tempat menarik di kota belud
|

11 Tempat Menarik di Kota Belud Yang Wajib Anda Lawati

Kota Belud yang digelar ” Jelajah Koboi Timur ” kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu terletak 70 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu sememangnya sangat cantik dan tiada tandingan. Dengan kehijauan alam semulajadi sawah padi dan bukit-bukau yang jauh dari pencemaran kota, anda pasti akan mendapat ketenangan semasa bercuti di sini.

Kalau anda sedang mencari tempat menarik untuk bercuti sempena cuti sekolah ini, apa kata kami cadangkan anda bercuti ke Kota Belud untuk merasai pengalaman eko-perlancongan yang lain dari yang lain. Jom kami kongsikan tempat menarik di Kota Belud.

tempat menarik di kota belud
Sumber: Freemalaysiatoday

1. Polumpung Melangkap Camp Site

Tempat menarik di Kota Belud yang pertama ialah Popumpung Melangkap Camp Site yang merupakan tapak perkhemahan dengan alam semulajadi memukau yang terkenal di Kota Belud. Ia merupakan destinasi percutian alam semulajadi di mana anda berpeluang untuk menghayati keindahan alam dan kehijauan sambil melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan rekreasi.

Di antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah:

  • Berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan
  • Berbabeku
  • Berkelah
  • Bermandi-manda di sungai

Kalau kebiasaannya orang bercuti akan menginap di hotel dan resort, apa salahnya kali ni anda cuba sesuatu yang lain daripada biasa? Pengalaman berkhemah di Popumpung Melangkap Camp Site pastinya menjadikan percutian anda sangat istimewa. Air sungai di sini sangat sejuk, nyaman, bersih, dan jernihjadi anda boleh mandi sepuas-puasnya .

Ditambah pula dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat indah. Kalau anda jenis suka selfie untuk dimuat naik ke media sosial, pasti anda akan mendapat banyak gambar cantik & menarik di sini.

2. Bukit Minonggui

Bukit Minonggui merupakan satu lagi tempat menarik di Kota Belud. Ia terletak di Kampung Mandap dan ramai hikers dari seluruh Malaysia menjadikan Bukit Minonggui sebagai salah satu bukit yang ingin didaki. Bukit ini menjadi kegemaran ramai kerana tahap kusukarannya yang agak mudah.

Selepas melalui kebun, hutan, curam, dan bukit berbatu, anda akan sampai ke puncaknya yang menjanjikan pemandangan indah seluas mata memandang. Kalau anda jenis yang sukakan sukan lasak seperti hiking, jangan lupas untuk mendaki Bukit Minonggui apabila bercuti di Kota Belud.

tempat menarik di kota belud
Sumber: Yourshot

3. Eco Camp Bayayat Kadamaian

Memandangkan Kota Belud terkenal dengan percutian berkongsep eko-perlancongan, rasanya tak salah kalau kami kongsikan satu lagi tapak perkhemahan menarik yang ada di sana. Eco Camp Bayayat Kadamaian yang terletak di Kg.Bayayat Kota Belud menjanjikan suasana perkemahan privasi. Ianya adalah privasi kerana jauh dari kawasan perkampungan.

Tapak perkhemahan ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti pondok, tandas, tapak perkemahan, lampu, dan set barbeku set. Di sini anda tak perlu risau kalau terputus hubungan dengan dunia luar kerana talian telekomunikasi Celcom dan Digi adalah sangat baik, malah anda boleh menggunakan rangkaian 4G di sini. Jadi, takde masalah kalau anda nak melayari media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan sebagainya.

Namun ingin kami ingatkan bahawa ada kawasan di sungai di sini agak dalam. Jadi jika anda tidak pandai berenang elakkan daripada mandi manda di kawasan yang dalam. Oleh kerana sungai di sini dalam, ada pelbagai aktiviti sukan air yang boleh anda lakukan di sini. Di antaranya ialah:

  • Water tubing
  • Berkayak
  • Berakit sepanjang 8 kilometer

Di antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Eco Camp Bayayat Kadamaian ialah:

  • Berkhemah
  • Berkelah
  • Berbarbeku
  • Berenang bersama ikan yang jinak
  • Aktiviti unggun api
  • Mendaki Bukit Singkung
  • Jungle trekking melalui trek yang disediakan untuk menuju ke Air Terjun Guabon dengan jarak anggarann4.2 kilometer pergi dan balik

Anda tertarik untuk bercuti di sini? Ada pelbagai pakej menarik untuk anda pilih. Jom kami kongsikan pakej yang ditawarkan:

  • Pondok bersaiz 8×8. Terdapat 6 buah pondok. Harganya ialah RM40 untuk satu malam. Anda akan mendapat setu khemah.
  • Pondok bersaiz 8×16. Cuma anda 1 buah pondok bersaiz ini. Harganya RM80 satu malam dan anda akan mendapat 2 biji khemah.

