu Operasi: 12 am – 10 pm
- Facebook: Restoran Payang Serai