25 Tempat Makan Best di Kuala Terengganu Istimewa ‘Pujaan Hati Kanda Dan Dinda’
Negeri Terengganu Darul Iman ini sinonim dengan kawasan pulau dan pantainya sebagai sebuah destinasi pelancongan namun anda tertanya-tanya bagaimana pula dengan tempat makan?
Jika anda sedang mencari tempat makan best di Kuala Terengganu, artikel ini ada jawapannya. Terdapat banyak tempat sebenarnya yang best di Kuala Terengganu namun kami akan bantu anda senaraikan yang paling menjadi tumpuan.
1. Warung Pok Nong
Warung ini sangat popular dengan menu makanan laut yang dicelup tepung sebelum digoreng garing. Memang sangat sedap disantap panas-panas dan dicicah pula dengan sos yang pekat dimana ianya dipanggil ‘chollek’ oleh orang Terengganu. Pelbagai pilihan makan laut yang dicelup tepung yang boleh anda pilih termasuklah ikan pari, sotong, udang dan ikan kembung.2. Fauzi Nasi Kerabu
Nama Fauzi Nasi Kerabu ini sangat gah diperkatakan di Kuala Terengganu dan mata dunia kerana pernah tersenarai dalam top destinasi terpilih dalam World Street Food Congress. Selain tekstur nasinya yang lembut, anda juga dapat memilih lauk pauk yang anda suka untuk dipadankan bersama nasi Kerabu anda.Pengusaha gerai ini telah berkecimpung dalam perniagaan nasi kerabu sejak 30 tahun yang lalu maka tidak hairanlah jika nasi kerabunya sangat sedap dan mendapat tempat di hati para pengunjung. Ia adalah sebuah tempat makan best di Kuala Terengganu.
3. Gerai Kuih Muih Gong Kapas
Tempat makan best di Kuala Terengganu ini pula menyajikan pelbagai jenis kuih-muih yang sangat sukar di dapati di tempat lain. Tempat ini menempatkan sederet lot kedai yang semuanya hanya menjual makanan pemanis mulut. Aneka kuih muih tradisional yang berwarna-warni boleh diamati di sini.
4. Restoren Singgang Budu
Destinasi popular yang ideal buat anda mencari makan tengah hari adalah di Restoran Singgang Budu ini. Sesuai dengan nama restoren diberi, hidangan utama tempat makan best di Kuala Terengganu ini adalah singgang iaitu sejenis masakan pindang yang jarang ditemui di negeri lain.Terdapat pelbagai masakan singgang di sini yang boleh diperoleh termasuklah ikan singgang, daging singgang dan sotong singgang tetapi terdapat juga masakan lain yang menarik seperti masak lemak dan gulai.
5. Nasi Dagang Atas Tol
Orang Tempatan memanggil kedai ini sebagai Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur kerana lokasinya yang berdekatan dengan kubur. Tempat makan best di Kuala Terengganu ini dibuka pada waktu pagi seawal jam 6pagi hingga 11pagi sahaja.Minuman signature di sini adalah Teh Ais Madu atau dikenali juga sebagai Teh Ais Ombak Rindu kerana buihnya yang sangat tinggi pasti membuatkan sesiapa sahaja tertelan air liur melihatnya.
6. Nasi Dagang Kak Jah
Warung Nasi Dagang Kak Jah ini terletak di Bukit Besar. Selain popular dengan nasi dagang, menu lain yang tidak kurang hebatnya adalah Nasi Kunyit. Jika nak lagi ‘umphh’, orderlah Nasi Dagang vs Nasi Kunyit tambah telur ikan, memang terangkat untuk anda bersarapan pada waktu pagi sebelum meneruskan perjalanan makan angin di Kuala Terengganu.
7. Nasi Dagang Mak Ngah
Menu nasi dagang memang sangat popular di Kuala Terengganu oleh itu terdapat banyak gerai nasi dagang bagai cendawan tumbuh selepas hujan di sini. Nasi Dagang Mak Ngah mempunyai kelainan rasanya yang tersendiri. Menu popular di sini adalah Nasi Dagang Kahwin Mee Hoon, kedengaran seperti biasa tetapi apabila dikunyah memang rasanya sangat best dan wajib dicuba.