Bayaran masuk ialah RM7 seorang jika bermalam dan RM3 seorang jika anda hanya mahu datang untuk melakukan aktiviti tanpa bermalam di sini. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, anda boleh hubungi nombor yang berikut:

Zinin: 019-812 2287
Zico: 014-280 7919
Naissey: 013-875 0172

4. Nohutu Eco-Tourism

Tempat menarik di Kota Belud yang seterusnya ialah Nohutu Eco-Tourism yang terletak di Kampung Melangkap. Apa yang menariknya di sini? Di sini anda berpeluang untuk merasai pengalaman bermalam di pondok yang diperbuat daripada buluh. Menarik, kan? Di mana lagi anda berpeluang untuk mendapat peluang keemasan seperti ini? Jika anda tak mahu menginap di dalam pondok buluh, anda boleh pilih untuk tidur di dalam khemah. Terpulang kepada kehendak anda.

Dari sini anda dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu yang indah. Sambil bersantai, anda boleh bermandi-manda di Sungai Panataran ataupun di Sungai Paramat yang sangat dekat dengan Nohutu Eco-Tourism.

Di perkarangan Nohutu Eco-Tourism juga terdapat kebun sayur-sayuran yang ditanam dengan cili padi, cili putih, dan sebagainya. Anda boleh petik sayur yang ada di sini untuk dimasak sebagai menu. Walau bagaimana pun, cuma rangkaian talian Maxis an Celcom yang ada di sini.

Bayaran masuk ke sini adalah seperti berikut:

  • Dewasa RM5  untuk masuk tanpa bermalam
  • Dewasa RM10 untuk masuk dan bermalam
  • Kanak-kanak 6-12 tahun RM2

Jika anda berminat untuk bercuti di sini, boleh hubungi nombor berikut: 011-3165 1130, 013-846 4382 & 019-746 7600.

tempat menarik di kota belud
Sumber: Gymlive

5. Pantai Mantanani

Dari Kota Kinabalu, perjalanan untuk sampai ke Pulau Mantanani akan mengambil masa selama 3 sehingga 4 jam dengan menaiki kereta dan bot, bergantung kepada keadaan cuaca. Pulau Mantanani terbahagi kepada dua iaitu Pulau Mantatani besar yang mempunyai kawasan perkampungan dan Pulau Mantanani Kecil yang menempatkan banyak resort perlancongan.

Di antara aktiviti paling menarik di Pulau Mantanani ialah berenang bersama dugong, iaitu pengalaman yang anda takkan dapat di pulau lain. Selain itu, di pulau ini juga terdapat plankton berwarna biru yang mengeluarkan cahaya kebiruan apabila dilimpahi cahaya bulan pada waktu malam. Wah! Menarik sungguh, kan?

Pulau ini merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud yang menjadi tumpuan para pelancong kerana kecantikan pulaunya yang tiada tandingan. Bayangkan pasir yang halus dan putih, dengan air laut yang membiru seluas mata memandang. Pastinya anda tak puas bersantai di tepi pantai sambil bermain pasir.

Dah puas bermain pasir, anda boleh bersnorkeling. Lautan di Pantai Mantanani sememangnya terkenal dengan aktiviti snorkeling kerana airnya yang jernih dan kaya dengan pelbagai spesis flora dan fauna. Anda pasti terpesona dengan ikan dan hidupan laut pelbagai warna yang jinak berenang di sekeliling anda. Katu karang di sini juga penuh dengan warna-warni dan pelbagai jenis. Dah  puas bersnorkeling, ana boleh berkayak pula. Pendek kata, ada banyak aktiviti best yang anda boleh lakukan di pulau ini.

Terdapat banyak resort di sini kalau anda ingin bermalam. Di antara yang ada ialah:

  • Palm Beach. Di sini terdapat banyak jenis chalet. Menariknya, terdapat makan malam dengan style buffet dan Barbeku. Wifi disediakan. Harganya agak murah.
  • Mantanani Dream. Satu-satunya resort di sini yang menawarkan tenaga elektrik untuk 24 jam. Terdapat juga dorm kalau anda datang dalam jumlah yang ramai, boleh berjimat.
  • Mari-Mari Mantanani. Ia merupakan satu-satunya resort di Pulau Mantanani yang disenaraikan di Agoda.
  • Low Price Holiday. Resort ini agak murah dan sangat menarik. Terdapat banyak hammock & buaian untuk anda bersantai di tepi pantai. Kalau anda jenis suka berselfie, pastinya resort ini sangat sesuai untuk anda.
  • Bambaran Beach Resort. Merupakan resort termahal di Pulau Mantanani dan semestinya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik daripada resort yang lain.

