15 Tempat Menarik di Sydney, Australia Yang Menjadi Pilihan Ramai! [JOM TERJAH]
Sydney adalah sebuah bandar pelancongan yang terbesar di Australia yang menjadi pilihan ramai masyarakat seluruh negara dalam memilih lokasi percutian. Sydney mempunyai pelbagai destinasi menarik umpama bandar Melbourne, Victoria yang merupakan saingannya dalam sektor pembandaran, pelancongan dan ekonomi. Namun, lokasi Sydney yang terletak di pantai tenggaran Australia ini amat strategik dalam menjadikan Sydney sebuah “Bandar Pelabuhan” dek kerana ia terbina di sekeliling Pelabuhan Jackson.
Keseronokan berada di Sydney dalam musim dan cuaca yang berbeza memberi kelainan kepada anda yang ingin melancong ke tempat menarik di Sydney terutamanya dalam cuaca subtropika lembap, dingin dan musim panas. Ramai yang belum tahu bahawa terdapat banyak tempat menarik di Sydney yang menjadi pilihan ramai pelancong yang bertandang ke sini. Jom lihat senarai tempat menarik di Sydney yang menjadi pilihan ramai.
#1 Paddy’s Market, Hay Street
Paddy’s Market, Hay Street ini merupakan tempat menarik di Sydney yang menjadi pilihan ramai untuk anda mencuci mata melihat barangan yang dijual seperti cenderahati, gelang tangan dan rantai, kraftangan, pakaian, topi, kasut, aksesori, keychain dan macam-macam lagi. Harganya amat murah dan berpatutan malah terdapat juga barang makanan seperti buah-buahan, kudap-kudapan dan juga sayur-sayuran yang amat segar.Anda juga boleh singgah disini untuk makan-makan kerana banyak restoran halal yang disediakan disini. Paddy’s Market dibuka pada jam 10 pagi sehingga 6 petang, setiap rabu sehingga ahad sahaja. Haruslah anda datang disini untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga lebih rendah berbanding di tempat lain.
#2 Opera House, Sydney
Tempat menarik di Sydney yang menjadi pilihan ramai ini adalah sebuah Icon Dunia dan mercu tanda negara Australia. Opera’s House atau Panggung Opera ini berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan di jambatan Harbour Sydney sambil meneliti tarikan reka bentuk panggung opera yang seakan cengkerang laut ini.Pelbagai aktiviti seperti teater muzikal, opera, konsert orkestra, pameran, balet dan pelbagai lagi seni teater juga turut diadakan di Opera’s House ini.
#3 Blue Mountain National Park
Blue Mountain National Park membolehkan anda masuk secara percuma untuk melihat keindahan dan pemandangan sekitar tepi gaung yang kehijauan. Anda juga boleh mencuba Try Scenic World Park dengan AUD 38.00 untuk melakukan aktiviti ekstrem seperti walk-way didasar gaung, menaiki Scenic Cable Car dn juga menaiki kereta kabel yang paling cerun di dunia.
#4 Taronga Zoo, New South Wales
Berkunjung ke Taronga Zoo, New South Wales seolah-olah anda melihat show di dalam televisyen. Mana tidaknya, anda boleh melihat persembahan haiwan seperti anjing laut dan juga penguin disini. Banyak spesis haiwan yang boleh anda lihat disini dan sungguh ia amat tidak membosankan.Sekiranya anda mahukan keseronokan dan pengalaman menaiki feri sebelum ke Taronga Zoo, anda boleh mengambil feri dari Circulay Quay, kemudian menaiki kereta kable dari jeti sehinggalah ke pintu masuk Zoo.
#5 Bondi Beach, New South Wales
Bondi Beach yang terletak di New South Wales Australia ini adalah sebuah pantai terbesar di Sydney dan mempunyai pengunjung teramai setiap tahun dari seluruh dunia. Rugi jika tak datang ke tempat menarik di Sydney yang menjadi pilihan ramai ini. Anda boleh bermandi-manda, surf, menikmati udara segar dan pemandangan lautan biru, berjalan-jalan di tepi pantai serta melakukan aktiviti air.Selain meriah dengan sambutan pelbagai keraian di pantai ini, Bondi Beach juga terletak berdekatan dengan Galleri Seni yang boleh anda kunjungi. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai makanan mewah dan hotel menarik serta eksklusif disini.
#6 Sydney Fish Market
Sydney Fish Market terdiri daripada tempat makan seafood yang terkenal di Sydney. Sekiranya anda seorang kaki makan, rugi giler tak datang makan disini kerana anda boleh memilih pelbagai aneka makanan laut untuk santapan anda seperti jenis-jenis ikan, udang, sotong, belangkas, ketam dan lain-lain lagi.Makanan seafood fresh pilihan anda akan dimasak terus dengan segar dan sedap untuk dihidangkan kepada anda. Wow, rasa macam makan di hotel pula bertaraf antarabangsa pula, tak sabar nak makan ikan-ikan yang besar dan sedap. Setelah selesai menjamu selera, anda boleh berjalan-jalan di pasar basah untuk melihat ikan dan hidupan laut segar yang baru ditangkap.
#7 Sea Life Sydney Aquarium
Anda dijamin gembira setelah berkunjung ke Sea Life Sydney Aquarium yang mempunyai beribu-ribu hidupan laut umpama betul-betul di dasar lautan besar. Semua hidupan laut terdiri daripada sekecil-kecil hidupan laut sehinggalah yang terbesar iaitu ikan shark berlegar-legar mengelilingi anda di ruang aquarium.Sea Life Sydney Aquarium turut memberi keseronokan kepada anda dengan siaran dari 14 zone yang boleh anda lihat di dalam Aquarium ini. Antaranya adalah kolam Discovery Rock, Jurassic Seas, Teater Karang dan lain-lain lagi malah terdapat pelbagai jenis spesis ikan yang cantik, juga dugong dan penguin yang pastinya membuatkan anda terhibur disini.
#8 The University Of Sydney
Teringin nak masuk Universiti diluar negara? Masuk bercuti di sini pun tiada masalah, sekurang-kurangnya anda mendapat pengalaman untuk melihat universiti di Sydney yang mempunyai reka bentuk dan senibina cantik, teratur dan menarik contohnya The Quadrangle, salah satu kawasan dalam universiti ini. Landskap university of Sydney ini dibina dengan rapi sekaligus menampakkan reka bentuk bangunan english klasik dan seakan-akan bangunan sekolah dalam filem Harry Potter.
#9 Sydney Tower, Market Street
Menara Sydney yang merupakan tempat menarik di Sydney yang menjadi pilihan ramai memberi peluang kepada anda untuk menikmati pemandangan dari jarak yang tinggi dan anda boleh melihat semua kawasan bandaraya Sydney. Sydney Tower ini dikatakan seperti Menara Kuala Lumpur di negara kita namun ia berketinggian 268 meter rendah sedikit daripada menara KL.Dengan harga AUD 26.50 untuk orang dewasa, anda boleh masuk ke Observation Deck bagi meneroka keindahan panorama dalam menara Sydney. Anda juga boleh melihat pemandangan luar dengan lebih ekstrem lagi dengan menggunakan peralatan yang istimewa.
#10 Royal Botanic Garden Sydney
Seperti kisah fairy tale, pasti akan ada taman-taman indah, cantik dan menarik. Kota Sydney sangat romantis dan tenang dengan adanya Royal Botanic Garden ini. Anda boleh beristirehat dan menenangkan fikiran tatkala berkunjung ke sini. Bersiar-siar menikmati kehijauan dan keunikan tumbuh-tumbuhan yang berada dalam taman seluas 30 hektar ini memberi anda sesuatu nilai dan pengalaman yang cukup berharga.Untuk pengetahuan anda, pokok Wollemi Pine-the ‘Dinosaur Tree’ yang sukar ditemui juga dipamerkan disini. Taman Botanical Garden Sydney ini berdekatan dengan laut dan jauh dari segala bentuk pencemaran malah udara disini amat segar.
#11 Ferry Cruise
Ferry Cruise berada berdekatan dengan Sydney Harbor Bridge iaitu sebuah jambatan pelabuhan Sydney yang digelar ‘penyangkut baju’ kerana rupa bentuknya seakan-akan seperti penyangkut baju. Di Ferry Cruise ini, anda boleh memilih untuk menaiki feri pada waktu yang anda mahukan mengikut pakej yang telah disediakan. Antara pakej yang disediakan adalah Leisure Cruise, Sunset Cruise, Dinner Cruise dan Vivid Sydney Cruise.Pelancong juga boleh mendapatkan tempat penginapan atau hotel di kawasan yang terdekat dengan Feri Cruise ataupun Sydned Harbor Bridge. Malam-malam berkunjung ke sini, pasti anda bakal jatuh hati dengan pemandangan lampu malam bewarna warni dan ketenangan tempat ini.
#12 Featherdale Wildlife Park
Featherdale Wildlife Park adalah taman haiwan yang mempamerkan pelbagai jenis haiwan seperti kanggaro, koala, zirafah, penguin dan banyak lagi. Anda bukan sahaja boleh melihat semua haiwan yang ada disiini, tetapi anda juga boleh menonton persembahan haiwan yang diadakan disini dalam tempoh masa yang tertentu.Haiwan jenis reptilia dan eksotik juga boleh anda tunjukkan kepada anak-anak anda disamping menghiburkan mereka sambil mendapatkan ilmu berkaitan haiwan-haiwan. Anda juga boleh melihat beberapa jenis haiwan yang tertentu secara jarak dekat. Pasti anak-anak akan lebih gembira dan tak sabar menantikan saat bersama haiwan tersebut. Oh ya, parking di Featherdale Wildlife Park adalah percuma untuk anda.
#13 Taman Negara Ku-ring-gai Chase
Tak sangka rupanya Sydney juga mempunyai tempat yang membolehkan anda melakukan aktiviti laut yang mudah, seronok dan menghiburkan. Anda boleh bermandi-manda, berkelah, berperahu dan banyak lagi aktiviti. Sebagai tempat pelancongan dan tempat menarik di Sydney yang menjadi pilihan ramai, anda boleh berjalan-jalan di trek jalan yang terdapat di Ku-ring-gai iaitu di kawasan Terrey Hills dan juga Duffys Forest. Taman Negara Ku-ring-gai Chase membolehkan anda melihat ukiran batu dan seni-seni asal yang lain milik orang Asli disini.
#14 Cockatoo Island
Cockotoo Island atau pulau yang berada di tengah Harbour dan belakang Sydney Harbour Bridge ini merupakan sebuah pulau sejarah yang pernah menjadi penjara narapidana dan juga galangan kapal pada suatu ketika dulu. Anda boleh melihat pameran, informasi serta keadaan tempat ini malah anda juga boleh merasai pengalaman untuk menyewa khemah yang telah didirikan di pulau ini.Anda juga boleh bersiar-siar menaiki feri di sekitar Cockatoo Island serta melakukan pelbagai aktiviti air dan darat. Antara aktiviti darat yang boleh anda lakukan adalah bersukan, bersenam, bermain permainan tennis dan pelbagai lagi aktiviti yang disediakan untuk anda. Makanan dan penginapan anda juga mudah untuk didapatkan malah semuanya amat selesa dan menyeronokkan.