8. Air Buah Pak San
Jika anda menginap di sekitar Airport Kuala Terengganu, rugi rasanya jika anda tidak singgah ke tempat makan best di Kuala Terengganu ini iaitu warung Pak San. Lokasi ini sudah lama menjadi pujaan mereka yang menggemari air buah yang sedap dan banyak.Harganya juga sangat berpatutan. Terdapat banyak air buah yang boleh anda pilih antaranya mempelam, durian belanda dan nenas.
9. Nasi Kukus Sempoi Alias 2
Kebanyakkan menu di Kuala Terengganu adalah berasaskan ikan maka jika anda seorang yang tidak sukakan ikan, anda bolehlah melawat ke Nasi Kukus Sempoi Alias ini. Ramai pengunjung gemar menjamah makanan di tempat makan best di Kuala Terengganu ini.Yang menjadikan nasi kukus di sini lain dari yang lain adalah kerana kuah karinya yang sangat kaw-kaw pekat. Nasi kukus di sini sedap dijamah pada waktu tengah hari bersama minuman signaturenya Teh Ping Buih Aiskrim.
10. Restoren Mat Binjai
Kedainya tidaklah terlalu besar seperti gerai-gerai lain namun lauk-pauknya menjanjikan kesedapan yang luar biasa selain gerai ini mudah diakses dalam Bandar Kuala Terengganu. Pelbagai masakan kampung bersama ulaman boleh didapati di sini. Anda juga boleh merasa telur penyu yang rasanya berlemak masin di sini.
11. Dapo Pata Kontena
Mereka yang inginkan suasana makan malam yang unik dan lebih santai bolehlah datang ke restoren ini. Ia benar-benar terletak di tepi pantai dan kerana itu restoren ini menjadi salah satu tumpuan utama. Menunya yang bercampur-campur baik makanan santai, makanan melayu atau Western, membuatkan ramai orang suka berkunjung ke tempat makan best di Kuala Terengganu ini.
12. Restoren Lempeng
Tempat makan best di Kuala Terengganu ini terletak berdekatan dengan Kampung Rusila, Marang (Jalan Utama Kuala Terengganu). Menu popular di sini adalah Lempeng Kelapa atau dipanggil ‘nyor’ oleh orang Terengganu. Lempeng ini boleh dimakan bersama gulai atau bersama aneka lauk pauk kampung yang lain.
13. Aidilsroti
Aidilsroti menyajikan sejenis roti canai yang dimasak dengan caranya yang tersendiri. Hidangan yang menjadi sambutan hangat tempat makan best Kuala Terengganu ini adalah Roti Canai Goyang Gedik yang mana roti canainya dihidangkan dengan telur separuh masak di atasnya menjadikan tekstur rotinya lebih lemak berkrim sewaktu dikunyah. Kelainan roti canai di sini adalah kerana kuah karinya yang lebih rasa rempah kemanisan sesuai dengan selera orang Pantai Timur.
14. Air Buah Gelas Besar
Terletak di Kampung Seberang Takir dan digelar oleh penduduk tempatan sebagai air buoh pior. Menu utama tentulah air buah. Uniknya kedai ini menyajikan pelbagai saiz gelas untuk air buah seperti gelas berbentuk piala dan kasut boot.
15. Hot Hot Roti Canai
Gerai ini sesuai untuk orang Selangor atau KL yang biasa lepak mamak. Di Kuala Terengganu memang jarang sekali untuk anda menemui kedai mamak. Restoren ini menyajikan masakan ala mamak seperti roti canai, tosei dan Nasi Kandar.Makanan ini memang lebih spicy ala-ala masakan orang India maka ia tidaklah manis dipengaruhi oleh resipi orang Pantai Timur yang kebanyakannya adalah manis.
16. Oliva Café
Oliva Café adalah salah satu tempat makan best di Kuala Terengganu. Kedai moden ini sangat sesuai buat pengunjung yang sukakan masakan western. Pelbagai menu ala barat tersaji di restoren ini termasuklah steak, pasta, smoked duck olio, lamb chop dan mojito.Kepada yang datang berbulan madu di Kuala Terengganu, bolehlah bawa pasangan tercinta kesini untuk mendapatkan suasana yang lebih romantis.
17. NR Café
Bagi penggemar masakan Thailand, singgahlah ke NR Café ini yang terletak tidak jauh dari Airport Kuala Terengganu. Di restoren ini, anda boleh memesan makanan customized mengikut citarasa anda.Pengunjung boleh pilih sendiri makanan laut yang mereka suka sebelum memberinya kepada tukang masak dan memaklumkan kepada mereka jenis masakan yang anda mahukan. Terdiri daripada binaan buluh, tempat makan best di Kuala Terengganu ini sememangnya memberikan pengalaman yang sedikit berbeza berbanding restoren lain.
