14 Hari 13 Malam – Itinerary Menarik Untuk Anda Yang Ingin Travel ke Jepun
Ingin travel ke Jepun? Ramai orang yang bekerja atau pesara akan travel waktu sekolah harian berjalan. Hal ini kerana tiket flight atau tiket apa-apa saja lebih murah pada waktu weekdays. Oleh itu, anda boleh survey harga tiket penerbangan (jika anda ingin ke luar negara) pada waktu-waktu seperti sekarang.
Perkongsian details trip ke Japan selama 14 hari. Cover Osaka – Kyoto – Nara – Kobe – Tokyo. Itinerary ke Jepun ini dikongsi oleh Tuan Den Helmi Mohd.
TRANSPORTATION RM915 / person
•Osaka Amazing Pass (OAP) untuk satu hari = 2,500Yen / person / day.
Pass ni boleh guna keliling Osaka untuk semua metro line unlimited untuk satu hari. Jimat sebab some places boleh guna pass ni untuk Free entrance.
•Kansai Thru Pass (KTP) untuk dua hari = 4,000Yen / person.
Pass ni boleh guna keliling Kansai area untuk semua metro line unlimited. Kami guna untuk ke Kyoto, Nara, Kobe & Osaka.
•Osaka daily train pass = 800Yen / person / day.
Once stranded, pass ni jimat untuk keliling Osaka untuk semua metro line. Untuk sightseeing sangat sesuai dan jimat! Tak kan duduk diam dekat rumah kan? Jalan lah selagi mampu.
•Bullet Train from Kobe ke Osaka = 1,500Yen / person / one way trip.
Sekadar nak merasa bullet train, kami ambil jarak yg paling dekat untuk jimatkan kos.
•JR Line Osaka ke Tokyo = RM333 / person / one way trip.
Actually, travel by bus lagi jimat, but since bus fully booked dan kami kena segera ke Tokyo, this is the second cheapest way untuk travel ke Tokyo. Agak penat sebab terpaksa tukar-tukar train tapi tak kan nak naik bullet train kan? Nama pon terkandas, kena lah berjimat.
•Tokyo daily train pass = 600Yen / person / day.
Once stranded, pass ni jimat untuk keliling Tokyo untuk semua metro line.
•Others = 2,210Yen / person.
Kadang-kadang, tak perlu ambil daily pass if nak menghala just untuk satu atau dua destination. So directly ambil one way ticket from one station to another.
MEAL sepanjang trip, RM389 / person
Macam-macam kami telan. Sebelum terkandas makan suka hati, selepas terkandas cari makanan untuk hidup, bukan untuk sedap tekak. Banyak convenient store (ala-ala family mart) dekat Japan. Most of them memang ada jual rice & seafood seperti shrimp. Harga boleh tahan, one pack boleh kongsi dua orang. Affordable & importantly kenyang. Ada tenaga nak jalan. Side food macam Onigiri 120Yen, and air buah dalam botol boleh beli dekat family mart. Instant ramen yang halal pun available. Shiowla
BEKALAN MAKANAN DARI Malaysia = RM180 / 4persons.
Japan is known as one of the high living cost country. Sebagai orang kelas yg tak berapa nak kelas tapi nak melancong juga, bekalan makanan adalah satu cara utk memastikan kelangsingan hidup. Sebab tu kena cari tempat tinggal yang senang untuk memasak. So jimat. Tapi hati-hati bawa makanan and semasa declaration dekat Airport once touchdown, sila study. Tak semua benda boleh bawak masuk negara orang ya.
POCKET WiFi = RM280 / 4persons / 14Days
Lucky kami sewa pocket wifi jenama MIYO dekat KLIA 2 instead of beli simcard sebab sewa tu kami extend sepanjang berada di Japan. Very convenience and connection is superb!
TRIP
Day 1 Aug 31st
Touchdown at KIX 09:30pm.
