15 Tempat Viral di Ipoh Paling Best
Tahukah anda tempat viral di Ipoh menjadi tumpuan ramai sama ada sewaktu hujung minggu atau tidak? Ipoh menjadi salah satu lokasi untuk bercuti terutama di kalangan remaja.
Bukan sahaja ada banyak tempat menarik, malah ada makanan viral dan unik yang boleh dijumpai di kawasan ini. Tempat-tempat ini juga mudah untuk diakses sama ada dengan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.
Jika sebut tentang Ipoh, pasti Lost World of Tambun yang berlayar di fikiran. Namun, kini lebih banyak tempat menarik yang menggambarkan kepelbagaian adat dan budaya warga setempat.
Buat anda yang mencari tempat viral di Ipoh, ini senarai tempat yang boleh anda masukkan ke senarai tempat yang perlu anda kunjungi jika ke Ipoh.
Tasik Cermin
Ramai yang tidak tahu Tasek Cermin ada dua lokasi iaitu Tasek Cermin 1 dan Tasek Cermin 2. Namun kedua-dua lokasi ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Tasek Cermin 1 dengan harga tiket RM 4 sahaja dan anda boleh menyelusuri Miners Tunnel untuk sampai ke Floating Deck, iaitu tarikan utama di Tasek Cermin.
Jika ingin merasai pengalaman menaiki bot, anda perlu menaiki dari Tasek Cermin 1 dengan serendah RM 18 sahaja. Banyak input yang boleh anda dapatkan sepanjang perjalanan menaiki bot tersebut.
Nak menaiki bot dari Tasek Cermin 2 pun boleh dan anda perlu datang pada awal pagi. Di Tasek Cermin 2 pengunjung boleh berehat sebentar di kafe yang disediakan. Banyak menu menarik yang dijual.
Alamat: Tasik Cermin, 31350 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-6.00 pm)
Concubine Lane
Salah satu tempat viral di Ipoh yang menjadi sebutan ramai termasuk di kalangan pelancong semestinya Concubine Lane. Banyak menu viral yang terdapat di sini termasuklah kuih titisan hujan, tanghulu, jelly ball dan cheesy fries.
Ice cream ball atau ais kepal dan Kuma iaitu roti bakar cheese yang berwarna-warni antara yang popular di Concubine Lane. Banyak lagi makanan viral yang perlu anda cuba. Namun pastikan perut anda kosong sebelum ke sini agar anda dapat mencuba kesemuanya!
Banyak juga aksesori dan cenderamata dijual dengan harga yang berbaloi. Bukan itu sahaja, bergambar di Concubine Lane menjadikan gambar anda lebih estetik.
Alamat: 2, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-6.30 pm)
Ipoh Night Market
Pada sebelah malam pula, ramai yang akan lepak di Ipoh Night Market. Di sini juga banyak makanan viral yang sedap dan perlu dicuba. Antaranya adalah Tomyam Goong Bangkok dan Nasi Khao Mok terkenal dari Niase.
Selain puluhan menu yang ada, pengunjung boleh duduk di ruangan makan yang banyak sambil menonton persembahan muzik secara langsung dari band tempatan. Apabila sudah selesai makan, barulah seronok untuk mencuci mata sama ada membeli pelbagai barangan ataupun menyertai beberapa aktiviti hiburan yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.
Alamat: Lot 158408, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, 30350 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-12.30 am)
Gua Kek Look Tong
Gua Kek Look Tong adalah salah satu tempat rekreasi terkenal di Ipoh. Datang sahaja ke sini, anda dapat melihat pemandangan gua batu kapur yang sangat luas.
Apa aktiviti yang boleh dilakukan di sini? Anda boleh menaiki bot itik dan menyelusuri tasik bersama yang tersayang. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh berbasikal mengelilingi kawasan setempat. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk memasuki Gua Kek Look Tong kecuali untuk menyertai beberapa aktiviti yang ada.
Berada di sini membuatkan pengunjung berasa nyaman dan tenang. Pemandangannya turut memukau setiap mata yang memandang. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini!
Alamat: Persiaran Sepakat 3, Taman Endah Jaya, Ipoh
Waktu operasi: Setiap hari (7.00 am-6.00 pm)
Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
Ada yang mencari tempat ootd yang viral di Ipoh? Jom ke Qing Xing Ling & Cultural Village yang mempunyai banyak sudut instha-worthy!