18. Hazlan Bistro
Hazlan Bistro merupakan restoren yang berkonsepkan dalam taman yang romantik. Jika anda bercuti secara berkumpulan, sudah tentu anda mencari tempat makan yang lapang dan mempunyai kemudahan yang lengkap kan? Tempat makan best yang dimaksudkan adalah Hazlan Bistro. Pelbagai jenis makanan daripada masakan Thailand, masakan barat, tradisional, semuanya boleh didapati di sini.
19. Simpunk Corner
Restoren yang meriah pada waktu malam ini berkonsepkan hipster. Di samping menikmati pelbagai hidangan barat, anda turut disajikan dengan persembahan busker untuk memeriahkan lagi suasana makan anda.Untuk mereka yang sukakan hiasan restoren yang kreatif dan unik, bolehlah singgah ke Simpunk Corner. Ia adalah tempat makan best di Kuala Terengganu yang wajib anda kunjungi.
20. Gudang Makang
Gudang Makang merupakan medan selera yang sangat besar menempatkan lebih daripada 15 gerai makanan. Lebih 70 menu makanan yang boleh anda pilih apabila ke sini dan pastinya anda akan rambang mata.Ruang parkirnya yang luas dan tempat makannya yang lapang membuatkan ramai pengunjung lebih senang untuk datang ke sini selain ada ‘live band’ sebagai hiburan anda ketika bersantap.
21. Biku-Biku Station
Masakan barat yang paling sedap dan murah terdapat di tempat makan best di Kuala Terengganu ini. Menu wajib istimewa yang menjadi buah mulut penduduk tempatan adalah Lamb Chop.Harganya hanya RM6.50 sepinggan. Terdapat juga menu lain yang murah seperti aiskrim, cheesecake dan nacho cheese yang wajib anda cuba.
22. Restoren Dbaung
Restoren ini sangat sesuai untuk pencinta ikan sungai seperti baung, patin dan talapia. Aneka makanan kampung dan ulaman serta budu boleh anda nikmati di sini.Rasa ikan yang masih segar membuatkan restoren ini sangat sesuai dijadikan destinasi makan tengah hari anda.
23. Kedai Makan Al Hijrah Oasis
Tidak dinafikan orang Terengganu memang sukakan masakan berasaskan ikan dan hidangan laut yang lain. Jika anda alah atau tidak sukakan makanan laut, anda boleh datang ke kedai ini untuk menikmati nasi ayam.Nasi ayam yang dijual di sini adalah lain dari yang lain kerana ianya unik dengan resipinya yang tersendiri seperti Nasi Ayam lada hitam dan nasi ayam Jepun. Terdapat juga menu lain yang enak iaitu nasi goreng kambing bakar, mee sup herba dan sebagainya.
24. Ahlan Restaurant
Restoran Ahlan ini memang sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Menu yang sangat popular di restoran ini adalah roti tempayan dan pelbagai pilihan kuah gulai. Selain roti tempayan, ada juga menu popular lain seperti nasi beriyani dan gulai dalca yang menjadi pilihan ramai pengunjung.
25. Nasi Lemak Womoh
Ttengah-tengah malam, jika perut anda tiba-tiba kelaparan, jangan risau kerana anda boleh mendapatkan Nasi Lemak Womoh walaupun pada waktu 2 atau 3 pagi. Waktu operasi tempat makan best di Kuala Terengganu ini dibuka dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi.Berbeza dengan nasi lemak orang-orang KL, nasi lemak pantai Timur ini berlaukkan ikan tongkol dan ianya lebih digemari oleh penduduk Kuala Terengganu. Lokasinya terletak di bawah rumah dan mempunyai ramai peminat yang setia. Nasi Lemak Womoh juga menjadi antara menu utama bersahur ketika tiba musim Ramadhan.
Sekarang sudah ada sedikit pencerahan tentang lokasi mana nak terjah makan sewaktu singgah di Kuala Terengganu? Semoga senarai di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang destinasi jalan-jalan cari makan bersama keluarga di sini kelak. Selamat bercuti!Jemput baca tempat honeymoon di Malaysia dan tempat bersejarah di Malaysia pula.
Rujukan: