20+ Tempat Menarik di Danau Toba Paling Best [DISYORKAN PELANCONG]
Tersembunyi di kawasan pedalaman Sumatera Utara, Danau Toba, dengan kehijauan dan perairan biru yang sangat indah, kini ia menjadi destinasi popular di rantau ini. Terletak hanya empat jam dari Medan Tengah, tasik purba ini pasti akan menggembirakan para pencinta alam.
Kawasan sekitar Danau Toba yang meliputi lebih dari 1200km² luasnya ini adalah salah satu tempat percutian yang mempunyai pelbagai lokasi menarik di Asia Tenggara. Berbeza dengan tempat lain di Indonesia, Danau Toba mempunyai tempat menarik yang sering dijadikan buah mulut para pelancong. Jom kami senaraikan 20 tempat menarik di Danau Toba untuk tatapan anda.
1. Villa dan Hotel Tiara Bunga
Tempat menarik di Danau Toba ini membolehkan anda mencuba aktiviti-aktiviti air yang terdapat di Tiara Bunga Hotel. Jika berenang bukanlah perkara yang anda gemarkan, anda boleh memancing dan berkanu di kawasan ini.
2. Hotel Inna Parapat
Berjalan-jalan di premis hotel, anda akan disajikan dengan suasana keindahan Belanda dengan kincir angin dan bangunan-bangunan yang sangat memukau. Kemudian dipukau lagi oleh pemandangan Danau Toba yang sangat indah. Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan yang terbaik dari kedua-duanya?
Makanan yang disediakan di hotel ini pula boleh tahan sedapnya. Hidangan yang disediakan ber’menu’kan masakan tradisional Indonesia dan juga antarabangsa. Hal berkaitan menu di sini pasti tidak menjadi masalah lagi buat anda.
3. Taman Sapo Juma Tongging
4. Kolam Air Panas Sipoholon
Airnya berwarna biru-kehijauan kerana kandungan sulphurous dan bukit batu kapur di sekitar kawasan itu berwarna oren, kuning dan hijau yang membuatkan pemandangannya sangat indah. Pastikan anda membawa pakaian renang ataupun pakaian lebih jika anda berminat untuk mandi di kolam ini.
Jika lapar selepas berendam di kolam ini, kami mencadangkan anda untuk mencuba masakan tempatan yang lazat di salah satu restoran terletak di utara Tapanuli. Anda akan menikmati masakannya!
5. Air Terjun Sipiso-Piso
Mencapai ketinggian 120 meter, air terjun yang menakjubkan ini dibentangkan oleh kehijauan flora yang indah, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk mengambil gambar. Suasana di sini amat sesak dengan orang ramai. Maklumlah, siapa yang ingin lepaskan peluang ke tempat menarik di Danau Toba!
6. Huta Gur-Gur Bonan Dolok Samosir
Kami mencadangkan anda untuk datang ke sini bagi menikmati keindahan alam hijau dan udara segar. Selain itu, tempat ini juga sering dijadikan tempat perkelahan dan lokasi bagi aktiviti kekeluargaan.
7. Menara Pandang Tele, Samosir
Setiap tingkat, anda akan disajikan dengan pemandangan unik dari persekitaran yang menakjubkan. Walaupun agak penat untuk menaiki menara ini, namun pemandangannya sangat indah dan berbaloi untuk dilawati.
8. Gunung Sinabung
Gunung Sinabung kembali tidur selama 400 tahun, sebelum kebangkitan semula pada tahun 2010 dan 2014 telah meragut ramai nyawa. Kerana letusan ini, para pegawai mengisytiharkan kawasan ini sebagai zon pengecualian dimana orang ramai dilarang masuk ke situ.
Pada tahun 2017, terdapat 7 kampung terbengkalai di zon ini, iaitu Gamber, Sukanalu, Guru Kinayan, Simacem, Kuta Gugung, Berastepu dan Sibintun.Sejak itu, ada yang mengatakan bahawa tempat ini berhantu. Ada juga yang mendakwa telah melihat hantu, manakala cerita-cerita seram juga diperkatakan. Apa yang kita ketahui, tempat ini mempunyai pemandangan Gunung Sinabung yang sangat baik!
Tiada masalah untuk anda ke sini, tapi tak perlulah sampai masuk ke kawasan gunung sana. Cukuplah sekadar bergambar menampakkan tempat menarik di Danau Toba ini.
9. Restoran Jenny
Jika anda ke restoran ini, pilihlah menu mengikut selera anda, jika tidak, tempah sahaja ikan bakar dimakan bersama nasi! Tempat menarik di Danau Toba ini sering sesak dengan pengunjung, jadi anda disarankan datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan pengunjung.
10. Air Terjun Situmurun Binangalom
11. Lembah Bakkara
Beliau bertempur melawan Belanda dan berperang suatu ketika dahulu. Ada yang mengatakan juga bahawa Lembah Bakkara kelihatan seperti lukisan. Apabila air dari Aek Silang datang bersama-sama dengan air berwarna putih yang jelas dari Aek Simangira, ia seperti menonton sebuah lukisan.
Kebanyakan orang yang telah melawat Lembah Bakkara mengatakan bahawa tempat ini ‘Syurga di Bumi’ dan segala-galanya di sini kelihatan begitu ajaib. Tempat menarik di Danau Toba ini juga terkenal dengan mitos Aek Sipangolu (air hidup) iaitu air yang dapat menyembuhkan sebarang penyakit.
12. Puncak Sidiangkat, Sidikalang
Selain sarang burung, tarikan tempat ini juga termasuk panoramanya yang sangat indah. Anda sendiri boleh masuk ke dalam sarang burung tersebut bagi menikmati keindahan alam.
13. Kapal Persiaran Danau Toba
Selain terkenal sebagai tempat menarik di Danau Toba, kapal ini juga adalah kategori Legend kerana sudah lama berada di sini. Kapal ini hanya memuatkan 20 orang sahaja,dan jika anda mahu mengikuti perjalanannya, cepat-cepat bertindak kerana ruangannya agak terhad.
14. Air Terjun Naga / Air Terjun Turunan Bolon
Kebanyakan strukturnya dikelilingi oleh batu, maka anda perlu berhati-hati untuk ke sini. Kami cadangkan anda memakai kasut yang betul serta mengunakan kenderaan yang berat. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk melalui aliran sungai yang deras tetapi apabila anda sampai di sana, ianya pasti akan berbaloi.
15. Kampung Tomok
Keranda itu tidak pernah dikebumikan di bawah tanah dan menempatkan raja dari keturunan Sidabutur. Mayat-mayat mereka boleh ditemui di dalam keranda yang terbuat dari batu. Dalam tradisi Batak, keranda memainkan peranan dalam darjat seseorang itu.
Keluarga-keluarga yang miskin hanya mampu membalut mayat mereka dengan tikar jerami, sementara keluarga yang kaya pula mempunyai keranda yang diperbuat daripada kayu dan kerabat diraja pula memiliki keranda yang diperbuat daripada batu.
16. Kampung Tuktuk Siadong
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkanu, ski jet, berbasikal air bahkan memancing. Sekiranya anda ingin merasai suasana tempat percutian yang tradisional, kampung ini adalah jawapannya.
17. Tanjung Unta
18. Kolam Air Panas Aek Rangat Pangururan
Jika anda terasa lapar semasa bersantai di kolam air panas ini, jangan risau, terdapat beberapa kedai tempatan yang menjual beberapa hidangan yang pasti menyelerakan. Lokasi air panas ini amat sukar untuk ditemui, jadi bersedialah anda untuk perjalanan yang penuh cabaran!
19. Gunung Sibuatan
Salah satu puncaknya juga mempunyai batu hitam besar yang dipanggil ‘Makumba’, ia memberikan pandangan yang jauh berbeza daripada yang lain. Jika anda mempunyai masa dan tenaga, kami cadangkan agar anda memanjat kedua-dua puncak Gunung ini kerana suasananya amat indah sekali untuk anda lihat.
20. Bukit Indah Simarjarunjung
Rujukan: