Bandaraya Bersejarah! Ini Dia 22 Tempat Menarik Di Melaka Buat Anda Sekeluarga.
Melaka adalah sebuah negeri yang kaya dengan sejarah Melayu. Apa yang lebih membanggakan, negeri Melaka telahpun diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya. Walaupun keluasan negeri ini tidaklah sebesar negeri-negeri lain di Malaysia, tetapi Melaka mempunyai terlalu banyak tempat menarik yang boleh anda lawati. Tidak hairanlah negeri ini terutama sekali di Bandar Melaka seringkali mengalami kesesakan lalu-lintas pada musim cuti sekolah. Ramai pengunjung bukan sahaja dari dalam tetapi juga luar negara yang bercuti di Melaka untuk melawat tempat-tempat menrik yang ada di Melaka.
1) Taman Rama-Rama & Reptilia
Taman Rama-Rama Melaka ini dekat sangat dengan Simpang Tol Ayer Keroh. Di taman rama-rama ini, anda lihat lebih daripada 20 spesis rama-rama. Pelbagai saiz, bentuk dan warna. Taman ini juga terjaga rapi dan bersih. Taman ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu, rama-rama, taman reptilia, taman ikan koi dan tempat bergambar.
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka, Malaysia
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.30pagi – 5.30petang)
Harga Tiket: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16
2) Taman Buaya
Taman Buaya sudah beroperasi sejak 1987. Kawasan kurungan buaya ini di reka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini. Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi. Antara tarikan lain yang terdapat di Taman Buaya ini ialah rumah mamalia dan rumah reptilia.
Lokasi: Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Isnin – Khamis: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10 | Jumaat – Ahad: Dewasa RM18 | Kanak-Kanak RM13
3) Taman Burung Melaka
Sudah lihat rama-rama dan buaya, kini anda boleh melawat ke Taman Burung Melaka pula. Taman Burung Melaka ini berhampiran dengan Taman Botani Melaka. Di sini anda dapat melihat burung berterbangan bebas dan jika anda bernasib baik mungkin berpeluang untuk bermain denga burung tersebut.
Lokasi: Melaka Bird Park, Taman Botanikal, Lebuh Ayer Keroh 75450, Melaka
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00apagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM11.85
4) Zoo Melaka
Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi ‘habitat’ kepada 215 spesis haiwan yang berbeza. Pelbagai jenis haiwan yang anda boleh lihat di zoo ini seperti harimau, rusa, landak, ular dan lain-lain lagi. Yang paling istimewa adalah, anda juga berpeluang untuk melihat Badak Sumatera dan Gajah Kecil Asia yang hampir pupus dengan lebih dekat. Anda boleh berjalan sekeliling zoo untuk melihat haiwa-haiwan ini atau anda juga boleh menaiki trem yang disediakan di sini.
Lokasi: Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM17.80 | Kanak-kanak RM7.10
5) Melaka Wonderland Theme Park
Jika anda bercuti di Melaka bawa anak-anak kecil, pastilah anak-anak ini akan suka bila dapat luangkan masa ke taman tema air. Di Melaka terdapat banyak taman tema air, antaranya ialah Melaka Wonderland Theme Park. Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.
Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00pagi – 7.00petang) | Sabtu – Ahad (9.00pagi – 7.00petang)
Harga Tiket: Isnin – Jumaat: Dewasa RM36 | Kanak-Kanak RM29 | Sabtu & Ahad: Dewasa RM40.50 | Kanak-Kanak RM34
6) A Famosa Resort
A’Famosa Resort ini mempunyai 2 taman teman yang menarik. Pertama adalah A’famosa Water Park yang bergelar taman tema air terbesar di Malaysia. Di bahagian ini terdapat Kids Adventure Party Pool dan anda pula boleh mencabar diri di gelongsor air High Speed Slides. Taman tema kedua pula bertema safari dan diberi nama Safari Wonderland. Di sini anda berpeluang untuk melihat gelagat lucu haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.
Lokasi: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00pagi – 7.00petang) | Sabtu – Ahad (9.00pagi – 7.00petang) | Selasa (Tutup)
Harga Tiket: Dewasa RM69 | Kanak-kanak RM55
7) Bayou Lagoon Theme Park
Bayou Lagoon merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah. Semua di dalam tempat yang sama. Jika anda menginap di sini, anda akan dapat tiket ke Bayiu Lagoon Theme Park secara percuma. Namun, bagi pengunjung yang tidak menginap di sini, anda boleh dapatkan tiket di kaunter taman tema.
Lokasi: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 7.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM28 | Kanak-kanak RM20
8) The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower adalah bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Jika anda ingin melihat panorama sekitar Bandar Melaka, anda bolehlah ke tingkat 42 bangunan ini. Tetapi, ia bukan seperti dek pemerhati di Menara Kuala Lumpur ya. Anda perlu beranikan diri kerana di sini, anda perlu berjalan di lantai kaca lutsinar. Seolah-olah anda sedang berjalan di atas angin. Anda akan dapat melihat pemandangan di bawah anda terus melalui lantai kaca tersebut. Sekiranya anda gayat, lebih baik elakkan. Tapi, sekali-sekala cabar diri, apa salahnya. Kalau tak cuba, anda pun takt ahu sama ada anda boleh atasi perasaan gayat anda itu.
Lokasi: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30pagi – 9.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18
9) The Shore Oceanarium
Di dalam bangunan yang sama, The Shore turut menyediakan tempat menarik iaitu The Shore Oceanarium iaitu kawasan yang bertema hidupan laut. Di sini anda bukan sekadar melihat hidupan laut ini dibalik cermin akuarium semata-mata, tetapi anda boleh memegang haiwan akuatik seperti ikan yu, kuda laut, tapak sulaiman dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronok dapat menyentuh hidupan laut kerana jarang-jarang dapat pengalaman seperti ini.
Lokasi: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.30pagi – 9.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM33 | Kanak-Kanak RM23.50 | Warga Emas RM23.50
10) Pantai Klebang
Klebang antara tempat yang popular di Melaka. Di sini, anda juga boleh mendapatkan makanan dan minuman viral seperti Coconut Shake dan Kuih Keria Antarabangsa. Dah alang-alang anda datang ke sini untuk cuba makanan minuman viral ni, bolehlah singgah ke Pantai Klebang. Keunikan yang ada di Pantai Klebang adalah bukit pasir yang buatkan anda seperti berada di padang pasir dengan bukit-bukit pasir kecil. Walaupun lokasi bukit pasir ini sedikit tersorok, tetapi ramai juga yang singgah di sini untuk dapatkan panorama ala-ala padang pasir. Tak hairanlah ramai juga yang buat wedding photoshoot di sini.
Lokasi: Pantai Klebang, 75200 Melaka
11) Dataran 1 Malaysia Klebang
Dataran 1 Malaysia Klebang ini ibarat pusat tumpuan di Klebang. Kalau ada aktivitiatau apa-apa program, kanopi-kanopi akan dipasang di sini. Muzium Kapal Selam juga terletak berhampiran dengan kawasan ini.
Sebuah pantai yang direka menyerupai bentuk sebuah lagun juga dibina di kawasan ini dengan harapan Dataran 1 Malaysia ini menjadi destinasi pelancongan utama di negeri Melaka.
Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka
12) Muzium Kapal Selam
Dah lawat ke Dataran 1 Malaysia, bolehlah anda singgah di Muzium Kapal selam pula. Kapal selam ini digelar FS Quessant Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium. Bukan senang nak masuk ke dalam kapal selam. Dah ada peluang ni, bolehla anda lihat sendiri bagaimana keadaan bahagian dalam sebuah kapal selam.
Lokasi: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.30petang)
Harga Tiket: Dewasa & Warga Emas RM5 | Kanak-Kanak RM2
13) Jonker Walk
Jonker Walk ini terkenal sebagai tempat membeli belah yang popular di Bandar Melaka. Tempat ini sangat meriah pada waktu malam. Jika anda ingin mencari cenderahati, bolehlah dapatkannya di kedai-kedai sepanjang Jonker Walk ini. Walaupun namanya ‘walk’, tapi anda tidak semestinya perlu berjalan kaki di sini. Anda boleh sahaja naik beca yang dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni kerana terdapat perkhidmatan sewaan beca di sini.
Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
14) Kota A Famosa
Kota A Famosa adalahsalah satu mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 kebanyakan binaan bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu yang asal. Tujuan kita melawat tempat-tempat peninggalan penjajah ini bukanlah untuk mengagumi kehebatan mereka, tetapi yang lebih penting adalah kita mengetahui sejarah serta kisah disebalik peristiwa tersebut. Seterusnya mengambil pengajaran daripada peristiwa sejarah itu.
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka
15) Mini Malaysia & Asean Cultural Park
Mini Malaysia & Asean Cultural Park adalah sebuah taman budaya yang mempamerkan kepelbagaian reka bentuk rumah tradisional daripada 13 buah negeri di Malaysia seperti rumah kayu Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan banyak lagi. Bukan setakat rumah kampung Malaysia, tapi juga dari rantau asia yang lain seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi.
