Ingin ke Indonesia? 15 Tempat Menarik di Pontianak, Indonesia Ini Wajib Anda Kunjungi
Pontianak adalah ibu kota bagi wilayah Kalimantan Barat Indonesia yang didirikan oleh Syarif Abdurrahman Alkadrie sebagai ibu kota Kesultanan Kadriyah pada tanggal 23 Oktober 1771. Kota ini dipisahkan oleh 3 sungai iaitu Sungai Kapuas Besar, Sungai Kapuas Kecil dan Sungai Landak.
Pontianak mempunyai berbagai tempat menarik yang sesuai untuk anda kunjungi. Kota dengan iklim khatulistiwa ini kaya dengan kebudayaan serta adat istiadatnya yang masih diamalkan sehingga kini. Jom lihat 10 tempat menarik di Pontianak Indonesia.
1. Taman Alun-Alun Kapuas
Reka bentuk dan dekorasi taman ini sangat rapi disamping adanya air pancut yang pastinya menarik hati pengunjung. Ia dikelilingi dengan anak-anak tangga serta terdapat sebuah replika Tugu Khatulistiwa yang menjadi kebanggaan masyarakat kalimantan barat.
Pada waktu malam, taman ini akan diterangi dengan cahaya lampu berwarna warni menjadikannya sebuah tempat hiburan malam hari dengan panorama indah. Semestinya pemandangan sungai Kapuas adalah tarikan utama. Dengan hanya bayaran 10 ribu rupiah anda boleh menyusuri Sungai Kapuas dengan bot yang disediakan.
2. Rumah Betang Radak
Dengan reka bentuk unik khas, rumah dayak ini mempunyai ukuran panjang sekitar 138 meter. Namun ia telah diubahsuai dari bangunan aslinya dengan ditambah beberapa sentuhan moden.
Tempat menarik di Pontianak, Indonesia ini juga kerap diadakan persembahan tarian dan keseniaan yang lainnya. Anda boleh datang melawat bermula jam 7 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.
3. Muzium Negeri Sejarah Budaya Khas
Muzium ini mengandungi sejumlah artifak masyarakat Dayak yang penting seperti pakaian suku dan kraftangan dari abad ke-16. Kawasan muzium ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang mencakupi artifak, koleksi benda peninggalan kerajaan, kesenian dan budaya tradisional kaum Dayak.
Antara aktiviti menarik selain menimba ilmu sejarah, anda juga boleh bergambar terutama sekali diluar muzium iaitu sebuah taman kecil dengan jambatan kayu. Anda boleh bergambar di sini pada waktu operasi iaitu jam 8 pagi hingga 6 petang.
4. Sinka Island Park
Anda boleh menyewa kuda untuk bersiar-siar di sekitar pantai. Zoo yang popular di sini menempatkan hampir 275 jenis binatang dari 62 jenis spesis. Bayaran yang dikenakan hanya sekitar 10,000 rupiah.
Jika anda ingin memasuki kawasan pantai, anda akan dikenakan bayaran sebanyak 20,000 rupiah. Disamping itu, anda juga boleh menyeberang ke Pulau Simping dengan menggunakan jambatan kayu. Walaupun pulau ini dikenali sebagai pulau yang kecil, namun persekitarannya sangat cantik.
5. Tugu Khatulistiwa
Tugu Khatulistiwa ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan anda boleh mendapatkan informasi di muzium yang terdapat di sini. Terdapat juga kedai menjual cenderahati seperti replika Tugu Khatulistiwa yang boleh anda kunjungi. Tugu khatulistiwa Pontianak merupakan salah satu monumen prasejarah yang sangat istimewa.
Anda boleh melawat sekitar tempat menarik di Pontianak yang memberi nilai-nilai budaya bangsa, menambah semangat cinta negara dan memperkuat jati diri bangsa mereka ini. Untuk memasuki tempat ini anda tidak dikenakan sebarang bayaran.