Pendek kata, percutian anda ke Kota Belud takkan lengkap kalau anda tak singgah di Pulau Mantananni.

6. Pekan Nabalu

Pekan Nabalu terletak di pertengahan jalan sebelum anda sampai ke Taman Negara Kinabalu. Kebiasaannya mereka yang bercuti ke Gunung Kinabalu akan singgah di Pekan Nabalu semasa dalam perjalanan ke sana. Dari sini, jika cuaca dalam keadaan yang baik tanpa awal tebal, anda dapat melihat Gunung Kinabalu yang berdiri megah.

Pekan Nabalu terkenal sebagai destinasi untuk membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Di sini juga ada gerai menjual makanan ringan, makanan tempatan, dan buah-buahan segar yang boleh anda jadikan sebagai bekalan semasa dalam perjalanan.

tempat menarik di kota belud
Sumber: Climbingmtkinabalu

7. Pasar Tamu Besar Kota Belud

Pasar Tamu Besar Kota Belud bukan sekadar pasar untuk menjual barangan semata-mata. Menariknya, setiap tahun akan diadakan pesta sambutan Pasar Tamu Besar Kota Belud di mana anda akan dihidangkan dengan persembahan pertunjukan kuda Bajau, Ratu Sarimpak, Tanjak Pahlawan, pertandingan membuat kuih tradisional serta kicauan burung murai batu, serta persembahan tarian dan kebudayaan yang lain.

Terdapat juga puluhan gerai menjual pelbagai juadah, kraftangan seperti tikar rotan dan bakul mengkuang, parang, pakaian, kasut, buah-buahan dan hasil tanaman petani yang tinggal di sekitar Kota Belud. Oleh itu, kalau anda bercadang untuk bercuti di Kota Belud, pastikan anda datang semasa pesta sambutan diadakan.

8. Jeti Wawasan Kampung Nanamun

Di Jeti Wawasan Kampung Nanamun, anda berpeluang untuk melihat keindahan kampung nelayan tradisional masyarakat Bajau. Menariknya, jeti ini bukan seperti jeti nelayan biasa yang anda lihat. Jeti ini dihiasi dengan pelbagai hasil kraftangan masyarakat Bajau dan di sini juga terdapat ukiran kayu Buragas. Di sini anda boleh melakukan aktiviti river cruise di mana anda akan disajikan dengan pemandangan matahrari terbenam yang sangat indah. Selain melihat matahari terbenam, di sini juga anda dapat melihat keindahan cahaya lampu kelip-kelip. Menarik, kan?

9. Tagal Talungan

Tagal Talungan merupakan pusat perlancongan yang dibina di Sungai Talungan. Aktiviti utama di sini ialah sukan air seperti bermandi-manda, berakit, dan water tubing sambil berkelah. Di sini anda juga boleh bermain dengan ikan yang jinak.

tempat menarik di kota belud
Sumber: Twitter

10. Kampung Sangkir

Kampung Sangkir merupakan perkampungan masyarakat Dusun yang rata-ratanya adalah petani yang menanam sawah padi. Jika anda datang ke kampung ini, anda akan dihidangkan dengan pemadangan sawah padi seluas mata memandang. Apa yang lagi menarik, sawah padi di sini adalah berlatar-belakangkan pemandangan gunung Kinabalu. Pemandangan si sini pastinya membuatkan anda terpesona. Kalau anda suka berselfie, apa lagi. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar sepuas-puasnya di sini.

11. Arivilla Homestay

Kami masukkan Arivilla Homestay ke dalam senarai tempat menarik di Kota Belud kerana ianya bukan seperti homestay biasa yang anda kunjungi. Arivilla Homestay bukan sahaja menyediakan penginapan untuk anda, malah di sini juga anda akan diperkenalkan dengan budaya masyarakat Bajau & Irranun. Di homestay ini terdapat sebuah pelamin dan koleksi pakaian pengantin perempuan yang digunakan oleh masyarakat Bajau & Irranun semasa upacara perkahwinan, serta pelbagai lagi pameran yang lain.

Itulah dia 11 tempat menarik di Kota Belud yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Semporna, tempat menarik di Seberang Perai dan tempat menarik di Desaru Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *