4 Tempat Menarik di Indonesia Berserta Itinerary Yang Perlu Anda Tahu
Indonesia mempunyai pelbagai tempat menarik untuk kita jelajahi. Terlalu banyak sehingga tak terkira. Ingin jelajah tetapi mempunyai budget tersendiri? Kebelakangan ini ramai masyarakat kita yang telah travel ke luar negara berkongsi pengalaman mereka. Anda boleh mengikut jejak mereka atau belajar sekiranya mereka memberi pengalaman yang berunsurkan pengajaran.
Jika anda ingin merancang percutian boleh lah rujuk artikel ini yang dikongsi oleh Tuan Al Hadi Mahusin. Beliau telah travel ke Indonesia pada Oktober yang lalu. Pelbagai tempat telah beliau jejaki dan tempat-tempat tersebut juga ada yang memerlukan wang ada yang percuma sahaja.
Trip budget kami ke Indonesia dapat jejak kaki ke Surabaya-Bromo-Malang-Yogyakarta dari 12 Oktober hingga 16 Oktober 2018. 5 hari 4 malam.
(8 Dewasa 1 kanak-kanak)
– Penukaran duit 3juta idr/ rates rm284=1juta idr (baki 600k idr)
– Flight+meal KL-SUB/YOG-KL RM370
– Supir saya ambil dengan Pranoto Didik cover dari Surabaya ke Bromo dan Malang. Harga boleh terus pm dia.
Pakej include:
1. Transport
2. Jeep Bromo
3. Ticket entrance
4. Homestay 1 malam di Bromo
– Tiket train Malang ke Yogya 165 idr/pax
– Hotel (Yogya) Malioboro Garden RM70/pax 3h2m
– Supir Yogya 1.5juta idr/8pax untuk 3 hari (boleh pm Muji Bkn Yg Dulu best price)
Hari Pertama
Flight Air Asia pukul 3.15PM.
Sampai di Surabaya pukul 5.05PM.
Supir jemput terus ke ole-ole Surabaya dan makan.
Selesai semua terus ke Bromo 3 jam perjalanan,. Sampai je check in homestay (homestay di Bromo memang pintu utama mereka tak tinggal kunci,just bagi kunci bilik seorang satu).
Hari Kedua
2.30 am supir datang ketuk pintu dan start tour Bromo:
-Bromo sunrise
-Kawah Bromo
-Bukit Teletubbies
-Pasir Berbisik
Sekitar jam 12pm balik homestay, breakfast dan check out pukul 1. Tunggu supir datang ambil untuk ke Malang pula. Jalan jem teruk so sempat pergi Kampung Warna Warni sahaja dan makan-makan depan train station.
8pm train ke Yogyakarta
Hari Ketiga
3.30AM Sampai Yogyakarta
Supir dah tunggu terus ke hotel untuk check in ,tapi malangnya tiada kosong lagi. Haha. Terus kita buat tour di Yogyakarta:
-Umbbul Punggok
-Kalibiru
-Pule payung
-Warung Sambal Special “SS” murah & sedap
Petang check in hotel, malam aktiviti bebas pusing-pusing area Malioboro Street ,survey barang-barang. Hotel dekat sangat dengan Malioboro Street.
Hari Keempat
4.30AM dah gerak ke:
-Sunrise Bukit Awan Panggok
-Jurang tembelan
-Rumah Hobbit
-Hutan Pinus
-Timang beach
-Lobster
-Hutan pinus pengger
-Hotel
Malam macam biasa pusing Malioboro Street beli apa yang patut. Haha.
Hari Kelima
7am terus gerak ke:
-Bakpia Pathok (ole-ole yogya)
-Puthuk setumbu
-Candi borobudur
Drop airport flight pukul 5.35PM
#ByebyeIndonesia
#HiMalaysia
Total all in RM1120 termasuk tiket flight,tiket masuk tempat-tempat menarik ,shopping dan makan.
– Tshirt beli di Borubudur dapat 7 helai 100k
– Keychain 10k 10pcs
*Surabaya, Malang, Yogyakarta dan Bromo merupakan antara tempat-tempat menarik di Indonesia. Macam-macam aktiviti boleh dibuat seperti yang tertera diatas kan? Pasti sesiapa yang berminat dengan Jonker Walk dan sebagainya akan berminat dengan Malioboro Street. Tempat-tempat yang diatas juga boleh membantu anda menenangkan fikiran dan menggalakkan anda untuk menikmati keindahan alam.
*Budget yang tertera juga tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu murah tetapi affordable. Jadi jangan sia-siakan, jika ada peluang untuk anda travel ke tempat tersebut, maka grab the chance before ianya hilang. Orang muda terutamanya pasti teringin menjelajah ke luar negara boleh lah refer arikel ini. Selamat menjelajah!