15 Tempat Bersejarah di Perak Sesuai Lawati Dan Jimat Kos
Perak Darul Ridzuan adalah salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan tempat-tempat bersejarah. Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada daripada segi ekonomi, pelancongan dan infrastruktur kepada rakyatnya.
1. Muzium Perak
Selain daripada pelbagai jenis koleksi dan pameran yang dipamerkan, bangunan Muzium Perak ini juga mempunyai keunikan dan kelainan seni binaannya yang tersendiri. Ia juga adalah pengaruh daripada bangunan masyarakat “moor” di India, dan ‘neo-classical” serta “Victorian” masyarakat di Eropah. Bagi anda yang meminati sejarah dan sebagainya, jangan lepaskan peluang untuk anda berkunjung ke Muzium Perak ini.
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am– 6.00pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa (RM 2.00) | Kanak-Kanak (Percuma)
2. Galeri Sultan Azlan Shah
Kemegahan dan keagungan Galeri Sultan Azlan Shah ini diterjemahkan melalui seni binaannya yang halus dan indah. Tempat bersejarah di Perak ini terus kekal berdiri teguh walaupun telah seabad dibina.
Pengunjung bukan sahaja dapat mengetahui sejarah, susur galur dan kehidupan sultan tetapi juga dapat melihat kehalusan ukiran-ukiran kayu dan kerawang besi berukiran bunga kemboja. Keseluruhan galeri ini semestinya akan menawan hati pengunjung yang gemar akan seni sebegini.
- Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 5.00pm) | Jumaat: 10.00 pagi – 12.15 tengah hari
- Dibuka semula: 2.45 petang – 5.00 petang
3. Kellie’s Castle
Walaupun bangunan ini sudah berusia 107 tahun dan tidak sempat disiapkan tetapi ia tetap terus kukuh hasil daripada pembaikan yang dijalankan. Untuk ke Kellie’s Castle, anda perlu menyeberangi jambatan yang telah dibina melintasi sungai Kinta.
Terdapat kemudahan seperti kafe, surau, tandas, kedai cenderamata dan tapak meletak kereta telah disediakan di sini. Kellie’s Castle menjadi kebanggaan penduduk Batu Gajah, Perak ini kerana keunikan seni binaan dan sejarahnya. Anda boleh bergambar di sini kerana bangunan ini berkonsepkan bangunan klasik.
- Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa (RM 5.00) | Kanak-kanak (RM 3.00) | Warga Emas (RM 4.00)
4. Muzium Arkeologi Lenggong
Tempat bersejarah di Perak ini tersenarai antara 953 tapak warisan dunia oleh UNESCO. Selain itu, bukti penemuan batu serpihan hentaman meteorit juga menjadi penyebab kepada pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.00pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00am – 5.00pm)
5. Menara Condong Teluk Intan
6. Batu Bertenggek
Terdapat nukilan yang tertera pada batu tersebut “At The Going Down Of The Sun And In The Morning. We Will Remember Them 1914 – 1918” untuk mengajak pengunjung bagi tidak melupakan keberadaan mereka di sini. Batu Bertenggek ini terletak berhadapan bangunan SKOMK di persimpangan Jalan Changkat Jong, Teluk Intan yang memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi monumen.
7. Stesen Kereta Api Ipoh
8. Kota Belanda
Pengunjung boleh melawati Kota ini secara percuma dan membayar tambang tiket. Anda juga tidak perlu risau jika datang ke sini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti gerai makanan, pakaian dan juga cenderamata untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.
9. Kompleks Sejarah Pasir Salak
Tempat bersejarah di Perak ini terbahagi kepada galeri Sejarah dan balai pameran yang mempamerkan sejarah peristiwa Pasir Salak, senjata, alat-alat pengangkutan, tembaga, pakaian dan banyak lagi. Terdapat bangunan yang sedia ada berhampiran seperti Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan dan tiga buah rumah kutai.
10. Muzium Beruas
Muzium ini memaparkan segala maklumat dan bahan kajian dalam bentuk sebenar seperti peta-peta, ilustrasi dan nota mengenai kegemilangan kerajaan Gangga Negara dan Beruas. Masuk ke muzium ini pula adalah percuma.
- Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)
11. Batu Bersurat Pulau Pangkor
Pernahkah anda ke tempat bersejarah di Perak ini? Selain daripada faktor sejarah, suatu yang unik tentang batu ini juga dikatakan oleh penduduk tempatan bahawa batu ini hidup kerana mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil dengan panjang 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.
12. Port Weld
Kawasan yang dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Matang ini merupakan hutan paya bakau yang diiktiraf oleh dunia sebagai ekosistem terbaik. Selain itu, di sini juga terdapat kepelbagaian hidupan liar bagi pengunjung yang cinta akan alam semula jadi untuk melihat dan terokai. Yang tinggal hanyalah pondok menjual tiket dan papan tanda sebagai simbolik kepada Port Weld.
13. Muzium Darul Ridzuan
Selain itu, terdapat dua buah kubu perlindungan serangan udara atau airaid shelter dibina pada tahun 1940. Jika anda ingin melihat dan mengetahui lebih lanjut latar belakang serta sejarah mengenai muzium ini, jangan lepaskan peluang anda untuk ke sini, masuk adalah percuma.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45am – 5.00pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)
14. Muzium Geologi
Terdapat beberapa sampel bijih timah menarik yang ditemui dalam lombong timah di Lembah Kinta, Perak yang turut dipamerkan. Di samping itu, tempat bersejarah di Perak ini turut memaparkan sumbangan geologi terhadap pembangunan sumber air bawah tanah, pembinaan infra struktur dan promosi warisan geologi Malaysia menggunakan ilustrasi grafik. Masuk ke muzium ini pula adalah percuma.
- Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 12.30pm) | Jumaat (9.00am – 12.00pm) (3.00pm – 4.30pm) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (Tutup)
15. Muzium Diraja Kuala Kangsar
Struktur bangunan ini terbahagi kepada dua iaitu di bahagian atas yang menempatkan singgahsana manakala di bahagian bawah menempatkan sebuah pejabat rasmi Baginda. Masuk ke sini juga adalah percuma.
- Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30am – 5.00pm) | Jumaat (9.30am – 12.15pm) (2.45pm – 5.00am) | Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am (9.30am – 5.00pm)