Selain bergambar, pengunjung juga boleh memberi ikan makan dan berbasikal mengelilingi kawasan setempat. Pakai pakaian tradisi dan bergambar di sini lebih cantik untuk bergambar dengan pelbagai latar ala-ala retro.
Tak cukup dengan itu, ada beberapa replika 3D yang besar dan cantik. Tiket masuk sangat berbaloi iaitu RM 12 untuk dewasa manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.
Alamat: Persiaran Pinggir Rapat 5A, 31350
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.30 am-5.00 pm)
Gunung Lang
Gunung Lang atau Taman Rekreasi Gunung Lang juga antara tempat viral di Ipoh. Antara yang menjadi tumpuan di sini semestinya air terjun buatan manusia yang cantik dan tertinggi di Malaysia.
Ramai yang ke sini dan menaiki bot untuk ke satu lagi kawasan tarikan pelancong yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke pulau. Di kawasan pulau kecil ini, ada beberapa rumah tradisi dan beberapa haiwan jinak seperti kuda dan rusa. Harga tiket bot hanya RM 3 untuk dewasa manakala RM 1.50 untuk kanak-kanak dan warga emas.
Jika ada yang tidak mahu menaiki bot, pengunjung juga boleh mengunjungi petting zoo berdekatan air terjun buatan manusia. Di sini lebih banyak haiwan jinak dan unik yang menarik perhatian ramai.
Alamat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pm-6.00 pm)
Platform 1/2 Harry Potter
Nak feeling ala-ala di Hogwarts? Jom ke Platform 1/2 Harry Potter yang merupakan sebuah kafe unik bertemakan filem dan novel terkenal ini. Bagi peminat Harry Potter, anda memang patut datang ke sini!
Pengunjung juga boleh menyewa set uniform Hogwarts School tau! Baru boleh bergambar dengan real! Latar yang disediakan juga sesuai dengan gaya-gaya Harry Potter. Jika ada yang tidak tahu, Platform Harry Potter berada berdekatan Concubine Lane.
Alamat: 22, Panglima Ln, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Isnin-Khamis (11.00 am-6.30 pm) | Sabtu & Ahad (10.30 am-6.30 pm)
Gerbang Malam
Gerbang Malam Ipoh merupakan pasar malam lambak terbesar di Ipoh. Menjelang malam, tempat ini memang meriah dengan kedatangan pengunjung tempatan dan pengunjung dari luar negeri. Pelbagai barangan dan perkhidmatan ada di sini.
Pengunjung boleh dapatkan baju, kasut, aksesori dan barangan antik di Gerbang Malam ini. Jika badan terlalu setelah berjalan seharian di Ipoh, apa kata anda berhenti rehat dan berurut di sini.
Alamat: Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (6.00 am-12.00 pm)
Canning Dim Sum
Siapa tak kenal Canning Dim Sum, port makan dim sum yang terkenal bukan sahaja di Ipoh malah di Malaysia tau. Terbaru, Canning Dim Sim telah membuka lagi satu cawangannya iaitu Dim Sum Discovery.
Konsep Dim Sum Discovery lebih menarik kerana ada dapat makan sambil melihat kilang pembuatan dim sum. Lebih menarik anda juga dapat menyertai kelas membuat dim sum dengan bayaran yang sangat berbaloi!
Pelbagai jenis dim sum anda boleh dapatkan di sini dengan aneka bentuk dan rasa yang enak. Masuk sahaja restoran, anda pasti terpukau dengan dekorasi restoran yang memukau. Sesuai juga untuk dijadikan port ootd.
Alamat: 26, Hala Rapat Baru 21, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta Jaya, 31350 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Rabu-Isnin (8.00 am-4.00 pm)
Plan B
Alang-alang singgah di Concubine Lane, jangan lupa singgah juga di kafe paling estetik di Ipoh iaitu Plan B yang betul-betul berada berdekatan Concubine Lane. Selain makan, ramai juga yang datang ke sini untuk bergambar.
Pelbagai menu ditawarkan yang terdiri daripada menu tempatan dan menu barat. Dari dekorasi kafe sehinggalah persembahan makanan yang dihidangkan, memang tip top!