Yang menariknya, di dalam rumah ‘perkampungan’ Mini Malaysia ini juga anda sekeluarga dapat mencuba pelbagai aktiviti kebudayaan seperti permainan tradisional, rawatan spa tradisional, menyewa pakaian tradisional, memasak, mencanting batik dan banyak lagi.
Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 5.30petang) | Sabtu & Ahad (9.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10
16) Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah tamat setelah Melaka dijajah oleh Portugis. Jadi, rugi sangat kalau dah datang ke Melaka, tetapi tidak luangkan masa untuk melawat ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu Melaka. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan ciri-ciri unik sejarahnya.
Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 5.30petang)
Harga Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2
17) Muzium Al-Quran Melaka
Muzium ini terletak bersebelahan dengan Masjid al-Azim, masjid negeri Melaka. Muzium Al-Quran Melaka adalah sebuah muzium yang penting untuk dilawati bagi menambahkan lagi pemahaman tentang kitab suci agama Islam. Anda berpeluang untuk melihat koleksi al-quran yang indah dipandang mata dan juga unik. Seni kaligrafi juga turut dipamerkan di sekitar muzium ini.
Selain itu, anda juga boleh membaca pelbagai informasi berkaitan dengan penurunan ayat Al-Quran, sejarah perkembangan Al-Quran, info majlis-majlis bacaan Al-Quran dan banyak lagi. Banyak sekali perkara yang dapat anda sekeluarga pelajari di sini.
Lokasi: Jalan Solok Balik Bukit, Bukit Palah, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.30petang)
Harga Tiket: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1
18) Masjid Kampung Hulu
Tahukah anda? Masjid Kampung Hulu Melaka ini merupakan masjid yang tertua di Malaysia. Masjid ini siap didirikan pada tahun 1728 dan mempunyai senibina yang mengkagumkan. Anda boleh lihat pengaruh zaman tradisional Melaka disetiap pelusuk masjid ini.
Lokasi: Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka
19) Melaka River Cruise
Untuk makluman anda, Bandar Melaka sangatlah sesak apabila musim cuti sekolah. Jadi, jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya, maka anda bolehlah menaiki Melaka River Cruise. Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam. Di dalam bot nanti, anda akan dapat lihat bangunan-bangunan serta jambatan-jambatan yang terdapat di sekitar Bandar Melaka. Kalau dapat rakam perjalanan anda menaiki Melaka River Cruise ini, pasti lebih menyeronokkan.
Lokasi: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30pagi – 11.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5
20) The Stadthuys
The Stadthuys adalah salah satu mercu tanda bagi negeri Melaka. Bangunan ini siap didirikan pada tahun 1660. Dipercayai bahawa bangunan ini adalah bangunan kerajaan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. Mengikut sejarah, The Stadthuys ini merupakan tempat pentadbiran kerajaan Belanda di negeri Melaka pada zaman penjajahan Belanda.
Pada tahun 1982 tempat ini diubah suai menjadi Muzium yang mempamerkan sejarah Melaka, dan sejarah penjajahan Portugis dan British.
Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Melaka
21) Baba Nyonya Heritage Museum
Muzium Warisan Baba Nyonya ini dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan Bab Nyonya di Negeri Melaka. Gabungan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyonya bernama Chan yang datang menetap di Melaka dengan tujuan untuk berniaga.
Keluarga ini telah berjaya memelihara banyak ciri-ciri dan perabot asal rumah ini jesteru menjadikan tempat ini sebuah destinasi ideal untuk sesiapa yang berminat untuk belajar sedikit tentang budaya kaum peranakan ini.
Lokasi: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00pagi – 6.00petang) | Jumaat – Ahad (10.00pagi – 6.00petang)
Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10
22) Masjid Selat
Masjid ini dibina diatas pulau buatan manusia bernama Pulau Melaka. Pada waktu air pasang, masjid ini umpama terapung di atas air laut Selat Melaka. Masjid Selat telah dibuka pada tahun 2006. Senibina masjid ini adalah gabungan seni bina Timur Tengah dan Melayu. Ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu. Tiang masjid ini juga mempunyai fungsi yang berlainan iaitu menjadi lampu isyarat buat bot dan kapal laut yang melalui selat Melaka pada malam yang gelap.
Lokasi: Masjid Selat, Pulau Melaka, 75000 Melaka
Itulah dia 22 tempat menarik di Melaka yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Selamat bercuti ke Melaka. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Negeri Sembilan dan Tempat Menarik Di Johor.