12 Tempat Menarik Di Pulau Nami Itenari Percutian Anda
Pulau Nami atau nama sebenarnya adalah Namiseom merupakan sebuah pulau berbentuk setengah bulan yang terletak di Chuncheon, Wilayah Gangwon, Korea Selatan. Tahukah anda, bentuk bumi tanah di sekeliling pulau ini dikelilingi oleh air Sungai Han Utara kerana terdapat pembinaan Empangan Cheongpyeong.
Siapa sangka Pulau Nami yang sedikit jauh dari Seoul ini mempunyai tarikan semulajadinya yang tersendiri. Dengan menaiki feri ke sini, anda boleh memilih untuk datang pada musim yang anda mahukan memandangkan terdapat 4 musim yang berubah-ubah. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Nami idaman ramai.
1. Metaseqouia Lane
Metaseqouia Lane adalah sebuah jalan atau laluan umpama taman yang begitu indah biarpun 4 musim melanda. Sama ada musim salji, musim luruh dan lain-lain lagi, anda boleh melihat Gingko Tree Land dan bergambar.Pada musim luruh, tarikan di sini adalah Gingko Tree Land yang berwarna kuning lembut manakala pada musim bunga pula, anda boleh melihat keindahan Cherry Tree Lane yang tumbuh mekar.
2. Taman Pulau Nami
Taman Pulau Nami sangat sesuai dikunjungi ramai bagi beriadah dan bersantai. Anda boleh menyewa basikal di sini dan menaiki sekitar taman ini. Terdapat juga basikal yang sesuai untuk anda membawa anak kecil. Sambil bersiar-siar, ambillah gambar kenang-kenangan di tempat menarik di Pulau Nami ini.3. Pantai Pulau Nami
Siapa sangka di Pulau Nami tiada pantai? Di sini merupakan pulau yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti sukan air seperti water ski, jet skit, bot kayuh dan macam-macam lagi. Airnya sangat sejuk dan dingin, namun ia menjadikan aktiviti anda lebih seronok. Jangan asyik berjalan-jalan di taman sehingga lupa berhibur di pantai!4. Garden of Morning Calm
Jika anda sukakan taman bunga, Garden of Morning Calm ini adalah tempat yang sesuai untuk anda bersiar-siar. Banyak tumbuh-tumbuhan dan bunga yang indah boleh anda lihat. Perjalanan di sini membolehkan anda meluangkan masa bersama yang tersayang serta mengeratkan lagi hubungan anda. Jangan lupa bergambar berlatar belakangkan taman indah ini!8. Nami Island Handicraft Studio
Nami Island Handicraft Studio dan Yu Qing Cheng’s Happy Garden Sculpture Gallery adalah antara galeri seni yang unik dan menarik. Tempat menarik di Pulau Nami ini berbentuk bangunan setingkat yang terletak bertentangan dengan Baplex.Anda juga boleh melihat pertandingan tahunan Nami Concours yang dianjurkan oleh mereka malah ia juga sering disertai oleh pelukis dari seluruh dunia. Jika anda pernah ke Rumah Pak Yusof Gajah dan mengenali mereka, mereka juga merupakan salah seorang jurinya.
Menarik sungguh kerana karya bagi para pemenang akan dipamerkan di galeri tingkat atas Picture Book Library. Anda juga dapat menyaksikan perarakan pancaragam maharaja zaman Joseon sebagai persembahan menarik pada hujung minggu.
9. Picture Book Library
Tempat menarik di Pulau Nami sesuai untuk membawa anak-anak adalah Picture Book Library. Ia adalah sebuah perpustakaan anak-anak yang membolehkan mereka membaca buku, melukis dan mewarna. Anak-anak boleh ke sini sementara ibu bapa solat di surau tingkat atas.10. Bilik Yusof Gajah
Terdapat sebuah projek hasil kerjasama Langkawi, Malaysia dengan Pulau Nami dan ia dinamakan Langkami. Ia merupakan sebuah bilik khas untuk pelukis tersohor Malaysia iaitu Yusof Gajah.Beliau sebenarnya telah diiktiraf sebagai warganegara Nami Island bertaraf VIP, jadi jangan terkejut kenapa wujudnya bilik ini dan menjadi salah sebuah tempat menarik untuk anda lawati di Pulau Nami.
11. Cheongpyeong Lake
Tasik Cheongpyeong mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ia merupakan sebuah tasik tiruan yang dibentuk dari pembinaan Empangan Cheongpyeong di Sungai Bukhangang, Cheongpyeong, Gapyeong County, Wilayah Gyeonggi, Republik Korea.Anda juga boleh bersiar-siar berhampiran Cheongpyeong Lake ini. Terdapat sebuah taman hiburan atau taman rekreasi serta beberapa rumah musim panas boleh anda kunjungi.
12. Octopus Bibimbap di Asian Cuisine
Terdapat restoran makanan halal yang boleh anda singgah di sekitar tempat menarik di Pulau Nami ini. Antaranya adalah Asian Cuisine yang terletak di bangunan Baplex. Kedai makan ini menyediakan pelbagai hidangan Asia halal 100% oleh pihak Korean Muslim Federation. Anda boleh merasai makanan korea seperti bulgogi dan bibimbap.Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Nami harus ada dalam itenari anda. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Madura, tempat menarik di Pulau Ko Yo, tempat menarik di Pulau Marina dan tempat menarik di Pulau Manukan.