Beli tiket ke Namba Station dan check in rumah sewa dekat Shinsaibashi area.
Day 2 Sept 1st
Pass : Osaka Amazing Pass
Destinasi :
2.1 Osaka Castle. Free entrance guna OAP.
2.2 Osaka Museum
2.3 Tempozan Ferris Wheel. Free entrance guna OAP.
2.4 Santa Maria Cruise. Free entrance guna OAP.
2.5 Yodobashi Umeda
2.6 Umeda Sky Building. Free entrance guna OAP.
2.7 Dotonbori
2.8 Osaka Cosmo Tower. Free entrance guna OAP.
Day 3 Sept 2nd
Pass : Kansai Thru Pass (KTP)
Destinasi :
Kyoto
3.1 Arashiyama Bamboo Forest
3.2 Experience Romantic Train
3.3 Fushimi Inari Shrine
3.4 Gion, Shijo Kawaramachi, Nishiki Market
Day 4 Sept 3rd
Pass : Kansai Thru Pass (KTP)
Destinasi :
4.1 Nara
4.1.1 Nara Park. Inside the park have quite a number of attractions. Pekan ini dikeliling denganrusa.
4.2 Kobe
Setibanya di Kobe, kami travel menggunakan the bus city loop for Free.
4.2.1 Kobe Mosque
4.2.2 Kitano Ijinkan
4.2.3 Kobe Port Tower (Nakatottai Pier)
Return to Osaka naik bullet train. Untuk experience and feel je.
Day 5 Sept 4th
One day trip ke Universal Studio Japan (USJ)
USJ Ticket = RM279 / head, purchase at KLOOK.com
CANCEL DUE TO JEBI TYPHOON HIT OSAKA. STAY AT HOME sahaja. Lucky ada instinct untuk hold purchase ticket and plan beli on the spot dekat kaunter.
Malam tu makan Ramen Halal nearby Namba.
Day 6 & 7 Sept 5th 6th
Pass : Daily Pass
Terkandas dekat Osaka. Banyak masa bazir untuk contact AA & Tune protect & handle Airbnb untuk extend stay.
Ambil one day train pass untuk keliling Osaka. Just sightseeing purpose.
Day 8 Sept 7th
Travel from Osaka ke Tokyo, via JR line.
Masa on the way, survey stay dekat Tokyo and contact hostel via email.
Once reach Tokyo directly ke Haneda Airport untuk settlekan return ticket ke Malaysia. Unfortunately, only available at September 13th. Extend our stay dekat Tokyo.
Day 9 Sept 8th
Pass : Daily Pass
Checkout dan pindah ke tempat penginapan baru. Nasib orang terkandas, since previous hostel tu dah fully occupied.
9.1 Shibuya stree
9.2 Tokyo Tower
9.3 Ueno Market
Day 10 Sept 9th
Checkout dan pindah ke tempat penginapan baru.
10.1 Asakusa
10.2 Harajuku
10.3 Tokyo Mosque
10.4 Ueno Market
Day 11 Sept 10th
11.1 Ueno Park
11.2 Akihabara
11.3 Nomura Building, Shunjuku
11.4 Ueno Market
Day 12 Sept 11th
12.1 Odaiba
12.2 Roppongi
12.3 Ueno Market
Day 13 Sept 12th
13.1 Asakusa
13.2 Ginza
13.3 Tokyo Metropolitan Government Building
13.4 Ueno Market
Day 14 Sept 13th
14.1 Ueno & Asakusa
14.2 Akihabara
14.3 Road to Malaysia
Cost tak termasuk souvenirs & shopping. Itu saya suggest masuk dalam others sebagai personal expenses.
*Pelbagai tempat menarik kita boleh travel di Jepun kan? Walau terkandas sekali pun, kita boleh buat trip tu jadi worth the moment. So boleh lah book flight trip to Jepun dan menikmati kenangan bersama orang yang tersayang!