10 Tempat Menarik di KLCC Untuk Destinasi Percutian 2019 Anda
KLCC atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre adalah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang terkenal di seluruh dunia. Ia adalah sebuah kawasan bandar yang besar serta menjadi pilihan utama pelancong tatkala bercuti di wilayah Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan disini sambil bercuti dan menenangkan fikiran anda.
#1 KLCC Lake Symphony
#2 KLCC Aquaria

KLCC Aquaria adalah salah satu tempat menarik di KLCC yang mempamerkan pelbagai jenis spesis haiwan akuatik dan hidupan laut yang menarik dan menakjubkan. KLCC Aquaria bertaraf dunia dan terletak di tengah-tengah bandaraya ini amat hebat kerana ia mempunyai lebih dari 5000 spesis haiwan yang dipamerkan. Anda boleh membawa anak-anak atau murid-murid untuk bersiar-siar melihat hidupan Aquaria ini dengan lebih dekat. Sebaiknya, anda juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar untuk datang ke sini.
Selain dari ikan, mungkin anak-anak dan anda juga akan terhibur melihat telatah hidupan laut dan telur ikan yang bergerak-gerak serta situasi mereka di dalam akuarium. Antara hidupan haiwan yang boleh dilihat di sini adalah kuda laut, electric catfish, telur ikan jerung, ikan nemo, penyu, ikan pari gergasi, giant pacific octopus, sotong kurita dan juga coral yang berwarna-warni. Menarik kan?
Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah terowong bawah air sepanjang 90 meter di sini yang boleh anda lalui. Anda akan terasa seperti berada di dalam bawah laut kerana anda dapat menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut yang menakutkan dan ala-ala manja secara lebih dekat. Pasti anda akan terkejut dan seronok apabila ikan-ikan melintas di atas anda. Tambah-tambah lagi hidupan akuatik dan ikan gergasi seperti kerapu, ikan jerung dan banyak lagi.
#3 KL City Library
Boleh dikatakan KL City Library ini adalah perpustakaan yang bertaraf World Class gitu! Ada banyak kemudahan boleh anda gunakan seperti aircond, tempat duduk untuk belajar dan membaca, bahagian muzik untuk mendengar lagu dan lain-lain lagi. Buku-buku disini pun amat menarik iaitu buku yang bersesuaian untuk mereka yang darjah 6 sehinggalah dewasa dan warga emas.
#4 Kuala Lumpur Petronas Twin Towers
Anda boleh lihat bersiar-siar di bawah bangunan menara berkembar ini dimana terdapat lorong bersiar-siar dan berjogging, kolam air pancut dan juga taman permainan kanak-kanak. Taman KLCC ini mempunyai keluasan kira-kira 17 hektar, memang besar! Penginapan seperti hotel, sarapan, skybridge juga terdapat disini.
#5 Suria KLCC Mall
#6 Petrosains
#7 Dewan Filharmonik Petronas
Ya, Dewan Filharmonik Petronas juga adalah tempat menarik di KLCC yang sesuai untuk destinasi percutian dan lawatan anda. Di dewan ini, anda boleh melihat persembahan muzikal klasik dan jazz secara antarabangsa dan terbesar dari konsert lain. Ia adalah dewan bertaraf dunia dan pernah menjadi tuan rumah untuk persembahan seniman dan orkestra dunia. Dengan kapasiti 865 tempat duduk, ia amat selesa, luas dan besar untuk digunakan bagi pementasan persembahan jazz antarabangsa dan kebudayaan muzik serta tarian tradisional Malaysia.
#8 KL Tower Mini Zoo
Anda boleh membawa anak-anak datang ke sini untuk mengenali dan belajar tentang haiwan. Mereka pasti gembira disamping mendapat ilmu baru berkaitan haiwan. Oh ya, jangan lupa beli cenderahati sebelum anda pulang ke kampung halaman anda, bolehlah anda dapatkan cenderahati dulu di kedai yang dibuka disini. Antara barang cenderahati adalah keychain, tshirt dan macam-macam lagi.
#9 Planetarium Negara
Anda juga boleh melihat pameran mengenai sains angkasa seperti enjin angkasa Arianne IV, satelit pertama Malaysia ke angkasa, teleskop 14-inci (360 mm) dan lain lagi. Lebih menarik lagi, diluar Planetarium Negara ini anda boleh melihat Stonehenge mini.
#10 Menara Kuala Lumpur
- Sky Dek – Anda boleh melihat langit tinggi dari sini, sama ada nak teropong atau tidak, sky dek ini sudah membuatkan anda berada di tempat tertinggi di Kuala Lumpur.
- Sky Box – Tidak kurangnya dengan Sky Box, anda boleh masuk ke kawasan ala-ala kotak yang jernih cerminnya. Ia seolah-olah anda berada di atas langit tanpa ada bangunan. Hanya cermin lutsinar menampakkan bahagian bawah bangunan. Fuh, memang mendebarkan. Apa lagi, ambillah gambar untuk koleksi peribadi atau media sosial anda!
- Akuarium Blue Aqua – Tak sangka di tempat menarik sebegini pun masih ada Akuarium kan? Anda boleh melihat banyak haiwan laut pelbagai spesis berada disini seperti ikan badut api, ikan puffer, ikan laut, anemoni, jerung terumbu, ikan kardinal dan lain-lain lagi. Haiwan-haiwan ini berwarna-warna dan pasti menarik hati anda.
- Teater XD – Teater XD amat mendebarkan dan menyeronokkan kerana anda akan merasai seolah-olah teater itu adalah benar sedangkan anda hanya menontonnya. Anda boleh memilih beberapa simulasi 6D dan kemudian bersedialah untuk merasai pengalaman menontonnya!
- Terasa seperti artis pula bila datang makan di sini. Bukan apa, kata orang makan di dalam Menara Kuala Lumpur ini tidak sama seperti makan di luar sana kerana menunya amat sedap, menarik dan menyelerakan dan harganya pula memang sesuai dengan hidangan yang disajikan.
- Sambil makan, anda boleh melihat pemandangan luar yang cantik dan indah. Anda boleh dapatkan suasana yang romantik dan menyeronokkan dengan lampu siling gentian optik berputar serta bintang malam yang dihiasi cahaya bulan.
- Anda boleh memilih hidangan bufet untuk makan malam dan tengahari. Begitu juga dengan menu ala kart. Chef berpengalaman sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Pilih sahaja menu yang anda inginkan, mereka anda sentiasa memastikan anda berpuas hati dengan servis yang diberikan.