Alamat: 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Funtasy House Trick Art
Funtasy House Trick Art merupakan muzium 3D terbesar di Ipoh. Jika anda tanyakan tentang port ootd di Ipoh, ini adalah salah satu tempat yang berbaloi untuk dikunjungi.
Terdapat lebih 30 latar dengan tema berbeza untuk anda ootd dengan pelbagai gaya yang tak terjangkau dek akal. Apa yang pasti, gambar anda akan kelihatan seperti di situasi yang sebenar dalam filem tau!
Alamat: 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 am-6.00 pm)
Kinta Riverwalk
Kinta Riverwalk antara tempat tebaru dan viral di Ipoh. Nak lebih meriah, datang pada waktu malam kerana tempat ini dihiasi dengan lampu berkelipan dan penuh dengan aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa.
Tiga buah jambatan ikonik merupakan salah satu tarikan yang mendapat perhatian ramai seperti jambatan glow in the dark. Dah penat berjalan-jalan, nak cari tempat makan memang sangat mudah. Banyak port makan berdekatan yang boleh anda kunjungi.
Alamat: Ipoh, Perak
Waktu operasi: 24 jam
Kellie’s Castle
Rumah agam ini sangat terkenal dengan kisah mistik di Ipoh. Kellie’s Castle menjadi salah satu tempat menarik di Perak yang boleh anda kunjungi. Ramai yang ke sini untuk mengetahui sejarah bangunan unik ini.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang ke sini untuk bergambar! Terletak di Batu Gajah, rumah agam ini mempunyai pelbagai kisah misteri, percintaan dan tragedi. Pada awalnya, Kellie’s Castle adalah milik William Kellie Smith iaitu seorang jurutera dari Scotland. Nak tahu apa lagi kisah disebalik rumah agam ini, jom kunjungi Kellie’s Castle.
Alamat: Lot 48436, Kompleks Pelancongan Kellie’s Castle, KM 5.5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak
Waktu operasi:Khamis-Selasa (9.30 am-5.30 pm) | Rabu (11.00 am-5.30 pm)
Bulatan Aman Jaya
Selain Kinta River Walk, Bulatan Aman Jaya atau Bulatan Sultan Azlan Shah juga menjadi port lepak ramai pengunjung. Menjelang petang hingga malam, Bulatan Aman Jaya menjadi lokasi paling meriah untuk lepak.
Banyak gerai-gerai makan dan food truck pada waktu malam. Kereta dan basikal neon menjadi salah satu tarikan untuk dewasa dan kanak-kanak bermain. Nak lebih seronok, bawa tikar atau kerusi healing dan anda boleh bersantai sambil makan!
Antara tarikan lain adalah taman permainan kanak-kanak dan litar go cart! Jom lumba kereta bersama yang tersayang!
Alamat: 5, Jln Meru Bestari A14, 31200 Ipoh, Perak
Ipoh Santorini
Di Ipoh juga ada Santorini tau! Ipoh Santorini merupakan sebuah penginapan yang berkonsepkan bangunan di Santorini yang serba putih dan biru. Masuk sahaja perkarangan Ipoh Santorini, pasti pengunjung terpukau dengan dekorasi luaran dan dalamannya.
Antara kemudahan dan tarikan disediakan oleh Ipoh Santorini adalah kolam renang yang boleh diakses dari pintu bilik, ruang bermain dan banyak port ootd yang cantik!
Kelihatan sangat mewah namun harga yang ditawarkan sangat berbaloi! Kaki ootd pasti suka menginap di resort yang instagrammable.
Alamat: 7, Lengkok Tambun Permai 2, Taman Tambun Permai, 31400 Ipoh, Perak
Macam mana dengan pilihan tempat viral di Ipoh yang tersenarai di atas? Menarik kan? Nak bercuti ke Ipoh dan melawat kesemua tempat dalam satu hari memang tidak puas.
Rancang perjalanan anda ke sini sebaiknya agar anda dapat menikmati kesemua tarikan dengan sempurna. Tunggu apa lagi? Jom rancang bersama yang tersayang! Selamat bercuti!
Dah ada di Perak, jom ke tempat menarik dan viral yang lain di negeri ini seperti Nasi Bamboo Sungai Klah, tempat makan best di Ipoh dan tempat menarik di Gopeng.