17 Tempat Menarik Di Oman Paling Indah Untuk Anda Kunjungi
Ramai yang keliru antara negara Oman dan Yaman. Sebenarnya, kedua-dua negara ini adalah tidak sama dan berbeza. Oman adalah salah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di bahagian tenggara Semenanjung Arab. Ianya bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu yang letaknya pula adalah di sebelah barat laut.
Untuk pengetahuan anda, negara Arab Saudi berada di barat dan Yaman pula berada di barat daya. Lain dari yang lain, pasti anda tak sabar untuk mengetahuai tempat menarik di Oman ini. Tahukah anda, ibu negara Oman adalah Muscat. Pernah dengar?
Negara Oman bersaiz kecil iaitu lebih kurang seperti separuh dari Pulau Sumatera, Indonesia. Dalam negara yang kecil itu pula, sekitar 98.8% penduduknya adalah beragama Islam. Sememangnya ia adalah negara Islam yang boleh anda lawati. Jom lihat tempat menarik di Oman yang indah dan sesuai dikunjungi ramai ini.
1. Musandam Fjords
Semenanjung Musandam terletak di bahagian paling utara Oman, malah ia dipisahkan dari bahagian lain negara tersebut oleh Uni Emirat Arab.
Sepanjang berada di sini, anda boleh mengembara, menjelajah pantai, menaiki perahu tradisional Oman, scuba diving dan lain-lain lagi. Pasti cukup seronok sepanjang berada di sini!
2. Misfat al Abryeen
3. Muscat
Tiada alasan lagi untuk tidak keluar berjalan-jalan sepanjang anda berada di Muscat. Dari kejauhan pelabuhan Muscat, anda pasti terpegun melihat keindahan Istana Kerajaan Qasr Al Alam.
4. Wahiba Sands
Mereka yang menetap di Wahiba Sands ini adalah penduduk asli Oman dan orang Bedu. Semuanya di sini masih lagi berkonsepkan tradisional. Pelancong di sini boleh menunggang unta ketika berada di gurun pasir, pasti seronok mendapat pengalaman sedemikian. Anda juga boleh berkhemah di gurun.
5. Jebel Akhdar
6. Bahla
Antara tarikan yang terdapat di Bahla adalah Benteng Bahla yang telah ditubuhkan pada abad ke-13. Selain itu, Bahla terdiri daripada pelbagai jenis bangunan kuno yang diperbuat daripada batako dengan kepanjangannya hampir 7 mil.
7. Masjid Agung Sultan Qaboos
Tahukah anda, masjid ini memegang rekod kedua sebagai masjid dengan karpet buatan tangan terbesar di dunia. Ia memiliki keluasan bangunan kira-kira 40,000 meter persegi, malah masjid ini juga turut tersenarai dalam 11 masjid terbesar dan termegah di dunia. Hebat bukan?
Menarik lagi, ruang-ruang bahagian tempat solat yang terdapat di dalam masjid Agung Sultan Qaboos ini mampu menampung hingga 20,000 jemaah dalam satu masa. Selain keindahan dan kemegahan bentuk dan rekaan bangunan masjid ini, terdapat juga sebuah taman yang sangat cantik dan indah bakal membuatkan anda terpukau.
8. Salalah
Berkunjung ke sini tidaklah membosankan kerana terdapat festival yang disambut pada musim-musim tertentu. Antaranya adalah khareef yang diselenggarakan selama musim hujan di sini. Musim hujan selalunya antara Julai sehingga September. Anda boleh melihat gurun yang tandus kelihatan subur dan hijau, malah air terjun dan sungai akan turut mengalir. Ia juga disebut adalah Salalah Monsoon.
9. Mohammed Al Ameen Mosque
Tempat menarik di Oman ini sangat cantik dan kemas dimana dindingnya yang diperbuat dari marmar putih tampak amat kemas sekali. Luangkanlah masa anda ke sini untuk beribadat sekaligus menikmati keindahannya. Pasti ia amat menenangkan hati dan menggembirakan.
10. Benteng Jabrin
11. Al Hazm Castle
Pelbagai maklumat dan informasi disediaka di sini sebagai pelajaran untuk anda ikuti. Sudah pasti anda boleh memahami sejarah dan budaya Oman. Setibanya di sini, beberapa petugas istana akan menyambut anda. Pengembaraan ini akan menjadi sangat seronok dengan suasana istana ini ala-ala dalam filem mumia.
12. Istana Kerajaan Al Alam
Istana Kerajaan Al Alam ini sememangnya merupakan destinasi pelancong dalam dan luar negara. Selain menikmati keindahan bangunan dan keunikan tempat ini, anda boleh bergambar dengan bangunan yang menjadi kebanggaan penduduk di sini.
13. Royal Opera House
14. Khasab Fort
15. Yiti
Yiti adalah sebuah pantai yang sangat popular dalam kalangan penduduk setempat, tetapi pelancong juga sudah mengetahui dan mengunjungi pantai ini. Pantai ini menjadi tarikan ramai kerana keadaannya yang bersih, cantik dan nyaman. Lakukan aktiviti seperti berkhemah, berkelah adalah dialu-alukan.
16. Corniche
Berjalan-jalan atau berjogging sudah pasti merupakan aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Bersantai, mengambil udara segar tepi laut dan menikmati pemandangan dapat menenangkan anda di kota Muscat ini. Sesetengah pelancong akan mendapatkan bas dari sini untuk bersiar-siar di dalam bandar Muscat.
17. Muttrah Souq
Tempat menarik di Oman ini juga amat besar kawasannya, pasti puas anda berjalan-jalan dan membeli belah di sini. Oh ya, jangan lupa bawa duit yang banyak ya! Tidak sah kalau anda ke sini tidak membeli apa-apa, pasti ada sahaja barang yang dibawa pulang.
Lain-Lain Tempat Membeli-belah di Oman
Selain Muttrah Souq, terdapat beberapa tempat membeli-belah di Oman yang boleh anda kunjungi seperti Nizwa Souq, Haffa Souq dan Sinaw Souq. Jangan lupa juga masukkan senarai beli tempat seperti Kompleks Al Harthy, Kompleks Al Araimi dan Plaza Al Khamis sebagai tempat membeli-belah anda.
Itulah dia 17 tempat menarik di Oman dan tempat membeli-belah yang boleh anda kunjungi kelak. Buatlah persiapan awal untuk melawat tempat menarik di Oman, pasti ia merupakan kenangan amat bermakna buat anda. Jom baca juga tempat menarik di Flores Indonesia, tempat menarik di Eropah dan tempat menarik di Chiang Mai.