tempat menarik di desaru
|

8 Tempat Menarik di Desaru Yang Wajib Anda Kunjungi

Desaru yang terletak di Johor terkenal dengan pantainya yang cantik. Katanya Desaru merupakan di antara pantai yang tercantik di Johor.

Tahukah anda, yang sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Desaru selain pantainya yang popular. Jom kami kongsikan tempat menarik di Desaru yang boleh anda kunjungi semasa cuti sekolah nanti.

tempat menarik di desaru
Sumber: Technicavita

1. Pantai Desaru

Pantai Desaru yang juga dikenali sebagai “Land of Casuarinas” terkenal dengan pantainya yang putih dan pokok casuarina yang berbaris sepanjang pantai. Ada yang memanggil pokok casuarina sebagai pokok ru, dari situlah datangnya nama Desaru iaitu gabungan perkataan desa dan ru.

Pantai sepanjang 25 kilometer ini. Di antara aktiviti menarik di sini ialah berkayak, snorkeling, menunggang kuda, jungle trecking, berenang, memancing, dan bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan yang luar biasa.

Di Pantai Desaru juga terdapat banyak resort kalau anda teringin nak bermalam di sini. Boleh pilih resort dengan harga yang sesuai dengan bajet anda. Nak yang berharga sederhana atau nak bercuti di resort mewah.

2. Taman Buaya Teluk Sengat

Percutian anda ke Desaru pastinya takkan lengkap kalau anda tak singgah ke Taman Buaya Teluk Sengat yang popular ini. Terdapat lebih daripada 1,000 ekor buaya di ladang ini dan kebanyakannya adalah dari spesis buaya air tawar.

Salah satu daripada buaya yang menjadi tarikan di sini ialah seekor buaya tak bergigi yang telah berumur 130 tahun. Kat mana lagi anda berpeluang untuk melihat buaya yang tak bergigi?

Apa yang lagi menarik, di sini anda berpeluang untuk bagi makan buaya kalau berani. Bayaran masuk ke Taman Buaya Teluk Sengat ialah RM8 untuk seorang dewasa dan RM4 untuk seorang kanak-kanak. Harganya sangat murah. Jadi, jangan lupa untuk singgah di sini.

3. Ostritch Farm Desaru

Dah puas tengok buaya, anda boleh teruskan percutian dengan meluangkan masa di Ostritch Farm Desaru pula. Dengan bayaran sebanyak RM12 untuk seorang dewasa dan Rm8 untuk seorang kanak-kanak, anda pastinya seronok melihat gelagat burung unta yang peramah di sini.

Percayalah, setiap kali anda cuba untuk mengambil gambar, pasti akan ada seekor burung unta yang menyelit di dalam gambar anda.

Selain burung unta, anda juga boleh melihat telur burung unta yang berkali ganda besar saiznya daripada telur ayam yang biasa ada di dapur. Anda juga boleh beli makanan untuk diberikan kepada burung unta yang ada di sini.

tempat menarik di desaru
Sumber: Poljomagazin

4. Kelip-kelip Bujang, Bandar Penawar

Anda teringin nak melihat kelip-kelip? Waktu kita kecil dulu, mungkin masih banyak kelip-kelip. Kalau anda tinggal di kampung, kadang-kadang pada waktu malam ada seekor dua kelip-kelip yang tersesat masuk ke dalam rumah. Namun hari ini, kalau teringin nak tengok kelip-kelip terpaksa pergi ke habitatnya di hutan dan ianya berbayar.

Namun, kami jamin bayaran yang anda buat untuk melihat kelip-kelip di Sungai Lebam ini pastinya berbaloi. Dengan bayaran sebanyak RM20 untuk seorang dewasa , RM15 untuk kanak-kanak dibawah umur 15 tahun, anda sekeluarga pastinya akan terpukau dengan lampu yang dihasilkan oleh kelip-kelip di sini.

Di sini juga terdapat restoran terapung yang menawarkan sajian makanan laut yang segar dan sedap. Lepas dah tengok kelip-kelip, bolehlah anda sekeluarga menjamu selera di sini sebelum balik ke hotel.

