5 Hari 4 Malam Itinerari Ke Perth, Australia

Ingin melancong ke Perth, Australia? Negara dingin tanpa salji. Semestinya orang kita mengidam untuk ke sana. Puan Ayu Afiza telah sudi berkongsi itinerari beliau sewaktu melancong ke Australia dahulu.

Nak bagi tips rasanya belum layak lagi, tapi saya just share pengalaman mana yang saya tahu sahaja ya. If nak more tips boleh join page group Tips Cuti-Cuti Perth banyak info berkaitan boleh dapat dalam ini. Serious page ini banyak bantu saya masa struggle buat itinerary ni. As usual, saya lebih suka pada rancang sendiri, explore sendiri. Lebih banyak membaca lebih banyak info kita dapat. Belajar pengetahuan tempat orang.

Okay first tentang flight ticket. AirAsia ini memang selalu racun saya dengan promo-promo tix mereka. And rasa bersalah kalau tak grab bila kena dengan masa & budget kami suami isteri.
Hope anda tak terjebak, sebab sekali dah terjebak susah nak stop.
2 pax RM1,600+ returns with meals & baggage.

Nak ke Perth kena apply Visa. Make sure buat awal or skurang-kurangnya sebulan before fly. Jangan last-last minit, sebab bila ada apa-apa problem macam visa tak approve ke at least anda ada masa nak prepare apa-apa yag patut, rayuan etc.
Insurance pun penting. 2 pax RM80.
Simkad beli siap-siap bila sampai airport. Cari kedai OPTUS, 5days AUD10.

Transportation kami siap-siap book kereta 8 seater dari Malaysia. Book dengan company Aries Car Rental, kereta sewa paling murah di Perth and milik orang Malaysia. Boleh check website mereka. Bayar deposit, nanti sampai airport ada orang pickup and bawa pergi office dia then settle balance payment dekat situ. For your information, Perth ini ada speed limit yang anda kena PATUH! Jangan over limit okay bila drive. Jangan bawa budaya rempit dari Malaysia. Kalau tak standby lah surat cinta sampai depan pintu rumah anda. Haha.

Accommodation pula kami book homestay melalui AirBnb. Kelmscott area. Homestay ini complete dengan kitchen, 4 bedrooms, 2 bathrooms, laundry, dining & living hall. And also ada wifi! So far okay for kami 6 dewasa 2 kanak-kanak ini. Ada carpark dan tempat bbq. 5D4N hanya RM1,685.

DAY 1

– Selepas dapat kereta pergi breakfast isi perut dekat Selera Malaysia Cafe. Dekat sahaja dengan office Aries.
– Checkin homestay and rest.
– Lepas kaum lelaki balik dari solat Jumaat, kami bersiap-siap keluar pergi Coles supermarket beli groceries & bekalan masak. Paling wajib borong coffee Dare & Barista dekat sini. Nikmat yang teramat! Hari-hari coffee. Kalau habis stock boleh beli dekat petrol station.
– Sight seeing around bandar Perth, Elizabeth Quay, Bell Tower, etc.
– Balik homestay and rest.

Canal Rocks
Lancelin

DAY 2

– Pagi-pagi buta pukul 3 pagi dah bangun siap-siap, sebab nak attack sunrise dekat Canal Rocks, Yallingup. Perjalanan 3 jam demi view cantik. Haha. Sanggup!
– Balik singgah lunch di Fremantle Kaili’s Fish & Chips Cafe. Dan-dan terjumpa dengan geng crew dan pelakon #rahsiahatiperempuan dekat sini. Sempat lah bergambar kenangan dengan artis. Abah mertuaku siap pelawa Michael Ang makan sama. Haha. Pergi Rainbow Sea Containers, Fremantle. Bergambar ala-ala Shah & Pika pula.
– Shopping dekat Watertown Brands Outlet. Jangan lepaskan peluang beli jam Fossil dekat sini. Murah sungguh! Saya dapat dengan harga AUD110.
– Lepastu pergi Chemist Warehouse, ini one of the most must visit place ever bagi sang peminat perfume. Murah juga. Sila borong, kalau tak beli nanti berlegar-legar dalam kepala. Stress!
– Blue Boat House, unik satu-satunya rumah di tepian laut.
– Singgah dinner dekat Insan’s Cafe. Owner pun orang Malaysia. Kami terjumpa dngn orang melayu dekat sini, borak punya borak baru prasan rupanya ayah kepada Zahirah MacWilson rupanya. Haha! Terjumpa ramai selebriti harini.
– Balik homestay and rest.