6. Aloe Vera Center
Aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di pusat ini adalah melihat penanaman tumbuhan aloe vera dan hasil olahan tumbuhan ini. Tumbuhan berkhasiat ini diproses menjadi beberapa hasil makanan yang terkenal seperti dodol, permen, jelly, kopi, cokelat, teh Lidah Buaya, stik lidah buaya dan banyak lagi.
Selain makanan, lidah buaya juga boleh dijadikan produk kecantikan kulit dan kesihatan. Sebelum pulang, anda boleh membeli beberapa jenis produk sebagai ole-oleh untuk saudara-mara.
7. Masjid Jami’ Pontianak
Masjid kayu besar bersama dengan istana kerajaan Kraton Kadriyah, merupakan antara bangunan pertama yang dibina di bandar selepas penubuhan Pontianak pada tahun 1771. Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Anda boleh datang menunaikan kewajipan sebagai seorang islam serta menikmati suasana yang tenang dan damai di sini. Seterusnya anda boleh ke pasar tradisional yang berada di sisi kiri pintu masjid ini.
8. Keraton Kesultanan Kadriah
Dalam perkembanganya, keraton mengalami proses renovasi sehingga menjadi bentuknya yang terkini. Antara pameran menarik boleh anda lihat adalah koleksi benda- benda bersejarah yang cukup lengkap seperti perhiasan yang digunakan secara turun temurun, benda-benda kuno seperti barang pusaka, artifak, gambar keluarga Sultan dan arca- arca.
Diluar halaman istana pula, terdapat meriam kuno peninggalan Portugis dan Jepun. Bak kata orang di sini, jika anda tidak datang ke Keraton ini bermakna anda belum lagi datang ke Pontianak.
9. Kolam Renang JC Oevang Oeray
Anak-anak pasti menyukai tempat ini. Penganjur menyediakan kolam renang dengan pelbagai variasi kedalaman menjadikannya sesuai untuk anak kecil sehingga orang dewasa.
Segala kemudahan seperti bilik persalinan, tandas dan surau lengkap disediakan malah dijaga bersih buat pengunjung. Setelah penat bermain air, anda mesti lapar bukan? Di sini juga ada disediakan tempat makan dengan harga yang berbaloi. Bayaran masuk hanya sekitar 25,000 rupiah.
10. Makan Kesultanan Batu Layang
Makam ini dibina dengan falsafahnya yang tersendiri seperti ia sengaja direka bentuk pintu masuk lebih rendah supaya ketika pengujung masuk, mereka menunduk sebagai tanda penghormatan kepada sultan.
Diluar makam pula terdapat sebuah batu berwarna hijau dan batu inilah dikatakan sebagai batu layang. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke sini dan lokasi ini berada sekitar 2km dari Tugu Khatulistiwa.
11. Pantai Pasir Panjang
Bukan sahaja bersantai dan bermandi-manda, aktiviti seperti bermain bola pantai, banana bot, snorkelling dan banyak lagi boleh anda lakukan di sini. Berdekatan pantai ini, terdapat banyak restoran, kedai-kedai cenderahati dan hotel untuk kemudahan anda.
12. Tugu Digulis
Anda boleh melawat ke kawasan ini untuk bersantai dan berehat sambil mendapatkan maklumat berkaitan tempat ini dan sejarahnya. Menarik bukan?
13. Masjid Raja Mujahidin
Hasil seni bina masjid ini amat cantik dan menarik bentuknya. Anda boleh melihat keunikan seni bina masjid di Pontianak Indonesia ini yang seakan-akan baru dan mempunyai kemudahan parking yang besar di luar masjid.
14. Rumah Adat Dayat Radakng
Rumah Adat Dayak sangat tinggi, panjang dan berkonsep moden. Anda pasti suka akan kecantikan bangunan ini yang menenangkan. Untuk pengetahuan anda, rumah ini juga membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti selain dari melancong dan melihat-lihat, iaitu anda juga boleh menjalankan program atau seminar anda di sini.
15. Taman Arboretum Sylva Untan
Sangat sesuai buat pengunjung yang mahu bercuti dan merasai pengalaman baru disamping menambah ilmu pengetahuan. Jemput baca tempat menarik di Sepang dan tempat menarik di Maldives pula.