5. The Wetlands Sedili, Kampung Belukar Durian

Back to nature. Di Wetlands Sedili yang terletak di Kampung Belukar Durian ini, anda boleh berjalan di atas jeti kayu sambil melihat keindahan paya bakau yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna seperti monyet, pelbagai spesis burung, dan ikan.

Di sini juga anda boleh melihat ikan belangkas yang susah untuk dijumpai di tempat lain. Anda dan anak-anak berpeluang untuk melihat belangkas dari dekat.

Selain itu, di sini juga terdapat restoran makanan laut yang menyajikan makanan laut yang segar dengan harga yang berpatutan. Kalau nak beli cenderamata sebagai kenangan, boleh juga beli kraftangan dari siput dan karangan laut yang ada dijual di sini.

6. Desaru Fruit Farm Agro Tourism

Bagi yang tinggal di bandar, kalau anda sampai ke Desaru, ini adalah tempat menarik di Desaru yang wajib anda kunjungi. Inilah masanya untuk anda dan anak-anak  merasa pengalaman masuk ke kebun buah-buahan dan mengenali macam mana rupa pokok buah-buahan. Terdapat lebih daripada 100 jenis pokok dan sayur-sayuran yang dijaga rapi di sini.

Selain melihat pokok buah-buahan yang subur di sini, anda juga boleh membeli buah segar yang dituai dari sini. Bolehlah beli buah dan dijadikan sebagai cenderamata buat orang yang ditinggalkan. Selain melihat pokok tropika yang ada di sini, Desaru Fruit Farm Agro Tourism juga mempunyai pelbagai tarikan lain seperti:

  • Padang paintball
  • Litar go kart
  • Mini zoo yang menempatkan kambing, ayam serama, ayam belanda dan burung unta
tempat menarik di desaru
Sumber: Adventoro

7. Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Lotus Desaru Beach Resort & Spa terletak berdekatan dengan Pantai Desaru. Resort ini terkenal dengan taman tema air yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Di antara tarikan yang ada di taman tema air Lotus Desaru ialah:

  • Water playground yang sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat pelbagai mainan di sini. Bayangkan taman permainan yang dibina di atas air, itulah yang ada di sini.
  • Gelongsor air.
  • Splash pads.
  • Lazy river di mana anda boleh berehat di atas pelampung sambil hanyut di sepanjang sungai.
  • Relaxing gazebo.
  • Kolam renang.

Di resort ini juga terdapat spa. Di antara pakej yang ditawarkan ialah:

  • Perfect touch
  • Feel good body work
  • Glow
  • Urutan tangan dan kaki
  • Rawatan facial

Selain taman tema air dan spa yang terkenal, Lotus Desaru Beach Resort & Spa juga mempunyai pantai yang cantik dan penuh dengan aktiviti sukan air yang pastinya membuatkan anda teruja. Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah:

  • Memancing
  • Parasailing
  • Jet Ski
  • Banana Boat
  • Pipi Rider
  • Family Tube
  • Bungy Jumper
  • Boat Ride

8. Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung Balau

Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung Balau yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Johor Selatan (KEJORA) terletak di utara Desaru, Muzium Nelayan Tanjung Balau dibangunkan oleh . Muzium ini terletak di perkampungan nelayan Tanjung Balau.

Di muzium ini terdapat  artifak seperti jaring ikan dan takal, bot tradisional yang dihias, rakit dan buritan yang digunakan oleh nelayan tempatan. Selain itu, ada juga dipamerkan info menarik seperti kepercayaan tahyul para nelayan di sini, kisah menarik penduduk tepi laut dan cara menangkap ikan yang digunakan di sini.

Apa yang menarik, nelayan di sini menggunakan beberapa teknik lama untuk menangkap ikan seperti melihat bentuk dan kedudukan bulan, melihat keadaan kaki langit, dan melihat perbahan angin. Semuanya ada diceritakan di sini. Oleh itu, kalau anda melancong ke Desaru, jangan lupa untuk datang ke Muzium Perkampungan Nelayan Tanjung Balau.

Itulah dia 8 tempat menarik di Desaru yang ingin kami kongsikan kepada anda. Selamat bercuti ke Desaru. Jemput juga baca tempat hiking di Selangor

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *