11 Rahsia Untuk Dapatkan Tiket Flight Murah
Ramai yang ingin travel ke luar negara atau ke Sabah dan Sarawak tetapi tiket penerbangan terlalu mahal. Ada yang sudah survey harga tetapi sewaktu ingin beli tiket harga dapat lebih sedikit dari yang diharap. Terpaksa tangguh percutian kerana bajet tak sama.
Oleh itu, Puan Nadia Anne telah sudi kongsikan tips untuk dapatkan tiket penerbangan murah bagi yang ingin travel dengan jimat. Semoga tips di bawah membantu anda di masa akan datang.
1. Awal vs Akhir
Bagi yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan berikut, ini helah yang mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan harga tiket murah.
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
2. Book pada hari Isnin, Selasa dan Rabu
Ahad malam Isnin untuk Airasia. Bermula 12.01 pagi. Selasa dan Rabu adalah hari terbaik untuk beli tiket flight kerana majority syarikat penerbangan akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7 malam.
Ini kerana mereka menganggap ramai yang akan menempah tiket pada hari minggu dan berdasarkan statistik, terbukti kebanyakan orang hanya belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
3. Follow media sosial dan website rasmi syarikat penerbangan
Jika anda memang follow page syarikat-syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter dan Instagram, senang untuk update setiap promosi yang mereka buat.
4. Cari ‘Best Deal’ untuk penerbangan antarabangsa
Selalunya, syarikat penerbangan akan tawarkan best deal kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Waktu ini perlu selalu check harga tiket kalau nak yang murah. Dah dapat flight ticket murah, jangan lupa pula check harga hotel yang berkualiti dan paling penting sangat-sangat murah.
5. 12 tengah malam
Ramai juga yang dah tahu waktu-waktu tertentu syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Jadi, ada yang sanggup tak tidur sebab promosi ini hanya akan bermula pada jam 12 tengah malam.
6. Lapangan terbang alternatif
Ramai yang tak tahu lapangan terbang Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan jarak 30 minit penerbangan.
Contohnya, lihat pada promosi di atas, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Jogja pula adalah serendah RP10ribu (RM4).
Jadi penting untuk anda tahu juga jarak di antara lapangan-lapangan terbang mengikut destinasi. Kemudian, pilih promosi yang sesuai dan paling penting, menjimatkan.
7. Clear cookies di browser
Clear kan terlebih dahulu cookies pada handphone, laptop atau PC sebelum melawat website penerbangan 30 hari sebelum itu. Melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan menganggap anda sudah tengok website mereka berulang kali.
Sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama walaupun anda dah masuk website itu berulang kali. Kadang-kadang, harga lebih tinggi pun ada. So, amalkan tabiat clear cookies ini pada browser internet anda.
8. Buat perbandingan harga
Nak murah perlu rajin sikit. Jangan malas untuk bandingkan harga tiket di website-website yang lain. Jangan terkejut kalau anda terjumpa harga tiket yang jauh lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama.
Berikut adalah search engine yang kerap digunakan untuk travel:
a. Skyscanner
b. CheapFlight
c. Momondo
d. Kayak
e. Google Flight
f. Ita Software
9. Kejar harga bukan destinasi
Teringin sangat nak pergi Jepun. Tiket ke Tokyo (RM329) dan Osaka (RM299). Jadi, kenapa perlu pilih Tokyo saja sebab setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. So, buatlah pilihan dengan bijak.
10. Jadi pelanggan setia
Orang yang setia akan selalu ada ganjarannya. Hehe! Kesetiaan kepada sesebuah syarikat penerbangan pastinya lebih berbaloi apabila kita mendapat reward, keistimewaan penumpang dan lain-lain.
11. One-way ticket
Apabila menempah tiket, syarikat penerbangan pasti tahu yang kita akan pulang. Waktu inilah mereka nak dapatkan keuntungan lebih banyak. Untuk mengaburi mata mereka, tempah promosi satu arah dan untuk tiket penerbangan balik, dibuat selepas itu.
*Wah, mudah kan? Sekarang semua boleh pergi melancong luar dan dalam negara dengan harga tiket yang murah. Dengan tips-tips diatas, anda boleh ajak rakan-rakan atau keluarga travel bersama. Selamat menjelajah!
Rujukan:
Post Fb : https://www.facebook.com/nadia.anne.581/posts/292918574940252