DAY 3

– Hari-hari bangun pagi buta dekat sini. Pukul 3 pagi dah riuh bergegar satu rumah. Masing-masing kena paksa bangun. Haha. Perjalanan ke Lancelin Sand Dunes ambil masa 2 jam. Sempat tidur. Hehe. Bertabah sahaja sang driver. Terima kasih husband and abg ipar. Tempat ini berbukit & pasir halus sangat. Standby sunglasses. Tak lepaskan peluang main sandboarding walauupun tak reti. Acah-acah sahaja takpe kan.
– Balik singgah The Pinnacles Desert, Nambung. Tempat ini unik sangat. Batu-batu mencanak & pasir warna keemasan. Cantik. Saya sendiri teruja!
– Selepas itu, pergi lagi Fremantle sambung beli souvenir dekat Fremantle Market & Megabes product.
– Minum petang dekat San Churro nak rasa churros famous dekat sini.
– Round bandar Perth and balik homestay.

Pinnacles Desert

DAY 4

– Hari keempat ini relax sikit bangun pukul 5 pagi, itu pun dah cerah macam pukul 7. Haha. By the way, Perth ini cerah awal & gelap awal. So be prepared.
-Harini planning beli jiwa anak-anak pulak, bawa mereka jumpa kangaroo & koala! Bukan budak-budak sahaja yang teruja, mak ayah makcik pakcik pun excited sama! First time nak jumpa kangaroo. Haha.
– Caversham Wildlife Park.
– Margaret River Chocolate, saja singgah sebab dekat-dekat sahaja and dapat merasa ice cream buat basah tekak. Jangan panic, ada sahaja halal ice cream dekat sini.
– Then terus ke tempat paling view cantik nak tengok daun keemasan berguguran musim Autumn ini, Raeburn Orchards, Roleystone. Ini ladang buah-buahan, mereka tanam pokok tersusun cantik sahaja. Dekat sini masuk berbayar and tak boleh pick buah sesuka hati. Owner kata sebab nak kekalkan kecantikan & ‘kesegaran’ buah-buahan mereka. Kalau geram macam mana sekali pun jangan suka-suka petik buah-buah mereka ok. Ikut laws. Jangan bawa perangai semborono anda. Kalau nak merasa buah fresh, anda boleh beli dekat situ.
– Balik singgah makan dekat Charcoal Chicken, Dianelle. Lamb ribs memang sedap sangat dan saya recommend anda try. Delicious sehingga menjilat jari!
– Sebelum balik homestay singgah lagi Coles, Woolworth & Big W topup stock coffee Dare & Barista nak bawa balik Malaysia. By the way, anda perlu take note mostly mall dan supermarket dekat Perth tutup operasi awal. Pukul 5 petang dah closed. Anda kena rancang betul-betul perjalanan seharian anda. Takut berkejar-kejar, sampai-sampai sahaja mall dah tutup.

Naturaliste Reptile Park

DAY 5

– Flight balik Malaysia pagi.
– Packing barang and siap-siap return kereta and terus ke airport.

Notes:

– Berkenaan imigresen di Perth International Airport, nak beritahu, mereka agak strict bab berkaitan makanan dan ubat-ubatan yang kita bawa dari Malaysia. Kalau anda ada bawa stock apa-apa makanan dan ubat better anda declare. Buat satu listing ubat, makanan dan quantity. Dalam flight anda akan dapat seorang satu declaration form, wajib tick (declare) bahagian foods dan medicine. Kalau terkantoi nanti leceh, bakal kena bayar denda. Bukan murah ok. Please alert apa makanan yang boleh dibawa dan tak boleh dibawa.

Sampai sini sahaja perkongsian percutian Perth musim Autumn saya dan family in laws ini. Hope pengalaman yang saya coret ini dapat membantu anda serba sikit mana yang dalam plan dan teringin nak merasa ke negara Perth dngan cara rancang sendri tanpa tour guide or agent. Semoga bermanfaat.

Rainbow Sea Containers


*Macam-macam juga kita boleh buat tanpa tour guide kan? Kalau dah ada itinerari seperti yang tertera di atas, travel ke Perth tidak mempunyai halangan besar dah. Dengan rancangan dan itinerari yang dah siap sedia, you are ready to go!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *